Monday, September 05, 2011

Majlis Iftar Terakhir sebelum raya


Masih ada lagi cerita berbuka puasa yang tertinggal. Walaupun orang dah sibuk raya sakan. Tapi tak apa, demi menjaga hati semua pihak maka cerita ini haruslah dipublishkan. Hihihii

2 hari sebelum raya, family sebelah aku berkumpul untuk majlis iftar. Dan seperti kebiasaannya rumah Ateh (kakak) wajiblah menjadi hos untuk majlis iftar perdana 2011 ini. Sebenarnya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini, dek kerana kesibukan ahli-ahli keluarga yang bekerja (lebih-lebih lagi 2 orang adik lelaki kami bekerja syift) maka, amat payahlah untuk mengumpulkan kesemuanya (tak termasuk adik bongsu kami yang berada di Pontian, Johor). Itu pun adik lelaki yang di Kuantan tak dapat join, kena kerja pulak.

Maka, kami yang berada disekitar kawasan Kertih / Paka sahajalah yang dapat bersama-sama berkumpul bagi menambahkan pahala (hihihi) kerana merapatkan lagi silaturahim. Along pulak last minute cancell kerana anak bongsu beliau sakit gigi pulak. 

Si Lelaki...
So, bila dah berkumpul, memang hiruk pikuk lah jadinya. Lauk pauk dimasak oleh Kak Ngah & Alang. Cuma kuih masing-masing kena bawa sendiri. Hajat di hati nak juga tolong masak, tapi hari tu aku masih lagi kerja, jadinya tak dapatlah nak nolong. Dan sudah semestinya mencuci pinggan menjadi tugas utama aku. Ditambah pulak aku cuti pulak hari tu, lagilah kena dera pakej mengemas sekali.

Tukang masak makan pun tak lalu, sebab dah banyak hidu bau....
Kanak-kanak yang tak berposa kenalah makan kat tempat lain. Lagi pun dia orang ni tak tunggu azan pun. Siap hidang terus makan. 

Tuan rumah dengan masakan kegemaran - kepala ikan tongkol masak merah
Lauk pauk pada hari tu ala-ala kampung gitu. Masak sup labu air, ikan tongkol masak merah, ayam goreng, ikang singgang (tak tinggal punya), budu, belacan, sambal tempoyak & goreng sayur kacang. 

Tengok tu, semua licin. Posalah katakan. Semua kelaparan. 

Lepas berbuka, kami maghrib berjemaah diimamkan oleh imam muda M Naufal. Lepas tu semua bergerak ke surau berhampiran rumah untuk berterawih. Tinggallah aku dengan Angah duk menjaga budak-budak ni dan mengemaslah, apa lagi...waaaaaaa

Sebelum balik, baki lauk pauk yang tak habis dibungkus untuk dibawa pulang untuk bersahur pulak. Baik hati sungguh tuan rumah ni. Memang sengaja masak lebih katanya. Sebab dia tahu adik-adik dia memang dah malas nak malas untuk bersahur.

Terima kasih daun keladi Ateh. Tahun depan kita berkumpul lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...