Tuesday, November 30, 2010

Allergic

Pernah dengar tak alahan dengan Sabun.  Itu yang terjadi kat aku.  
Cite nya begini, semenjak 2 menjak ni, lepas mandi pagi je badan aku gatal2 dan naiklah bintik2 kemerahan-merahan.  Dekat sebulan jugaklah keadaan yang tidak selesa macam ni.  Dalam 1/2 jam dia akan hilang.  Aku ingatkan aku alahan dengan keadaan sejuk, walaupun tak pernah pun macam ni... (maklumlah skrg ni kan musim hujan kat pantai timur ni).
Siasat punya siasat, sah memang sabun mandi yang aku baru beli tu punya cerita.
Maka dengan ini aku istiharkan, yang aku tak leh pakai sabun May jenis ini. Mungkin dia punya salah satu bahan yang ada kat dalam tu mengandungi benda2 yang memang menjadi alahan kat atas kulit aku.


MAY SOAP GLOWING&RADIANT(CREAM)

Monday, November 29, 2010

Malas + Kantoi


Semalam aku sambung cuti.  So, hari ini teramatlah malasnya nak pergi kerja.  Bila terkejut je dari tidur, tengok2 jam dah pukul 7.45… oh tidakkkkkkkkkkk!
Jadinya hari ini dalam sejarah, aku telah datang lewat ke opis.  Memang selama ni rekod kedatangan aku. bersih punya.  Sumpah weh, tak tipu punya… boleh pastekan iptime track aku kalau tak caya…tapi ada kau orang kisah ke?  Dahlah lewat, on d way masuk ke opis, jumpa pulak En bos aku, Hj Sameon (bukan nama sebenar) hahahahaha….kantoiiiiiiiiiiii
Kata pepatah, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. maknanya, alang2 dah malas, biarlah malas sampai ke petang… cantik punya alasan….
Tadaaaaaaaaaaaaa……..

Hasil Tangkapan di Kelate

Inilah hasil tangkapan di Kelate last weekend.  Ada lagi tu yg tak masuk in d picture.  Bukan nak menunjuk (tak baik tahu) tapi just for my own record. Next time bila dah lupa kat mana beli menda alah ni, bolehlah buka balik blog ni.  Memang tujuan aku buat blog ni pun untuk aku punya reference in future.  Jadinya tak salah kan? kan?...
1.  Periuk yg besar2 tu guna untuk buat masak bila time nak buat kenduri (setahun sekali kot, hihihi boleh jalanlah achiq hoi..bila lah kau masak banyak2 tu.... nasib baik En Akauntan termakan dgn pujuk rayu ku yang lemah gemalai ni... )
2.  Set corelle 1 set (16) & 1 set (20)
3.  Kain 3 pasang tu utk raya krismas & raya cina sekali kot....
4.  Beg2 sekolah tu beli awal sebab nk kurangkan sikit sakit kepala masa shopping baju2     sekolah nanti...

Sunday, November 28, 2010

Sasaran 9 pingat emas tercapai. Tahniah Malaysia !

Sapa-sapa yang tak sempat baca surat khabar pagi ni.... aku tolong paste kan. Moga boleh dijadikan rujukan untuk aku & anak2 cucu dimasa hadapan.

Pencapaian gemilang

Daripada Zairee Zahir dan Hussain Said di Guangzhou
bhsukan@bharian.com.my
2010/11/28

SAMBUTAN majlis penutup Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
SAMBUTAN majlis penutup Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
Prestasi kontinjen negara berada di tahap tertinggi

PENCAPAIAN 9 pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa di Sukan Asia yang berakhir semalam, menutup tirai tahun ini dengan rumusan ia sebagai tahun paling cemerlang dalam sejarah sukan negara.
Chef de Mission yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkata Datuk Zolkples Embong, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah pungutan pingat atlit negara dalam dua temasya besar berturut-turut iaitu Sukan Komanwel New Delhi XIX dan Guangzhou XVI yang menepati sasaran ditetapkan.
“Ini satu sejarah dalam sukan prestasi tinggi kita, malah pencapaian di Guangzhou ini juga adalah yang terbaik sejak kita mengambil bahagian pada 1954, selain dapat memperbaiki kedudukan tangga keseluruhan daripada ke-11 di Doha 2006 kepada ke-10,” kata Zolkples dalam sidang media, semalam.

Berdasarkan pungutan pingat emas itu juga, Malaysia tidak jauh di belakang Thailand yang gagal menepati sasaran, selain mengatasi Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam bagi negara rantau Asia Tenggara.

“Formula kejayaan ini ialah program jangka panjang yang efektif, kerjasama baik dengan persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM); sistem sokongan kebajikan atlit dan khidmat jurulatih asing dalam sukan membabitkan aspek teknikal serta khidmat sains sukan menerusi Institut Sukan Negara (ISN),” kata Zolkples.

Namun, hakikatnya hanya sebutir emas diraih dalam acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik iaitu trek berbasikal tetapi Zolkples pantas mempertahankan bahawa atlit negara juga mempamer banyak peningkatan berdasarkan 18 pingat perak yang sepatutnya boleh bertukar emas jika tidak kerana dominasi hebat China, pengadilan berat sebelah dan kegagalan atlit menangani tekanan pada saat genting.
 

Kelantan - Day 3

Pic from google.
Ini adalah gambar hujan di Paris, bukan di kelate yo...
 bajet konon2 berado di Paris.. boleh blahlah achiq ooii
Hari ke3 di Kelantan.  Hujannnnnnnnnnnnn
Memang hari ini hari last kat Kelate.  Dan memang dah nak balik pun..
Oleh kerana hujan memanjang, kita orangpun menyegerakanlah kepulangan kita orang ke kampung halaman..
Untuk memenuhi permintaan Sarah yang nak sangat masuk ke Muzium Diraja kita orang pun terpaksalah meredah jugak hujan yang renyai2 dan kadang2 lebat tu... berapa banyak kita orang ho?hihihi
Terima kasih diucapkan kepada tuan kondo yang menyewakan kondo beliau dgn harga yang agak murah (selepas di pujuk + kenyit2 mata sikit + memang dia kawan aku lah hoi...) dapatlah RM100/malam.
Mana nak dapat harga kondo dengan 1 bilik RM100? Dengan ruang tamu + dapur yang agak besar.. 
so, anak2 bolehlah lepak2 kat luar tu tanpa menggangu ibu bapa kat dalam bilik berehat (berehat ke? ehem, ehem... sedikit 18SX kat sini ya... sila abaikan sekiranya anda masih dibawah umur ....)
Tapi aircond tak adalah..... anak2 aku muka mcm dah cuak je bila tengok bilik tak ada aircond (budak2 zaman sekarang).
Tapi nasib baik kondo dia di tingkat 18, tinggi tuuuuu.. tepi sungai Kelantan pulak tu...
So, sejuk jugaklah memang tak panas pun.. sumpah weh.... sapa2 nak gi Kelantan boleh lah contact Masre .

Friday, November 26, 2010

Kelantan - Day 2

Hari ke2 kat Kelantan.  Sarah demam. So, pagi ni tak pergi ke mana-mana.  Just duk kat bilik dan tidur.zzzzzzzz.....  
Sarah ni satu, dah tahu demam nak juga pergi kat swimming pool.  Lagilah bertambah demam. Tengahari nampak okey sikit terus aku sambung program yang terbengkalai.  Jadi jugak akhirnya pergi ke Rantau Panjang.  Dalam pukul 3 petang baru bertolak.  Minta-minta tak sesat lah.  Main belasah jer....
Sampai sana, tersalah pulak masuk line Imigresen yang orang nak pergi ke Thailand. Hahaha..
Nasib baik abang Imigresen yang hensem dan baik hati kasi kita orang buat u-turn.
Akhirnya, tercapai jugak hajat aku pergi borong pinggan-mangkuk kat sana.  Walaupun dah lewat, tapi kira oklah sebab tak panas dan orang dah beransur kurang.  Lagi satu terlepas check by Imigresen.  Dengar citer, 1 set pinggan mangkuk dikenakan RM40. Kalau kes aku ni, maunya RM80 melayang kat Imigresen.... so kira lucky jugaklah pergi sebelah petang ni...
On the way balik singgah pulak kat Wakaf Che Yeh.  Tak puas hati lagi shopping.  Kiranya sambungan part 2 (malam semalam dah pergi
kat sana, tapi tak sempat shopping tudung)...
Terima kasih anak-anak kerana sabar melayan karenah Umi bershopping....
(lagipun semua dah dapat apa kamu nak kan?)

Thursday, November 25, 2010

The Amazing Race Asia - Season 4

Seperti mana yang dibagitahu semalam, aku sekarang berada di bumi Kelantan. Baru je sampai pagi tadi.  Bertolak dari Kertih pukul 3.30 pagi. (fuh, awal giler). Bukan apa, nak jimat masa, sekurang2nya hari ini dah boleh pergi jalan-jalan.
Eh, dah lari dari tajuk.  Pasal bercuti kat Kelantan ni, lain kali kita cerita.
Yang sebenornya, nak cerita pasal TARA musim ke 4 ni.  Frustlah, sebab pasangan Malaysia semua sudah terkeluar.  Kita memang sokong pasukan kedua Malaysia ini. Of courselah, kita mestilah sokong Malaysian kan? apa raaa aku ni?  
(Pasukan pertama dah terkeluar - ala, pasangan bini dia yang mengada2 tu...nak masuk TARA tapi takut nak bungee jump... awak dah tahukan, dalam TARA ni mestilah ada macam2.  So, kena cukup fit dan tak takut untuk menyertai apa jua cabaran.  Ini bungee jump pun takut.  Kesian, suami dia.  Cool lah husband dia tu, jarang je nak marah2.  Tapi wife dia tu, asyik marah2 jer)
Khairie & Ethan ni memang bestlah.  Si Khairie ni sikit punya cool.  Langsung tak gelabah.  Berbeza dengan Ethan.  Tapi nak buat macam mana, nasib tak menyebelahi mereka.  Disebabkan tersalah pilih tugasan.  Kalau ikutkan, dia orang memang dah first, tapi buang masa lama sangat kat kubur cina tu.....
Sedikit frustlah sebab kondo yang aku sewa ni tak ada Astro. Ini bermakna no Amazing Race lah malam ni... 
Kiranya bolehlah aku bagi alasan kat diri ku ni, tak apalah tak tengok pun sebab pasangan Malaysia dak tak ada.. (alasan boleh blah...)

Step it up and Dance

Aku kalau ada jer TV show yang berbentuk tari-menari ni, aku memang ikuti.  Sebab aku memang suka menari.  Dari rancangan So you think you can dance, sehati berdansa, mari menari dan yang terbaru ni step it up and dance.  I wish Nick will be the winner.  Tapi bila dia announce Cody yang menang... kira ok lah..jangan Miguel sudah (menyampah mamat ni, over perasan)...
Hensem kan Cody ni?
Cody Green has won the first season of Bravo’s Step It And Dance. The Canadian dancer walked away with the title and a $100,000 cash prize on Thursday night’s finale.- popcrunch.com

Wednesday, November 24, 2010

Pasukan Hoki kita ke Final - Yahoo!!!!!

Pic. from Astro-Arena

Tahniahlah buat pasukan Hoki Malaysia akhirnya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.  Sebiji lagi pingat akan kita dapat melalui pasukan hoki.  Emas / perak?  InsyaAllah, emas….
Nasib baik sempat tengok aksi `golden gol’ kemarin.  Aerobik punya pasal.  Terlupa ada hockey game petang kemarin.  Sampai je kat rumah tengok2 India dah lead 3 – 2.  Kira macam Malaysia dah nak balik awallah,…
Macam tak nak tengok dah ni, tiba2 hubby cakap, “`yang’ score 1 lagi ni, kita dah seri ni’… zup2 aku tercongok depan TV balik dengan bau masam peluh aerobic yg tak hilang lagi… (apa punya bagus peminat no. 1 sukan di Malaysia ni, boleh layan lah….)
So, jangan lupa perlawanan akhir besok diantara Malaysia dengan Pakistan pada pukul 7.30 pm.  (aku dah ada kat Kelantan masa ni – lalalala….bercuti lagi.)

BTW, baru je dapat tahu, pasukan Karate kita telah menyumbangkan 2 pingat emas untuk Malaysia.  Well Done guys…

Anugerah Juara lagu Ke-25

Malam tadi kami sekeluarga telah menghadiri majlis kesyukuran Ateh kat Paka. Kenyang bangat weh… 
tapi tak nak citer pasal majlis ni…..sebab tak ada apa-apa yang menarik pun selain dari makan, tolong kemas apa-apa yang patut, 
makan lagi sambil sempat mengkebas 2 buah novel koleksi Ateh ku.. 
(jangan marah, nanti abis baca kita bagi balik ya.. jgn mimpilah..…)
Sebenarnya nak cerita pasal finalist Juara Lagu ke-25 yang telah diumumkan malam tadi.  Walaupun aku tidak mengikuti dari awal program ni semalam,  
tapi sempatlah tengok si Faizal dan Sheryl mengumumkan nama-nama pemenang.  Part paling kelakar apabila kehadiran si Ally. 

Tapi yang sebenornya aku tak pernah pun mengikuti Juara Lagu tiap-tiap minggu tu.  Aku tengok bila AJL jer…kira aci lah tu…..

Dan inilah dia 14 lagu dan penyanyinya yang berjaya menempatkan diri ke Juara Lagu ke-25 pada 9 Januari 2011 nanti.



1. Hanyut - Faizal Tahir
2. Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir
3. Noktah Cinta - Hafiz
4. Drama King - Black dan Meet Uncle Hussein
5. Ku Ada Kamu - Adira
6. Cinta Sempurna - Yuna
7. Pelita – API  (lagu apa ntah, aku tak pernah dengar pun)
8. Berlari-Tomok (rambut fesyen ala apa ntah, blh blah)
9. Sofea Jane – Black (lagu apa ntah, aku tak pernah dengar pun) 
10. Mencari Konklusi - Hujan 
11. Selamat Malam - Faizal Tahir
12. Extravaganza - Bunkface
13. Jahat – Stacy (Lagu fav. Sarah - actually, semer lagu Stacy fav. Sarah...)
14. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali - (lagu apa ntah, aku tak pernah dengar pun) 
Stail rambut paling tak kena dng muka pernah aku tengok...
Siapakah bakal menyandang gelaran juara AJL ke-25? Sama-samalah kita tungguuuu….
suka sangat bila Noh bagi ucapan yg last2 tu sempat jugak selit terima kasih kepada girlfriend..... Miss Nina lah tu....

Tuesday, November 23, 2010

Sukan Asia 2010

Oleh kerana kita memang minat kat semua benda, jadi kita rasa nak cerita pasal sukan dulu lah… (ntah apa ayat aku ni?.... oleh kerana kali pertama nak merapu kat sini, jadi sila maafkan ya)



Semua orang duk cakap pasal Sukan Asia 2010 ni.  Harapan Malaysia untuk mengutip 9 pingat emas, adakah tercapai?
Semasa aku duk mengarang cerita ni, Malaysia masih lagi dengan 6 - emas, Perak - 11, Gangsa - 8.
Tahniah lah kepada Alex Liew Kien Liang kerana menghadiahkan pingat emas yang ke 6 untuk Malaysia.

Untuk hari ini kita harapkan gandingan terjun papan anjal kita dapat menghadiahkan sebutir lagi pingat emas untuk Malaysia.   
Walaupun semalam mereka hanya mampu memberikan pingat perak sahaja.


Aku rasa 2 pingat emas lagi untuk acara squash berpasukan lelaki dan wanita.  Tapi jangan lupa hoki lelaki kita juga akan bertarung di peringkat separuh akhir hari ini bertemu India.

Acara Boling Master juga berlangsung hari ini, ada harapan untuk emas ni.
Mana tahu kita dapat mencapai lebih dari 9 pingat emas.

Malaysia Boleh !!!!

Monday, November 22, 2010

Syukur

Kebahagian tidak akan datang bergolek.  
Berusahalah mencarinya dan hargainya apabila kebahagian telah kita kecapi....
Tidak semua apa yang kita inginkan akan kita perolehi.  
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana 
sesetengah orang langsung tidak mengecapi apa yang kita ada........ 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...