Monday, December 31, 2012
Annual dinner
Dan juga tahniah abg ezani kerana telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan upsr baru-baru ini. Sayang sains tak dapat A. Tapi kita orang dah syukur sangat-sangat. Alhamdulilah. Dan telah berjaya ke sekolah KAKA kat Rantau Abang. Sekolah agama berasrama penuh. Mudah-mudahan abg ezani akan berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh. In sha Allah.
Dinner semalam juga sempena meraikan adik yang akan memasuki alam persekolahan rendah. Budak ini excited benar nak pergi sekolah esok.
Hari ini dan besok saya dan en hasben cuti. Hari ini duk sibuk beli peralatan untuk abg ezani nak masuk asrama. Ada je yang tertinggal. Al maklumlah first time nak hantar anak masuk asrama ni.
Besok lagilah padat jadual. Lepas hantar adik baru bergegas ke sekolah abng ezani pulak. Jauh jugak kertih ke kuala abang. Rasa cuak pulak esok nak tinggal adik lat sekolah tanpa tunggu dia sampai rehat. Tapi nasib baik kakak sarah ada. Mesti dia nak jalankan tugas dia sebagai kakak dengan jayanya esok.
Selamat Tahun Baru 2013 semua!🎆
Thursday, December 27, 2012
A note from Sarah
Jumpa sekeping nota semasa mengemas rumah weekend baru ni. So touching. Tanya kakak, bila kakak tulis nota ni? Masa dia darjah satu. Masa tu abah outstation, kakak rindu kat abah. Terus berdrama.
Achiq
Sup Belut
Tetapi kepada yang tak suka dan yang tak minat kepada makanan-makanan yang pelik (macam aku) memang tak kisah sangatlah. Pelik ke makan belut? Tak adalah pelik manapun, saja je aku kasi gempaq.
Last night, we have soup belut for our dinner (excluding me ya). Kita makan nasi goreng cendawan je. Ada satu restoran kat Kertih yang sup belutnya memang terangkatlah. Mengikut kata en hasben lah. Nama restoran ni restoran mutiara, berhadapan dengan pejabat haiwan. Kalau malam memang penuhlah. Parking kadang-kadang sampai ke masjid jamek Kertih. Lupa pulak nak amik gambar restoran ni. Lain kali kalau datang sini lagi kita amik gambar.
Aku pulak Janggal je sorang-sorang makan nasi goreng cendawan je dengan cendawan yang dikira agak banyak jugak. Yang lain semer berjelut (bahasa Terengganu maksudnya over gitu) duk mkn sup tu.
Kata orang makan belut ni bagus untuk kesihatan. Fakta mana entah. Ada jugak yang cakap kasi kuat tenaga dalaman especially lelaki. Ehem, ehem .....,
Wednesday, December 26, 2012
Pendukung yang setia
Adik semakin menjadi-jadi manjanya sekarang ni. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang sengaja cakap ala-ala pelat.
Kalau pergi jalan-jalan jalan kejap aje, pah tu mesti suruh abang AK atau abang ezani. Nasib akak kurus, kalau tak akak pun jadi mangsa.
Almaklumlah anak bongsu katakan. Bongsu ke? Oh tidak, cukuplah 4 saja. Dh tak larat rasanya nak berjaga malam-malam. Hihihihi sekian, terima kasih .
Graduation Day 2012
Thursday, August 09, 2012
Mimpi Rosak.....
Adik sekarang ni memang suka bercerita. Cerita rekaan, cerita dongeng, cerita binatang dan macam-macam cerita lagi lah. Dulu-dulu Umi je pendengar yang setia. Tak kira dimana saja, kalau dia rasa nak bercerita, kita mesti kena dengar. Kalau tak muncunglah mulut sambil mata duk terbeliak-beliak menjeling kita.
Sekarang ni, abis semua orang kena dengar bila idea nak bercerita datang. Dari abah sampailah ke abang Danny. Sekarang ni suka benar cerita pasal mimpi dia. Tiap-tiap hari mesti ada cerita pasal mimpi dia malam tadi. Betul ke tak sendiri mahu fikirlah. Kalau dah cerita sampai A – Z tu..Wallahualam aje lah.. Layan ajelah. Mimpi jadi princess lah, mimpi makan lah, siap detail apa yang dia nampak dalam mimpi tu…Itu yang tak tahan. Bila kita tanya macam mana adik boleh ingat mimpi adik satu persatu. Cepatnya je dia jawab. Dia kan otak cerdas, ingatan kuat lah…macam-macam alasanlah yang dia bagi. Walaupun kita tahu, kadang-kadang cerita tu amatlah tidak logik diterima akal. Tapi kami tetap sedia mendengar dan melayan. Walaupun cuma sekadar emm, atau iya ke dan angguk-angguk je kepala.
2- 3 hari yang lepas, dia tak nak bercerita dah. Kita orang naik hairan. Aik, adik…dah tak mimpi ke semalam. Tiba-tiba dia jawap…semalam dah tak mimpi, sebab PETI MIMPI ROSAK. Hah?....tak ok lagi..tak tahulah bila boleh ok semula mimpi ni. Apa dia ingat, mimpi tu macam TV ke apa. Apa lagi ketawalah si abang-abang ni..termasuk lah aku…Abah siap tanya mimpi adik tu LCD ke LDD…hahahaha… lawak betul lah adik ni….
“Bermimpilah kamu setinggi langit kerana andainya kamu terjatuh, maka kamu akan terjatuh diantara bintang-bintang.”
Achiq
Wednesday, August 08, 2012
Kecundang Lagi....
Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan rakyat Malaysia kala ini. Tak kala China masih lagi meraikan kemenangan hero pujaan mereka Li Dan, kita rakyat Malaysia diselubungi duka. Tapi tak perlulah kita meratapi akan nasib Dato’ Lee Chong Wei. Kalau sudah ditakdirkan kekalahan dipihak kita, terpaksalah kita akur dan menerimanya dengan terbuka walaupun dalam hati amat terluka.
Tapi alangkah baiknya kalau Lee Chong Wei tidak banyak melakukan kesalahan semasa perlawanan tersebut. Alangkah baiknya kalau Li Dan yang banyak melakukan kesilapan. Tapi kita manusia biasa, sudah semestinya kesilapan tidak dapat dielakkan. Yang pasti Lee Chong Wei sudah melakukan yang terbaik.
Sejarah Olimpik 2008 di Beijing berulang lagi. Cuma Olimpik 2012 di London mereka berdua sudah berada pada tahap yang sama. Dari segi skill, kemampuan dan tenaga. Cuma rezeki/nasib menyebelahi Li Dan.
Aku tak mampu nak tengok kesedihan Lee Chong Wei selepas perlawanan. Habis je game terus tukar channel lain. Tak sampai hati + nak memujuk hati sebenarnya.
Apa-apapun, Syabas Dato Lee Chong Wei. Cuba lagi 4 tahun akan datang (itu pun kalau umur panjang)…
Achiq