Sunday, November 28, 2010

Sasaran 9 pingat emas tercapai. Tahniah Malaysia !

Sapa-sapa yang tak sempat baca surat khabar pagi ni.... aku tolong paste kan. Moga boleh dijadikan rujukan untuk aku & anak2 cucu dimasa hadapan.

Pencapaian gemilang

Daripada Zairee Zahir dan Hussain Said di Guangzhou
bhsukan@bharian.com.my
2010/11/28

SAMBUTAN majlis penutup Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
SAMBUTAN majlis penutup Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
Prestasi kontinjen negara berada di tahap tertinggi

PENCAPAIAN 9 pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa di Sukan Asia yang berakhir semalam, menutup tirai tahun ini dengan rumusan ia sebagai tahun paling cemerlang dalam sejarah sukan negara.
Chef de Mission yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkata Datuk Zolkples Embong, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah pungutan pingat atlit negara dalam dua temasya besar berturut-turut iaitu Sukan Komanwel New Delhi XIX dan Guangzhou XVI yang menepati sasaran ditetapkan.
“Ini satu sejarah dalam sukan prestasi tinggi kita, malah pencapaian di Guangzhou ini juga adalah yang terbaik sejak kita mengambil bahagian pada 1954, selain dapat memperbaiki kedudukan tangga keseluruhan daripada ke-11 di Doha 2006 kepada ke-10,” kata Zolkples dalam sidang media, semalam.

Berdasarkan pungutan pingat emas itu juga, Malaysia tidak jauh di belakang Thailand yang gagal menepati sasaran, selain mengatasi Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam bagi negara rantau Asia Tenggara.

“Formula kejayaan ini ialah program jangka panjang yang efektif, kerjasama baik dengan persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM); sistem sokongan kebajikan atlit dan khidmat jurulatih asing dalam sukan membabitkan aspek teknikal serta khidmat sains sukan menerusi Institut Sukan Negara (ISN),” kata Zolkples.

Namun, hakikatnya hanya sebutir emas diraih dalam acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik iaitu trek berbasikal tetapi Zolkples pantas mempertahankan bahawa atlit negara juga mempamer banyak peningkatan berdasarkan 18 pingat perak yang sepatutnya boleh bertukar emas jika tidak kerana dominasi hebat China, pengadilan berat sebelah dan kegagalan atlit menangani tekanan pada saat genting.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...