Sunday, March 13, 2011

All England Super Series


Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya mara ke final (seperti yang telah dijangka). Dan sekali lagi akan bertemu dengan Li Dan dalam All England Super Series pada pukul 11.00 malam ini. Kemenangan akan berpihak kepada siapa? Susah nak jangka 50/50. Kalau nak ikutkan, Datuk L C Wei mesti nak tebus balik kekalahan beliau semasa Korean Open baru-baru ini.

Source : Google
Kalau mengikut rekod pertemuan mereka berdua. Mereka telah bertemu sebanyak 24 kali. Dan daripada 24 pertemuan Li Dan telah memenangi sebanyak 18 kali. Jadi untuk malam ini mari kita ramai-ramai berdoa supaya Datuk L C Wei akan memenangi perlawanan ini. 

Berikut kedudukan ranking dunia terkini. 


BWF World Ranking (2011-10)

Last updated: Thursday, March 10, 2011 7:47 AM
Ranking week:    
Men's singlesMore
RankCountryPlayerMember IDPointsTournaments
1MASChong Wei LEE5015289196.857812
2INATaufik HIDAYAT1033776392.082616
3CHNDan LIN5090672473.97512
4DENPeter Hoeg GADE692669975.11410
5CHNLong CHEN7578767133.149511
6CHNJin CHEN5159262492.200410
7THABoonsak PONSANA119595504016
81VIETien Minh NGUYEN141075231015
91CHNPengyu DU553804994012
101JPNKenichi TAGO6370749096.72210

p/s : ada orang cakap muka Datuk L C Wei seiras dengan muka Amirul. Betul ke?

Ada sama ke?
Tapi sayang, Amirul tak minat main badminton. Sekarang tengah berjinak-jinak dengan hoki. Dan InsyaAllah akan mewakili sekolah dalam bulan Mei nanti.

Lagi ganjaran dari DiGI



Kepada sapa-sapa yang guna pelan DiGi Prepaid™, inilah masanya untuk mengumpul ganjaran-ganjaran menarik. Sila ambil perhatian bahawa promosi ini akan berlangsung dari 1st March - 31st March sahaja. 

Tunggu apa lagi - sila top up prepaid korang sekarang juga. Lebih banyak korang top up, lebih banyalah ganjaran yang bakal korang dapat. Untuk keterangan lanjut, 


Friday, March 11, 2011

The Royal Wedding

Uols dah dapat ke kad jemputan? Kalau tak dapat lagi, sila tengok ajelah gambar kad jemputan ni ya. Gambar tu pun hasil belas ihsan pak cik google.

Weh, kita nak bagi tahu ni. Kita rasa kembang kuncup je hidung kita ni. Bila tengok tarikh kahwin diaorang. 29th. April 2011. Bersamaan dengan tarikh hari jadi kita. Lalalalala

Walaupun dia lupa nak jemput kita, tapi kita rasa bangga gak dia pilih tarikh keramat tu. Kita duk berimagine, bila time harijadi kita, dia mesti sama-sama menyambutnya dengan kita walaupun berlainan occasion.

source : google
 Bagai pinang dibelah dua. Sama cocok sama padan.

Thursday, March 10, 2011

EARN POINTS FIVE TIMES MORE WITH JUST A SIMPLE STEP!


Hello Churpers, Now the new generation of us, we need to be constantly connected to the internet, long before people will say no music no life, but for this generation, no internet no life. You will feel uneasy, your palms will be sweaty and your heartbeat will beat irregularly if one day you are disconnected from the internet world. Broadbands are the best invention, and DiGi is giving you the most affordable rates in town, as low as RM38 per month, you get to surf the internet up to 3GB! Not a broadband subscriber yet? Well you know it's never too late to subscribe to DiGi Day plan now. Not good enough? How about this, if you have Bonuslink card, you will get 3 times the point when you pay your bills on your 6th - 12th months, then there you will unlocked the major 5 times rewarding points for every RM1 when you pay your bills on the 13th month onwards. Get a broadband for yourself and your friends today, you know you need it! Have fun sharing!


For more info, please click here.

Wednesday, March 09, 2011

Petua No. 2

Nenek Lebon nak bagi petua lagi ni. Masih ingat petua yang nenek bagi dulu tu? Cucu-cucu semua dah try buat? Ada nampak kesannya? Mesti kulit muka cucu-cucu semua putih gebu gitu.

Kali ini Nenek Lebon nak bagi petua baru. Petua untuk melicinkan tumit kaki. Bahan yang digunakan amatlah miudah. Ubat gigi aje uols cucu-cucu. Tak percaya? Nenek Lebon sendiri pun kurang percaya pada awalnya. Tapi, setelah mencubanya beberapa kali, memang berkesanlah. Jimat duit nenek Lebon, kalau tak asyik beli krim anti heel bagai. Nenek Lebon rasa apa salahnya cucu-cucu mencuba. 

Cuma sapu ubat gigi tu kat tumit sebelum masuk tidur. Lepas bangun tidur keesokan hari, terus basuh. Kalau rajin lepas basuh digosok pulak dengan batu sungai (kalau ada). Nenek Lebon ingat nak juga ambil batu-batu kecil (batu sungai) yang kat dalam akuarium ikan kat ruang tamu Nenek Lebon, tapi tak tergamak pulak rasanya.

Ini gambar tumit nenek google. Bukan tumi nenek Lebon ya..
Ada juga sesetengah orang menggunakan getah betik, hampas kelapa dan bermacam-macam cara lagi. Setakat ni, tak pula tergerak hati Nenek Lebon untuk menyapu getah betik tu kat tumit nenek ni. Bukan apa, takut getah tu melekat dan melekit-lekit kat tumit. 

Oh ya, jenama apa ubat gigi tu, korang bantai ajelah apa yang ada kat dalam bilik mandi korang. 

Lagi satu, Nenek Lebon tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi alahan seperti ruam kemerah-merahan atau kegatalan ditumit cucu-cucu semua ya..Pandai-pandailah cucu-cucu pergi klinik ya. Manalah tahu, kot-kot tumit cucu-cucu tak sesuai dengan petua yang nenek bagi ni.

Apa-apa pun selamat mencuba dan selamat beramal.

GiveAway Aliesha Kirana Makngah Auni!

Jom join GA Aliesha Kirana. Lately ni suka bebenor join GA ni. Bukan apa bolehlah dapat kenalan-kenalan baru selain kalau ada rezeki dapatlah hadiah (InsyaAllah). 

Lagi satu geram sangat tengok baby Auni ni. Cute miut, rasa nak cubit-cubit pipi tu....

Berminat join, klik banner dibawah.




SnapShot

Pst, pst... saya nak bagitahu satu rahsia...Saya dah ada camera baru. Ingat tak pasal saya duk membebel  berkenaan kamera Sony ditigal saya yang dah gelap gambor tu masa untuk kamera baru.

Oleh kerana saya asyik duk membebel je bila time-time nak amik gambar (terutama apabila ada sweet moment yang perlu kita capture). Maka, En Akauntan pun telah bermurah hati menangkap sebuah kamera untuk kegunaan kami sekeluarga. Dan sudah semestinyalah, kebanyakkan masa hanya dia aje yang pegang kamera tu. Oleh kerana bau kedai pun tak hilang lagi, maka anak-anak, sorry ya! kena tunggu sikit masa lagi, baru boleh try test itu kamera OK. 

Itu pun setelah habis kedai dia duk survey, dari Kuantan sampai ke Melaka. Akhirnya kedai Ah Pek di Kemaman yang menjadi pujaan hati ku. Hahahaha... Lalalalalala
     

Banyak lagilah yang nak kena belajar. Sebagai budak yang baru belajar saya sajikan gambar-gambar yang telah diambil menggunakan kamera baru saya ini. Kamera murah je uols....

Suasana muara Sungai Kertih di waktu pagi


Sang Mentari mengintai malu dari celah-celah awan

Ini pulak gambar di Pantai Kemasik.
Dengan ini saya ingin mengistiharkan disini, mulai hari ini hobi baru saya adalah mengambil gambar-gambar pemandangan tak kira dimana jua berada. Iyalah Achiq oooiiii... Macam kata laki aku... Layan ajelah belalang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...