Monday, July 02, 2012

BRAVE 3D......Thank You Telekom!!!!


Hari jumaat 2 minggu lepas terima panggilan dari Telekom.  Anda adalah pelanggan bertuah. Kami berbesar hati ingin mengajak anda menghadiri pratonton movie Brave 3D di TGV, Mesra Mall.  Masa tu aku baru je nak lelap tengahari. Biasalah hari minggu aktiviti utama lepas sembahyang jumaat adalah melelapkan mata.  Mengkada mana-mana tidur yang tak cukup minggu sebelumnya.  Orang lain duk sibuk mengkada sembahyang. Nak buat macam mana tu?

So, dalam mamai tu aku iya ajelah apa yang dikata. Surat dari Telekom akan menyusul sedikit masa nanti.  Tunggu punya tunggu sampailah hari rabu minggu lepas, tak sampai-sampai pun surat dari Telekom ni. Memang dah rasa cuak dah ni. Kena tipu jugak aku ni. Nasib baik tak bagitahu lagi kat budak-budak ni. Kalau tak, memang nak kenalah Umi ni…hihihi

Hari Khamis Ezani call ada surat pos laju dari Telekom. Dah sah-sahlah kan, itu surat yang ditunggu. Baru boleh announce kat budak-budak ni. Sapa-sapa nak ikut Umi tengok wayang wajiblah berperangai baik serta rajin. Semua dah jadi rajin hari Jumaat tu. Siap bersih longkang lagi…..Saja je gertak sikit…budak-budak zaman sekarang, kalau nak suruh buat apa-apa, mesti nak upah…..emmmmm

Pagi Sabtu terus pergi ke Mesra Mall, sebab dalam surat tu tulis collect tiket pukul 10.00 pagi dan show start pukul 11.00 pagi. Kita orang adalah orang yang ke tiga kalau tak silap muncul kat kaunter tu. Mula-mula bagi 4 tiket lepas tu try minta extra..dapatlah lagi 1 tiket.  Yahoo! Semua boleh masuk termasuk adik manja ni….

Oleh kerana awal lagi, so macam biasalah, lepak-lepak dululah kat Mesra Mall ni…Pukul 10.45 bergerak ke TGV, tengok punyalah ramai orang. Rupa-rupanya 30 keluarga telah terpilih untuk event ni.  Mana-mana keluarga yang berada disekitar Kertih dan Kemasik. Jumpa jugaklah muka-muka yang aku kenal. Tunggu punya tunggu, pukul 11.15 barulah boleh masuk. Ingatkan orang besar Telekom nak bagi sepatah dua kata. Rupanya tidak, Cuma dia orang pun nak join gak tengok citer ni.

Overall, best lah citer ni.. Sangat bersemangat. Ditambah lagi dengan 3D nya…memang real lah… moral of the story, walaupun marah macam mana pun kat mak kita, akhirnya family kita jugak yang kita cari.  So, on the way balik rumah adalah sessi penerangan sambil ambil pengajaran. Entah anak-anak aku ni, masuk dalam kepala dia orang ke tak?

Oh ya, adik 1st. time tengok filem 3D. Bising sekali duk cakap, wow dekatnya Umi… Jap- jap bunyi suara dia jer duk gelak lah, duk menjerit lah. Tapi bukan dia je yang bising, ramai gak family yang bawa anak-anak sebaya macam adik kan? So, kiranya sama jugaklah di orang..pot pet, pot pet…. Layan ajelah…dah free kan….Keluar je dari panggung, adik sempat lagi cakap `Umi nanti download citer ni ya!...ops!...tak sabar, sabar,,,, kot ya pun, biarlah sampai kat rumah dulu adik hoi,,,,,

Anyway, Terima Kasih Telekom Malaysia Bhd kerana telah berbaik hati untuk mengajak kami sekeluarga menonton cerita ini secara percuma. Dapat 2 set pop corn + coke lagi…sapa nak bagi. Kami janji akan tetap setia kepada Telekom. Walaupun ada je produk-produk baru datang, Telekom tetap dihati…(mesti puji weh!!!)..namanya hadiah ni `loyalty gift’ maka haruslah loyal sampai mati…


Achiq

Saturday, June 30, 2012

Gastrik tahap gaban


Walaupun sakit tapi masih sempat berposing. 

Kejadian berlaku pada pagi rabu minggu lepas. Kebetulan minggu tu en hasben outstation kat Shah Alam. Sedih sangat. Mai nak story mory. 

Pagi tu memang kejut awal. Dalam 5.30 am dah kejut dah. Sebab dah teringat nak buat breakfast untuk budak-budak nak pergi sekolah. Kebiasaanya mestilah en hasben yang uruskan semua itu. Tapi perut pulak buat hal. Menyucuk-nyucuk. Datang pula sekali sekala. Bukan sakit nak berak ke apa, tapi sakit yang amat sangat. Bukan rasa pedih hulu hati ataupun kembung. Ala-ala sakit nak beranak pun ada. 

Walaupun sakit tapi digagahi juga pergi kerja. Masa bfast dengan geng-geng aku dah tak tahan. Just minum air milo, roti canai telur yang diorder cuma dijamah secubit. 

Naik kat opis makin kerap datang sakitnya. Dalam pukul 10, terus pergi klinik rantau. 

Sah-sah Dr cakap gastrik. Dr tanya ada makan pedas ke?  Baru teringat, semalam masa farewell kak Dina aku makan mi kari siap campur sambal. Memang pedas kaw-kaw punya. Kena cucuk sejarum dan Dr suruh berehat dulu kat klinik. Dekat sejam jugak aku berehat kat situ tapi semakin sakit kepala pulak duk terbau ubat-ubatan kat klinik tu. 

Balik rumah rehat sampai malam. Nasib AK ada. Boleh harap juga anak teruna aku ni. Tolong tengokkan adik-adik. Kemas dapur siap masak dinner untuk adik-adik. Walaupun menunya hanyalah meggi. 

Aku hanya merengkuk aje atas katil. Sakit tak hilang-hilang. Siap dah pesan kat sarah kalau umi pengsan ke cepat-cepat telefon toki. Sampaikan sarah kejap-kejap panggil umi. Are u ok umi. Umi pengsan ke tu. kelakar pulak rasa. Adik pula sibuk nak baca buku cerita untuk umi. 

Tapi Alhamdulilah, keesokkan harinya sakit tu dah hilang. Sampailah ke hari ini, perut aku ni masih lagi senak-senak sekali sekala. So, untuk sebulan dua ni kenalah berpantang sikit. Dah tak boleh makan pedas-pedas, nescafe dah tak boleh minum. Yang berempah-rempah pun kena kureng juga. Alahai, kuruslah aku macam ini. Amin 

Oleh itu wahai kawan-kawan pembaca yang budiman. Jagalah pemakanan anda. Makanlah ikut masa. Jangan dibiar perut kosong macam saya ni suka sangat tak makan malam. Jagalah perut anda. 

Stay healthy. Live your life. 

Achiq

Friday, June 29, 2012

EXPRO lah juara 2012



Tahniah, tahniah Expro kerana buat sekelian kalinya telah berjaya menjadi Juara Karnival sukan pantai timur 2012.

Dengar citer inilah kali pertama pcsb menjadi juara setelah menukar nama dari carigali kepada expro. Tahun bila ditukarkan nama tu, tidaklah aku selidiki. Mungkin lepas ni nak kena baca sejarah carigali. Memandangkan sudah hampir 3 tahun aku bernaung dibawah payung pcsb ni.

Dan seperti biasa acara yang aku sertai tahun ini adalah petanque. Tapi nasib kurang baik tahun ni. Dari naib juara tahun lepas terus menjunam ke no 4. Apa macam team petanque? Ada jawapan? Nak kena buat post mortem habis habisan ni. Malaslah nak cerita pasal kekalahan kita.

Jom cerita acara-acara yang telah dimenangi oleh expro. Antaranya sukan netball, rugby, badminton, table tennis, volleyball (f), squash, bowling & carrom.

Ayuh Expro! tahun depan kita kekalkan kejuaraan kita. InsyaAllah!

Fight 2 d fullest.

Achiq




Wednesday, June 27, 2012

I wish nothing but the best for you



Selamat maju jaya kak Dina Husna. Semoga bertambah kurus bila duk kat KL nanti. Almaklumlah dengar cerita opis baru nanti kat tingkat 79. Fuh tinggi tu. Hampir 3 tahun kita kenal. Ramai cakap k Dina garang lah, tak friendly lah. Tapi bagi aku semua macam tak betul. K Dina yang aku kenal sangat mudah didekati. Boleh gurau2 lagi.

Ingat tak ladies day 2 tahun lepas. Buat show atas stage. Cholo boliya bagai. Hahaha nak pecah perut bila teringat balik. Itu belum lagi lagu staying alive & i know you want me. Gelek aje kita waktu kan.

Serve baik-baik datuk tu. semoga nanti boleh jadi S1 pulak. Mana tahu rezeki masing-masing. Dapatlah kerja kat presiden opis pulak nanti.

Kalau ada sumur diladang.
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang.
Boleh kita berjumpa lagi.

So long my friend.

Tuesday, June 26, 2012

Serupa ke?




Ramai sangat yang cakap muka kami serupa. Ya ke? 
Of courselah sorang bulat mukanya seorang agak kempong sikit. Hahaha 
Oh ya! Ini kawan baru saya. Baru transfer dari PGB beberapa bulan yang lepas. Kalau kami jalan bersama ramai yang tegur eh! Adik ko ke? 
Tak kisahlah orang cakap adik ke sepupu ke, yang penting kami serasi je. 


Achiq

Monday, June 25, 2012

Mengidam durian

Oleh kerana en husband baru je balik dari Segamat, tiba-tiba terasa nak makan durian pulak. Oleh kerana bila sebut je Segamat mesti teringat durian kan?
Habis satu Kertih duk cari durian. Punyalah besar Kertih ni, durian tak ada jual ke?
Akhirnya sampai ke Paka barulah ketemu itu durian. Tepat pulul 10 mlm. Barulah dapat merasa durian yang kata si penjual dari Johor. Kira durian Segamat jugak lah tu. sekali sekala bermanja dengan orang yang sudi melayan apa salahnya. Besok en abang dah nak outstation lagi.
Burp!! Alhamdulilah. Sendawa berbau durian sudah.

Monday, March 19, 2012

I Love You titik, titik, titik…


Seperti biasa bila  hantar anak-anak ke sekolah atau sebelum tidur, aku akan cium, salam dan tak lupa ucapkan I love you. Dan seperti biasa juga mereka akan membalasnya dengan I love you too. Dan bila dia orang ucapkan dulu, aku pulak akan membalasnya…

Kadang-kadang kalau dalam kereta atau dari kejauhan cukuplah hanya sekadar guna dua tangan. Seperti gambar kat bawah ni.  Zaman sekarang semua pakai signal je. Tapi maksud yang tersirat amatlah kita fahami. 



Satu malam seperti biasa, aku cakap I love you Marissa, dia membalasnya dengan membuat simbol love (tangan) dan lepas tu buat titik-titik menggunakan jari. Harap-harap korang faham dengan gambaran yang aku bagi ini. Hairan gak aku, lain dari biasa simbol ni. Kenapa adik buat macam tu? Ini maksudnya I Love you too..

Oleh kerana, dia tak tahu macam mana nak buat simbol `too' tu, jadi dia buatlah titik-titik menggunakan jari sahaja. Jadi apabila dia buat simbol macam tu, itu bermaksud, I love you too. Harap lain kali Umi faham ya!.. Tergelak aku dibuatnya. Kelakar pun ada. Bila tanya mana adik belajar buat simbol macam tu? Adik fikir sendirilah, otak adik ni kan besar, boleh fikir banyak-banyak.....hihihi

So bermula dari malam tu, kalau buat simbol I love you, mesti di ikuti dengan titik-titik......

Cool kan?

I Love you titik, titik my readers.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...