Wednesday, December 26, 2012

Graduation Day 2012


Majlis graduation Tadika An Nur, Kerteh telah berlangsung dengan gilang gemilang pada 02.11.2012 di Auditorium Sekolah Rantau PETRONAS.  Adiklah orng yang paling excited. Awal-awal pagi dah bangun. Tak payah dikejutkan, bangun dengar sendirinya. Entah-entah tak tidur pun malam tu. 
Umi pulak rasa terharu je bila tengok adik naik pentas amik sijil. Ini bermakna adik akan masuk sekolah rendah tahun depan. Dah besar anak umi. Rasa baru semalam je umi duk dukung adik ke sana sini. Tapi sekali sekala masih lagi nak berdukung. Time dia buat-buat manja atau mengamuk tak tentu pasal. Umi tetap akan dukung, walaupun berat semacam. Almaklumlah baby besar…mahunya sakit pinggang umi.
Adik ada buat persembahan. Coral speaking, video je sempat amik.
So, tak ada lagilah lepas ni nak kena hantar ke tadika, tahun depan 2 orang anak dara umi dah berada di sekolah rendah yang sama. Senang hati umi, kakak Sarah ada tolong tengok-tengokkan adik.
Terima kasih tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang telah banyak mengajar adik selama 2 tahun di tadika tersebut. Dari tak mengenal abjad, nombor, hinggalah sekarang sudah dapat membaca dengan lancar. Jasa kalian tetap kami kenang dan semoga Allah membalas jasa-jasa kelian. Dan semoga ilmu-ilmu yang diajar akan dibawa hingga keakhir hayat dan akan menjadi bekal untuk kalian-kalian diakhirat nanti.
Jazakaloh…
  
Axhiq

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...