Wednesday, March 16, 2011

So You Think You Can Dance 7


Salah satu program TV kegemaran aku ialah program-program yang berbentuk tarian. Kenapa aku suka sangat tengok program-program sebegini, sebab aku memang suka menari. Walaupun bukanlah seorang penari professional. Cuma kadang-kadang ada jugaklah mengadakan persembahan untuk event kecil-kecilan. ahaks.. promo tu beb...

Tak nak ceritalah pasal aku, nanti lari dari tajuk pula. Lagipun entry ni bukan pasal aku pun. Dilain masa aku cerita pasal aku punya show pulak wokey...

Kepada sesiapa yang mengikuti So You Think You Can Dance ini dari season 1 sampai sekarang, mesti setuju bila aku cakap yang peserta-peserta program ini semakin lama semakin mantap. Semua berebut nak masuk program ini. Ala, kalau kat Malaysia ala-ala program Mari Menari. Tapi kat Malaysia standard menari diaorang mestilah tak sama dengan mat-mat salleh ni.


Penyingkiran semalam memang dah dijangka. Apabila nama Alex Wong diumumkan. Kesian kat mamak cina Amerika ni. Dari last year lagi duk try nak masuk program ni. Last year tersangkut dengan kontrak akademi balletnya. Tahun ni dah dapat masuk, injured pulak pada episod ke 3. Injured masa buat latihan untuk tarian bollywood. Terus tali tendon apantah terkeluar dari tulang. Setelah dilakukan pembedahan, kena rehat 3 bulan. Meloponglah jawapannya... Dia adalah salah seorang favourite judges. Tarian dia memang class giler beb. Iyalah, dia memang dah pandai menari pun, skill tu memang dah ada.

Aku punya favourite ialah Billy. Hensem nak mampus budak ni. Geram betul aku tengok mata. Rasa nak cungkil je biji mata dia (bahaya oooo..kalau en hasben baca mampus aku nih) Sorry bang, abang pun saya geram gak.. yang ni geram kat TV aje.. tak ada maknanya.. hihihi


Tetapi bengkek betullah.. Billy ni dah 2 minggu berturut-turut asyik duk bottom 3 aje. Kenapalah orang-orang Amerika idoknyer mengundi si Billy ni. Dia memang terror habislah menari ni.


Korang boleh buat ke kaki macam ni? Sumpah aku pun tak boleh buat...Nanti ada yang terkoyak rabak pulak kan.... hahahaha

4 comments:

Ju Zie said...

tp kan achiq, mamat SYTYCD 7 ni x brp maco la... nk tgk pon kurang berselera.. hihi!

Achique said...

Biasalah JuZie..kalau dah namanya penari.. mestilah control macho...
Jose ganeh apa...so krumpppp..

jomsantaisekejap said...

sy pun peminat SYTYCD ni..tapi dah tak berapa ikut musim baru ni...sekarang ni boleh tersuka pulak tengok DID doubles...bollywood punya:-)

Juli said...

btol laaa.. mostly laki2 macam ya a auu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...