Saturday, June 30, 2012

Gastrik tahap gaban


Walaupun sakit tapi masih sempat berposing. 

Kejadian berlaku pada pagi rabu minggu lepas. Kebetulan minggu tu en hasben outstation kat Shah Alam. Sedih sangat. Mai nak story mory. 

Pagi tu memang kejut awal. Dalam 5.30 am dah kejut dah. Sebab dah teringat nak buat breakfast untuk budak-budak nak pergi sekolah. Kebiasaanya mestilah en hasben yang uruskan semua itu. Tapi perut pulak buat hal. Menyucuk-nyucuk. Datang pula sekali sekala. Bukan sakit nak berak ke apa, tapi sakit yang amat sangat. Bukan rasa pedih hulu hati ataupun kembung. Ala-ala sakit nak beranak pun ada. 

Walaupun sakit tapi digagahi juga pergi kerja. Masa bfast dengan geng-geng aku dah tak tahan. Just minum air milo, roti canai telur yang diorder cuma dijamah secubit. 

Naik kat opis makin kerap datang sakitnya. Dalam pukul 10, terus pergi klinik rantau. 

Sah-sah Dr cakap gastrik. Dr tanya ada makan pedas ke?  Baru teringat, semalam masa farewell kak Dina aku makan mi kari siap campur sambal. Memang pedas kaw-kaw punya. Kena cucuk sejarum dan Dr suruh berehat dulu kat klinik. Dekat sejam jugak aku berehat kat situ tapi semakin sakit kepala pulak duk terbau ubat-ubatan kat klinik tu. 

Balik rumah rehat sampai malam. Nasib AK ada. Boleh harap juga anak teruna aku ni. Tolong tengokkan adik-adik. Kemas dapur siap masak dinner untuk adik-adik. Walaupun menunya hanyalah meggi. 

Aku hanya merengkuk aje atas katil. Sakit tak hilang-hilang. Siap dah pesan kat sarah kalau umi pengsan ke cepat-cepat telefon toki. Sampaikan sarah kejap-kejap panggil umi. Are u ok umi. Umi pengsan ke tu. kelakar pulak rasa. Adik pula sibuk nak baca buku cerita untuk umi. 

Tapi Alhamdulilah, keesokkan harinya sakit tu dah hilang. Sampailah ke hari ini, perut aku ni masih lagi senak-senak sekali sekala. So, untuk sebulan dua ni kenalah berpantang sikit. Dah tak boleh makan pedas-pedas, nescafe dah tak boleh minum. Yang berempah-rempah pun kena kureng juga. Alahai, kuruslah aku macam ini. Amin 

Oleh itu wahai kawan-kawan pembaca yang budiman. Jagalah pemakanan anda. Makanlah ikut masa. Jangan dibiar perut kosong macam saya ni suka sangat tak makan malam. Jagalah perut anda. 

Stay healthy. Live your life. 

Achiq

Friday, June 29, 2012

EXPRO lah juara 2012



Tahniah, tahniah Expro kerana buat sekelian kalinya telah berjaya menjadi Juara Karnival sukan pantai timur 2012.

Dengar citer inilah kali pertama pcsb menjadi juara setelah menukar nama dari carigali kepada expro. Tahun bila ditukarkan nama tu, tidaklah aku selidiki. Mungkin lepas ni nak kena baca sejarah carigali. Memandangkan sudah hampir 3 tahun aku bernaung dibawah payung pcsb ni.

Dan seperti biasa acara yang aku sertai tahun ini adalah petanque. Tapi nasib kurang baik tahun ni. Dari naib juara tahun lepas terus menjunam ke no 4. Apa macam team petanque? Ada jawapan? Nak kena buat post mortem habis habisan ni. Malaslah nak cerita pasal kekalahan kita.

Jom cerita acara-acara yang telah dimenangi oleh expro. Antaranya sukan netball, rugby, badminton, table tennis, volleyball (f), squash, bowling & carrom.

Ayuh Expro! tahun depan kita kekalkan kejuaraan kita. InsyaAllah!

Fight 2 d fullest.

Achiq




Wednesday, June 27, 2012

I wish nothing but the best for you



Selamat maju jaya kak Dina Husna. Semoga bertambah kurus bila duk kat KL nanti. Almaklumlah dengar cerita opis baru nanti kat tingkat 79. Fuh tinggi tu. Hampir 3 tahun kita kenal. Ramai cakap k Dina garang lah, tak friendly lah. Tapi bagi aku semua macam tak betul. K Dina yang aku kenal sangat mudah didekati. Boleh gurau2 lagi.

Ingat tak ladies day 2 tahun lepas. Buat show atas stage. Cholo boliya bagai. Hahaha nak pecah perut bila teringat balik. Itu belum lagi lagu staying alive & i know you want me. Gelek aje kita waktu kan.

Serve baik-baik datuk tu. semoga nanti boleh jadi S1 pulak. Mana tahu rezeki masing-masing. Dapatlah kerja kat presiden opis pulak nanti.

Kalau ada sumur diladang.
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang.
Boleh kita berjumpa lagi.

So long my friend.

Tuesday, June 26, 2012

Serupa ke?




Ramai sangat yang cakap muka kami serupa. Ya ke? 
Of courselah sorang bulat mukanya seorang agak kempong sikit. Hahaha 
Oh ya! Ini kawan baru saya. Baru transfer dari PGB beberapa bulan yang lepas. Kalau kami jalan bersama ramai yang tegur eh! Adik ko ke? 
Tak kisahlah orang cakap adik ke sepupu ke, yang penting kami serasi je. 


Achiq

Monday, June 25, 2012

Mengidam durian

Oleh kerana en husband baru je balik dari Segamat, tiba-tiba terasa nak makan durian pulak. Oleh kerana bila sebut je Segamat mesti teringat durian kan?
Habis satu Kertih duk cari durian. Punyalah besar Kertih ni, durian tak ada jual ke?
Akhirnya sampai ke Paka barulah ketemu itu durian. Tepat pulul 10 mlm. Barulah dapat merasa durian yang kata si penjual dari Johor. Kira durian Segamat jugak lah tu. sekali sekala bermanja dengan orang yang sudi melayan apa salahnya. Besok en abang dah nak outstation lagi.
Burp!! Alhamdulilah. Sendawa berbau durian sudah.

Monday, March 19, 2012

I Love You titik, titik, titik…


Seperti biasa bila  hantar anak-anak ke sekolah atau sebelum tidur, aku akan cium, salam dan tak lupa ucapkan I love you. Dan seperti biasa juga mereka akan membalasnya dengan I love you too. Dan bila dia orang ucapkan dulu, aku pulak akan membalasnya…

Kadang-kadang kalau dalam kereta atau dari kejauhan cukuplah hanya sekadar guna dua tangan. Seperti gambar kat bawah ni.  Zaman sekarang semua pakai signal je. Tapi maksud yang tersirat amatlah kita fahami. 



Satu malam seperti biasa, aku cakap I love you Marissa, dia membalasnya dengan membuat simbol love (tangan) dan lepas tu buat titik-titik menggunakan jari. Harap-harap korang faham dengan gambaran yang aku bagi ini. Hairan gak aku, lain dari biasa simbol ni. Kenapa adik buat macam tu? Ini maksudnya I Love you too..

Oleh kerana, dia tak tahu macam mana nak buat simbol `too' tu, jadi dia buatlah titik-titik menggunakan jari sahaja. Jadi apabila dia buat simbol macam tu, itu bermaksud, I love you too. Harap lain kali Umi faham ya!.. Tergelak aku dibuatnya. Kelakar pun ada. Bila tanya mana adik belajar buat simbol macam tu? Adik fikir sendirilah, otak adik ni kan besar, boleh fikir banyak-banyak.....hihihi

So bermula dari malam tu, kalau buat simbol I love you, mesti di ikuti dengan titik-titik......

Cool kan?

I Love you titik, titik my readers.


Wednesday, December 07, 2011

Adik pun nak Ombak Rindu Gak....

Oleh kerana sekarang ni semer orang duk bercerita pasal ombak rindu, sampaikan Sarah and the geng pun duk cakap pasal citer ni.
Naik sakit telinga aku ni hah duk dengar Sarah duk cerita pasal cerita ni. Hairan aku, bila pulak dia tengok citer ni.

Dialog antara aku dengan Sarah petang semalam :-

Sarah : Umi, bila kita nak gi tengok Ombak Rindu?

Umi    : Nantilah, hari rabu atau umi rasa nak tengok

Sarah : Kawan kakak (refer to her) semer dah tengok. Sedih. Siap nangis-nangis.

Umi    : ummmm

Sarah : Kakak rasa, kakak mesti nangis bila tengok citer ni. Tapi kakak tak suka Maya Karim jadi heroin.   Sebab akak minat Lisa Surihani. Kalau Lisa Surihani jadi heroin mesti best giler.
- Untuk pengetahuan, Sarah memang macam tu...suka sgt lah tengok citer2 yang jiwang2 gitu...Sampaikan tengok citer Lagenda budak setan pun boleh nangis....

Umi    : Ya lah tu.....(malas nak layan...dengar je)

Sarah : Umi tahu tak, Aaron Aziz tu suami dia, tapi dia tak nak ngaku isteri dia tu isteri dia...

Umi    : Hah? oh, ok....mana kakak tahu?

Sarah : Kakak tahulah, kakak kan tahu semua citer. Umi sebut je citer apa, semua kakak tahu...

Umi   : Kalau tengok show malam ok ke kakak? Nanti kan ngantuk...sebab malam je available...

Sarah : Eh, tengok citer cinta mana boleh ngantuk. Ni cerita sedih tau! Umi tahu tak? Mesti umi tak tahu punya, sebab umi bukannya suka sangat tengok citer cinta macam ni....Sikit-sikit citer orang putih, sikit-sikit citer orang putih

Umi   : Dalam hati....aku pulak yang kena leter....

Adik  : Umi, adik pun nak ikut gak...nak tengok gak ombak rindu...

Sarah : Eh mana boleh, adik kecik lagi....ini cerita cinta tahu...adik mana boleh tengok citer macam ni...adik tak sekolah rendah lagi...

Umi   : Dalam hati lagi....habis tu dia dah baligh ke? Alahai Sarah.....

Adik pun teruslah menangis dan menangis. Sampailah en hasben ajak pergi pasar malam, baru berhenti menangis.

Kesimpulannya, tak tahulah nak pergi tengok ke tak malam ni? Ikutkan hati...malas weh......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...