Tuesday, November 29, 2011

Puteri Bongsu, Bersubang Gading.........

                                       
 
Entah mimpi apa adik malam tu, bangun je dari tidur terus cakap yang dia nak bertindik. Nak jadi cantik. Of courselah macam princess. Kanak-kanak perempuan kan, kalau tanya nak jadi apa, mesti semua nak jadi princess. Dengan baju gaun yang kembang semangkuk tu. Aku rasa sapa-sapa ada anak dara kecik-kecik ni, at least 1 helai baju gaun kembang tu mesti ada dalam almari. Tak caya? percayalah cakap aku.

Ok, berbalik kepada cerita adik. Sebenarnya, kejadian tu berlaku sehari sebelum Hari Raya Puasa. Punyalah lama cerita ni aku simpan. Dan yang sebenar-benarnya, gambar ni dah lama aku upload sebagai draft dalam blog aku ni. Cuma nak mengarang ceritanya punyalah lama dek kerana kesibukan aku sekarang ni. Sebab itulah, blog ni dah bersawang jadinya.

Oleh kerana hari tu kan hari last puasa, kebanyakkan kedai-kedai aku rasa dah banyak yang tutup. Nasib baik lah ada 1 kedai gunting rambut ni (kedai gunting rambut Ezati) dekat rumah mertua, masih buka. Itupun separuh hari je. Dan nasib baik juga dia ada membuat perkhidmatan tindik-menindik ni. Semuanya nasib baik.... Kalau tak, dah tak tahan telinga kami duk mendengar rengekan adik. Memang sungguh-sungguh dia nak pakai subang semasa raya nanti katanya. 
 
 Sebelum nak ditebuk lubang, kenalah tanda dulu. Mana tahu kalau tersalah tebuk, lain jadinya...


Bila nampak je pistol subang tu, terus lain jadinya. Masa shoot telinga sebelah kanan, steady je...masa nak buat untuk telinga kiri terus nangis....naya betul adik ni......


Akhirnya tercapailah impian adik nak pakai subang ni. Bukan main seronok lagi dia duk menayang telinga dia kat kawan-kawan dia. Sampaikan setiap masa mesti nak toncang je rambut tu.


Akhirnya terbukalah rahsia kenapa dia nak bertindik. Hanyalah kerana jeles tengok sepupu dia yang berumur 1 tahun dah bertindih. Dan dia rasa sepupu dia tu memang lawa dan orang semua duk asyik memuji je sepupu dia. Itu yang dia rasa bila dia pakai subang mesti nampak lagi lawa agaknya...Alahai! adik.....

Her cousin - Nissa... kecik2 dah cantik bertindik...

Monday, November 28, 2011

I'm Back

Setelah lama menyepikan diri, akhirnya ku muncul kembali. Macam terkejut dari mimpi, terus menaip dan menaip dan menaip lagi.

Entah apa mimpi aku semalam, masuk opis terus buka blog dan tiba-tiba rasa rindu nak menitipkan berita di sini. Wah dah hampir sebulan lebih aku tak mempost entry kat sini. Rasa rindu pulak. Dan pastinya geng-geng setia pembaca ku juga merindui kau…hahaha…lagak jiwang dan over perasan gitu.

Just quick update apa yang telah berlaku dalam sebulan ni. Bermula 11 September aku dah ditukarkan ke section baru. Iaitu PRM2 (Reliability Management Section) dibawah pimpinan Hj A Nadzri Mustapha. 



Suka sangat bos baru aku ni, so energetic. Apa-apa mesti nak update kat kita orang. Setakat ni masih lagi dalam proses pembelajaran. Dengan segala macam dokumen-dokumen yang nak kena tahu. SERP, BAM, SOLE, ALS dan macam-macam menda baru lagi yang kena belajar. Ingat tak last entry aku yang masih dalam dilema tu Aku yang rajin. Akhirnya keputusan telah dibuat setelah penat aku naik turun jumpa big bos. Kalau nak kita kenalah berusaha kan? Bukan ke usaha itu tangga kejayaan… cewah. Bangga sudah…..Walaupun sedih nak meninggalkan kawan-kawan di PRM1, tetapi demi masa depan dan kebahagiaan ku, maka terpaksalah aku meninggalkan korang semua……(padahal dalam hati…yahoo!!!!! Dapat lari dari bos @3$%^&*&^)..tak baik tau….Padahal sebelah je.....hihihihi


Walaupun duduk kat tempat baru tapi aku masih lagi assist PRM4 (section sebelah) berkaitan contract management. Terpaksalah buat 2 kerja, nak sangat lari..kenalah ikut syarat yang diberi. Tak apa, buat aje. Oleh kerana disebabkan itulah, maka kesempatan untuk berblogging dan berconnect dengan itenet ni amatlah terhad. Memang dah ke stage tenat gitu..Balik rumah lagilah tak beritenet…Iyalah kerja rumah dah jadi core job buat aku. Kesian…Bibikkkkkkkkkk.waaaaaaaaaaaa…..

Tapi oleh kerana hari ni macam aku cakap tadi, entah mimpi apa aku semalam…terus terbuka hati untuk meneruskan amalan yang mulia ini.

Oh Ya! Bulan lepas Ak baru je abis menduduki peperiksaan PMR. Dari 4 – 10 Oktober 2011. InsyaAllah, minta2 berjayalah hendaknya…tak nak cerita sangat pasal PMR ni, buat hati berdebar-debar je (melebih calonlah pulak). So, cuti sekolah ni Ak jadi baby sitter dan sudah semestinyalah baby sitter yang bergaji.  + driver untuk hantar adik-adik pergi mengaji.

So, lain-lain punya cerita, kenalah tungguuuuuu……

Monday, September 05, 2011

Majlis Iftar Terakhir sebelum raya


Masih ada lagi cerita berbuka puasa yang tertinggal. Walaupun orang dah sibuk raya sakan. Tapi tak apa, demi menjaga hati semua pihak maka cerita ini haruslah dipublishkan. Hihihii

2 hari sebelum raya, family sebelah aku berkumpul untuk majlis iftar. Dan seperti kebiasaannya rumah Ateh (kakak) wajiblah menjadi hos untuk majlis iftar perdana 2011 ini. Sebenarnya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini, dek kerana kesibukan ahli-ahli keluarga yang bekerja (lebih-lebih lagi 2 orang adik lelaki kami bekerja syift) maka, amat payahlah untuk mengumpulkan kesemuanya (tak termasuk adik bongsu kami yang berada di Pontian, Johor). Itu pun adik lelaki yang di Kuantan tak dapat join, kena kerja pulak.

Maka, kami yang berada disekitar kawasan Kertih / Paka sahajalah yang dapat bersama-sama berkumpul bagi menambahkan pahala (hihihi) kerana merapatkan lagi silaturahim. Along pulak last minute cancell kerana anak bongsu beliau sakit gigi pulak. 

Si Lelaki...
So, bila dah berkumpul, memang hiruk pikuk lah jadinya. Lauk pauk dimasak oleh Kak Ngah & Alang. Cuma kuih masing-masing kena bawa sendiri. Hajat di hati nak juga tolong masak, tapi hari tu aku masih lagi kerja, jadinya tak dapatlah nak nolong. Dan sudah semestinya mencuci pinggan menjadi tugas utama aku. Ditambah pulak aku cuti pulak hari tu, lagilah kena dera pakej mengemas sekali.

Tukang masak makan pun tak lalu, sebab dah banyak hidu bau....
Kanak-kanak yang tak berposa kenalah makan kat tempat lain. Lagi pun dia orang ni tak tunggu azan pun. Siap hidang terus makan. 

Tuan rumah dengan masakan kegemaran - kepala ikan tongkol masak merah
Lauk pauk pada hari tu ala-ala kampung gitu. Masak sup labu air, ikan tongkol masak merah, ayam goreng, ikang singgang (tak tinggal punya), budu, belacan, sambal tempoyak & goreng sayur kacang. 

Tengok tu, semua licin. Posalah katakan. Semua kelaparan. 

Lepas berbuka, kami maghrib berjemaah diimamkan oleh imam muda M Naufal. Lepas tu semua bergerak ke surau berhampiran rumah untuk berterawih. Tinggallah aku dengan Angah duk menjaga budak-budak ni dan mengemaslah, apa lagi...waaaaaaa

Sebelum balik, baki lauk pauk yang tak habis dibungkus untuk dibawa pulang untuk bersahur pulak. Baik hati sungguh tuan rumah ni. Memang sengaja masak lebih katanya. Sebab dia tahu adik-adik dia memang dah malas nak malas untuk bersahur.

Terima kasih daun keladi Ateh. Tahun depan kita berkumpul lagi.

Sunday, September 04, 2011

Bangkai betul lah

Hari ini dah start kerja, walaupun masih ramai yang bercuti sakan lagi. Tengah-tengah bermood nak kerja, tiba-tiba air cond tak ada pulak. Terpaksalah berpanas dalam opis ni, dah rasa macam duduk dalam bilik sauna pulak. Terus hilang mood kerja. 

Yang paling bestnya, ada pulak bangkai tikus kat opis kita orang ni. Tak caya? memang tak caya kan. Kat opis pun boleh ada tikus. Tapi baik korang percayalah. 4 ekor anak tikus bergelimpangan mampus kat workstation opis mate aku. Ibu mereka dah ditangkap sebelum raya hari tu. Agaknya anak-anak tikus ni duk cari ibu dia, terus tak jumpa jalan balik rumah dan terus mampus kelaparan.

Oleh kerana kegelian tahap gabang, maka tak sempatlah aku nak snap gambar bangkai2 tikus tu. Cukuplah dengan gambar yang aku bedal dari google je. Ini pun geli-geli je tengok gambar ni...



Selamat Hari Raya Ke - 6

Rasa-rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin kepada pembaca-pembaca setia blog achiqlebon (wah bajet femes gitu). Ini adalah kerana masa yang agak terbatas untuk aku jenguk blog aku sendiri dan juga kegilaan aku sendiri dengan maaduu.com (mencik tauuuuu)...


Raya tahun ni kita orang buat kelainan sikit. Kebiasaannya photo session dibuat dialam rumah, tahun ini kita buat luar rumah pulak. Tahun ni jugak baju tak ada warna tema, The boys belasah je baju melayu tahun lepas. Yang paling cunnya, en hasbenlah...baju raya 2 tahun lepas..hohoho...jimat kan? The girls, of courselah... mesti semua baru....

Raya tahun ni macam biasa je. Seperti kebiasaan yang selalu disebut-sebut orang, sederhana tapi meriah. Raya tahun ni memang lah ada kurangnya. Dengan ketiadaan ibu mertua tersayang, memanglah tak ada meriahnya. Juadah yang special tak ada, cuma adik-adik try jugak buat sate, tapi rasanya agak kureng. Kerana air tangan yang tak sama dengan arwah ibu.


So, selamat beraya sakan bagi yang masih beraya. Yang dah mula bekerja, selamat bekerjalah, walaupun dalam mood yang kurang (macam aku ni hah @ opis). Raya kan sebulan, jadi jomlah kita ziarah menziarahi. Salam bersalaman sesama kita. Dan jangan lupa kepada yang kurang berupaya, hulur-hulurkanlah sumbangan anda.

Friday, August 19, 2011

Gelak pagi Jumaat


Macam-macam kuih ado......
  • Kuih paling gangster = Lompat Tikam,
  • Kuih paling seksi = Puteri Mandi,
  • Kuih paling keji = Taik Itik,
  • Kuih bajet cute = Cek Mek Molek,
  • Kuih untuk awet muda = Seri Muka,
  • Kuih paling alim = Kuih Ketayap,
  • Kuih penyakit kronik lelaki = Batang Buruk,
  • Kuih suka pukul = Kuih Lompang,
  • Kuih paling berat = Badak Berendam,
  • Kuih xreti make up = Tepung Gomak,
  • Kuih lambat sampai = Kuih Perahu,
  • Kuih cepat sampai = Kuih Kapalterbang,
  • Kuih cepat bankrap = Kuih Gulung,
  • Kuih tak boleh makan= Kuih Chengker,
  • Kuih untuk Saman Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt,
  • Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit,
  • Kuih org x mandi = Kuih Bau-Lu,
  • Kuih paling tenteram = Kuih Makmur,
  • Kuih paling lembap = Kuih Siput,
  • Kuih paling senang = Kuih Kacang,
  • Kuih paling malas = Kuih Lenggang,
  • Kuih paling bahaya = Kuih Bom,
  • Kuih banyak duit = Kuih Pau,
  • Kuih pandai menari = Kuih Lopez
  • kuih asyik kena maki hamun = Kuih Putu Bambu
  • kuih yang ada kerjaya = Kuih Keria
  • kuih accident = Kuih Apam Gula Hangus
  • kuih yang tak pernah dibersihkan = Kuih Abuk-abuk
  • kuih masa black-out = Tepung Pelita.




Thursday, August 18, 2011

Aku Yang Rajin - part 2

Semalam ada aku cakap kenapa aku kena jadi rajin. Sebenarnya aku kena buat pura-pura rajin supaya nampak ada kerja. Aku sekarang ni berstatus makan gaji buta. Datang punch in, layan internet, borak-borak sikit itupun kalau ada orang nak layan. Begitulan rutin seharian aku di waktu kerja. Tak baik kan? Tapi nak buat macam mana, memang tak ada kerja. Tak ada orang nak bagi kerja, nak harap boss...macam aku tak wujud je. Tak nak datang kerja, tak boleh pulak. Kedatangan diambil. Tak kan nak cuti memanjang. Simpan cuti gak nanti kan nak gi holiday sakan pulak.

Semenjak pengambilan kuasa oleh pemimpin baru kat dept. aku ni, suasana kerja amatlah tak bagus. Oh! tiba-tiba aku rindu sangat-sangat kat bos lama aku. Walaupun dia tak hensem, tapi Hj tetap suka borak-borak dengan anak buah sambil nak ambil tahu semua perkara yang kita buat. 

Ini adalah ex boss saya - Hj MRMI
Dengan bos baru ni, apa yang kita buat, endah tak endah je. Mentang-mentang dia ada buah hati pujaan dia, yang sorang tu je lah yang asyik kena panggil. Sikit-sikit gigi besi, sikit-sikit gigi besi (gelaran kepada ayam tambatan dia, kerana dia pakai gigi besi..hahaha). Aku tak adalah nak sakit hati kat ayam tambatan dia ni, tapi semua staff bengkek kat bos baru ni. 

Peraturan baru telah dibuat, dengan menyerahkan segala kerja aku iaitu raise PO dan segala macam yang berkaitan dengan SAP sistem diserahkan kepada section masing-masing. Dah dekat sebulan praktis ni dibuat. Jadinya aku pun goyang kaki ajelah. Geng TA ajak join dia orang, macam orang mengantuk disorongkan bantal, terus terima tawaran mereka. Tapi, sejak join TA ni pun, tak ada kerja jugak. Tak faham aku. Sekali sekala je diberi tugas-tugas buat label fail (tak mencabar langsung).

Sekali-sekala fikir, ok jugak rilex je. Tapi kalau hari-hari macam ni, apa kejadahnya. Biul dibuatnya kepala hotak aku ni. Kalau orang tak ada bolehlah aku layan movie ke, tidur ke, ni tempat aku dah lah dilaluan orang keluar masuk. Gila ke apa nak tengok movie. Kenalah buat-buat sibuk.



Cerita terbaru yang aku dengar, kemungkinan aku akan dipindahkan ke jabatan lain. Tapi tak sukalah pergi kat jabatan tu. Tak syok wooo. Ada sedikit kemusykilan lah dengan bos baru aku ni. Kenapa mesti aku ditukarkan ke dept lain sedangkan didept ini sendiri masih memerlukan staff. Dengar cerita dia nak request lagi sorang contract staff untuk buat kerja-kerja PMMS. Dan lagi satu musykil, kenapa aku yang kena pergi, sedangkan yang jaga kontrak PIE2 tu ialah kawan aku yang sorang lagi tu. Adakah ada unsur-unsur tak suka kat aku, ataupun ada unsur-unsur dengki. Aku ada bau-bau belacan lah sikit kat sini. Nak kena siasat ni. 

Tapi aku dah pergi jumpa direct dengan en boss ni. Dah cerita apa masalah aku, dan aku memang tak rela kalau di tukarkan. Sebab dah ada 2 tempat kosong dalam dept ni yang nak ambil aku duduk bawah section dia orang. Dah siap jumpa en boss aku dah. 

Apa-apapun aku pasrah ajelah. Kalau aku ditukarkan kerana tak suka kat aku, nak buat macam mana. Aku pun tak suka jugalah kat dia. Kalau kata aku tak perform, mana mungkin dia bagi aku rating 2 masa PPA tempohari. Kita sama-sama tunggu ajelah, apa keputusannya.

Kalau benih yang baik, campak kelaut jadi pulau (sila angkat bakul sendiri ya)...
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam (nauzubillah)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...