Wednesday, June 15, 2011

Petanque

Bila kekecewaan menghantui fikiran, aku pasrah. Cewah, jiwang pulak rasa weh. 



Tapi memang aku tengah frust menungging ni. Kenapalah aku boleh terikut-ikut dengan permainan mereka. Aku betul-betul not in the game semalam. Bila konsentrasi dah hilang, apa pun tak boleh. Asyik tak menjadi je. Baling kanan tak jadi, baling kiri pun tak jadi. Kesian partner aku, dengan dia-dia pun tak jadi. Sori Has, next game kita main betul-betul ya.



Iyalah macam mana nak concentrate, baru je nak baling bola, dah start ceramah agama. Kalau nak jadi ustazah tak payah main lah. Pakai jubah lah main bola. Awak tu tengah main bola semua mata lelaki memandang, tak apa ke? Sound kat kita depan orang ramai macam tu, elok sangat ke? 

Inilah pertama kali aku terpukul sebegini semenjak bertahun-tahun aku duk main sukan. Bukan game ni aje, macam-macam game dah aku main. Tak adalah aku rasa macam ni.



Tapi apa-apa pun yang lepas tetap lepas. Kata orang barang yang lepas jangan di kenang, buat menyakitkan hati je. Apatah lagi bila dah di peringkat akhir. Sapa tak nak jadi johan kan?

 

So hari ni game dah habis. Bolehlah berehat dengan sepuas-puasnya. Setelah hari-hari duk training pagi petang. Dan oleh kerana itulah blog aku ni tak di update-update. Alasan mesti ada maaa. 

Tapi Alhamdulilah. Naib johan pun naib johan lah. Tahun depan juara dalam tangan. InsyaAllah.



EXPRO fight 2 d fullest.











Saturday, June 11, 2011

Hepi Bday Shaida Maisarah

Hari ini genaplah usia si manis Shaida Maisarah 7 tahun. Pejam celik, pejam celik dah besar rupanya anak dara aku ni. Masih segar diingatan bila masa usia kandungan ku 6 bulan, dr. Aini (Klinik Iddrus) nak buat scan. Aku serba salah, nak buat ke tak nak ni. Memandangkan aku dah pun ada 2 orang anak lelaki. Tapi pregnant kali ni memang rasa lain sikit. Morning sickness memang teruk. Gosok gigi je mesti muntah-muntah. Compared dengan last pregnant tak adalah alahan seteruk macam tu. 

Semasa tengah scan tu, Dr Aini cakap nampak macam perempuan. Aku dah rasa semacam dah ni. Happy, terharu semua ada. Bila buat check up kat KMC, Dr Zarina pun buat scan jugak, result perempuan jugak. Tapi kita tak bolehlah nak percaya 100%. Iyalah, sesuatu yang kita tak nampak depan mata, tak bolehlah nak percaya 100%. Banyak kes bila scan perempuan, yang keluar lelaki dan begitulah sebaliknya. Ini semua kerja tuhan, kita sebagai hambanya hanyalah menerima apa saja ketentuannya.

10 June 2004, aku dah check in kat KMC. Wah check in,,, class kan? Iyalah, aku ni jenis anak keluar ikut tingkap. Jadinya memang awal-awal lagi dah tahu bila nak dibuat pembedahannya. Macam biasalah, pilih hari Jumaat (amik berkat hari Jumaat kata orang). Lagi satu kat pantai timur ni, hari Jumaat ialah hari minggu, jimat sikit cuti en hasben). Arwah mak pun ikut sekali. Semua berkampung kat dalam wad Melur. Semua tak sabar nak menunggu ketibaan Shaida Maisarah. Tepat pukul 9.00 am @ 11 June 2004, Shaida Maisarah pun selamat dilahirkan. Dengan seberat 2.3 kg, aku tengok Sarah kecil sekali. Kalau nak dibandingkan dengan abang-abangnya, semua besar-besar semasa dilahirkan. Semua 3 kg lebih. Iyalah, mungkin perempuan kan. Lagi satu semasa mengandung Sarah, selera makan aku memang kurang. Tak apalah, yang penting, Sarah sihat dan comel sekali. 

Selang beberapa jam kami mendapat 1 lagi berita gembira, adik ipar aku pun telah dimasukkan ke wad di KSH. Berkejar arwah mak ke KSH. Jarak Kuantan Specialist Hospital (KSH) dengan Kuantan Medical Center (KMC) adalah dalam 10 minit perjalanan, kalau tak jam. Dalam pukul 12 tengahari Haikal selamat dilahirkan. Kiranya kegembiraan berganda buat keluarga kami. Dalam 1 hari, mak mendapat 2 orang cucu. Sepasang pulak tu. Sekarang ni, umur mereka berdua dah 7 tahun. 1st. birthday dia orang, kami celebrate sama-sama. 

Sarah @ gambar terbaru semasa mandi manda di pantai Kemasik
Malam tadi sebelum tidur, seperti biasa dia akan datang peluk dan cium aku dahulu. Dia ada tanya, kenapa aku sayang adik lebih dari dia. Susah kan, kadang-kadang kita tak bermaksud begitu. Kita rasa kasih sayang yang kita bahagi tu dah sama. Tapi cara penilaian anak-anak lain. Semasa aku memeluk dia, aku ceritalah, betapa gembiranya umi dan abah, bila kakak lahir ke dunia ni. Kakak anak perempuan pertama dalam keluarga kita, sudah semestinya kami amat berbangga dengan kakak. Kakak ibarat bulan jatuh keriba, kami sayangkan kakak dan anak-anak kami lebih dari segala-galanya. 
Sarah semasa berumur 4 tahun @ Langkawi
Aku masih ingat pernah pada suatu malam. Masa tu kita orang adalah berborak-borak sambil duk bertanya kat dia orang semer, apabila besar nak jadi apa? Masing-masing duk berceritalah dengan angan-angan yang suatu hari nanti sapa tahu akan menjadi kenyataan (InsyaAllah). Tiba-tiba dia datang kepada ku sambil menangis. Bila aku tanya, terus dia berkata, dia tak nak besar. Dia nak kecil sampai bila-bila. Bila aku tanya balik, kenapa pulak, semua orang akan membesar. Rupa-rupanya dia tak nak besar, sebab bila dia besar, aku pun jadi tua. Dia tak nak aku tua, nanti aku mati. Lepas tu dia dah tak ada umi. Terus terkedu aku dibuatnya. Sampai begitu sekali pemikiran dia.
Sarah semasa 5 tahun - Hari Raya 2008
Kadang-kadang seronok duk melayan dia berceloteh. Dia kan suka main-main ala-ala jadi orang lain. Macam berlakon gitu. Kebiasannya jadi orang dewasa lah. Main-main kerja kat pejabat lah, jadi cikgu lah. Tu belum lagi jadi princess. Bila dia jadi princess aku kena jadi queen. Pernah dia main-main, kononnya dia dah berkahwin, jadinya dia balik kampung jumpa umi & abah. Adik jadi anak dia. Adik tak nak balik tinggal dengan nenek & atuk (aku lah tu). Kita orang pun layan ajeler. Kadang-kadang saja je nak tengok dia, macam mana kalau dia besar nanti, nak ajak tak umi & abah tinggal dengan kakak? Mesti lah dia ajak umi & abah tinggal dengan dia. Rumah dia besar, dia kan kahwin dengan orang kaya. Hah????? 7 tahun dah berangan-angan nak kahwin dengan orang kaya,,, sapa ajar ni?
Sarah semasa 3 tahun 
Bila ditanya cita-cita apa? Sarah punya cita-cita selalu berubah. Biasalah kan. Yang terbaru nak jadi penulis, sebab dia suka menulis. Jangan tak tahu, dia dah ada diary dia sendiri. Pernah aku tanya tak nak jadi cikgu ke? Memandangkan kawan baik dia anak cikgu yang kebetulan pulak duduk didepan rumah kami. Terus tak nak. Bila tanya balik kenapa? Cikgu tak banyak duit, rumah cikgu kecil je. Kakak nak jadi bos, baru boleh buat rumah besar. Sekali lagi aku hah?????...Mata duitan betul lah budak-budak zaman sekarang.

Lagi satu hobi Sarah ialah menyanyi. Kalau kat rumah, tak pernah sunyi dari suara dia menyanyi. Sekali dengar je lagu yang dia suka, terus ingat lirik. Kadang-kadang lagu yang dia nyanyi, aku tak pernah dengar pun. Kalau AF tak payah cakaplah, dia tahu semua dari aku. Abah dia siap beli mic. untuk dia nyanyi, memandangkan dvd player kita orang boleh karaoke. Selama ni tak ada orang guna pun karaoke tu. Kebelakangan ni, dia je yang duk melalak dengan mic tu. 

Kalau nak cerita pasal Sarah, memang tak terlarat nak menaip. Bila teringat soalan-soalan dia yang mungkin agak susah kita nak jawap, kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Kadang-kadang tak sangka, dia boleh menanya soalan-soalan yang pelik-pelik. Seperti, bila kakak boleh jadi dewasa? hanya kerana dia nak guna pencuci muka ataupun bila kakak ada boyfriend kakak tak nak boyfriend macam abang (hanya kerana dia tak ngam dengan abang dia).

Sarah semasa 6 tahun - pose sebelum pergi ngaji
Wahai Shaida Maisarah, semoga Sarah menjadi anak yang solehah, mendengar cakap kedua ibubapa dan semoga pandai dalam pelajaranmu. Doa umi sentiasa bersama-sama Sarah. Teruskan melangkah kehadapan dengan berani kerana satu hari nanti, kamu pasti akan menempuh onak duri dalam meniti kehidupan.

Saturday, June 04, 2011

Mara Bahaya



Jumaat lepas aku ke Imigresen Kuantan untuk urusan penamatan my maid. Oh ya! aku punya bibik dah nak balik dah pertengahan bulan Jun ni. Dah terbayang dah nanti penat lelah yang bakal aku alami. Tak nak cerita pasal bibik ni...

Tapi nak cerita pasal lori yang terlebih muatan ni. Mula-mulanya dah jumpa lori ni semasa on the way ke Kuantan tu kat jalan nak ke Perjawa tu. Takut sangat masa nak memotong lori ni. Tak nak potong, dia bawa slow. Lagipun takut gak duduk belakang lori ni. Masa ni kayu muatan tu tak adalah seperti gambar dibawah ni. Korang perasan tak?


Sampai di Cherating, kita orang berhenti untuk breakfast. Habis je breakfast sambung balik perjalanan, last-last dekat Beserah jumpa pulak lori ni. Dan aku dengan yakinnya berkata ini adalah lori yang kita orang jumpa pagi tadi. 

Tapi, muatan kayu tu dah semakin condong. Eeeeeeee.... bahaya betul. Macam mana boleh lepas ya. Kalau lah terjadi sesuatu kat jalan tu, macam mana ya? Tak baiklah kan nak sebut menda-menda yang tak baik ni. Kena minta yang baik-baik je, kata orang. Tapi kalau dah memang ketara boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai, apa cer?


Tengok, bahaya kan? Cepat-cepat aku potong balik lori ni. Semoga lori ni selamat sampai ke tempat yang dituju. Atau pun semoga abang-abang JPJ dapat jumpa lori ni dan diberhentikan ditepi jalan sehingga dia orang baiki baliklah kayu tu.

Aku yang prihatin,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...