Thursday, July 28, 2011

Durian Segamat

Minggu lepas En Hasben ada meeting kat office Segamat. Aku yang dah lama tak jalan-jalan, terus apply cuti nak ikut jugak. Memang gatal gitu.

Kalau ke Segamat musim-musim durian ni, memang tak sah kalau tak pekena durian Segamat kan? Habis je meeting petang tu terus meronda bandar Segamat untuk mencari lokasi durian Segamat yang sebenar. Wah macam lagak jalan-jalan cari makan gitu tapi edisi buah-buahan.

Setelah 10 minit duk meronda-ronda, akhirnya berjumpalah satu gerai mak cik ni. Lokasi yang sesuai untuk parking + siap disediakan meja dan kerusi untuk makan lagi. 


Budak-budak ni memang kaki durian. Terutamanya anak-anak dara aku ni hah. Kalau terserempak dengan gerai durian mesti suruh singgah. Kadang-kadang kita pulak bimbang, bukan apa takut dia orang kepanasan je. Adik kalau tak suruh berhenti atau selagi tak habis buah durian depan matanya, lagi tulah dia akan makan. Bila tanya kenapa adik suka sangat durian? dia jawab, nanti kencing air kencing bau durian, wangi...kelakar je jawapannya.


Si Danny ni sebetulnya tak adalah suka sangat dengan Durian. Gambar tu cuma eksyen je tu. Kalau makan pun seulas je. Kadang-kadang sampai nak muntah bila termakan yang jenis rasa kuat (isi kuning terutamanya). Aku lebih suka durian berwarna putih daripada isi kuning. Isi kuning ni, rasanya lebih tengit / pahit.

Macam-macam jenis durian ada. Aku tak berapa hafal sangatlah jenis-jenis durian ni. Asal sedap aku makan je. Setahu aku durian yang femes sekarang ni Musang King? Entah ya ke tak...tapi aku tak rasa pun lagi. Durian kampung jugak yang menjadi pilihan kalau ke pasar malam. Dekat-dekat bulan posa ni, lagilah murah harganya.


Dalam 5 biji jugaklah yang berjaya kita orang habiskan petang tu. Tu ada lagi yang minta. Tapi memandangkan hari dah semakin gelap dan nyamuk pun dah semakin banyak. Terpaksalah kita cepat-cepat habiskan durian yang ada. 

Lepas makan durian, kita orang ronda-ronda lagi kat bandar Segamat. Jalan-jalan ke Jackel. Tapi tak ada yang berkenan, memandangkan kain-kain untuk baju raya semua dah ada. Cuci mata aje lah.

Lepas jalan-jalan perut pun dah start rasa lapar balik. Singgah kat food court betul-betul depan Jackel. Makan makanan panas je. Lepas makan terus balik Hotel sebab dah tak larat kerana kekenyangan.

Memang tak dinafikanlah, durian Segamat memang terbaik wok....Thumbs up!

Dan inilah ratu durian keluarga kami. Boleh mengalahkan aku kalau makan durian. Ini kakak punya, ini pun kakak punya.... semua dia nak rasa. Yang paling dia orang seronok, lepas makan durian kena minum air dalam kulit durian. Time tu semua berebut-rebut nak minum. Petua mesti diamalkan. Betul tak?



3 comments:

Juli said...

btol la uols. kalo tak minum guna kulit mesti kepanasaan.tatau la saikologi ke ataopon kenyataan.haha

Deena Yasmin said...

dari semalam cari durian kt langkawi tak jumpa lagi.. tingin sgt dah ni :)

wafiqa said...

harga sekilo brape ekk? huhu dekat sini masih mahal laa..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...