Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ni aku hanya menggunakan kamera HP untuk ambil gambar. Ini adalah kerana kamera digital Sony aku dah tak berapa betul (macam ada wayar tercabut gitu). Dengan erti kata lain dah rosak dah. Kalau ikutkan sejarahnya, kamera Sony tu dibeli pada tahun 2004 (almost 6 tahun dah pakai). Jadi, of courselah sesuatu menda mana ada yang kekal kan? Lagipun kamera tu memang lasak jugaklah penggunaannya. Ditambah ramai sangat tangan-tangan yang menggunakannya.
This time nak tangkap DSLR pulak lah. Nak kena manja lebih-lebih sikit kat En Akauntan kita. Boleh kan bang?
Aku ada jugaklah pergi survey 2 - 3 kedai kamera. Nak kena tunggu durian runtuh dulu kot baru boleh beli. Ataupun tunggu jual saham. Hahahaha.... Iyalah, saham minggu ni nampak ok jer. Asyik naik jer...
Yang mana satu, idaman kalbu.....

1 comment:
I love camera!
Post a Comment