Monday, March 14, 2011

Juara All England 2011


Datuk L C Wei dengan piala trofi kemenangan

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya memenangi kejohanan Badminton All England 2011. Kemenangan yang bergaya buat kali ke dua (selepas memenanginya pada tahun lepas - Juara bertahan).

Berbaloi jugak aku berjaga malam sampai ke pukul 2 pagi untuk menonton dan memberi semangat kepada Datuk kesayangan kita ni. Permainan semalam bagi pendapat aku adalah terbaik buat Datuk L C Wei. Dengan straight set beliau telah berjaya mengalahkan Li Dan. 21 - 17, 21 -17. Membuatkan Li Dan terpaku tidak terkata-kata (ditokok tambah oleh aku).

Kesian kat pasangan double kita. Walaupun sudah berjaya mara ke final tetapi malangnya telah dikalahkan oleh pemain Denmark. Walhal mereka telah memenangi pada set pertama. Tak ada rezeki nak buat macam mana. Walaupun mereka sudah bermain dengan bermati-matian. Iyalah, pemain Denmark tu tinggi sangat, dah lah tu tangan punyalah panjang (bukan maksud tangan panjang yang gitu-gitu ya). Setiap kali bagi bola tinggi, mesti dimatikan dengan smash kencang.

Yang paling tak tahan semalam adalah pengulas sukan kita. Dahlah waktu siarannya tengah malam. Suara Datuk Rahim Razali romantik gila. Nasib baik ada si Sharon. Ada masa seketika dia senyap je. Aku rasa dah tertidur agaknya (hihihi.. jangan marah Datuk...nanti cepat tua). Kadang-kadang suara dia tenggelam terus dik kebingitan suara sorakan penyokong-penyokong. Dengan pertuturan yang lambat-lambat menyebabkan kita orang yang menonton siaran langsung melalui skrin TV ni rasa macam dah tak semangat je nak nengok nyer. Nasib baik Datuk L C Wei semalam bermain dengan skala ritcher yang amat dashyat jugak, jadi ternganga jugaklah mulut kita menengok jumping smash Datuk L C Wei.

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi Datuk Lee Chong Wei diatas kemenangan dan penebusan balik kemenangan dari Li Dan. 

Malaysia Boleh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...