Wednesday, August 03, 2011

Telatah anak-anak berpuasa

Kadang-kadang seronok bila tengok telatah anak-anak berpuasa. Macam-macam ragam dan perangai. Terutama apabila yang berpuasa buat pertama kali. Kita sebagai parents kenalah pandai memujuk. Seperti tarik rambut dalam tepung. Kalau marah-marah nanti terus tak jadi puasa. Jadi kena pandai memujuk. Memujuk orang tengah lapar memang memerlukan kesabaran dan skill yang tinggi. Wah kalau macam ni, kena pergi kursus pujuk memujuklah pulak. Agak-agak company kita ada buat tak kursus macam ni. Iyalah, kita kalau pergi kursus mesti yang company anjurkan aje.

Wah, baik punya mukadimah. Kata orang kalau nak buat karangan, mesti ada pembukaan. Dan pembukaan yang baik akan menarik orang untuk membaca cerita kita. Betul tak?

Tahun ini pertama kali Sarah (kakak) mula nak berpuasa. Tahun lepas 1 hari pun tak lepas. Hari pertama puasa….. gagal. Balik je dari sekolah terus menangis-nangis dahagalah, laparlah. Merengek-rengek siap cakap dia dah nak mati sebab terlampau dahaga. Cuaca pulak pada hari pertama puasa panas terik sikit. Adik pulak iya-iya bangun sahur, pukul 10.00 dah minta makan. Hari pertama puasa aku siap ambil cuti, just nak bagi support kat dia orang. Lagipun sekolah tadika adik bercuti hari tu. Alahai! Tadika An-nur ni, ingat dia duduk kat Johor agaknya. Kita pulak terpaksa ambil cuti.

Hari kedua barulah kakak berjaya menghabiskan 1 hari puasa. Syabas kakak. Itupun asyik tengok jam je. Duk menghitung waktu kata orang. Balik sekolah mandi, balik ngaji mandi. Merengek lagi. Petang abah bawa jalan-jalan pergi beli kuih. Balik rumah 6.30 petang, mandi lagi. Nak kasi badan segar katanya. Apa-apa ajelah kakak. Asalkan awak tak minum air masa mandi tu.

Buka puasa terus minum air sampai 2 gelas. Makan nasi sikit je. Puasa-puasa ni, kakaklah orang yang paling garang. Tak boleh tersalah sikit, mesti marah-marah. Abang Danny pulak suka mengusik. Sikit-sikit gaduh, sikit-sikit gaduh. Kadang-kadang penat duk asyik dengar gaduh lepas tu salah seorang akan menangis. Sabar ajelah.

Tapi kita sebagai parents ni kenalah pandai memujuk. Bulan puasa ni memang mengajar kita menjadi orang yang sabar. Hihihii

Kalau tak sabar, tak tahulah. Kita pun penat juga. Mana lagi nak buat kerja rumah, mana lagi nak melayan karenah anak-anak. Penat tu Allah ajelah yang tahu. Sampai berdenyut-denyut kepala aku semalam. Pukul 4.30 am dah nak kena bangun. Supermom betul kita kan. Kadang-kadang bila difikirkan, macam mana kita orang perempuan terutamanya yang bekerja, boleh mendapat begitu banyak tenaga. Balik je dari kerja, memang dah tak duduk diam. Terus je bekerja dan bekerja sampailah tengah malam. Tak habis-habis bekerja. Macam robot ditekan butang on, bergerak terus.

Satu lagi yang memeningkan kepala aku ni, nak masak apa petang ni? Itulah yang selalu bermain difikiran apabila dah nak masuk tengahari. Nak beli lauk kat kedai tak bestlah. Selain dari mahal, lagi satu kadang-kadang lauk yang kita beli sekejap je dah basi. Kalau kuih tu oklah nak belik. Lauk-lauk ni aku tak gemar sangat nak beli. Buat lagi bagus. So hari ini nak masak sup ayam dah lah. Simply and easy. Hihihi… walaupun kurang menyelerakan buat tekak aku ni, tetapi mengenangkan budak-budak ni suka makan sup-sup ni. Terpaksalah mengalah. Kalau ikutkan selera kita mesti nak yang pedas-pedas aje.


 

Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa. Kepada yang tak berpuasa tu, insaf-insaf lah wahai umat…..

3 comments:

MammaSun said...

tahniah kakakkk.....kiss dia sekali on behalf ye kak....tak sabar tunggu anak dara saya besar lak nak puasa sama2...hihi

Ju Zie said...

teringat masa kcik2 puasa... salu tipu, mkn sorok2.. lbh baik anak achiq mengaku rasa nk mati dr penipu mcm saya! hehehe!

Juli said...

adik saya tunggu depan air masak, kol 1245 tghari. mok kol berpa doohhh?? tny berkali2 sampai kakak yg tgh siang ayam naik fedap.hahah..tapi mak setia jer pujuk macam uol cakp tu..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...