Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Wednesday, July 04, 2012

EXPRO - Team Petanque 2012

Hello, hello….nak update pasal sukan sikit ni… kiranya pengulas sukan yang tak bertauliah gitu..
Seperti biasa setiap tahun,  PETRONAS setiap cawangan akan mengadakan sukan diantara anak-anak syarikat. Kebiasaanya selepas habis sukan disetiap cawangan akan disusuli pulak dengan sukan PETRONAS yang besar-besaran tu. Biasanya lokasi berkumpul semua para atlit PETRONAS ialah di Bangi. Tapi semenjak 2 tahun lepas hanya sukan di peringkat cawangan sahaja yang berlangsung. Dah tak adalah sukan KKKP yang biasalah kakitangan duk tunggu-tunggu. Entah tak tahu kenapa… Allahuwalam….Nak komen lebih-lebih tak berani takut kena saman…
Dan seperti 2 tahun lepas jugak, semenjak join PCSB ni hanya acara petanque je yang aku join. Sukan-sukan lain tak berminat (sebenarnya tak terpilih..kureng pandai lah tu..hihihi).
Adalah jugak 3 – 4 orang muka baru yang join game ni. Termasuklah partner baru aku yang menggantikan partner lama yang tengah berpantang. Walaupun kami kecundang tahun ni, tetap happy kerana kami main dalam semangat kesukanan dan juga just wanna have fun.
Jangan terkejut kalau Nampak ada ahli yang dah agak veteran gitu…. Ini adalah kerana memang ada kategori veteran. Maka wajiblah pemain berumur 45 ke atas. Macam Hj Latif kita.  Walaupun dah berumur 50++ tapi masih bersemangat untuk mewakili pasukan EXPRO. Dengar cerita pengalaman beliau bermain petanque ni bukan calang-calang. Dah berbelas-belas tahun dah siap wakil PETRONAS lagi tu…Pernah ke Filipina, Thailand bagai…fuh! Cerah masa depan….
Petanque – Gegirl
Walaupun kalah dalam permainan, tapi bab pakaian mesti tak kalah punya… Memang team EXPRO selalu gah dalam bab pakaian di mata pasukan lawan. Boleh dikatakan dalam semua acara, baju-baju pasukan kami semuanya cantik-cantik. Cantik kan skirt Gegirl……Idea saranan oleh saya lah…..Cuma tudung tak sempat nak beli color sama…
Tapi puas hati main tahun ni, sebab aku telah berjaya mengalah pasukan Petchem. Tahun lepas kalah di tangan dia orang, tahun ni menang beb..walaupun killer dia power gila….tapi berkat sabar dan relax je main….terus menang. Walaupun overall team kalah…at least kategori ladies menang..yeahhhhh!!!!!
Oh ya, Manager pasukan kami telah diganti dengan En Azmi (3 tahun asyik En Musa – Bos PSM). Yang juga merangkap bos baru aku yang baru je transfer dari Iraq. Sangat supportive (puji sikitlah bos kita kan)…Dari hari pertama dia datang tengok kita orang main. Lepas tu siap belanja lunch lagi… Hari kedua – final dia datang juga..belanja makan lagi..Iyalah just belanja makan apalah sangat,,,kan Bos? So, aku main kenalah sungguh-sungguh sebab bos dah datang tengok ditambah lagi siap dia cakap tak sia-sia bagi kelonggaran untuk keluar awal dari opis hanya untuk training. Wah berbunga-bunga hati dok dengar bos puji weh… . Hari ke dua semua game aku menang, hari kedua,,, hampeh….
Diantara faktor kekalahan kami yang dapat aku simpulkan disini ialah kurangnya semangat nak training. Time training berapa kerat je turun. Ada yang tu hari lawan baru nampak muka…macam mana tu? Satu lagi over confident pun ada kot…Especially bila lawan pasukan yang kita tak pernah kalah dengan dia orang.  Last-last boleh kalah…malu weh…..lawan dengan newbie pulak tu…..Jangan sekali-kali `underestimate’ lawan kita….
So, kalau umur panjang jumpa lagi geng…Berkumpul macam ni sekali-sekala mengeratkan ukhwah dan yang paling penting …. Enjoy!!!!

Achiq

Wednesday, June 27, 2012

I wish nothing but the best for you



Selamat maju jaya kak Dina Husna. Semoga bertambah kurus bila duk kat KL nanti. Almaklumlah dengar cerita opis baru nanti kat tingkat 79. Fuh tinggi tu. Hampir 3 tahun kita kenal. Ramai cakap k Dina garang lah, tak friendly lah. Tapi bagi aku semua macam tak betul. K Dina yang aku kenal sangat mudah didekati. Boleh gurau2 lagi.

Ingat tak ladies day 2 tahun lepas. Buat show atas stage. Cholo boliya bagai. Hahaha nak pecah perut bila teringat balik. Itu belum lagi lagu staying alive & i know you want me. Gelek aje kita waktu kan.

Serve baik-baik datuk tu. semoga nanti boleh jadi S1 pulak. Mana tahu rezeki masing-masing. Dapatlah kerja kat presiden opis pulak nanti.

Kalau ada sumur diladang.
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang.
Boleh kita berjumpa lagi.

So long my friend.

Tuesday, June 26, 2012

Serupa ke?




Ramai sangat yang cakap muka kami serupa. Ya ke? 
Of courselah sorang bulat mukanya seorang agak kempong sikit. Hahaha 
Oh ya! Ini kawan baru saya. Baru transfer dari PGB beberapa bulan yang lepas. Kalau kami jalan bersama ramai yang tegur eh! Adik ko ke? 
Tak kisahlah orang cakap adik ke sepupu ke, yang penting kami serasi je. 


Achiq

Wednesday, July 27, 2011

Petanque

Aku ni kan nak kata kaki sukan, tak lah jugak. Tapi kalau setakat main untuk mewakili syarikat tu adalah. Macam-macam jenis sukan jugaklah yang aku sertai. Masa muda-muda dulu (sekarang dah tua ke? ahaks)....bola jaring memang wajib. Tapi sejak kejadian yang tidak diingini menimpa aku semasa mewakili Business Support (BS) tahun 2007, terus gantung kasut netball.

Pernah 1 tahun tu sampai tak muat borang PPA nak tulis sebab banyak sangat game main. Antara game yang aku main ialah  Futsal, Ping Pong, Dart, Basket Ball, Woodball, boling dan juga petanque. Kalau ada sukan renang, akulah orang pertama yang akan bagi nama. Sebab aku memang suka berenang. hihihi

Oleh kerana aku dah tak boleh bergiat cergas dalam sukan netball, maka dengan ini aku telah beralih minat kepada sukan petanque. Aku tak pasti korang pernah dengar ke tak sukan ni. Kalau ikut sebutan pe-tong. Sebenarnya aku mula serius dengan petanque sejak tahun 2009 (baru je lagi). Dan pernah mewakili kumpulan Maritime sampai ke Karnival Sukan di KL. Walau pun tak masuk ke final, tapi semi final dah kira oklah tu. 

                       
Bersama Maritime Group

Apabila dah bertukar ke OPU lain (PCSB), secara automatik aku mewakili PCSB lah pulak (EXPRO). Pertama kali mewakili Expro tahun lepas. Cuma berjaya mendapat tempat ke-3. Tahun ini Alhamdulilah naib johan. Tahun depan InsyaAllah Johan. Amin.



Bermain petanque ni memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Iyalah, main tengah panas wok... Nak aim bola tu ambil masa jugak. Bukan senang. Tapi, iyalah semua sukan memerlukan ketahanan mental kan. Yang penting semangat kesukanan. Kadang-kadang pukul 1.00 tengahari tak habis lagi main. Pernah sekali perlawanan aku berlangsung selama 4 jam. Hanya untuk mendapatkan 12 points. Iyalah kalau asyik 1 point, 1 point je dapat. Amat tension lor. Tapi oleh kerana minat punya pasal. Panas pun panas lah. 

Bersama partner sehati sejiwa semasa bersama group maritime

Setiap seorang pemain dibekalkan dengan 3 biji bola besi. Kalau main trio hanya 2 biji seorang sahaja. Dan 1 jet. Pemain akan mendapat point sekiranya bolanya paling hampir dengan bola jet (bola jet ni kecil je).


Kenangan bersama coach group maritime - Abg Black

Dan yang kelakarnya, setiap kali dapat coach nama seakan-sakan serupa je. Bersama Expro nama coach kita orang ialah Pak Tam. Tak ke sama, Black / Tam (panggilan manja Abg Hitam). Cuma versi melayu dan english je.


Expro ladies yang suka glamer. Tahun ni temanya Pink color. Apa ke halnya? Ini semua gara-gara fanatik kat kumpulan Jambu. hihihi


Walaupun dah tak main netball, tapi khidmat aku masih diperlukan lagi. Walau hanya sebagai urusetia. Tahun ni kena tulis markah je. Sekurang-kurangnya boleh lah jugak elaun urusetia. Hihihi....


Apa-apapun, Majulah Sukan Untuk Negara.

Thursday, January 13, 2011

Bye-Bye Dill

Catatan untuk hari-hari terakhir bersama insan bernama Nur Fadillah Alias & Tg Norhanisah Bt Tg Kamaruddin.

Dear Dill & Anis,

Hari ini genaplah 6 bulan anda berdua menghabiskan sesi praktikal di PMO. Untuk mendapatkan segulung kertas bernama Ijazah, kamu dikehendaki menjalani latihan praktikal di mana-mana syarikat. Itulah arahan dari Pak Pengetua. Maka, kamu telah memilih PMO, PCSB, Kertih sebagai tempat kamu menjalani latihan praktikal ini. 

Dill & Anis
Ok, oklah.. tak best lah serius bebenor ni. Yang sebenar-benarnya (macam lagu Yuna lah pulak), ada seramai 16 orang trainee kat PME, PMO untuk intake tahun lepas. Dimana last day dia orang adalah hari ini. Si Dill ni adalah trainee kat aku ni hah.  Si Anis trainee kat section sebelah. Tapi si Anis & si Dill ni memang tak leh berpisah, disitu ada Dill, disitu ada Anis. 



Kita orang sebenarnya memang satu kepala (kepala tak betul semua nih, ish, ish, ish). Tengok, sampai movement board tu pun nak dipanjatnya. Dan biasalah, kalau kelakuan-kelakuan yang pelik-pelik ini akulah yang ketua nya.  Hihihihi....
Dan yang bestnya, dia orang ni layan jer.... (tak tahu lah, dalam hati macam mana kan? kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain. Itupun kalau rambut dia hitam lah, kalau di color rambut dia warna gold, aku tak leh cakap apa-apa lah kan).

Adik2 trainee bersama Madam Zulu.
(si gigi besi nak jugak tumpang sekaki)

Salah satu aktiviti kegemaran kita orang adalah mengambil gambar. Memang pantang jumpa kamera, mesti nak posing maut punya. Semua perasan, comel lote belaka. Tak apalah, muka kita kan, kita punya pasal lah, nak perasan ke tak. Betul tak adik-adikku....ya betullllllllll!



Lagi satu aktiviti wajib kita orang, breakfast kat section sebelah. Sambil makan, sambil pot-pet2. Syok dowh. Si Anis ni memang rajin buat kuih muih. Dia punya Blueberry Cup Cake memang terangkat. Kesedapan masih terasa hingga ke saat ini. fuh..kembang lubang hidung ko Anis hoi. Anak sapa ni rajin bebenor, dah berpunya ke belum? oppssss.. dah berpunya rupanya.

Tak bolehlah nak puji Anis aje, Dill pun apa kurangnya. Selain terikut-ikut dengan perangai aku yang gila-gila + tak betul ni. Dia juga amat rajin (puji ada apa-apa ke), tak lah, memang ikhlas memuji ni. 

Girls, nanti akak dah tak leh tengok senyuman Dill lagi. Senyuman yang paling manis yang pernah aku jumpa (serius beb). Dah tak leh nak nyakat-nyakat korang lagi. Yang pasti kuranglah korum untuk meeting dipagi hari. 

The Sisters
Maka dengan ini, terimalah satu sajak yang dituju khas untuk korang berdua.

Sajak Perpisahan

Inilah yang selalu kubilang
bahwa hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana laju perputarannya
tapi roda selalu berputar kawan

Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam balutan
Persahabatan

Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandengan tangan

Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
Jamu datang bulan dan bebaqaran
semua menjadi kesaksian
betapa berartinya seorang kawan

Tapi hidup adalah perubahan kawan
Sekali lagi kubilang
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama
: Kebaikan

Hari-hari tak akan sama lagi
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya menjadi terbiasa
meski tanpa aku lagi…


sajak ni dicopy dari celoteh4ti 



Mesti korang ingat aku yang cipta sajak ni kan? mesti rasa terharu dan teruja kan? Tapi, You know me so well, girls. hahahaha

Friday, December 17, 2010

Malang Tak Berbau

Malang tak berbau.  Iyalah kalau dah berbau, mesti kita tak gi dekat kan?

Aku tumpang simpati kepada semua mangsa-mangsa letupan di Bekok C ni.  Lagilah terasa apabila salah seorang yang kena tu adalah kawan kita dan isterinya pulak adalah office mate merangkap bf kita pulak.

Bagaimana boleh berlaku? apa puncanya? masih lagi dalam siasatan.. Biarlah orang-orang atasan yang berkenaan teruskan dengan siasatan mereka.  Tapi kita sebagai kawan-kawan sama-samalah mendoakan agar Ariff dan mangsa-mangsa lain-lain cepat sembuh dan juga semoga Cunna tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

`Sesungguhnya kamu beruntung apabila Allah memilih kamu untuk diuji akan keimanan kamu.  Kerana semakin banyak ujian yang mendatang, maka, semakin dekat kita denganNYA'

Harian Metro - 15 Dec 2010


6 dibaham bebola api

Oleh Nazdy Harun

MANGSA LETUPAN...(atas dari kiri) Mohd Hamzah, Alias, Mohd Fauzi dan Zamri manakala (bawah) Mohd Rishauddin dan Mohd Arif dirawat di HSNZ.

KUALA TERENGGANU: “Saya nampak satu bebola api menuju ke arah kami ketika saya dan rakan dalam proses menamatkan syif di pelantar minyak Bekok C.

“Saya dan lima rakan lain terkena bebola itu menyebabkan kami mengalami lecur di beberapa anggota badan termasuk di muka,” kata Alias Abdullah, 52, seorang daripada enam pekerja yang terbabit dalam kebakaran pelantar minyak milik Petronas, kira-kira 200 kilometer dari perairan Terengganu.

Dia yang mengalami lecur kecil di muka menceritakan kejadian itu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam. 



Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, seramai 108 pekerja berada di pelantar itu, tetapi hanya enam pekerja mengalami kecederaan. Kebakaran dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor.

Menurut Alias, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia bersama rakan tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat bebola itu meluru laju ke arah mereka.




“Kami diberikan rawatan awal di pelantar minyak sebelum diterbangkan dengan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke hospital ini untuk rawatan lanjut. 

“Saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak begitu parah dan hanya mengalami lecur akibat disambar api pada muka,” katanya. 

Selain Alias, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Rishauddin Ismail, 37, Mohd Hamzah Abdullah, 32, Mohd Fauzi Ibrahim, 37, Mohd Arif Farimi, 28, dan Zamri Wagiman, 32. 

Mohd Hamzah ketika menceritakan kejadian itu kepada Ahmad Said pula berkata, api menyambar mereka pada hujung waktu bertugas di pelantar itu. 

“Ketika itu kami sibuk menyiapkan tugasan dan saya tidak tahu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku,” katanya. 

Sementara itu, Petronas Carigali Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar berkata, kejadian berlaku di pelantar Bekok C yang berkedudukan 200 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia sejurus selepas tengah malam dan api berjaya dikawal pasukan tindakan kecemasan pelantar terbabit. 

“Terdapat 108 pekerja di pelantar itu ketika kejadian dan enam daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan. Baki 102 pekerja lagi dipindahkan ke pelantar berhampiran,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, aktiviti di Bekok C dihentikan sementara dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. 

Ahmad Said yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa. 

“Mujur pelantar tidak meletup akibat kejadian itu kerana bilangan pekerja ketika kejadian ramai,” katanya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...