Tuesday, July 31, 2012
Berinai
Entah mimpi apa adik kemarin tiba-tiba lepas kita orang berbuka puasa, dia merengek-rengek nak pakai inai.
Tak tahan dengar suara dia yang asyik duk sebut nak pakai inai, nak pakai inai. Lepas je solat mahghrib aku pakaikan inai kat jari dia. Nasib baik ada inai yang tube tu. Pemberian arwah mak mertua semasa balik dari Mekah. Memang dah lama sangat dah. Dah 3 tahun dah kalau tak silap. Tapi okeylah. Tak keras/rosak lagi inai tu.
Tak sempat 10 minit, dah sibuk nak basuh. Dah agak dah, bukannya boleh tahan lama tak pun tunggulah inai tu kering sikit.
Dan hasilnya adalah seperti gambar diatas. Nampak jugaklah colornya. Walaupun tak merah sangat.
Dan pagi ini asyik duk tilik tangan dia je. Sempat pulak suruh kita amik gambar dia.
Oh ya, kita cuti hari ini. Dan sekarang ni tengah berada di sini.
Nanti kita cerita lain entry.
Selamat berbuka puasa. Makan jangan banyak-banyak tau!
Achiq
Thursday, July 19, 2012
Selamat berpuasa
AchiqAlhamdulilah syukur kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kerana dengan keizinannya aku bakal bersua lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita semakin dekat padanya dan semoga amalan-amalan kita akan diterima olehNya. Amin.
Sunday, July 15, 2012
Buah Hati Baru Keluarga Kami
Jangan terkejut bila baca tajuk di atas. Bukan dapat ahli keluarga baru (sebab kita dah pencen dalam bab pengeluaran ni)..hihihi
Hah, inilah buah hati baru keluarga kami.
Memang dah lama idamkan tablet-tablet ni. Dalam hati dah lama berkenan kat Ipad (Apple) tu. Tapi memandangkan kita kan dah pakai iPhone (Apple jugak tu). So, apa salahnya tablet kita guna jenama Samsung pulak. Tak gitu…barulah adil. Nanti senang cakap, semua jenama kita ada. Dari Nokia sampailah ke Samsung.
Kebetulan pulak tu ada PC Fair kat Kuantan (Megamall). Bila dok sembang-sembang dengan jurujual tu, terus berkenan (of courselah mesti padan dengan harga). Memandangkan Galaxy Tab 2 ni baru je berada dipasaran (2 – 3 minggu mengikut kata jurujual). Kiranya macam bersemangat pulak aku nak beli.
Kiranya lepas ni senanglah nak beritenet 24 jam. Tapi yang pasti budak kecik yang duk mengintai tu dah book awal-awal. Dah siap cakap yang tab ni dia punya. Oh No!....tak adalah peluang lah orang lain nak pegang menda ni….
Achiq