Tuesday, March 08, 2011

International Women's Day

Source : Yahoo
Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Ayuh! kawan-kawan, kita saling hargai menghargai wanita-wanita di seluruh dunia walau dimana mereka berada.

Sempena Hari Wanita Sedunia ini, Yahoo ada membuat kajiselidik, siapakah wanita yang paling kita kagumi. Ada yang jawab Marina Mahathir, Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz, Cik Nurul Izzah Anwar, Siti Nurhaliza pun ada uols..

Nak tahu lebih lanjut sila check it out disini. Yahoo.

Tapi bagi aku, sudah semestinya ibu aku adalah orang yang paling aku kagumi. Kerana dia yang telah membawa aku ke dunia ini dan membesarkan aku sehinggalah sampai ke tahap ini. Terima kasih Mak. Korang semer, siapa pulak idola korang?

Apa-apa pun, sempena dengan hari wanita ini, terimalah dari Achiq sekuntum mawar merah buat anda wanita-wanita diluar sana, kerana dirimu begitu berharga.


Monday, March 07, 2011

Minggu Palestin di Tadika AnNur

Pada 20 - 24 Februari 2011 yang lepas, Tadika AnNur (Tadika adik) telah mengadakan minggu kesedaran Palestin. Dengan tema `Kami Bersamamu Palestin'. 

Hari-hari setiap kali balik dari sekolah, adik akan bersemangat bercerita kat semua orang pasal Palestin. Kat bibik lagilah sekejap-sekejap duk bercerita. Macamlah bibik tu tak tahu apa-apa pasal Palestin ni. Dia siap suruh kita orang derma, bagi duit lah, bagi bajulah, bagi makananlah...

Yang pasti, adik siap suruh aku ambil gambar kain rentang yang ada kat depan sekolah dia. Cepat-cepat tarik tangan aku nak tunjuk yang mana satu tangan dia. Dia nak tunjuk kat abah dan kakak. Aku tanya dia, kenapa adik guna warna kuning untuk tangan adik? Sebab warna kuning warna kasih sayang, cikgu dia cakap. Ya ke? Warna hijau aman damai..Ya lah kot..Malas nak soal banyak-banyak, nantikan ada yang merajuk pulak apabila cakap dia kita tak percaya. Kenalah jugak percaya.

Nampak tak bulatan merah - tangan yang warna kuning tu? Hah, itulah tangan Shaida Marissa
Aku rasa bagus jugak Tadika AnNur mengadakan kempen-kempen sebegini. Membuka minda budak-budak ni dengan keadaan hal ehwal semasa. Aku pun tak berapa pasti, apa aktiviti yang Tadika AnNur telah adakan sempena minggu Palestin ni. Tapi adik ada bercerita, dia tengok video pasal anak-anak kat Palestin yang mak dan ayah mereka mati kena tembak oleh orang kafir. 


Kalau nak cakap pasal isu Palestin ni, aku pasti semua orang dah tahu. Nak kupas satu persatu pun, dah tak larat dah. Hanya doa je yang mampu kita berikan berserta menderma apa-apa yang patut. Tapi, kadang-kadang rasa musykil juga, apakah barang-barang derma kita selama ni sampai kepada diaorang?. Kalau nak selidik satu persatu, memang tak terdaya. Yang pasti tujuan ikhlas kita dah tercapai. Yang lain hanya berserah kepada yang Maha Kuasa. 


Selain berdoa, kita juga boleh membantu mereka dengan memboikot barangan-barangan keluaran Israel. Korang semua mesti dah tahu kan pasal barangan-barangan keluaran Israel ni. Kalau tak tahu jugak, silalah google ya...

Sunday, March 06, 2011

Aku Pun Bayar Saman Jugak Tahu.....

PUTRAJAYA 2 Mac – Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan


Sakit hati betul aku bila baca berita kat atas tu. Kenapa hati aku sakit? Iyalah, mananya tak sakit hati. Aku duk berjemur panas dekat 3 jam lebih kerana rasa tanggungjawab kepada negara, tiba-tiba dilanjutkan pulak. Kalau tahu macam tu, tak adanya aku nak bayar lagi saman ni. Hahahaha...langsung tak patut sokong statement aku ni.

Agak-agak korang mesti dah dapat tangkapkan cerita aku ni. Mesti korang dah nak start gelak-gelak dah ni. Tak pun dah nak tergolek-tergolek atas katil ni bila tahu kisah sedih aku ni.

Pada hari Isnin lepas bersamaan 28 Feb. 2011 iaitu harijadi anak aku yang 11 (Amirul) dan juga hari terakhir untuk sapa-sapa yang kena saman untuk membayar saman. Mula-mula macam tulah kerajaan cakap. Aku dengan penuh semangat yang berkobar-kobar telah mengambil cuti tahunan aku (cuti tahunan ya, bukan MC OK) hanya semata-mata untuk membayar saman ni. Pagi-pagi lagi lepas hantar je adik ke sekolah, terus bergegas ke Kemaman. Sampai je di IPD, Kemaman dalam pukul 8.30 pagi. Orang dah ramai beratur. Dahlah kaunter kat luar gitu aje.. Sabor ajeler.


Cuaca hari tu pulak, bukan main baik sangat. Alhamdulillah. Kalau hujan, susah jugak kan. Nak parking kereta sikit punya susah. Aku parking nun jauh diluar pagar. Mulalah aku menapak dengan laju-laju supaya dapat no. yang awal-awal. Kiranya macam nak berebut-rebut gitu. Rupa-rupanya mana ada no. bah...beratur ikut giliran ajer. Sabor lah lagi. Kiranya aku yang keberapa, tidaklah aku mengiranya. Berdiri dibawah terik matahari sajalah jawapannya. Sabor lagi...

Sampai je kat depan kaunter, jam telah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Korang bayangkan aku beratur dari pukul 8.30 am - 11.30 pagi. Dekat 3 jam tu, dah macam nak kawad kaki lah pulak. Aku memang dah check awal-awal lagi pasal saman ni. Memang sah ada 2 saman je yang tertunggak. Lain-lain saman zero. 3 jam beratur untuk membayar 2 saman. Berbaloi ke? Berbaloi ke tak, nak buat macam mana. Terpaksalah. Dah kita memang salah nak buat macam mana. Nak salahkan siapa? Memang salah kita juga. Awal-awal tak nak bayar. Bila nak diblacklist, barulah terkial-kial nak bayar saman. Pengajaran untuk aku yang cepat lupa. Melayanglah RM300 hari tu....


Inilah akibatnya jika suka menangguh-nangguhkan bayar saman. Iyalah, kalau tak diugut dengan blacklist, mahunya kita tak bayar lagi.

Tapi aku ada sedikit kegaharuan lah. Sebabnya saman-saman tu semua atas nama aku. Sedangkan masa tu bukan aku yang bawa kereta tu. Tak aci kan. Nampak macam aku ni jenis yang tidak mematuhi peraturan je kan?

Saturday, March 05, 2011

Orang BerHeartbeat kita pun BerHearbeat jugak...

- Sticky Mode -

Oleh kerana kebanyakan blog-blog yang aku baca duk sibuk mempromosikan Heartbeat ni, maka aku pun turut samalah tergoda untuk berheartbeat. Manalah tahu, kot-kot boleh dapat income yang melimpah ruah. Hahaha... Boleh pengsan kalaulah betul-betul dapat income macam Mama Zharfan ni. Tapi bab kata pepatah melayu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih (suka benor aku dengan pepatah ni, kalau korang perasan, kebanyakan entry aku selalu je ada pepatah ni)

Perasan tak ada banner heartbeat yang cantik dan canggih kat header aku tu. Sila lah clik ya. Kalau tak sempat clik kat atas, jangan malu-malu, kat bawah pun ada. Hahahaha. Apa punya bengong aku hari ini. Entahlah, asyik nak merayu-rayu ni, apahal!

Sebenarnya, hati tengah berdegup-degup kenyang ni mengingatkan event untuk malam esok. Nak kena buat show depan Mak Datin bagai ni. Later on, I story ya!...This time kita story pasal hearbeat dulu.. untuk menenangkan hati ku ni. Lalalalala...mari citer pasal buat duit. Sebab kata orang, bila hati tengah tak keruan, sebut pasal duit terus jadi OK. 

Berbalik kepada heartbeat ni. Cara-cara nak sertainya amatlah senang. Ini aku copy dari Mama Zharfan
uolls yg dh join HB, MESTI promo2 agar ur frens/readers/followers register bwh u..





bkn apa...free registration ajer pun..bkn kena bayar ke apa pun utk register, then tepek jer banner kat blog masing2..tak kuar duit satu sen pun, tp sebaliknya, akan mula dpt duit bila org click and income masyukkk bila org register lps click ur banner..


gliterati nuffnang? ooo, jgn risau, tak affect pun, not at all, 100% me guarantee!! me dh tanya Nuffnang direct pun!! no worries ok!! Heartbeat bukan competitor Nuffnang pun, sbb HB jual brg2 souvenir, bukan advertising company mcm Nuffnang or innity(pakcik hijau) etc.

uolls yg belum register, ni me copy paste full tutorial, me amik dari blog anje a.k.a mama balqis . tq yer anje--laju income HB anje tau--dh nak cecah RM200 tu..less than 2 months babe!!

so far, those yg dh boleh cash out hasil heartbeat ni ialah anje, miza yusof, cute mum...and there will be more and more -- lagi cepat join, lagi cepat membukit income tu!! Jgn tunggu lama2..


Kalau nak tahu macam mana cara-cara nak sertainya. Clik je banner Hearbeat ni. Terus ke ruangan join.



Kalau tak pandai juga, sila ikuti tutorial di blog Mama Zharfan ni.


Selamat BerHeartbeat uols.....

Thursday, March 03, 2011

Appointment with Dentist


Korang pernah ingat tak, aku pernah cerita pasal Marissa sakit gigi kecik-kecik-dah-sakit-gigi-alahaiiii.

So, akhir bulan Januari lepas, kita orang telah membawanya ke Klinik Rantau Petronas. Untuk makluman, setiap hari ahad, ada Doktor pakar gigi datang keklinik Rantau. Itupun setelah temujanji dibuat seminggu sebelum.

Mula-mula sampai, adik rilex je. Terus naik atas kerusi tanpa disuruh. Sebelum proses pengerudian dan penampalan dibuat, Dr duk bercerita dulu dengan dia. Dia angguk-angguk je apa yang Dr duk cerita. Dr. siap demonstrasi lagi macammana alat-alat berfungsi, suruh adik pegang alat-alat tersebut. Dalam 10 minit jugaklah, sessi suaikenal berlangsung. Adik tak nampak takut pun. Ini bermakna petanda baik ni. Dr cakap, gigi yang berlubang tu boleh tampal, kalau nak cabut pun tak apa. Tapi, sayanglah kalau dicabut kan? Kita orang bersetuju untuk ditampal sahaja. 4 batang gigi kena tampal.. Mak oiii..

Setelah berbincang, kami bersetuju untuk temujanji pertama ni dibuat 2 batang je dulu. Lagi 2 batang, next appointment. Lagipun, Dr Laziz ni hanya datang 2 minggu sekali je. Dr. Laziz ni dari Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Setelah digerudi gigi adik, tibalah masa memasukkan simen untuk tampalan
Alat untuk mengeringkan simen - Kesian adik lenguh mulut katanya...
Kita orang ingatkan adik akan menangis kerana takut ataupun sakit. Last-last rilex giler. Senyap je sambil ikut arahan Dr. Rasa bangga pulak dengan Shaida Marissa ni. Aku tak tahu kalau kanak-kanak lain macam mana. Mungkin biasa jugak kot. Sebab kalau kita sendiripun mesti rasa sakit/ngilu apabila digerudi. Ada sesetengah orang dewasa pun tak nak buat dah tampalan2 ni. Sebab sengal kan? 

Aku tak pasti samada dia memang control giler emosi dia atau pun memang tak sakit. Bila ditanya memang dia cakap tak sakit. Pelik jugak kan. Even Dr. Laziz sendiri pun terkejut sambil puji-puji jugaklah adik. Kembang kejap hidung aku. 

Tiba-tiba aku teringat pasal dia kena jahit kat bawah dagu hari tu. Langsung tak dibius. Yang tu dia pergi klinik dengan abah dia. So, abah dia ingat, aku tak ada. Jadi dia macam tak nangislah. Biasalah, budak-budak bila ada emak, manjanya lain sikit.

Yang pasti, Shaida Marissa memang anak yang kuat dan berani.

Anakku Comel Giveaway by Littlestoryfromlittlefamily


Jom kita pakat join contest ni pulak. Cara-caranya senang saja. Just letak gambar anak kita yang kita rasa paling menyengat.. hihihi. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12.03.2011  jam 11.59 malam. Untuk maklumat lanjut sila klik banner di atas.

Kalau ada rezeki, dapatlah cabutan bertuah gambar Shaida Marissa ni.


 Acara seterusnya ialah men tag kawan-kawan pulak. Achiq nak tag


Wednesday, March 02, 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru



Ini adalah kali pertama aku menyertai contest. Niat di hati hanyalah suka-suka. Kalau menang lagilah bahagia. Kalau tak apakan daya... Wah, macam pantun 3 keratlah pulak.

Tapi kan uols, contest ni hanyalah untuk para blogger baru yang mempunyai follower kurang dari 300 orang sahaja. Macam blog aku ni.

Untuk tahu lebih detail, klik je banner di atas.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...