Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Friday, December 02, 2011

Majlis Sekalung Budi 2011


Dear PCSB/PMO Recipients of MSB 2011 East Coast,

Please be informed that Majlis Sekalung Budi 2011 for 15, 20 & 25 yrs award is confirmed to be held as per details below:-

Date : Monday, 24th October 2011
Rehearsal : Sunday, 23rd October 2011
Venue : Silk Ballroom, Level 3, The Zenith Hotel Kuantan
Award presenter : Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, EVP Downstream


2011 genaplah 15 tahun perkhidmatan aku bersama syarikat minyak ni. Kalau jadi orang minyak, memang dah hitam legam dah kata orang. Kebiasaanya setiap bulan Ogos setiap tahun (16 Ogos) syarikat kami akan mengadakan anugerah perkhidmatan lama. Tapi bermula dari tahun lepas majlis dah ditunda ke bulan Oktober. Memandangkan bulan Ogos puasa. Tak seronoklah kan. Tak boleh buat dinner bagai + entertainment pun tak bolehlah nak jemput artis-artis gitu. Sebagai menghormati bulan Ramadhan, bukan apa.
Bersama salah sorang kawan lama yang lama dah tak jumpa - kat sini baru jumpa
Jadi tahun ini seperti yang tertera di atas, majlis telah berlangsung pada 24 Oktober 2011. Dan tahun ini juga ada kelainannya. Di asing-asingkan mengikut region masing-masing. Bagi pantai timur majlis diadakan di Hotel Zenith, Kuantan. Kalau pantai barat sudah semestinyalah di KL Convention Centre. Begitu juga Sabah & Sarawak. Jimat kos gitu. Semua nak jimat kos sekarang ni. Tapi katanya sebab nak ajak spouse sekali supaya dapat join the ceremony (kebiasannya spouse hanya join dinner sahaja). Jadi sudah semestinya tidak muat KL Convention Centre tu. Apa-apa pun, majlis sebegini dapatlah kita berjumpa dengan kawan-kawan lama. Seronok bila dah jumpa. Ada yang kita dah terlupa akan dia orang, tapi bila dia tegur rasa bangga sangat, ramai jugak yang masih mengingati diriku ini. hihihihi…

Lepas majlis selesai diikuti dengan makan tengahari. Kebiasaannya ada dinner malam tersebut. Tapi dah ditukar dengan makan tengahari, sebab lepas lunch terus check out. Jimat hotel 1 malam… hihihi

Tengah duk sedap-sedap makan, Amy Search keluar membuat persembahan. Apa lagi, masing-masing duk nyanyi sama-sama. Ada jugak yang tak lepas peluang, naik pentas. Nak jugak berpadu suara dengan Amy (ada suara ke?). Aku take a photo je sambil malu-malu kucing gitu.


Sebenarnya aku berdua dengan en hasben terima anugerah ini. En hasben (20 tahun) manakala aku (15 tahun). Tetapi malangnya en hasben kena gi Segamat office (meeting). 5 tahun yang lepas pernah ikut en hasben ke majlis anugerah sempena 15 tahun perkhidmatan beliau. Masa tu, venue masih lagi di KL. Tapi spouse join masa dinner je. Tengah mengandung Marissa. Tak dapatlah nak bergaya sakan. Baju uniform mengandung je yang dapat dipakai…..Jadi kesimpulannya, dapatlah 2 token. Patutkah aku menjualnya? Ada sapa-sapa berminat nak beli tak?


Oh, tak boleh jual….Sentimental value ni….tak apalah, ku simpan ajelah dalam kotak dengan elok. Mana tahu akan datang mesti ada gunanya. Tak logik pulak rasanya nak pasang dua2 kat atas almari ni. Membazir elektrik lah pulak.

                                      

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari Raya Ke - 6

Rasa-rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin kepada pembaca-pembaca setia blog achiqlebon (wah bajet femes gitu). Ini adalah kerana masa yang agak terbatas untuk aku jenguk blog aku sendiri dan juga kegilaan aku sendiri dengan maaduu.com (mencik tauuuuu)...


Raya tahun ni kita orang buat kelainan sikit. Kebiasaannya photo session dibuat dialam rumah, tahun ini kita buat luar rumah pulak. Tahun ni jugak baju tak ada warna tema, The boys belasah je baju melayu tahun lepas. Yang paling cunnya, en hasbenlah...baju raya 2 tahun lepas..hohoho...jimat kan? The girls, of courselah... mesti semua baru....

Raya tahun ni macam biasa je. Seperti kebiasaan yang selalu disebut-sebut orang, sederhana tapi meriah. Raya tahun ni memang lah ada kurangnya. Dengan ketiadaan ibu mertua tersayang, memanglah tak ada meriahnya. Juadah yang special tak ada, cuma adik-adik try jugak buat sate, tapi rasanya agak kureng. Kerana air tangan yang tak sama dengan arwah ibu.


So, selamat beraya sakan bagi yang masih beraya. Yang dah mula bekerja, selamat bekerjalah, walaupun dalam mood yang kurang (macam aku ni hah @ opis). Raya kan sebulan, jadi jomlah kita ziarah menziarahi. Salam bersalaman sesama kita. Dan jangan lupa kepada yang kurang berupaya, hulur-hulurkanlah sumbangan anda.

Thursday, August 11, 2011

E-card for Eid Mubarak

Bila sebut pasal raya tak sah kalau tak ada kad raya kan? Kalau dulu-dulu zaman remaja belia, 10 hari puasa dah sibuk dengan kad raya. Biasanya petang-petang hari minggu dah berpakat dengan kawan-kawan nak ke kedai buku beli kad raya. Tapi sekarang bukan hanya di kedai buku, tapi bersepah kat gerai-gerai biasa pun ada. Dulu-dulu tak mainlah gambar2 kartun. Gambar bunga, masjid dan yang femes mestilah gambar pemandangan.

Kad dulu-dulu murah oooo... 10sen sekeping pun ada. Sekarang hinggit2 semuanya. Kalau kanak-kanak mestilah beli yang jenis kartun-kartun. Part yang paling seronok membeli kad raya ialah masa duk baca ayat-ayat pendek kat dalam kad. Yang jenis jiwang, memang meremang habis lah. Tapi yang paling femes dan paling simple ` Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'. 

Ada kad khas untuk ibu bapa, kawan2, cikgu, kekasih2 dan untuk tunang tersayang pun ada sekarang ni. Jangan tak tahu. Tunggu lah lain kali mesti ada kad untuk adik/kakak ipar, abang/kakak angkat. Kalau zaman sekolah mesti beli kad raya untuk cikgu. Kalau untuk kawan pulak, kawan2 baik je kita bagi dengan harapan dia mesti balas kad kita tu. Padahal hari-hari jumpa dalam kelas.

Lepas tu kan, kad-kad yang kita dapat, kita lekatkan pulak kat dinding atau kakak aku suka sangat gantung kad-kad tersebut kat ranting2 pokok. Lepas tu letak kat ruang tamu. Yang paling best, siap berlawan sesama adik beradik, siapa yang paling banyak dapat kad raya.

Dan yang paling banyak kerja dimusim perayaan, mestilah abang posmen kita. Memang bertambah kerja betullah dia orang ni. Jangan dibuang dalam semak dah kad-kad raya tersebut. Macam pernah terjadi dulu-dulu tu. Kepada abang posmen yang menjalankan kerja dengan ikhlas dan jujur, terima kasih abang posmen..we salute u.....

Tapi sekarang, orang dah tak berapa nak main dah kad-kad raya ni. Ucap selamat hari raya dengan sms je. Yang paling canggih sikit hantar lah e-card. Tapi yang tak ada PC, internet..nasib badanlah...
ketinggalan zaman lah nampaknya.

Dan seperti biasa lah, company2 yang ada bajet lebih mesti menyediakan kad-kad raya untuk diagihkan kepada kakitangan. Tak terkecuali company aku. Pernah sekali (tahun berapa aku lupa) dapat 10 keping sorang. Time tu kita dah dewasa, memang malas sikitlah nak hantar kad-kad raya ni. Biasanya aku just bagi kat anak-anak aku. Tapi dia orang sekarang ni pun dah tak main dah kad-kad raya ni.

Tapi tahun ni, sedikit kelainan yang dibuat oleh company aku ni. Dah tak main dah kad-kad raya. bajet ciput agaknya tahun ni...hihihi....hai!..tutup kedailah kedai-kedai printing...  

Hanya dapat ini jerrr...melalui email. hihihihi.....Disuruhnya kita orang hantar eecard ni je kat kawan2 even bussiness partnet.

Jadi dikesempatan ni, aku pun nak lah letak e-card untuk diberikan kepada pembaca2 setia kat blog. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya yang serba kekurangan ni. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada terkasar bahasa semasa menulis. Kadang-kadang tak sedar apa yang kita tulis, dek kerana seronok menaip, main belasah je kan. 

Walaupun masih terlalu awal untuk meminta maaf, tapi tak salah kan? Biar terawal jangan terlambat. Kalau boleh hari-hari nak minta maaf.....

Share the joy of Eid Mubarak with all your business associates, friends and family worldwide by forwarding this e-card to them.





- SELAMAT BERBUKA PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA -

Saturday, June 11, 2011

Hepi Bday Shaida Maisarah

Hari ini genaplah usia si manis Shaida Maisarah 7 tahun. Pejam celik, pejam celik dah besar rupanya anak dara aku ni. Masih segar diingatan bila masa usia kandungan ku 6 bulan, dr. Aini (Klinik Iddrus) nak buat scan. Aku serba salah, nak buat ke tak nak ni. Memandangkan aku dah pun ada 2 orang anak lelaki. Tapi pregnant kali ni memang rasa lain sikit. Morning sickness memang teruk. Gosok gigi je mesti muntah-muntah. Compared dengan last pregnant tak adalah alahan seteruk macam tu. 

Semasa tengah scan tu, Dr Aini cakap nampak macam perempuan. Aku dah rasa semacam dah ni. Happy, terharu semua ada. Bila buat check up kat KMC, Dr Zarina pun buat scan jugak, result perempuan jugak. Tapi kita tak bolehlah nak percaya 100%. Iyalah, sesuatu yang kita tak nampak depan mata, tak bolehlah nak percaya 100%. Banyak kes bila scan perempuan, yang keluar lelaki dan begitulah sebaliknya. Ini semua kerja tuhan, kita sebagai hambanya hanyalah menerima apa saja ketentuannya.

10 June 2004, aku dah check in kat KMC. Wah check in,,, class kan? Iyalah, aku ni jenis anak keluar ikut tingkap. Jadinya memang awal-awal lagi dah tahu bila nak dibuat pembedahannya. Macam biasalah, pilih hari Jumaat (amik berkat hari Jumaat kata orang). Lagi satu kat pantai timur ni, hari Jumaat ialah hari minggu, jimat sikit cuti en hasben). Arwah mak pun ikut sekali. Semua berkampung kat dalam wad Melur. Semua tak sabar nak menunggu ketibaan Shaida Maisarah. Tepat pukul 9.00 am @ 11 June 2004, Shaida Maisarah pun selamat dilahirkan. Dengan seberat 2.3 kg, aku tengok Sarah kecil sekali. Kalau nak dibandingkan dengan abang-abangnya, semua besar-besar semasa dilahirkan. Semua 3 kg lebih. Iyalah, mungkin perempuan kan. Lagi satu semasa mengandung Sarah, selera makan aku memang kurang. Tak apalah, yang penting, Sarah sihat dan comel sekali. 

Selang beberapa jam kami mendapat 1 lagi berita gembira, adik ipar aku pun telah dimasukkan ke wad di KSH. Berkejar arwah mak ke KSH. Jarak Kuantan Specialist Hospital (KSH) dengan Kuantan Medical Center (KMC) adalah dalam 10 minit perjalanan, kalau tak jam. Dalam pukul 12 tengahari Haikal selamat dilahirkan. Kiranya kegembiraan berganda buat keluarga kami. Dalam 1 hari, mak mendapat 2 orang cucu. Sepasang pulak tu. Sekarang ni, umur mereka berdua dah 7 tahun. 1st. birthday dia orang, kami celebrate sama-sama. 

Sarah @ gambar terbaru semasa mandi manda di pantai Kemasik
Malam tadi sebelum tidur, seperti biasa dia akan datang peluk dan cium aku dahulu. Dia ada tanya, kenapa aku sayang adik lebih dari dia. Susah kan, kadang-kadang kita tak bermaksud begitu. Kita rasa kasih sayang yang kita bahagi tu dah sama. Tapi cara penilaian anak-anak lain. Semasa aku memeluk dia, aku ceritalah, betapa gembiranya umi dan abah, bila kakak lahir ke dunia ni. Kakak anak perempuan pertama dalam keluarga kita, sudah semestinya kami amat berbangga dengan kakak. Kakak ibarat bulan jatuh keriba, kami sayangkan kakak dan anak-anak kami lebih dari segala-galanya. 
Sarah semasa berumur 4 tahun @ Langkawi
Aku masih ingat pernah pada suatu malam. Masa tu kita orang adalah berborak-borak sambil duk bertanya kat dia orang semer, apabila besar nak jadi apa? Masing-masing duk berceritalah dengan angan-angan yang suatu hari nanti sapa tahu akan menjadi kenyataan (InsyaAllah). Tiba-tiba dia datang kepada ku sambil menangis. Bila aku tanya, terus dia berkata, dia tak nak besar. Dia nak kecil sampai bila-bila. Bila aku tanya balik, kenapa pulak, semua orang akan membesar. Rupa-rupanya dia tak nak besar, sebab bila dia besar, aku pun jadi tua. Dia tak nak aku tua, nanti aku mati. Lepas tu dia dah tak ada umi. Terus terkedu aku dibuatnya. Sampai begitu sekali pemikiran dia.
Sarah semasa 5 tahun - Hari Raya 2008
Kadang-kadang seronok duk melayan dia berceloteh. Dia kan suka main-main ala-ala jadi orang lain. Macam berlakon gitu. Kebiasannya jadi orang dewasa lah. Main-main kerja kat pejabat lah, jadi cikgu lah. Tu belum lagi jadi princess. Bila dia jadi princess aku kena jadi queen. Pernah dia main-main, kononnya dia dah berkahwin, jadinya dia balik kampung jumpa umi & abah. Adik jadi anak dia. Adik tak nak balik tinggal dengan nenek & atuk (aku lah tu). Kita orang pun layan ajeler. Kadang-kadang saja je nak tengok dia, macam mana kalau dia besar nanti, nak ajak tak umi & abah tinggal dengan kakak? Mesti lah dia ajak umi & abah tinggal dengan dia. Rumah dia besar, dia kan kahwin dengan orang kaya. Hah????? 7 tahun dah berangan-angan nak kahwin dengan orang kaya,,, sapa ajar ni?
Sarah semasa 3 tahun 
Bila ditanya cita-cita apa? Sarah punya cita-cita selalu berubah. Biasalah kan. Yang terbaru nak jadi penulis, sebab dia suka menulis. Jangan tak tahu, dia dah ada diary dia sendiri. Pernah aku tanya tak nak jadi cikgu ke? Memandangkan kawan baik dia anak cikgu yang kebetulan pulak duduk didepan rumah kami. Terus tak nak. Bila tanya balik kenapa? Cikgu tak banyak duit, rumah cikgu kecil je. Kakak nak jadi bos, baru boleh buat rumah besar. Sekali lagi aku hah?????...Mata duitan betul lah budak-budak zaman sekarang.

Lagi satu hobi Sarah ialah menyanyi. Kalau kat rumah, tak pernah sunyi dari suara dia menyanyi. Sekali dengar je lagu yang dia suka, terus ingat lirik. Kadang-kadang lagu yang dia nyanyi, aku tak pernah dengar pun. Kalau AF tak payah cakaplah, dia tahu semua dari aku. Abah dia siap beli mic. untuk dia nyanyi, memandangkan dvd player kita orang boleh karaoke. Selama ni tak ada orang guna pun karaoke tu. Kebelakangan ni, dia je yang duk melalak dengan mic tu. 

Kalau nak cerita pasal Sarah, memang tak terlarat nak menaip. Bila teringat soalan-soalan dia yang mungkin agak susah kita nak jawap, kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Kadang-kadang tak sangka, dia boleh menanya soalan-soalan yang pelik-pelik. Seperti, bila kakak boleh jadi dewasa? hanya kerana dia nak guna pencuci muka ataupun bila kakak ada boyfriend kakak tak nak boyfriend macam abang (hanya kerana dia tak ngam dengan abang dia).

Sarah semasa 6 tahun - pose sebelum pergi ngaji
Wahai Shaida Maisarah, semoga Sarah menjadi anak yang solehah, mendengar cakap kedua ibubapa dan semoga pandai dalam pelajaranmu. Doa umi sentiasa bersama-sama Sarah. Teruskan melangkah kehadapan dengan berani kerana satu hari nanti, kamu pasti akan menempuh onak duri dalam meniti kehidupan.

Tuesday, March 08, 2011

International Women's Day

Source : Yahoo
Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Ayuh! kawan-kawan, kita saling hargai menghargai wanita-wanita di seluruh dunia walau dimana mereka berada.

Sempena Hari Wanita Sedunia ini, Yahoo ada membuat kajiselidik, siapakah wanita yang paling kita kagumi. Ada yang jawab Marina Mahathir, Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz, Cik Nurul Izzah Anwar, Siti Nurhaliza pun ada uols..

Nak tahu lebih lanjut sila check it out disini. Yahoo.

Tapi bagi aku, sudah semestinya ibu aku adalah orang yang paling aku kagumi. Kerana dia yang telah membawa aku ke dunia ini dan membesarkan aku sehinggalah sampai ke tahap ini. Terima kasih Mak. Korang semer, siapa pulak idola korang?

Apa-apa pun, sempena dengan hari wanita ini, terimalah dari Achiq sekuntum mawar merah buat anda wanita-wanita diluar sana, kerana dirimu begitu berharga.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...