Apabila hajat tak kesampaian, perasan terkilan mesti datang. Dah hampir sebulan lebih arwah ibu mertua ku pergi meninggalkan kami. Yang pasti perasaan rindu masih menebal dalam diri anak-anak. Terutama bila bulan puasa. Aku tak nak lah cerita pasal ipar aku, tapi Cuma nak share pasal anak lelaki sorang dia ni. Which is hasben aku.
Dia tak adalah cakap kat aku, tapi aku perasan ler. Kebiasaanya bila time nak masak je dia akan selalu je bertanya arwah pasal masak-masak ni. Suka benor dia bercakap pasal masak-masak ni dengan arwah. Dia selalu je cakap, lupalah nak tanya arwah macam mana nak buat lauk ni lah, nak letak apa nak kasi kuah ni jadi macam tu lah… dan macam-macam lagi lah. Itulah kata orang, semasa ada, cepat-cepat tanya resepi atau cepat-cepat mintak mak kita turunkan ilmu masakan dia yang tip top tu. Iyalah, kita tak tahu bila dan siapa yang akan dijemput dulu kan?.
Nak cerita sikit pasal ayah mertua aku. Bulan puasa ni, hari-hari dia berbuka puasa di masjid. Tak nak berbuka dirumah katanya, sebab teringatkan arwah. Iyalah, sekurang-kurangnya hilanglah sikit ingatan pasal berbuka bila berbuka beramai-ramai di masjid bersama kawan-kawan. Pernah aku ajak berbuka puasa kat rumah kami, tapi dia tak nak. Kesihatan dia pun tidak berapa baik semenjak dua menjak ni. Asyik demam-demam je. Dah bawa ke klinik. Tapi tak kebah-kebah juga. Demam baik batuk pulak.
Aku pun terkilan jugak sebetulnya. Sekarang ni kan musim durian. Kebiasannya bila musim durian arwah suka benor buat pengat durian. Biasanya dia akan ajak kita orang makan beramai-ramai. Tahun ni kita orang adik beradik tak berkesempatan lagi makan durian beramai-ramai macam di tahun-tahun lepas. So, en hasben ada jugalah berbunyi yang dia kepingin nak makan pulut durian. Aku cakaplah, alang-alang je nak buat, yang makannya kita berdua je (memandangkan anak-anak aku tak suka pengat2 ni). Aku cadangkan supaya beli je…hihihi
Selang beberapa hari dia ada cakap kat aku, susahnya tak ada mak, nanti tak leh merasalah makan ketupat sotong (sotong disumbat pulut). Dahlah pengat durian tak merasa pun tahun ni. Macam mana perasaan korang? Mesti sentap semacam je kan. Aku bukannya tak nak buat, tapi ingatkan dia dah lupa. Nanti nak kena belajarlah buat ini semua. Pengat durian tu aku rasa senang je kot, tapi bab ketupat sotong tu macam susah je. Hihihi..(cakap orang malas sila abaikan ya).
Semalam dia ada beritahu aku yang dia nak ajak ayah mertua aku ke Langkawi pada cuti sekolah bulan Disember nanti. Mula-mula aku senyap je.. iyalah nak kena berfikir jugak dulu ni….Bukannya apa dengan kereta wish tu bukannya boleh muat ramai-ramai. Anak aku dah lah 4 orang. Nanti kalau nak beli barang, manalah nak letak (ada hati lagi nak beli barang tu….) Tak baik kan aku ni? Aku rasa aku bukanlah menantu yang baik. Dahlah menantu perempuan sorang ni je. Tak bagus betul lah aku ni. Tiba-tiba keinsafan datang. Memang dari dulu lagi dia duk planning nak bawa mak & ayah dia jalan-jalan ke Langkawi. Tapi selalu je tak berkesempatan. Sibuk je memanjang. Kali terakhir kami ke Langkawi pada tahun 2007. Itupun sebab aku ada kursus kat sana.
Aku mulalah berfikir, mesti dia terkilan kerana tak sempat ajak mak dia ke sana. Disebabkan itulah dia mention awal-awal kat aku nak ajak ayah dia ke Langkawi. Terus aku bersetuju. Aku tak nak nanti jadi 2 kali terkilan. Tak apalah, muatlah tu. Biarlah dia berbakti kepada ayah dia sementara masih ada. Macam aku, dua-dua dah tak ada. Walaupun komunikasi antara mereka berdua amatlah lack. Biasalah ayah kan kurang sikit bercakapnya. Tak macam mak. Segala macam menda dicerita.
Jadi kepada siapa-siapa yang masih punyai ibu bapa tu, berbaktilah kepada meraka semasa masih ada.
Patah tak tumbuh lagi, Hilang tiada pengganti, Kerana kau tersendiri………
No comments:
Post a Comment