We had dinner last night at pizza hut. Dinner sempena meraikan abang ezani akan memasuki alam persekolahan menengah dan akan berangkat ke asrama. Huhuhu ..... Umi sedih ni.
Dan juga tahniah abg ezani kerana telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan upsr baru-baru ini. Sayang sains tak dapat A. Tapi kita orang dah syukur sangat-sangat. Alhamdulilah. Dan telah berjaya ke sekolah KAKA kat Rantau Abang. Sekolah agama berasrama penuh. Mudah-mudahan abg ezani akan berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh. In sha Allah.
Dinner semalam juga sempena meraikan adik yang akan memasuki alam persekolahan rendah. Budak ini excited benar nak pergi sekolah esok.
Hari ini dan besok saya dan en hasben cuti. Hari ini duk sibuk beli peralatan untuk abg ezani nak masuk asrama. Ada je yang tertinggal. Al maklumlah first time nak hantar anak masuk asrama ni.
Besok lagilah padat jadual. Lepas hantar adik baru bergegas ke sekolah abng ezani pulak. Jauh jugak kertih ke kuala abang. Rasa cuak pulak esok nak tinggal adik lat sekolah tanpa tunggu dia sampai rehat. Tapi nasib baik kakak sarah ada. Mesti dia nak jalankan tugas dia sebagai kakak dengan jayanya esok.
Selamat Tahun Baru 2013 semua!🎆
Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts
Monday, December 31, 2012
Thursday, December 27, 2012
A note from Sarah
Jumpa sekeping nota semasa mengemas rumah weekend baru ni. So touching. Tanya kakak, bila kakak tulis nota ni? Masa dia darjah satu. Masa tu abah outstation, kakak rindu kat abah. Terus berdrama.
Achiq
Labels:
Anakku
Wednesday, December 26, 2012
Pendukung yang setia
Selain daripada umi yang kena dukung adik, abang AK juga selalu jadi mangsa pendukung adik yang setia.
Adik semakin menjadi-jadi manjanya sekarang ni. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang sengaja cakap ala-ala pelat.
Kalau pergi jalan-jalan jalan kejap aje, pah tu mesti suruh abang AK atau abang ezani. Nasib akak kurus, kalau tak akak pun jadi mangsa.
Almaklumlah anak bongsu katakan. Bongsu ke? Oh tidak, cukuplah 4 saja. Dh tak larat rasanya nak berjaga malam-malam. Hihihihi sekian, terima kasih .
Adik semakin menjadi-jadi manjanya sekarang ni. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang sengaja cakap ala-ala pelat.
Kalau pergi jalan-jalan jalan kejap aje, pah tu mesti suruh abang AK atau abang ezani. Nasib akak kurus, kalau tak akak pun jadi mangsa.
Almaklumlah anak bongsu katakan. Bongsu ke? Oh tidak, cukuplah 4 saja. Dh tak larat rasanya nak berjaga malam-malam. Hihihihi sekian, terima kasih .
Labels:
Anakku
Graduation Day 2012
Majlis graduation Tadika An Nur, Kerteh telah berlangsung dengan gilang gemilang pada 02.11.2012 di Auditorium Sekolah Rantau PETRONAS. Adiklah orng yang paling excited. Awal-awal pagi dah bangun. Tak payah dikejutkan, bangun dengar sendirinya. Entah-entah tak tidur pun malam tu.
Umi pulak rasa terharu je bila tengok adik naik pentas amik sijil. Ini bermakna adik akan masuk sekolah rendah tahun depan. Dah besar anak umi. Rasa baru semalam je umi duk dukung adik ke sana sini. Tapi sekali sekala masih lagi nak berdukung. Time dia buat-buat manja atau mengamuk tak tentu pasal. Umi tetap akan dukung, walaupun berat semacam. Almaklumlah baby besar…mahunya sakit pinggang umi.
Adik ada buat persembahan. Coral speaking, video je sempat amik.
So, tak ada lagilah lepas ni nak kena hantar ke tadika, tahun depan 2 orang anak dara umi dah berada di sekolah rendah yang sama. Senang hati umi, kakak Sarah ada tolong tengok-tengokkan adik.
Terima kasih tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang telah banyak mengajar adik selama 2 tahun di tadika tersebut. Dari tak mengenal abjad, nombor, hinggalah sekarang sudah dapat membaca dengan lancar. Jasa kalian tetap kami kenang dan semoga Allah membalas jasa-jasa kelian. Dan semoga ilmu-ilmu yang diajar akan dibawa hingga keakhir hayat dan akan menjadi bekal untuk kalian-kalian diakhirat nanti.
Jazakaloh…
Axhiq
Wednesday, July 04, 2012
Pirah a.k.a kutu babi
Kesian budak kecik yang manja ni. Masa nak mandi pagi tadi tak kasi cuci muka. Puas pujuk. Sampai menangis.
Masa ambik adik kat tadika cikgu cakap ada kutu babi kat kelopak
mata. Tak kasi cikgu buang. Oh ya, kat sini kita panggil pirah. Patutlah
pagi tadi buat perangai. Macam manalah aku tak perasan.
Lepas maghrib gerak gempur dijalankan. Ak pegang tangan, kakak
pegang kaki. Barulah dapat buang binatang ni. Dah cuba pujuk
lembut-lembut, tapi tak makan dek pujuk budak kenit ni. Itu aje caranya.
Kalau abahnya ada kan senang. Oh ya, en hasben outstation lagi.
Inilah dia binatang kecik yang melekat kat kelopak mata adik. Kerjanya menghisap darah. Dari mana datangnya tidaklah diketahui. Nak kata dari kucing, rumah kita orang tak bela kucing.
Akibatnya lepas buang pirah tu kelopak mata pun bengkak. Cepat-cepat bagi ubat demam/tahan sakit. Mintak-mintak janganlah demam. Biasanya bila kena gigit dek pirah ni akan disusuli dengan demam. Nak letak minyak ubat pulak susahlah sikit. Dekat kelopak mata. Kalau kat tempat lain tu lain lah citernya.
Teringat zaman kanak-kanak dulu. Kena gigit pirah ni biasa ah. Kita orang suka main kat semak-semak. Tapi yang paling sakit bila binatang tu masuk dalam telinga. Memang susah giler nak buang. Sebab tak nampak kan. Tapi arwah nenek aku ada caranya. Iaitu dengan menitikkan air tembakau. Zaman tu arwah atuk hisap rokok daun. So senanglah nak cari tembakau tu. Biasanya kalau dititik malam hari, keesokkan pagi keluarlah binatang tu. mungkin sebab mabuk atau kepanasan dengan air tembakau tu. Kalau tak ada tembakau jangan risau, boleh gak letak minyak angin.
So, kalau nampak anak-anak kita asyik buat perangai je. Emm, mesti ada sesuatu yang tak kena. Cuba tengok kot-kot pirah datang melawat.
Labels:
Anakku
Monday, March 19, 2012
I Love You titik, titik, titik…
Seperti
biasa bila hantar anak-anak ke sekolah atau sebelum tidur, aku akan cium,
salam dan tak lupa ucapkan I love you. Dan seperti biasa juga mereka akan
membalasnya dengan I love you too. Dan bila dia orang ucapkan dulu, aku pulak
akan membalasnya…
Kadang-kadang
kalau dalam kereta atau dari kejauhan cukuplah hanya sekadar guna dua tangan.
Seperti gambar kat bawah ni. Zaman sekarang semua pakai signal je. Tapi
maksud yang tersirat amatlah kita fahami.
Satu
malam seperti biasa, aku cakap I love you Marissa, dia membalasnya dengan
membuat simbol love (tangan) dan lepas tu buat titik-titik menggunakan jari. Harap-harap korang faham dengan gambaran yang
aku bagi ini. Hairan gak aku, lain
dari biasa simbol ni. Kenapa adik buat macam tu? Ini maksudnya I Love you too..
Oleh
kerana, dia tak tahu macam mana nak buat simbol `too' tu, jadi dia buatlah
titik-titik menggunakan jari sahaja. Jadi apabila dia buat simbol macam tu, itu
bermaksud, I love you too. Harap lain kali Umi faham ya!.. Tergelak aku dibuatnya.
Kelakar pun ada. Bila tanya mana adik belajar buat simbol macam tu? Adik fikir
sendirilah, otak adik ni kan besar, boleh fikir banyak-banyak.....hihihi
So
bermula dari malam tu, kalau buat simbol I love you, mesti di ikuti dengan
titik-titik......
Cool
kan?
Labels:
Anakku
Wednesday, December 07, 2011
Adik pun nak Ombak Rindu Gak....
Oleh kerana sekarang ni semer orang duk bercerita pasal ombak rindu, sampaikan Sarah and the geng pun duk cakap pasal citer ni.
Naik sakit telinga aku ni hah duk dengar Sarah duk cerita pasal cerita ni. Hairan aku, bila pulak dia tengok citer ni.
Dialog antara aku dengan Sarah petang semalam :-
Sarah : Umi, bila kita nak gi tengok Ombak Rindu?
Umi : Nantilah, hari rabu atau umi rasa nak tengok
Sarah : Kawan kakak (refer to her) semer dah tengok. Sedih. Siap nangis-nangis.
Umi : ummmm
Sarah : Kakak rasa, kakak mesti nangis bila tengok citer ni. Tapi kakak tak suka Maya Karim jadi heroin. Sebab akak minat Lisa Surihani. Kalau Lisa Surihani jadi heroin mesti best giler.
- Untuk pengetahuan, Sarah memang macam tu...suka sgt lah tengok citer2 yang jiwang2 gitu...Sampaikan tengok citer Lagenda budak setan pun boleh nangis....
Umi : Ya lah tu.....(malas nak layan...dengar je)
Sarah : Umi tahu tak, Aaron Aziz tu suami dia, tapi dia tak nak ngaku isteri dia tu isteri dia...
Umi : Hah? oh, ok....mana kakak tahu?
Sarah : Kakak tahulah, kakak kan tahu semua citer. Umi sebut je citer apa, semua kakak tahu...
Umi : Kalau tengok show malam ok ke kakak? Nanti kan ngantuk...sebab malam je available...
Sarah : Eh, tengok citer cinta mana boleh ngantuk. Ni cerita sedih tau! Umi tahu tak? Mesti umi tak tahu punya, sebab umi bukannya suka sangat tengok citer cinta macam ni....Sikit-sikit citer orang putih, sikit-sikit citer orang putih
Umi : Dalam hati....aku pulak yang kena leter....
Adik : Umi, adik pun nak ikut gak...nak tengok gak ombak rindu...
Sarah : Eh mana boleh, adik kecik lagi....ini cerita cinta tahu...adik mana boleh tengok citer macam ni...adik tak sekolah rendah lagi...
Umi : Dalam hati lagi....habis tu dia dah baligh ke? Alahai Sarah.....
Adik pun teruslah menangis dan menangis. Sampailah en hasben ajak pergi pasar malam, baru berhenti menangis.
Kesimpulannya, tak tahulah nak pergi tengok ke tak malam ni? Ikutkan hati...malas weh......
Naik sakit telinga aku ni hah duk dengar Sarah duk cerita pasal cerita ni. Hairan aku, bila pulak dia tengok citer ni.
Dialog antara aku dengan Sarah petang semalam :-
Sarah : Umi, bila kita nak gi tengok Ombak Rindu?
Umi : Nantilah, hari rabu atau umi rasa nak tengok
Sarah : Kawan kakak (refer to her) semer dah tengok. Sedih. Siap nangis-nangis.
Umi : ummmm
Sarah : Kakak rasa, kakak mesti nangis bila tengok citer ni. Tapi kakak tak suka Maya Karim jadi heroin. Sebab akak minat Lisa Surihani. Kalau Lisa Surihani jadi heroin mesti best giler.
- Untuk pengetahuan, Sarah memang macam tu...suka sgt lah tengok citer2 yang jiwang2 gitu...Sampaikan tengok citer Lagenda budak setan pun boleh nangis....
Umi : Ya lah tu.....(malas nak layan...dengar je)
Sarah : Umi tahu tak, Aaron Aziz tu suami dia, tapi dia tak nak ngaku isteri dia tu isteri dia...
Umi : Hah? oh, ok....mana kakak tahu?
Sarah : Kakak tahulah, kakak kan tahu semua citer. Umi sebut je citer apa, semua kakak tahu...
Umi : Kalau tengok show malam ok ke kakak? Nanti kan ngantuk...sebab malam je available...
Sarah : Eh, tengok citer cinta mana boleh ngantuk. Ni cerita sedih tau! Umi tahu tak? Mesti umi tak tahu punya, sebab umi bukannya suka sangat tengok citer cinta macam ni....Sikit-sikit citer orang putih, sikit-sikit citer orang putih
Umi : Dalam hati....aku pulak yang kena leter....
Adik : Umi, adik pun nak ikut gak...nak tengok gak ombak rindu...
Sarah : Eh mana boleh, adik kecik lagi....ini cerita cinta tahu...adik mana boleh tengok citer macam ni...adik tak sekolah rendah lagi...
Umi : Dalam hati lagi....habis tu dia dah baligh ke? Alahai Sarah.....
Adik pun teruslah menangis dan menangis. Sampailah en hasben ajak pergi pasar malam, baru berhenti menangis.
Kesimpulannya, tak tahulah nak pergi tengok ke tak malam ni? Ikutkan hati...malas weh......
Tuesday, November 29, 2011
Puteri Bongsu, Bersubang Gading.........
Entah mimpi apa adik malam tu, bangun je dari tidur terus cakap yang dia nak bertindik. Nak jadi cantik. Of courselah macam princess. Kanak-kanak perempuan kan, kalau tanya nak jadi apa, mesti semua nak jadi princess. Dengan baju gaun yang kembang semangkuk tu. Aku rasa sapa-sapa ada anak dara kecik-kecik ni, at least 1 helai baju gaun kembang tu mesti ada dalam almari. Tak caya? percayalah cakap aku.
Ok, berbalik kepada cerita adik. Sebenarnya, kejadian tu berlaku sehari sebelum Hari Raya Puasa. Punyalah lama cerita ni aku simpan. Dan yang sebenar-benarnya, gambar ni dah lama aku upload sebagai draft dalam blog aku ni. Cuma nak mengarang ceritanya punyalah lama dek kerana kesibukan aku sekarang ni. Sebab itulah, blog ni dah bersawang jadinya.
Oleh kerana hari tu kan hari last puasa, kebanyakkan kedai-kedai aku rasa dah banyak yang tutup. Nasib baik lah ada 1 kedai gunting rambut ni (kedai gunting rambut Ezati) dekat rumah mertua, masih buka. Itupun separuh hari je. Dan nasib baik juga dia ada membuat perkhidmatan tindik-menindik ni. Semuanya nasib baik.... Kalau tak, dah tak tahan telinga kami duk mendengar rengekan adik. Memang sungguh-sungguh dia nak pakai subang semasa raya nanti katanya.
Sebelum nak ditebuk lubang, kenalah tanda dulu. Mana tahu kalau tersalah tebuk, lain jadinya...
Bila nampak je pistol subang tu, terus lain jadinya. Masa shoot telinga sebelah kanan, steady je...masa nak buat untuk telinga kiri terus nangis....naya betul adik ni......
Akhirnya tercapailah impian adik nak pakai subang ni. Bukan main seronok lagi dia duk menayang telinga dia kat kawan-kawan dia. Sampaikan setiap masa mesti nak toncang je rambut tu.
Akhirnya terbukalah rahsia kenapa dia nak bertindik. Hanyalah kerana jeles tengok sepupu dia yang berumur 1 tahun dah bertindih. Dan dia rasa sepupu dia tu memang lawa dan orang semua duk asyik memuji je sepupu dia. Itu yang dia rasa bila dia pakai subang mesti nampak lagi lawa agaknya...Alahai! adik.....
![]() |
| Her cousin - Nissa... kecik2 dah cantik bertindik... |
Wednesday, July 27, 2011
Hepi Bday AK
19/7/2011 – genaplah usia Mohd Syakir aka AK 15 tahun. Anak sulung aku dah meningkat remaja rupanya. Dah semakin tua dah aku ni. Walaupun abang sulung, tetapi perangai manjanya kadang-kadang mengalahkan adik-adik.
Kesian AK, masa hari jadinya kita orang sekeluarga kecuali AK ke Segamat. Terpaksa AK tidur kat rumah atuknya. Sayang nak ponteng sekolah. Memandangkan tahun ini dia kan nak amik PMR. Tapi awal-awal pagi lah aku dah SMS wish kan dia. Supaya dia tak rasa sayu hati. Dia ni memang jenis sensitif, biasalah anak sulung.
On the way balik dari Segamat, kita orang beli kek dan hadiah hari jadinya. Sebenarnya jam lama Ak dah dicuri orang. Jadi sempena hari jadinya kali ini, kami pun hadiahkanlah jam tangan idamannya tu. Dengan harapan tak adalah orang curi lagi. Lagi satu tak payah nak pening-pening kepala duk fikir apa benda nak beli untuk dia tahun ni.
On the way balik dari Segamat, singgah kat Kemaman, beli kek dan jam sekali. Habis bab pertama. Sekarang nak kasi surprise kat AK. Pakat sama adik-adik suruh tunggu abang AK dalam bilik. Bukan main seronok dia orang nak buat surprise kat abang long kesayangan mereka. Hubby hantar kita orang balik dulu, kemudian baru pergi amik AK kat umah atuk. Thats why surprise party berjalan lancar. Hihihi...
Oleh kerana kami membeli tanpa mengukur dengan tepat saiz tangan AK. Maka, besarlah sikit tali jam tu. Next day bawa AK ke MM untuk potong tali jam.
Wah, tersenyum malu-malu lah pulak abang AK kita ni. Dalam hati ada taman tu...
Sesi memotong kek. Yang pastinya ramai pulak yang nak tukang potong.
Seperti biasa, ucapan dari kami sekeluarga. Semoga Ak menjadi anak yang soleh dan jangan lupa solat. Dan juga semoga berjaya dalam kehidupan.
Saturday, June 11, 2011
Hepi Bday Shaida Maisarah
Hari ini genaplah usia si manis Shaida Maisarah 7 tahun. Pejam celik, pejam celik dah besar rupanya anak dara aku ni. Masih segar diingatan bila masa usia kandungan ku 6 bulan, dr. Aini (Klinik Iddrus) nak buat scan. Aku serba salah, nak buat ke tak nak ni. Memandangkan aku dah pun ada 2 orang anak lelaki. Tapi pregnant kali ni memang rasa lain sikit. Morning sickness memang teruk. Gosok gigi je mesti muntah-muntah. Compared dengan last pregnant tak adalah alahan seteruk macam tu.
Semasa tengah scan tu, Dr Aini cakap nampak macam perempuan. Aku dah rasa semacam dah ni. Happy, terharu semua ada. Bila buat check up kat KMC, Dr Zarina pun buat scan jugak, result perempuan jugak. Tapi kita tak bolehlah nak percaya 100%. Iyalah, sesuatu yang kita tak nampak depan mata, tak bolehlah nak percaya 100%. Banyak kes bila scan perempuan, yang keluar lelaki dan begitulah sebaliknya. Ini semua kerja tuhan, kita sebagai hambanya hanyalah menerima apa saja ketentuannya.
10 June 2004, aku dah check in kat KMC. Wah check in,,, class kan? Iyalah, aku ni jenis anak keluar ikut tingkap. Jadinya memang awal-awal lagi dah tahu bila nak dibuat pembedahannya. Macam biasalah, pilih hari Jumaat (amik berkat hari Jumaat kata orang). Lagi satu kat pantai timur ni, hari Jumaat ialah hari minggu, jimat sikit cuti en hasben). Arwah mak pun ikut sekali. Semua berkampung kat dalam wad Melur. Semua tak sabar nak menunggu ketibaan Shaida Maisarah. Tepat pukul 9.00 am @ 11 June 2004, Shaida Maisarah pun selamat dilahirkan. Dengan seberat 2.3 kg, aku tengok Sarah kecil sekali. Kalau nak dibandingkan dengan abang-abangnya, semua besar-besar semasa dilahirkan. Semua 3 kg lebih. Iyalah, mungkin perempuan kan. Lagi satu semasa mengandung Sarah, selera makan aku memang kurang. Tak apalah, yang penting, Sarah sihat dan comel sekali.
Selang beberapa jam kami mendapat 1 lagi berita gembira, adik ipar aku pun telah dimasukkan ke wad di KSH. Berkejar arwah mak ke KSH. Jarak Kuantan Specialist Hospital (KSH) dengan Kuantan Medical Center (KMC) adalah dalam 10 minit perjalanan, kalau tak jam. Dalam pukul 12 tengahari Haikal selamat dilahirkan. Kiranya kegembiraan berganda buat keluarga kami. Dalam 1 hari, mak mendapat 2 orang cucu. Sepasang pulak tu. Sekarang ni, umur mereka berdua dah 7 tahun. 1st. birthday dia orang, kami celebrate sama-sama.
| Sarah @ gambar terbaru semasa mandi manda di pantai Kemasik |
Malam tadi sebelum tidur, seperti biasa dia akan datang peluk dan cium aku dahulu. Dia ada tanya, kenapa aku sayang adik lebih dari dia. Susah kan, kadang-kadang kita tak bermaksud begitu. Kita rasa kasih sayang yang kita bahagi tu dah sama. Tapi cara penilaian anak-anak lain. Semasa aku memeluk dia, aku ceritalah, betapa gembiranya umi dan abah, bila kakak lahir ke dunia ni. Kakak anak perempuan pertama dalam keluarga kita, sudah semestinya kami amat berbangga dengan kakak. Kakak ibarat bulan jatuh keriba, kami sayangkan kakak dan anak-anak kami lebih dari segala-galanya.
![]() |
| Sarah semasa berumur 4 tahun @ Langkawi |
Aku masih ingat pernah pada suatu malam. Masa tu kita orang adalah berborak-borak sambil duk bertanya kat dia orang semer, apabila besar nak jadi apa? Masing-masing duk berceritalah dengan angan-angan yang suatu hari nanti sapa tahu akan menjadi kenyataan (InsyaAllah). Tiba-tiba dia datang kepada ku sambil menangis. Bila aku tanya, terus dia berkata, dia tak nak besar. Dia nak kecil sampai bila-bila. Bila aku tanya balik, kenapa pulak, semua orang akan membesar. Rupa-rupanya dia tak nak besar, sebab bila dia besar, aku pun jadi tua. Dia tak nak aku tua, nanti aku mati. Lepas tu dia dah tak ada umi. Terus terkedu aku dibuatnya. Sampai begitu sekali pemikiran dia.
| Sarah semasa 5 tahun - Hari Raya 2008 |
Kadang-kadang seronok duk melayan dia berceloteh. Dia kan suka main-main ala-ala jadi orang lain. Macam berlakon gitu. Kebiasannya jadi orang dewasa lah. Main-main kerja kat pejabat lah, jadi cikgu lah. Tu belum lagi jadi princess. Bila dia jadi princess aku kena jadi queen. Pernah dia main-main, kononnya dia dah berkahwin, jadinya dia balik kampung jumpa umi & abah. Adik jadi anak dia. Adik tak nak balik tinggal dengan nenek & atuk (aku lah tu). Kita orang pun layan ajeler. Kadang-kadang saja je nak tengok dia, macam mana kalau dia besar nanti, nak ajak tak umi & abah tinggal dengan kakak? Mesti lah dia ajak umi & abah tinggal dengan dia. Rumah dia besar, dia kan kahwin dengan orang kaya. Hah????? 7 tahun dah berangan-angan nak kahwin dengan orang kaya,,, sapa ajar ni?
![]() |
| Sarah semasa 3 tahun |
Bila ditanya cita-cita apa? Sarah punya cita-cita selalu berubah. Biasalah kan. Yang terbaru nak jadi penulis, sebab dia suka menulis. Jangan tak tahu, dia dah ada diary dia sendiri. Pernah aku tanya tak nak jadi cikgu ke? Memandangkan kawan baik dia anak cikgu yang kebetulan pulak duduk didepan rumah kami. Terus tak nak. Bila tanya balik kenapa? Cikgu tak banyak duit, rumah cikgu kecil je. Kakak nak jadi bos, baru boleh buat rumah besar. Sekali lagi aku hah?????...Mata duitan betul lah budak-budak zaman sekarang.
Lagi satu hobi Sarah ialah menyanyi. Kalau kat rumah, tak pernah sunyi dari suara dia menyanyi. Sekali dengar je lagu yang dia suka, terus ingat lirik. Kadang-kadang lagu yang dia nyanyi, aku tak pernah dengar pun. Kalau AF tak payah cakaplah, dia tahu semua dari aku. Abah dia siap beli mic. untuk dia nyanyi, memandangkan dvd player kita orang boleh karaoke. Selama ni tak ada orang guna pun karaoke tu. Kebelakangan ni, dia je yang duk melalak dengan mic tu.
Kalau nak cerita pasal Sarah, memang tak terlarat nak menaip. Bila teringat soalan-soalan dia yang mungkin agak susah kita nak jawap, kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Kadang-kadang tak sangka, dia boleh menanya soalan-soalan yang pelik-pelik. Seperti, bila kakak boleh jadi dewasa? hanya kerana dia nak guna pencuci muka ataupun bila kakak ada boyfriend kakak tak nak boyfriend macam abang (hanya kerana dia tak ngam dengan abang dia).
![]() |
| Sarah semasa 6 tahun - pose sebelum pergi ngaji |
Wahai Shaida Maisarah, semoga Sarah menjadi anak yang solehah, mendengar cakap kedua ibubapa dan semoga pandai dalam pelajaranmu. Doa umi sentiasa bersama-sama Sarah. Teruskan melangkah kehadapan dengan berani kerana satu hari nanti, kamu pasti akan menempuh onak duri dalam meniti kehidupan.
Labels:
Anakku,
Celebration
Friday, March 18, 2011
Bercanda di tepian pantai
Diantara aktiviti kami sekeluarga pada hari minggu terutama hari sabtu adalah bercanda di tepian pantai. Dan salah satu lokasi pantai yang menjadi pilihan/feveret kami ialah Pantai Kemasik. Selain pemandangan yang menarik, pantai ini juga selalu menjadi lokasi beriadah penduduk tempatan.
Budak-budak ini bukan main seronok setiap kali jumpa pantai. Memang tak kasi chance langsung. Walaupun pada mulanya hanya datang untuk mengutip cengkerang shell, tak sampai 2 minit mesti terus ke gigi air. Dan apabila ombak di gigi air mula menyentuh kaki ala malu-malu kucing, mereka semua dengan tidak malu-malu lagi terus pura-pura rebah ke air ombak. Walhal semua tahu itu taktik semata-mata.
3 orang kanak-kanak riang yang memang tidak boleh jumpa air. Mula-mula cuma main sorok-sorok disebalik batu.
Adik yang cuba menangkap anak-anak ketam digigi air. Siapa yang tidak tergoda dengan buih-buih memutih ditepian pantai. Semakin lama kita akan semakin terbuai hanyut dengan alunan merdu suara ombak.
Kakak yang sudah semestinya sentiasa vogue gitu.
Bila dah semakin petang,
air semakin pasang
(pantun 2 kerat)
Aku seronok bila berada dipantai. Kadang-kadang perasaan kita akan merasa tenang apabila memandang ombak-ombak yang berkejaran. Memberikan kita keinsafan dan memuji akan kebesaranNYA.
Betapa ombak senantiasa menjadi teman setia pasir pantai. Tidak pernah walau sesaat mereka berpisah. Ombak yang tidak jemu-jemu datang menjenguk pantai. Alangkah bahagia jika kita mempunyai sahabat yang sedemikian. Walau dilanda ribut atau kemarau, mereka sentiasa bersama-sama. Ah! kenapa aku tiba-tiba menjadi sejiwang sebegini. Tiba-tiba hati rasa rindu, rindu akan diriNYA. Subhanalah....yang menjadikan langit dan bumi, yang menjadikan laut dan pantai dan yang menjadikan sekelian makhluk. Bersujudlah, bersyukurlah.......
Bila tiba masa pulang, semuanya tak nak pulang. Terpaksa dipujuk rayu untuk mengajaknya pulang.
Monday, March 07, 2011
Minggu Palestin di Tadika AnNur
Pada 20 - 24 Februari 2011 yang lepas, Tadika AnNur (Tadika adik) telah mengadakan minggu kesedaran Palestin. Dengan tema `Kami Bersamamu Palestin'.
Hari-hari setiap kali balik dari sekolah, adik akan bersemangat bercerita kat semua orang pasal Palestin. Kat bibik lagilah sekejap-sekejap duk bercerita. Macamlah bibik tu tak tahu apa-apa pasal Palestin ni. Dia siap suruh kita orang derma, bagi duit lah, bagi bajulah, bagi makananlah...
Yang pasti, adik siap suruh aku ambil gambar kain rentang yang ada kat depan sekolah dia. Cepat-cepat tarik tangan aku nak tunjuk yang mana satu tangan dia. Dia nak tunjuk kat abah dan kakak. Aku tanya dia, kenapa adik guna warna kuning untuk tangan adik? Sebab warna kuning warna kasih sayang, cikgu dia cakap. Ya ke? Warna hijau aman damai..Ya lah kot..Malas nak soal banyak-banyak, nantikan ada yang merajuk pulak apabila cakap dia kita tak percaya. Kenalah jugak percaya.
![]() |
| Nampak tak bulatan merah - tangan yang warna kuning tu? Hah, itulah tangan Shaida Marissa |
Aku rasa bagus jugak Tadika AnNur mengadakan kempen-kempen sebegini. Membuka minda budak-budak ni dengan keadaan hal ehwal semasa. Aku pun tak berapa pasti, apa aktiviti yang Tadika AnNur telah adakan sempena minggu Palestin ni. Tapi adik ada bercerita, dia tengok video pasal anak-anak kat Palestin yang mak dan ayah mereka mati kena tembak oleh orang kafir.
Kalau nak cakap pasal isu Palestin ni, aku pasti semua orang dah tahu. Nak kupas satu persatu pun, dah tak larat dah. Hanya doa je yang mampu kita berikan berserta menderma apa-apa yang patut. Tapi, kadang-kadang rasa musykil juga, apakah barang-barang derma kita selama ni sampai kepada diaorang?. Kalau nak selidik satu persatu, memang tak terdaya. Yang pasti tujuan ikhlas kita dah tercapai. Yang lain hanya berserah kepada yang Maha Kuasa.
Selain berdoa, kita juga boleh membantu mereka dengan memboikot barangan-barangan keluaran Israel. Korang semua mesti dah tahu kan pasal barangan-barangan keluaran Israel ni. Kalau tak tahu jugak, silalah google ya...
Thursday, March 03, 2011
Appointment with Dentist
Korang pernah ingat tak, aku pernah cerita pasal Marissa sakit gigi kecik-kecik-dah-sakit-gigi-alahaiiii.
So, akhir bulan Januari lepas, kita orang telah membawanya ke Klinik Rantau Petronas. Untuk makluman, setiap hari ahad, ada Doktor pakar gigi datang keklinik Rantau. Itupun setelah temujanji dibuat seminggu sebelum.
Mula-mula sampai, adik rilex je. Terus naik atas kerusi tanpa disuruh. Sebelum proses pengerudian dan penampalan dibuat, Dr duk bercerita dulu dengan dia. Dia angguk-angguk je apa yang Dr duk cerita. Dr. siap demonstrasi lagi macammana alat-alat berfungsi, suruh adik pegang alat-alat tersebut. Dalam 10 minit jugaklah, sessi suaikenal berlangsung. Adik tak nampak takut pun. Ini bermakna petanda baik ni. Dr cakap, gigi yang berlubang tu boleh tampal, kalau nak cabut pun tak apa. Tapi, sayanglah kalau dicabut kan? Kita orang bersetuju untuk ditampal sahaja. 4 batang gigi kena tampal.. Mak oiii..
Setelah berbincang, kami bersetuju untuk temujanji pertama ni dibuat 2 batang je dulu. Lagi 2 batang, next appointment. Lagipun, Dr Laziz ni hanya datang 2 minggu sekali je. Dr. Laziz ni dari Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
![]() |
| Setelah digerudi gigi adik, tibalah masa memasukkan simen untuk tampalan |
![]() | |||
| Alat untuk mengeringkan simen - Kesian adik lenguh mulut katanya... |
Kita orang ingatkan adik akan menangis kerana takut ataupun sakit. Last-last rilex giler. Senyap je sambil ikut arahan Dr. Rasa bangga pulak dengan Shaida Marissa ni. Aku tak tahu kalau kanak-kanak lain macam mana. Mungkin biasa jugak kot. Sebab kalau kita sendiripun mesti rasa sakit/ngilu apabila digerudi. Ada sesetengah orang dewasa pun tak nak buat dah tampalan2 ni. Sebab sengal kan?
Aku tak pasti samada dia memang control giler emosi dia atau pun memang tak sakit. Bila ditanya memang dia cakap tak sakit. Pelik jugak kan. Even Dr. Laziz sendiri pun terkejut sambil puji-puji jugaklah adik. Kembang kejap hidung aku.
Tiba-tiba aku teringat pasal dia kena jahit kat bawah dagu hari tu. Langsung tak dibius. Yang tu dia pergi klinik dengan abah dia. So, abah dia ingat, aku tak ada. Jadi dia macam tak nangislah. Biasalah, budak-budak bila ada emak, manjanya lain sikit.
Yang pasti, Shaida Marissa memang anak yang kuat dan berani.
Labels:
Anakku
Friday, February 04, 2011
Tragedi 27 Jan 2011
Hari Khamis 27hb. Jan lepas, aku memang tidak berapa sihat. Demam & selsema. Badan dah seram sejuk. Hati rasa macam tak sedap je. Ini mesti sebab demam kot. Pukul 12 tengahari aku dah tak tahan, bagitahu kat Mas dan Hazren aku nak balik. Kiranya macam nak half day lah (mana ada istilah half day kat opis aku ni). Tapi, tak apalah, kalau bos tanya aku kira macam nak MC ajelah. Sebelum balik rumah, singgah Klinik Rantau PETRONAS. Sampai rumah, adik dah balik dari Tadika. Siap pesan kat adik & Wendy, jangan kacau Umi nak tidur, umi tak sihat.
Dalam setengah jam jugak aku rasa aku tidur, tiba-tiba Amirul a.k.a Syazani (mulai sekarang dia ingin dikenali sebagai Amirul - layan ajele). Cakap Abang Ak panggil. Aku ingat biasalahlah dia orang ni, bila balik je mesti panggil kita kan. Aku endah tak endah aje ler. Cakap kat Amirul, OK, suruh abang AK naik, umi demam ni. Selang beberapa minit, Amirul datang balik, cakap abang AK eksiden. Terperanjat aku, terus bingkas bangun dan berlari keluar rumah.
Tengok-tengok kat luar rumah orang dah ramai. Ada 2-3 orang kawan dia dengan Pak cik kantin Sekolah Kg, Baru dan isterinya. Aku hanya berT-shirt dgn kain batik, tergamam seketika. Citer punya citer, rupa-rupanya AK terbabas masuk semak ketika balik dari sekolah. Kita orang memang benarkan AK bawa motor ke sekolah, memandangkan sekolah dengan rumah kita orang dekat jer. Lagipun cuma lalu jalan kampung sahaja. Walaupun tahu kiranya salah membawa motor tanpa lesen, tapi ingatkan kesian dia balik jalan kaki dari sekolah ke rumah. Kita orang pun benarkanlah dia bawa motor ke sekolah. Tapi jangan salah faham, hanya ke sekolah sahaja tau. Setakat ni yang paling jauh sikit dia bawa motor tu, ke Masjid semasa solat Jumaat semasa Abah dia outstation hari tu.
Oleh kerana aku masih lagi dalam terkejut tapi aku masih sempat salam akak-akak kantin tu. Pak cik kantin offer nak hantar AK ke Klinik. Baik betul Pak cik Kantin tu. Rupanya dia yang membawa motor yang rosak tu balik ke rumah aku (dengan jalan kaki - kiranya macam mengheretlah kot). AK membonceng dengan kawan.
Informed my hubby. Terkejut dia dan suruh aku siap apa-apa yang patut. Aku dah rasa semacam apabila AK dah mula cakap macam orang dah tak ingat. Dia siap tanya hari ini hari apa, dia balik dengan siapa. Takut jugak aku. Dalam 10 minit jugaklah dia dalam keadaan begitu, barulah sedar balik. Dr kata dia cuma terperanjat.
Sampai aje my hubby kat rumah kita orang terus ke Klinik Rantau. X-ray bagai, tulang pergelangan tangan ada sedikit terkehel. Memandangkan Klinik Rantau tak boleh buat simen dia refer kita orang ke Hospital Kemaman. Dalam pukul 4 bertolak pulak ke Hospital Kemaman. Selepas register tunggu dalam 15 - 20 minit baru boleh jumpa MO.(memandangkan office hour dah tamat). MO cakap kena tarik sikit untuk masukkan balik tulang yang terkeluar. Oleh kerana orang yang sepatutnya melakukan prosedur tersebut dah balik, maka kami terpaksalah menunggu dalam 1/2 jam lebih jugaklah. Masa tu Kak Long sekeluarga, Wan sekeluraga dah datang nak nengok keadaan cucu dia. Bila orang yang ditunggu-tunggu tiba, terus masuk bilik rawatan untuk ditarik tangannya. Kami tak dibenarkan masuk, tunggu ajelah diluar.
Tak sampai 1/2 jam siap, X-ray sekali lagi dan ditahan diwad Hospital Kemaman. Memandangkan AK boleh bangun dan nampak ok keadaannya, kita orang pun tak lah tunggu dia kat wad. Lagi satu, persiapan untuk masuk ke wad kita orang tak sedia pun. Iyalah, kalau tengok keadaan dia, macam taklah teruk sangat. Ingat Simen sikit jer lepas tu boleh balik. Sama kes macam adik dia dulu, si Amirul pernah tulang tersepih kerana jatuh masa umur dia 6 tahun. Tangan bersimen je.
Hari ke 2 di Hospital Kemaman (Jumaat)
Pagi-pagi lagi kita orang dah bertolak ke Kemaman. Bawa baju dan sebagainya. Dr datang dalam pukul 10 pagi, bagitahu kat kita orang, hari ini terpaksa ditarik lagi tangan, kerana semalam punya tarik tu tak berjaya masuk dengan sempurna. Terperanjat kita orang. Tapi nak buat macam mana ni? Ok ajelah kot. Memandangkan Dr India tu sangat baik dan cara dia explain kat kita orang pun clear dan lembut sangat. Lepas ditarik tangan tangan AK, di X-ray lagi sekali. Aku stay dengan dia sampai ke malam. Suasana kat wad lelaki tingkat 3 Hospital Kemaman ni, memanglah tidak selesa. Sepatutnya row AK ni cuma 4 katil je, tapi disumbat lagi satu katil menjadi 5 katil. Sungguh sempit cuma muat 1 kerusi je. Aku nak bergerak2 kat tengah2 tu bukan main tak selesa. Bau tak payah cakaplah. Malam baru aku balik. Rasa macam penat sangat badan, sampai rumah terus tidur dengan lena.
Hari ke 2 di Hospital Kemaman (Sabtu)
Kesian AK. Dia cakap tak boleh tidur malam-malam. Apabila nak buat dressing kat pesakit kipas terpaksa ditutup. Kena pulak abang kat sebelah katil dia tu berdengkur kuat pulak tu. (abang tu accident patah kaki dan tangan). Kalau duk kat hospital ni, macam-macam sakit kita boleh tengok. Yang hujung sebelah kanan abang tu sakit kencing manis kena potong kaki. Berak, kencing semua kat situ je. Dressing pun kat situ jugak. Oh ya, Dr datang dan bagitahu tarik untuk kali ke2 tu macam tak berapa berjaya jugak. Aku dah semacam ni, kenapa sampai jadi macam ni? Aku request nak jumpa dr. pakar. Dr pakar pulak hari ahad baru ada. Frust sangat. Tapi nasib aku baik, sebab petang tu dr. Pakar, Dr Wan datang ada emergency katanya. Dr India yang baik hati bawa Dr Wan tu jumpa aku. Masa tu, hubby aku balik ambil anak-anak. Aku pun tanyalah Dr Wan tu, kenapa dan mengapa dan ada lah lagi soalan2 yang kita tanya untuk bagi kita betul-betul faham. Aku betul-betul bengkek dengan Dr Wan. Dia punya cakap, sombong sangat lepas tu cakap kat aku, kita orang tahulah apa kita orang buat. Besok pagi kita tarik sekali lagi. Malam ni Syakir kamu kena posa. Aku tergaman tak terkata. Tiba-tiba je datang satu perasaan yang entah tak tahu nak cakap macam mana. Rasa sebak. Tiba-tiba aku menangis teresak-esak. Aku yang kuat macam ni boleh nangis. AK try hiburkan aku, cakap dia tak apa-apa, cuma tangan je, bukannya kena potong pun. Bukannya dia nak mati dah. Aku lagilah sedih. Aku sedih sebab bengang dengan Dr yang sombong tu, aku sedih sebab kesian kat AK, main tarik, lepas tu tarik tangan dia. Ingat tangan anak patung ke? Rasa sedia juga sebab sepatutnya aku terus je hari Khamis tu ke KMC. Ya, aku terus ambil keputusan untuk ke KMC. Call my hubby bagitahu dia keputusan aku. Bagi tahu Nurse saya nak discharge hari ni sebab nak ke KMC. Boleh pulak nurse tu cakap suruh tunggu esok sebab kaunter pembayaran tutup hari ini. Sabar aje ler.
Hari ke 3 di Kuantan Medical Centre- KMC (Ahad)
Pagi tu dalam pukul 11 Dr Wan datang cakap nak buat operation untuk tarik2 tu petang pulak. Memandangkan aku dah bagitahu Sister yang aku nak discharge hari ni. terus Sister tu bagi tahu dr Wan tu. Ok, ok tak apa dia cakap. Tapi kalau ada apa2 kita tak akan bertanggung jawab. Ada ke seorang dr boleh cakap macam tu? Aku tak peduli aku nak pergi KMC jugak. Aku dah tak tahan duk menunggu kat sini.
Nak keluar dari hospital ni pun berjam-jam menunggu memo dan bil2 disiapkan. Dalam pukul 2 baru boleh discharge. Kita orang terus ke KMC. Dalam pukul 4 lebih sampai kat KMC. Registered jumpa MO dulu (ahad dr tak kerja) X-ray dan dinasihatkan stay 1 malam kat sini. Malam Dr Mohd Noor datang terus cakap nak buat minor operation untuk masukkan wayar untuk support tulang supaya tidak lari. Dia akan tarik juga, tapi dia ada cakap tulang tu macam dah serpih. Iyalah, asyik duk tarik-tarik je. Dalam 3 minggu wayar tu akan dibuang. Kalau buka balutan tangan Ak, memang boleh nampaklah wayar macam bentul L terkeluar dari pergelangan tangan dia tu.
Malam tu barulah boleh AK tidur lena sikit. Iyalah bilik RM150/malam. Mahunya tak lena, dengan TV - HBO, bawa laptop complete dgn broadband. Mahunya tak suka dia.
Hari ke 4 di Kuantan Medical Centre- KMC (Isnin)
Dalam pukul 3 baru operation dibuat. Memandangkan Dr ada kes emergency. Sabar ajelah menunggu giliran.
| Semua ponteng sekolah nak tengok abang AK |
Akhirnya, Alhamdulilah operation berjaya dijalankan. Lama jugak operation tu, adalah dalam 2 jam. Dalam pukul 6 lebih baru AK betul- betul sedar. Terus cakap dia lapar memadangkan dia terpaksa berpuasa dari pagi lagi.
Pagi-pagi lagi dr datang, check apa-apa yang patut. Lepas tu cakap dah boleh balik hari ini. Syukur. My hubby dah masuk kerja hari ini. Iyalah, dia kalau awal-awal bulan banyak menda nak kena buat. Report tu, report ni. Tinggalah aku dengan Ak je bermalam di KMC ni. Lepas lunch dia baru boleh bertolak dari Kertih. Dalam pukul 5 jugak barulah kita orang baru boleh bertolak balik ke rumah.
Tapi yang buatkan kita orang terkejut bil kat Hospital Kemaman = RM21 untuk 3 malam.
Bil kat KMC = RM6,192.15 untuk 2 malam. Fuhh!!!!! Nasib baiklah insuran tanggung, kalau tak menggaru kepala jugaklah. Walaupun kami terpaksa bayar dahulu claim kemudian. Tapi untuk kesihatan, kesejahteraan anak-anak, itu semua ditolak ketepi. Yang penting anak-anak sihat. Duit boleh dicari kegembiraan anak-anak?
Labels:
Anakku
Subscribe to:
Posts (Atom)




























