Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Monday, September 05, 2011

Majlis Iftar Terakhir sebelum raya


Masih ada lagi cerita berbuka puasa yang tertinggal. Walaupun orang dah sibuk raya sakan. Tapi tak apa, demi menjaga hati semua pihak maka cerita ini haruslah dipublishkan. Hihihii

2 hari sebelum raya, family sebelah aku berkumpul untuk majlis iftar. Dan seperti kebiasaannya rumah Ateh (kakak) wajiblah menjadi hos untuk majlis iftar perdana 2011 ini. Sebenarnya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini, dek kerana kesibukan ahli-ahli keluarga yang bekerja (lebih-lebih lagi 2 orang adik lelaki kami bekerja syift) maka, amat payahlah untuk mengumpulkan kesemuanya (tak termasuk adik bongsu kami yang berada di Pontian, Johor). Itu pun adik lelaki yang di Kuantan tak dapat join, kena kerja pulak.

Maka, kami yang berada disekitar kawasan Kertih / Paka sahajalah yang dapat bersama-sama berkumpul bagi menambahkan pahala (hihihi) kerana merapatkan lagi silaturahim. Along pulak last minute cancell kerana anak bongsu beliau sakit gigi pulak. 

Si Lelaki...
So, bila dah berkumpul, memang hiruk pikuk lah jadinya. Lauk pauk dimasak oleh Kak Ngah & Alang. Cuma kuih masing-masing kena bawa sendiri. Hajat di hati nak juga tolong masak, tapi hari tu aku masih lagi kerja, jadinya tak dapatlah nak nolong. Dan sudah semestinya mencuci pinggan menjadi tugas utama aku. Ditambah pulak aku cuti pulak hari tu, lagilah kena dera pakej mengemas sekali.

Tukang masak makan pun tak lalu, sebab dah banyak hidu bau....
Kanak-kanak yang tak berposa kenalah makan kat tempat lain. Lagi pun dia orang ni tak tunggu azan pun. Siap hidang terus makan. 

Tuan rumah dengan masakan kegemaran - kepala ikan tongkol masak merah
Lauk pauk pada hari tu ala-ala kampung gitu. Masak sup labu air, ikan tongkol masak merah, ayam goreng, ikang singgang (tak tinggal punya), budu, belacan, sambal tempoyak & goreng sayur kacang. 

Tengok tu, semua licin. Posalah katakan. Semua kelaparan. 

Lepas berbuka, kami maghrib berjemaah diimamkan oleh imam muda M Naufal. Lepas tu semua bergerak ke surau berhampiran rumah untuk berterawih. Tinggallah aku dengan Angah duk menjaga budak-budak ni dan mengemaslah, apa lagi...waaaaaaa

Sebelum balik, baki lauk pauk yang tak habis dibungkus untuk dibawa pulang untuk bersahur pulak. Baik hati sungguh tuan rumah ni. Memang sengaja masak lebih katanya. Sebab dia tahu adik-adik dia memang dah malas nak malas untuk bersahur.

Terima kasih daun keladi Ateh. Tahun depan kita berkumpul lagi.

Friday, August 19, 2011

Gelak pagi Jumaat


Macam-macam kuih ado......
  • Kuih paling gangster = Lompat Tikam,
  • Kuih paling seksi = Puteri Mandi,
  • Kuih paling keji = Taik Itik,
  • Kuih bajet cute = Cek Mek Molek,
  • Kuih untuk awet muda = Seri Muka,
  • Kuih paling alim = Kuih Ketayap,
  • Kuih penyakit kronik lelaki = Batang Buruk,
  • Kuih suka pukul = Kuih Lompang,
  • Kuih paling berat = Badak Berendam,
  • Kuih xreti make up = Tepung Gomak,
  • Kuih lambat sampai = Kuih Perahu,
  • Kuih cepat sampai = Kuih Kapalterbang,
  • Kuih cepat bankrap = Kuih Gulung,
  • Kuih tak boleh makan= Kuih Chengker,
  • Kuih untuk Saman Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt,
  • Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit,
  • Kuih org x mandi = Kuih Bau-Lu,
  • Kuih paling tenteram = Kuih Makmur,
  • Kuih paling lembap = Kuih Siput,
  • Kuih paling senang = Kuih Kacang,
  • Kuih paling malas = Kuih Lenggang,
  • Kuih paling bahaya = Kuih Bom,
  • Kuih banyak duit = Kuih Pau,
  • Kuih pandai menari = Kuih Lopez
  • kuih asyik kena maki hamun = Kuih Putu Bambu
  • kuih yang ada kerjaya = Kuih Keria
  • kuih accident = Kuih Apam Gula Hangus
  • kuih yang tak pernah dibersihkan = Kuih Abuk-abuk
  • kuih masa black-out = Tepung Pelita.




Tuesday, August 09, 2011

Hari ke 7 berpuasa

Hari ini dah 9 hari kita berpuasa ya.. InsyaAllah....Tajuk adalah tak sama dengan bilangan hari berpuasa. Kenapa? Sebab nak cerita pasal hari ke 7 berpuasa.... kih, kih, kih

Tiap-tiap petang dalam bulan puasa ni, mesti pening je kepala nak memikirkan apa yang nak dimasak. Terutama kepada kita yang tak berapa nak pandai memasak ni. Pagi-pagi lagi dah siap bercommunicator dgn en hasben pasal menu petang ni.

Jadi apabila ada je jemputan berbuka puasa kat luar, akulah orang yang pertama akan mereply `YES'. hahaha.. Kena pulak kalau kat hotel, lagilah.... bukan main seronok budak-budak ni kalau berbuka kat luar ni. Selain terkesima apabila nampak banyak lauk pauk dan kuih muih mereka selalunya dapat berjumpa dengan kawan-kawan mereka. Selalu je terserempak dengan kawan-kawan. Terutama kakak lah. Yang selalu je ramai kawan. Kalau gi mana-mana ada je jumpa kawan dia, kadang-kadang kawan baru pun ada. Biasalah budak-budak kan senang buat kawan. 


So, jemputan yang pertama kami terima tahun ini datangnya dari Rambytes dan venue untuk berbuka puasa ialah di Hotel Awana Kijal. Wah bukan main seronok lagi budak-budak, bila aku cakap petang ni kita berbuka puasa di Hotel Awana... Yahoo......

Pukul 6.30 petang kita bertolak ke Awana. Bukan apa, takut kalau lambat susah pulak parking. 6.45 pm dah sampai. Oleh kerana awal lagi, maka lepak-lepaklah kat lobby ni dulu. Si kenit 2 orang ni dah start pusing-pusing dah kat lobby ni. 


Budak-budak ni (campur mak budak sekali) naik rambang mata tengok air. Semua jenis air diambil. Just nak rasa-rasa je. Soya bean & teh tarik tu saya punya. Si Danny siap add ais krim dalam air bandung dia. Sedap katanya...slurpppppppp...


Kakak pulak hari tu kebetulan tak berpuasa. Memang dia dah cakap awal-awal dari malam lagi yang dia tak nak puasa. Bila aku kejutkan untuk sahur, terus dia buat derk je...

Terus buat agreement baru dengan aku. Kakak nak puasa selang seli. Lagi satu alasan dia, duit dia dah cukup RM10. Kami janji dengan dia kalau puasa 1 hari = RM2. Iyalah kenalah bagi reward sikit. Jadi apa lagi, sampai-sampai je kat restoran kampung ni, ambil makanan dan dengan selambanya terus makan. Sabor ajeler. Abang-abang bengkek je.



Ini Abang AK punya.....hihihi... tak muat pinggan ko AK
Kalau tengok hiasan dalaman restoran ni banyak berkonsepkan Hari Merdeka. Raya-raya punya decor agak kurang sikit. Iyalah bulan ni kan bulan kemerdekaan. Disana sini orang duk pasang Jalur Gemilang.


Minggu ni ada 2 lagi jemputan untuk berbuka puasa. Fuh! selamat aku dari memasak. hihihi

Selamat berbuka puasa semua tak kiralah berbuka di mana sahaja. Yang penting kena segera-segera berbuka puasa apabila masuk waktu. Itulah dia pesanan dari penaja.....

Thursday, July 28, 2011

Durian Segamat

Minggu lepas En Hasben ada meeting kat office Segamat. Aku yang dah lama tak jalan-jalan, terus apply cuti nak ikut jugak. Memang gatal gitu.

Kalau ke Segamat musim-musim durian ni, memang tak sah kalau tak pekena durian Segamat kan? Habis je meeting petang tu terus meronda bandar Segamat untuk mencari lokasi durian Segamat yang sebenar. Wah macam lagak jalan-jalan cari makan gitu tapi edisi buah-buahan.

Setelah 10 minit duk meronda-ronda, akhirnya berjumpalah satu gerai mak cik ni. Lokasi yang sesuai untuk parking + siap disediakan meja dan kerusi untuk makan lagi. 


Budak-budak ni memang kaki durian. Terutamanya anak-anak dara aku ni hah. Kalau terserempak dengan gerai durian mesti suruh singgah. Kadang-kadang kita pulak bimbang, bukan apa takut dia orang kepanasan je. Adik kalau tak suruh berhenti atau selagi tak habis buah durian depan matanya, lagi tulah dia akan makan. Bila tanya kenapa adik suka sangat durian? dia jawab, nanti kencing air kencing bau durian, wangi...kelakar je jawapannya.


Si Danny ni sebetulnya tak adalah suka sangat dengan Durian. Gambar tu cuma eksyen je tu. Kalau makan pun seulas je. Kadang-kadang sampai nak muntah bila termakan yang jenis rasa kuat (isi kuning terutamanya). Aku lebih suka durian berwarna putih daripada isi kuning. Isi kuning ni, rasanya lebih tengit / pahit.

Macam-macam jenis durian ada. Aku tak berapa hafal sangatlah jenis-jenis durian ni. Asal sedap aku makan je. Setahu aku durian yang femes sekarang ni Musang King? Entah ya ke tak...tapi aku tak rasa pun lagi. Durian kampung jugak yang menjadi pilihan kalau ke pasar malam. Dekat-dekat bulan posa ni, lagilah murah harganya.


Dalam 5 biji jugaklah yang berjaya kita orang habiskan petang tu. Tu ada lagi yang minta. Tapi memandangkan hari dah semakin gelap dan nyamuk pun dah semakin banyak. Terpaksalah kita cepat-cepat habiskan durian yang ada. 

Lepas makan durian, kita orang ronda-ronda lagi kat bandar Segamat. Jalan-jalan ke Jackel. Tapi tak ada yang berkenan, memandangkan kain-kain untuk baju raya semua dah ada. Cuci mata aje lah.

Lepas jalan-jalan perut pun dah start rasa lapar balik. Singgah kat food court betul-betul depan Jackel. Makan makanan panas je. Lepas makan terus balik Hotel sebab dah tak larat kerana kekenyangan.

Memang tak dinafikanlah, durian Segamat memang terbaik wok....Thumbs up!

Dan inilah ratu durian keluarga kami. Boleh mengalahkan aku kalau makan durian. Ini kakak punya, ini pun kakak punya.... semua dia nak rasa. Yang paling dia orang seronok, lepas makan durian kena minum air dalam kulit durian. Time tu semua berebut-rebut nak minum. Petua mesti diamalkan. Betul tak?



Wednesday, May 18, 2011

Ikan Bakar Petai Part II

Ingat tak hari tu aku pernah cakap nak pergi makan ikan bakar petai kat Kuantan? Punyalah lama cerita makan ikan bakar petai ni nak keluar. Sila salahkan editor blog ni ya (aku lah tu)..Bukan apa, tersangkut kat bahagian penyuntingan. Almaklumlah, gaji ciput, nak tunggu duit nuffnang, berjanggutlah jawabnya...

Ini kira sambungan dari cerita ikan bakar petai hari tu ya. Sapa-sapa nak tahu cerita dari awal, klik sini ya. 

Selesai je urusan di Kuantan, dalam kul 5 petang gitu terus je menuju ke Tanjung Lumpur. Bawa kereta slow-slow je sebab nak pilih kedai makan yang mana jadi pilihan. Kat depan setiap kedai makan memang dah ada pekerja-pekerja dia orang duk memanggil-manggil pelanggan supaya berhenti kat kedai dia orang.

Last-last berhenti kat kedai makan Kak Long ni jugak (seperti yang direkemenkan oleh Yatie). Kita orang memang sengaja tak makan yang berat-berat untuk lunch sebab nak qadha makan tengahari dengan makan malam sekali. (yg sebenornya nak melantak banyak-banyak kat sini). Sebab biasanya kita orang kalau dah makan lunch yang berat-berat (nasi atau seumpamanya), nanti kalau dinner memang dah tak larat nak makan nasi. 


Sampai-sampai je, terus pilih ikan. Kita orang pilih ikan Siakap Putih. Kalau masak stim best gak ni... Tapi oleh kerana kat sini yang namanya kedai ikan bakar, sudah semestinya dibakarlah ikan tu. 


Tak lupa juga, lala dimasak serai. Masakan yang simple tapi sedap... ratah je, tak yah makan dengan nasi pun best.


Adik sorang diri pun boleh makan kesemua lala tu...


Sayur campur sudah semestinya. Baru complete pyramid makanan.. hihihi


Wah, kolestrol bertambah lagi dengan adanya sotong celup tepung. Ranggupnya masih terasa. Tapi sos tak berapa ngam lah...ada kureng sikit.. 


Dan inilah rupanya ikan bakar petai tu. Nampak tak petai yang bertaburan tu. Aku yang banyak sekali duk kutip petai tu. Budak-budak tu bukannya makan pun petai tu. Apabila aroma petai bercampur dengan rempah ikan bakar, maka keajaiban pun berlaku lah. Sodap sehingga menjilat jari. Kata orang, mak mertua lalu pun tak sedar ni...

Burrr.... Alhamdulilah, kenyang sangat-sangat. Nanti nak trylah buat kat rumah. Bakar ikan bersama petai. Rasa-rasa jadi tak? Belum cuba, belum tahu... alamak, nanti Kak Long ikan bakar tak boleh cari makan lah macam ni....

Saturday, May 14, 2011

Mee Kg Pek

Kebetulan semasa melawat Ayah De (bapa saudara) dan Cik De (arwah) di Kota Bharu, Kelantan, kami sempat singgah ke salah satu restoran yang femes di sekitar Kubang Kerian ni. Itupun setelah direkemenkan oleh kawan Ateh.

Lepas je waktu melawat kira-kira pukul 7.00 petang dan selepas menunaikan solat maghrib kat Hospital, kami apalagi terus bergegas ke restoran Mee Kg. Pek. Tak pasti restoran tu dinamakan sempena nama kampung kat situ atau pun nama orang. Lupa pulak nak tanya tokey kedai. Yang penting makan aje, sebab perut memang dah mula berbunyi setelah 5 jam mengharungi perjalanan dari Kertih ke Kota Bharu. 


Dah nama restoran pun Mee Kg Pek. Mestilah menu utamanya adalah mi. Tapi jangan bimbang, kepada sesiapa yang bukan pengemar mi, boleh juga mengorder makanan lain. Kalau tak silap masakan panas berasaskan nasi pun ada. Tapi rugilah kalau tak rasa mi basah lencun iaitu salah satu makanan yg femes kat sini.


Muka-muka kepenatan sambil menunggu makanan sampai. Angah dan Ateh sempat bergossip lagi tu. Bukan bergossip yang tak baik punya, sekadar mengimbas kembali kejadian yang tak diingini yang telah berlaku keatas bapa saudara kita orang. 


En hasben nak try mi bandung. Inilah mi bandung hasil tangan restoran ni. Apasal warna mi bandung ni tak warna merah / oren ya. Ala-ala pink gitu. Sila jangan salahkan kamera handphone aku tau.. memang color mi bandung dia orang macam tu. Macam tak lalu nak makan je... tapi, en hasben relax je... habis licin dia makan, sehingga menjilat sudu.. hihihi...


Ini pulak mi goreng basah aku. Seakan-akan sama dengan mi bandung en hasben. Bezanya tak ada telur. Udang adalah dalam 5 - 6 ekor. Semua udang disapu oleh Sarah & Marissa... biasalah tu.

Rasa mi goreng udang ni oklah. Nak kata tak sedap tak lah jugak. Sedap sehingga menjilat jari tu tak adalah sangat. Bolehlah sekadar mengisi perut yang lapar. Ala-ala mi rebus pun ada. Korang nak tahu rasa macam mana, nanti kalau ke Kelantan, silalah singgah ya... Janganlah malu, malu..


Ini pulak portion mi goreng udang untuk 5 orang. Dibahagi sama rata ya. Dalam gambar nampak mangkuk mi tu macam kecil je kan. Tapi sebenarnya mangkuk mi tu besar. Ala-ala mangkuk nasi tambah gitu.


Wah, semua duk asyik masyhuk makan. Oleh kerana tempat makan ni Ateh yang rekemenkan, maka kami dengan sebulat suarat bersetuju supaya makan malam kita orang disponsor oleh Ateh. Biasalah tokey gas kan...Ateh yang bertudung hitam tu. Terima kasih daun keladi.. lain kali jangan serik-serik cari tempat makan lagi...


Dalam orang duk mengorder  mi-mi bagai, Naquib pula nak nasi + telur goreng mata kerbau + kicap. Hahahaha... tak boleh tahan rasanya. Orang semua duk makan mi, hanya dia je yang nak makan nasi. Mi tak sedap katanya...budak-budak, layan ajer ler...


Part ni yang paling kelakar. Selepas habis makan, tengah duk menunggu bil sampai tiba-tiba kedai ni blackout. Menjerit semua orang dibuatnya. Apatah lagi kanak-kanak. Nasib baiklah dah habis makan. Nak kira duit untuk bayar bil pun kena pakai cahaya handphone. Dalam tengah-tengah duk kepenatan dan kesedihan ada gak part yang kelakar. Hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...