Adik sekarang ni memang suka bercerita. Cerita rekaan, cerita dongeng, cerita binatang dan macam-macam cerita lagi lah. Dulu-dulu Umi je pendengar yang setia. Tak kira dimana saja, kalau dia rasa nak bercerita, kita mesti kena dengar. Kalau tak muncunglah mulut sambil mata duk terbeliak-beliak menjeling kita.
Sekarang ni, abis semua orang kena dengar bila idea nak bercerita datang. Dari abah sampailah ke abang Danny. Sekarang ni suka benar cerita pasal mimpi dia. Tiap-tiap hari mesti ada cerita pasal mimpi dia malam tadi. Betul ke tak sendiri mahu fikirlah. Kalau dah cerita sampai A – Z tu..Wallahualam aje lah.. Layan ajelah. Mimpi jadi princess lah, mimpi makan lah, siap detail apa yang dia nampak dalam mimpi tu…Itu yang tak tahan. Bila kita tanya macam mana adik boleh ingat mimpi adik satu persatu. Cepatnya je dia jawab. Dia kan otak cerdas, ingatan kuat lah…macam-macam alasanlah yang dia bagi. Walaupun kita tahu, kadang-kadang cerita tu amatlah tidak logik diterima akal. Tapi kami tetap sedia mendengar dan melayan. Walaupun cuma sekadar emm, atau iya ke dan angguk-angguk je kepala.
2- 3 hari yang lepas, dia tak nak bercerita dah. Kita orang naik hairan. Aik, adik…dah tak mimpi ke semalam. Tiba-tiba dia jawap…semalam dah tak mimpi, sebab PETI MIMPI ROSAK. Hah?....tak ok lagi..tak tahulah bila boleh ok semula mimpi ni. Apa dia ingat, mimpi tu macam TV ke apa. Apa lagi ketawalah si abang-abang ni..termasuk lah aku…Abah siap tanya mimpi adik tu LCD ke LDD…hahahaha… lawak betul lah adik ni….
“Bermimpilah kamu setinggi langit kerana andainya kamu terjatuh, maka kamu akan terjatuh diantara bintang-bintang.”
Achiq