Dear
PCSB/PMO Recipients of MSB 2011 East Coast,
Please be informed that
Majlis Sekalung Budi 2011 for 15, 20 & 25 yrs award is confirmed to
be held as per details below:-
Date : Monday, 24th October 2011
Rehearsal : Sunday, 23rd October 2011
Venue : Silk Ballroom, Level 3, The Zenith Hotel
Kuantan
Award presenter : Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, EVP
Downstream
2011 genaplah 15 tahun perkhidmatan aku bersama syarikat
minyak ni. Kalau jadi orang minyak, memang dah hitam legam dah kata orang.
Kebiasaanya setiap bulan Ogos setiap tahun (16 Ogos) syarikat kami akan
mengadakan anugerah perkhidmatan lama. Tapi bermula dari tahun lepas majlis dah
ditunda ke bulan Oktober. Memandangkan bulan Ogos puasa. Tak seronoklah kan.
Tak boleh buat dinner bagai + entertainment pun tak bolehlah nak jemput
artis-artis gitu. Sebagai menghormati bulan Ramadhan, bukan apa.
Bersama salah sorang kawan lama yang lama dah tak jumpa - kat sini baru jumpa |
Jadi tahun ini seperti yang tertera di atas, majlis telah
berlangsung pada 24 Oktober 2011. Dan tahun ini juga ada kelainannya. Di asing-asingkan
mengikut region masing-masing. Bagi pantai timur majlis diadakan di Hotel
Zenith, Kuantan. Kalau pantai barat sudah semestinyalah di KL Convention
Centre. Begitu juga Sabah & Sarawak. Jimat kos gitu. Semua nak jimat kos
sekarang ni. Tapi katanya sebab nak ajak spouse sekali supaya dapat join the
ceremony (kebiasannya spouse hanya join dinner sahaja). Jadi sudah semestinya
tidak muat KL Convention Centre tu. Apa-apa pun, majlis sebegini dapatlah kita
berjumpa dengan kawan-kawan lama. Seronok bila dah jumpa. Ada yang kita dah
terlupa akan dia orang, tapi bila dia tegur rasa bangga sangat, ramai jugak
yang masih mengingati diriku ini. hihihihi…
Lepas majlis selesai diikuti dengan makan tengahari.
Kebiasaannya ada dinner malam tersebut. Tapi dah ditukar dengan makan
tengahari, sebab lepas lunch terus check out. Jimat hotel 1 malam… hihihi
Tengah duk sedap-sedap makan, Amy Search keluar membuat
persembahan. Apa lagi, masing-masing duk nyanyi sama-sama. Ada jugak yang tak
lepas peluang, naik pentas. Nak jugak berpadu suara dengan Amy (ada suara ke?).
Aku take a photo je sambil malu-malu kucing gitu.
Sebenarnya aku berdua dengan en hasben terima anugerah ini.
En hasben (20 tahun) manakala aku (15 tahun). Tetapi malangnya en hasben kena gi
Segamat office (meeting). 5 tahun yang lepas pernah ikut en hasben ke majlis
anugerah sempena 15 tahun perkhidmatan beliau. Masa tu, venue masih lagi di KL.
Tapi spouse join masa dinner je. Tengah mengandung Marissa. Tak dapatlah nak
bergaya sakan. Baju uniform mengandung je yang dapat dipakai…..Jadi
kesimpulannya, dapatlah 2 token. Patutkah aku menjualnya? Ada sapa-sapa
berminat nak beli tak?
Oh, tak boleh jual….Sentimental value ni….tak apalah, ku
simpan ajelah dalam kotak dengan elok. Mana tahu akan datang mesti ada gunanya.
Tak logik pulak rasanya nak pasang dua2 kat atas almari ni. Membazir elektrik
lah pulak.
3 comments:
I rasa I perasan you masa kat gambang. adakah you yang nak amik gambar dgn budak akrobatik sambil dibantu sorang pempuan cina jadi translator?
yup..mmg betul sekali...hihi..next time kalau turun ke Pantai Timur sila bagi tahu ya....
zzzzz2018.7.27
skechers outlet
ugg boots clearance
mulberry uk
louboutin outlet
moncler online outlet
cheap ray bans
longchamp handbags
ferragamo outlet
supreme new york
nhl jerseys wholesale
Post a Comment