Sunday, March 20, 2011

Juara Raja Lawak Musim Ke5


Walaupun dah agak basi, tapi aku nak umumkan jugak juara raja lawak musim ke 5 disini. Keputusan ditangan pengundi, jadi kepada sesiapa yang tak mengundi tu, senyap aje lah ya.

Sebenarnya aku agak terkilan jugak, iyalah umum semua dah tahu aku peminat kumpulan R2. Jadi bila Man disebut sebut pemenang, rasa hampeh jugaklah. Disebabkan itulah hari ini baru aku buat entry pasal keputusan raja lawak ni. Walaupun tangan aku agak gatak-gatal untuk mengulas dengan lebih lanjut pasal ni. 



Tak adalah aku nak mengatakan yang si Man tu tak kelakor. Kelakor tu tetap kelakor. Cuma lawak dia pada malam tu dah biasa diguna pakai olehnya pada sebelum ni. Ala, yang lawak ala-ala along, mafia bagai tu.

R2 tetap the best. Lawak mereka memang fresh. Pasal orang gila tu memang kelakar. Cuma masa tak cukup sedangkan pengisiannya banyak yang nak dishare.

Balas hancus lah malam tu. Dahlah selalu sangat karakter jejai tu dibawa. Macam nak sambung yang minggu lepas je (lawak mereka dengan kumin tu).

Apa-apapun tahniah kepada Man dan juga kepada para pengundi Man (tak sia-sia korang mengundi). RM100,000.00... fuh... pak cik kayo.... Bangga kejap warga-warga kerja Pos Malaysia. Ada jugak orang Pos Malaysia yang kelakor ya....Biasanya abang-abang posmen serius giler je kerjanya. Tiba-tiba teringat kat abang-abang posmen. Lama betul tak berjumpa dengan abang-abang posmen. Balik je dari kerja just check sahaja surat dekat peti surat. Zaman dulu (kanak-kanak) suka benor bila dengor posmen bunyikan hon motorsikal. Berebut berlari keluar rumah nak gi ambik surat dari posmen. Sekarang, siapa posmen kat kawasan rumah kita pun tidaklah kita ketahui..

Apa pulak aku merepek dari raja lawak ke posmen ni.... hahahaha

Friday, March 18, 2011

Bercanda di tepian pantai


Diantara aktiviti kami sekeluarga pada hari minggu terutama hari sabtu adalah bercanda di tepian pantai. Dan salah satu lokasi pantai yang menjadi pilihan/feveret kami ialah Pantai Kemasik. Selain pemandangan yang menarik, pantai ini juga selalu menjadi lokasi beriadah penduduk tempatan. 

Budak-budak ini bukan main seronok setiap kali jumpa pantai. Memang tak kasi chance langsung. Walaupun pada mulanya hanya datang untuk mengutip cengkerang shell, tak sampai 2 minit mesti terus ke gigi air. Dan apabila ombak di gigi air mula menyentuh kaki ala malu-malu kucing, mereka semua dengan tidak malu-malu lagi terus pura-pura rebah ke air ombak. Walhal semua tahu itu taktik semata-mata.


3 orang kanak-kanak riang yang memang tidak boleh jumpa air. Mula-mula cuma main sorok-sorok disebalik batu.


Adik yang cuba menangkap anak-anak ketam digigi air. Siapa yang tidak tergoda dengan buih-buih memutih ditepian pantai. Semakin lama kita akan semakin terbuai hanyut dengan alunan merdu suara ombak.

Kakak yang sudah semestinya sentiasa vogue gitu.


Bila dah semakin petang, 
air semakin pasang 
(pantun 2 kerat)



Aku seronok bila berada dipantai. Kadang-kadang perasaan kita akan merasa tenang apabila memandang ombak-ombak yang berkejaran. Memberikan kita keinsafan dan memuji akan kebesaranNYA. 


Betapa ombak senantiasa menjadi teman setia pasir pantai. Tidak pernah walau sesaat mereka berpisah. Ombak yang tidak jemu-jemu datang menjenguk pantai. Alangkah bahagia jika kita mempunyai sahabat yang sedemikian. Walau dilanda ribut atau kemarau, mereka sentiasa bersama-sama. Ah! kenapa aku tiba-tiba menjadi sejiwang sebegini. Tiba-tiba hati rasa rindu, rindu akan diriNYA. Subhanalah....yang menjadikan langit dan bumi, yang menjadikan laut dan pantai dan yang menjadikan sekelian makhluk. Bersujudlah, bersyukurlah.......


Bila tiba masa pulang, semuanya tak nak pulang. Terpaksa dipujuk rayu untuk mengajaknya pulang. 

Thursday, March 17, 2011

Garage Sale


24 Feb 2011

Bulan lepas syarikat aku telah menganjurkan garage sale. Maknanya segala barang-barang terpakai boleh dijual disini. Yang terlibat adalah kakitangan. Bererti urusan jual beli adalah melibatkan kakitangan sesama sendiri. Aku kalau bab recycle-recycle ni memang sokong 100%. Walaupun mula-mulanya nak buka juga satu booth. Tapi malangnya, tidak mendapat sokongan daripada geng yang satu kepala dan juga tidak tahu apa yang nak dijual, maka tidak jadilah aku menjadi penjual pada hari tersebut (tetapi sebenarnya malas nak berkemas.. boleh macam tu)

Acara ini dijalankan dari pukul 12 tghari - 4 petang di Dewan Sri Intan. Walaupun hanya selama 4 jam je diadakan garage sale ni, sambutan amatlah mengalakkan. 

Ini aku attach ajelah gambar-gambar yang menarik yang sempat disnap oleh Pak Jak.

Booth dari Admin - Garaj Pak Malau namanya - mendapat tempat pertama dalam bahagian dekorasi
Barang-barang dagangan ialah tudung (tudung baru pulak tu, aci ke?)

Ini satu lagi dari dept. mana ntah, siap menjual barangan vintage lagi... dah lari konsep dah ni
Gerai dari PWE menjual barangan terpakai kegunaan peribadi seperti beg-beg yang PMO bagi, dia jual balik....

Tepat pukul 12 tengahari, acara perasmian dimulakan. Sekejap sahaja Dewan Sri Intan kebanggaan PMO ini berubah menjadi pasar yang ala-ala pasar di Baghdad gitu. Tapi tak adalah sampai terpekik terlolong. Kita orang minyak kenalah jaga standard sikit.. hihihi...boleh blah....

Upacara perasmian, sudah semestinya....
Orang kuat Garage Sale
Suasana di dewan Sri Intan bertukar menjadi riuh rendah dik urusan tawar menawar
dahlah murah, nak tawar jugak...ish, ish, ish...
Buku-buku sudah semestinya dijual....
Dalam kesibukan urusan jual beli, ilmu jangan dilupa
Gerai tudung (tudung baru juga ni) tetapi dijual dengan harga murah katanya....
Hasil tangkapan aku hanyalah 2 helai tudung dan sebuah buku
Tudung = RM5 & RM3
Buku = RM3
Murah kan.... support jangan tak support
Dengar cerita acara ini akan dijadikan acara tahunan. Baguslah.. InsyaAllah tahun hadapan aku nak join. Apa nak dijual? Any suggestion?, selain tudung, pakaian, buku dan lain-lain. Oh ya, makanan tidak dibenarkan sama sekali dijual pada hari tersebut.

Wednesday, March 16, 2011

* sape nak hadiah? GA 'cool wif sunglass!'



Jom join GA yang cool ni. Tarikh tutup penyertaan 19 March 2011. Sempat lagi nak join ni.

Untuk keterangan lanjut sila klik banner Cik Adik cantik di atas ya.

Ni kita pertaruhkan gambar Shaida Maisarah pulak.


Seperti biasa, kena tag orang lain pulak untuk join GA ni.


So You Think You Can Dance 7


Salah satu program TV kegemaran aku ialah program-program yang berbentuk tarian. Kenapa aku suka sangat tengok program-program sebegini, sebab aku memang suka menari. Walaupun bukanlah seorang penari professional. Cuma kadang-kadang ada jugaklah mengadakan persembahan untuk event kecil-kecilan. ahaks.. promo tu beb...

Tak nak ceritalah pasal aku, nanti lari dari tajuk pula. Lagipun entry ni bukan pasal aku pun. Dilain masa aku cerita pasal aku punya show pulak wokey...

Kepada sesiapa yang mengikuti So You Think You Can Dance ini dari season 1 sampai sekarang, mesti setuju bila aku cakap yang peserta-peserta program ini semakin lama semakin mantap. Semua berebut nak masuk program ini. Ala, kalau kat Malaysia ala-ala program Mari Menari. Tapi kat Malaysia standard menari diaorang mestilah tak sama dengan mat-mat salleh ni.


Penyingkiran semalam memang dah dijangka. Apabila nama Alex Wong diumumkan. Kesian kat mamak cina Amerika ni. Dari last year lagi duk try nak masuk program ni. Last year tersangkut dengan kontrak akademi balletnya. Tahun ni dah dapat masuk, injured pulak pada episod ke 3. Injured masa buat latihan untuk tarian bollywood. Terus tali tendon apantah terkeluar dari tulang. Setelah dilakukan pembedahan, kena rehat 3 bulan. Meloponglah jawapannya... Dia adalah salah seorang favourite judges. Tarian dia memang class giler beb. Iyalah, dia memang dah pandai menari pun, skill tu memang dah ada.

Aku punya favourite ialah Billy. Hensem nak mampus budak ni. Geram betul aku tengok mata. Rasa nak cungkil je biji mata dia (bahaya oooo..kalau en hasben baca mampus aku nih) Sorry bang, abang pun saya geram gak.. yang ni geram kat TV aje.. tak ada maknanya.. hihihi


Tetapi bengkek betullah.. Billy ni dah 2 minggu berturut-turut asyik duk bottom 3 aje. Kenapalah orang-orang Amerika idoknyer mengundi si Billy ni. Dia memang terror habislah menari ni.


Korang boleh buat ke kaki macam ni? Sumpah aku pun tak boleh buat...Nanti ada yang terkoyak rabak pulak kan.... hahahaha

Tuesday, March 15, 2011

Nazmi Terkeluar?


Kepada peminat rancangan Raja Lawak mesti kenal si Nazmi. Agak terkejut juga bila nama Nazmi diumumkan terkeluar malam sabtu baru-baru ini. Aku hanya sempat menonton siaran ulangan kerana berada di KL pada hari Jumaat dan kat hotel (for sure) tak adanya astro Prima ni. Itupun sempat tengok yang kat hujung-hujung rancangan aje. Ingatkan si Man yang terkeluar, tapi bila disebut nama Nazmi, aku agak terkejut dan tak terkata-kata. Memang minat kat Nazmi ni. Lawak dia kira menjadi jugak walaupun kadang-kadang terover dengan volume suara yang agak kuat.

Aku hanya sempat tengok segmen kedua apabila Nazmi berlawak dengan pelawak jemputan (Farouk). Tapi memang nampak jelas Nazmi macam tak bagi chance langsung kat Farouk buat joke. Macam takut sangat Farouk overshadow. Kesian Farouk, baru je nak cakap terus dipintas oleh Nazmi. Tak bagus kan. 

Tahniah kepada 3 peserta yang berjaya melangkah ke final. 2 peserta berkumpulan yang layak iaitu kumpulan Balas (Undian tertinggi setakat ini), kumpulan R2 (my favourite jugak) dan peserta solo Man. Yang layak ke final semunya best-best. R2 dengan lawak selambanya. Man yang pakar meniru lagak orang lain dan Balas yang melawak sedikit lucah (hihihi).

Peserta Final Raja Lawak Musim ke5 - kecuali yang hujung sebelah kanan....
Tak sabar nak tahu siapa pemenang Raja Lawak musim ke 5. Man, R2 atau Balas. Harap-harap R2 yang menang. R2, R2, R2.....  

Monday, March 14, 2011

Juara All England 2011


Datuk L C Wei dengan piala trofi kemenangan

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya memenangi kejohanan Badminton All England 2011. Kemenangan yang bergaya buat kali ke dua (selepas memenanginya pada tahun lepas - Juara bertahan).

Berbaloi jugak aku berjaga malam sampai ke pukul 2 pagi untuk menonton dan memberi semangat kepada Datuk kesayangan kita ni. Permainan semalam bagi pendapat aku adalah terbaik buat Datuk L C Wei. Dengan straight set beliau telah berjaya mengalahkan Li Dan. 21 - 17, 21 -17. Membuatkan Li Dan terpaku tidak terkata-kata (ditokok tambah oleh aku).

Kesian kat pasangan double kita. Walaupun sudah berjaya mara ke final tetapi malangnya telah dikalahkan oleh pemain Denmark. Walhal mereka telah memenangi pada set pertama. Tak ada rezeki nak buat macam mana. Walaupun mereka sudah bermain dengan bermati-matian. Iyalah, pemain Denmark tu tinggi sangat, dah lah tu tangan punyalah panjang (bukan maksud tangan panjang yang gitu-gitu ya). Setiap kali bagi bola tinggi, mesti dimatikan dengan smash kencang.

Yang paling tak tahan semalam adalah pengulas sukan kita. Dahlah waktu siarannya tengah malam. Suara Datuk Rahim Razali romantik gila. Nasib baik ada si Sharon. Ada masa seketika dia senyap je. Aku rasa dah tertidur agaknya (hihihi.. jangan marah Datuk...nanti cepat tua). Kadang-kadang suara dia tenggelam terus dik kebingitan suara sorakan penyokong-penyokong. Dengan pertuturan yang lambat-lambat menyebabkan kita orang yang menonton siaran langsung melalui skrin TV ni rasa macam dah tak semangat je nak nengok nyer. Nasib baik Datuk L C Wei semalam bermain dengan skala ritcher yang amat dashyat jugak, jadi ternganga jugaklah mulut kita menengok jumping smash Datuk L C Wei.

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi Datuk Lee Chong Wei diatas kemenangan dan penebusan balik kemenangan dari Li Dan. 

Malaysia Boleh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...