Entah apa mimpi aku semalam, masuk opis terus buka blog dan
tiba-tiba rasa rindu nak menitipkan berita di sini. Wah dah hampir sebulan
lebih aku tak mempost entry kat sini. Rasa rindu pulak. Dan pastinya geng-geng
setia pembaca ku juga merindui kau…hahaha…lagak jiwang dan over perasan gitu.
Just quick update apa yang telah berlaku dalam sebulan ni.
Bermula 11 September aku dah ditukarkan ke section baru. Iaitu PRM2
(Reliability Management Section) dibawah pimpinan Hj A Nadzri Mustapha.
Suka
sangat bos baru aku ni, so energetic. Apa-apa mesti nak update kat kita orang.
Setakat ni masih lagi dalam proses pembelajaran. Dengan segala macam
dokumen-dokumen yang nak kena tahu. SERP, BAM, SOLE, ALS dan macam-macam menda
baru lagi yang kena belajar. Ingat tak last entry aku yang masih dalam dilema
tu Aku yang rajin. Akhirnya keputusan telah dibuat setelah penat aku naik turun jumpa big bos.
Kalau nak kita kenalah berusaha kan? Bukan ke usaha itu tangga kejayaan… cewah.
Bangga sudah…..Walaupun sedih nak meninggalkan kawan-kawan di PRM1, tetapi demi
masa depan dan kebahagiaan ku, maka terpaksalah aku meninggalkan korang
semua……(padahal dalam hati…yahoo!!!!! Dapat lari dari bos
@3$%^&*&^)..tak baik tau….Padahal sebelah je.....hihihihi
Walaupun duduk kat tempat baru tapi aku masih lagi assist
PRM4 (section sebelah) berkaitan contract management. Terpaksalah buat 2 kerja,
nak sangat lari..kenalah ikut syarat yang diberi. Tak apa, buat aje. Oleh
kerana disebabkan itulah, maka kesempatan untuk berblogging dan berconnect
dengan itenet ni amatlah terhad. Memang dah ke stage tenat gitu..Balik rumah
lagilah tak beritenet…Iyalah kerja rumah dah jadi core job buat aku.
Kesian…Bibikkkkkkkkkk.waaaaaaaaaaaa…..
Tapi oleh kerana hari ni macam aku cakap tadi, entah mimpi
apa aku semalam…terus terbuka hati untuk meneruskan amalan yang mulia ini.
Oh Ya! Bulan lepas Ak baru je abis menduduki peperiksaan PMR.
Dari 4 – 10 Oktober 2011. InsyaAllah, minta2 berjayalah hendaknya…tak nak
cerita sangat pasal PMR ni, buat hati berdebar-debar je (melebih calonlah
pulak). So, cuti sekolah ni Ak jadi baby sitter dan sudah semestinyalah baby
sitter yang bergaji. + driver untuk
hantar adik-adik pergi mengaji.
So, lain-lain punya cerita, kenalah tungguuuuuu……
1 comment:
terbaik! macam ini baru besh... kene taruk dlm KPI atleast once a week update... haha
Post a Comment