Nenek Lebon nak bagi petua lagi ni. Masih ingat petua yang nenek bagi dulu tu? Cucu-cucu semua dah try buat? Ada nampak kesannya? Mesti kulit muka cucu-cucu semua putih gebu gitu.
Kali ini Nenek Lebon nak bagi petua baru. Petua untuk melicinkan tumit kaki. Bahan yang digunakan amatlah miudah. Ubat gigi aje uols cucu-cucu. Tak percaya? Nenek Lebon sendiri pun kurang percaya pada awalnya. Tapi, setelah mencubanya beberapa kali, memang berkesanlah. Jimat duit nenek Lebon, kalau tak asyik beli krim anti heel bagai. Nenek Lebon rasa apa salahnya cucu-cucu mencuba.
Cuma sapu ubat gigi tu kat tumit sebelum masuk tidur. Lepas bangun tidur keesokan hari, terus basuh. Kalau rajin lepas basuh digosok pulak dengan batu sungai (kalau ada). Nenek Lebon ingat nak juga ambil batu-batu kecil (batu sungai) yang kat dalam akuarium ikan kat ruang tamu Nenek Lebon, tapi tak tergamak pulak rasanya.
Ini gambar tumit nenek google. Bukan tumi nenek Lebon ya.. |
Oh ya, jenama apa ubat gigi tu, korang bantai ajelah apa yang ada kat dalam bilik mandi korang.
Lagi satu, Nenek Lebon tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi alahan seperti ruam kemerah-merahan atau kegatalan ditumit cucu-cucu semua ya..Pandai-pandailah cucu-cucu pergi klinik ya. Manalah tahu, kot-kot tumit cucu-cucu tak sesuai dengan petua yang nenek bagi ni.
Apa-apa pun selamat mencuba dan selamat beramal.
Apa-apa pun selamat mencuba dan selamat beramal.
1 comment:
nak try la..thanks 4 the info..
Post a Comment