Friday, April 22, 2011

Ikan Bakar Petai

Betapa kuatkah pengaruh blog keatas hidup anda? Mesti ramai yang jawab, amatlah berpengaruh kan. Dan disebabkan kerana itulah nuffnang diwujudkan. Kerana kita sebagai blogger adalah amat mempengaruhi fikiran orang-orang awam diluar sana. Kuasa dihujung jari. Hahahaha... Apa yang aku merepak ni, langsung tak kena mengena dengan tajuk. 

Eh, pembetulan, mukadimah adalah amat kena mengena dengan tajuk ya. Ceritanya begini, aku sekarang ini amat mengidam nak makan Ikan Bakar Petai tahu! (mengidam? oh tidak!)...Ini adalah gara-gara Yatie duk cerita kat blog dia pasal ikan bakar special ni. http://sawanila.com. Sampai meleleh air liur aku duk tengok gambar ikan pari bakar ni. Sementelah pulak aku adalah peminat petai tegar. Memang melelehlah sekali lagi air liur aku ni. Bukan nafsu makan aku yang membuak-buak tetapi nafsu ibu yang tak termengandung ni hah.

pic. credit to Sawanila.com
Kebetulan pulak hari ini nak turun Kuantan. Apa lagi, jalan-jalan cari makan lah.

Oh! untuk apa saya ke Kuantan? Bukan sebab nak jalan-jalan cari makan saja tau. Ada agenda lain yang tersembunyi. Tak boleh cakap sekarang. Tapi dah menyelam tu boleh minum air sekali kan. 

Yummy! Yummy!

4 comments:

Deena Sulaiman said...

ni la pertama kali deena dengar ikan bakar petai, achiq dah rasa lom ? mcm sedap jer kan.. :)

Juli said...

hv fun di kuantan uol..

Yatie said...

dah rasa belum? amacam sedap tak hehehe... mulalah rasa lapar nih

Achiq said...

Deena : achiq pun 1st. time dengar.. tu yg nak cuba

Juli : thanks dear

Yatie : Dah rasa dah, nanti kita post pasai tu ya.. memang terangkat lah ikan tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...