Showing posts with label Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Prihatin. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Gastrik tahap gaban


Walaupun sakit tapi masih sempat berposing. 

Kejadian berlaku pada pagi rabu minggu lepas. Kebetulan minggu tu en hasben outstation kat Shah Alam. Sedih sangat. Mai nak story mory. 

Pagi tu memang kejut awal. Dalam 5.30 am dah kejut dah. Sebab dah teringat nak buat breakfast untuk budak-budak nak pergi sekolah. Kebiasaanya mestilah en hasben yang uruskan semua itu. Tapi perut pulak buat hal. Menyucuk-nyucuk. Datang pula sekali sekala. Bukan sakit nak berak ke apa, tapi sakit yang amat sangat. Bukan rasa pedih hulu hati ataupun kembung. Ala-ala sakit nak beranak pun ada. 

Walaupun sakit tapi digagahi juga pergi kerja. Masa bfast dengan geng-geng aku dah tak tahan. Just minum air milo, roti canai telur yang diorder cuma dijamah secubit. 

Naik kat opis makin kerap datang sakitnya. Dalam pukul 10, terus pergi klinik rantau. 

Sah-sah Dr cakap gastrik. Dr tanya ada makan pedas ke?  Baru teringat, semalam masa farewell kak Dina aku makan mi kari siap campur sambal. Memang pedas kaw-kaw punya. Kena cucuk sejarum dan Dr suruh berehat dulu kat klinik. Dekat sejam jugak aku berehat kat situ tapi semakin sakit kepala pulak duk terbau ubat-ubatan kat klinik tu. 

Balik rumah rehat sampai malam. Nasib AK ada. Boleh harap juga anak teruna aku ni. Tolong tengokkan adik-adik. Kemas dapur siap masak dinner untuk adik-adik. Walaupun menunya hanyalah meggi. 

Aku hanya merengkuk aje atas katil. Sakit tak hilang-hilang. Siap dah pesan kat sarah kalau umi pengsan ke cepat-cepat telefon toki. Sampaikan sarah kejap-kejap panggil umi. Are u ok umi. Umi pengsan ke tu. kelakar pulak rasa. Adik pula sibuk nak baca buku cerita untuk umi. 

Tapi Alhamdulilah, keesokkan harinya sakit tu dah hilang. Sampailah ke hari ini, perut aku ni masih lagi senak-senak sekali sekala. So, untuk sebulan dua ni kenalah berpantang sikit. Dah tak boleh makan pedas-pedas, nescafe dah tak boleh minum. Yang berempah-rempah pun kena kureng juga. Alahai, kuruslah aku macam ini. Amin 

Oleh itu wahai kawan-kawan pembaca yang budiman. Jagalah pemakanan anda. Makanlah ikut masa. Jangan dibiar perut kosong macam saya ni suka sangat tak makan malam. Jagalah perut anda. 

Stay healthy. Live your life. 

Achiq

Tuesday, July 26, 2011

Perempuan vs lelaki part II


Perempuan ni kan memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan? Korang sokong tak dengan kenyataan aku ni. Senang-senang je nak dapat dosa. Tapi amat senang untuk masuk Syurga. Kalau kena dengan gayanya. Tapi amat susahlah untuk menjadi sepertimana Siti Khadijah. Sanggup berkorban apa saja.

Lelaki memang sempoi.



Tapi kalau perempuan, MasyaAllah. Ini belum start berchit chat lagi ni. Kalau dah start chit chat macam-macam gossip yang akan keluar. Tapi korang tak macam ni kan?


Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi ni, marilah kita wahai kaum-kaum hawa sekelian memuhasibah diri kita. Cuba-cubalah tutup hati kita dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Jadilah wanita yang solehah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang apa yang kita lihat yang ada pada orang lain bukannya bagus sangat pun. Itu semua adalah hawa nafsu semata-mata.

`HAWA NAFSU AKAN TERUS MENUNTUT BILA ENGKAU MEMANJAKANNYA. TETAPI JIKA ENGKAU PAKSAKAN IA PADA APA ADANYA, NESCAYA IA MAHU MENURUTI KEHENDAKMU'
 

Monday, April 04, 2011

Marah itu Api... Api itu Syaitan.....


Cikgu ambil nyawa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
     
ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.


KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya. Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu. Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Terkejut betul bila baca berita diatas. Bukan sahaja terkejut, marah, sedih dan sakit hati pun ada. Kerana terlalu mengikut emosi dan amarah didada, budak yang masih kecil dan anak yatim pulak tu yang menjadi mangsa. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Tetapi apa-apa pun terjadi bukan begitu caranya ingin menghukum seseorang. Apatah lagi budak yang baru berumur 7 tahun. Dengan tak semena-mena kehidupan cikgu tu dah berubah hanya kerana mengikut kemarahan.  Aku pernah terbaca dalam satu buku (lupa tajuk) ada menulis, Marah itu Api, Api itu Syaitan.. Jadi sekiranya kita marah-marah maknanya kita ikut kata syaitan. Sebab itu ada pakar pernah berkata, sekiranya rasa marah datang, kawal perasaan kita dalam beberapa minit, kerana minit-minit awal tu bukanlah akal waras kita yang berfikir tetapi syaitan yang menguasai kita. 

Baca petikan artikel ni pulak...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi. 


Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali. jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...  

"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....

Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)  
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) 
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya) 

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.  

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..  

Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..  

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.

Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud:  
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134).

Monday, March 07, 2011

Minggu Palestin di Tadika AnNur

Pada 20 - 24 Februari 2011 yang lepas, Tadika AnNur (Tadika adik) telah mengadakan minggu kesedaran Palestin. Dengan tema `Kami Bersamamu Palestin'. 

Hari-hari setiap kali balik dari sekolah, adik akan bersemangat bercerita kat semua orang pasal Palestin. Kat bibik lagilah sekejap-sekejap duk bercerita. Macamlah bibik tu tak tahu apa-apa pasal Palestin ni. Dia siap suruh kita orang derma, bagi duit lah, bagi bajulah, bagi makananlah...

Yang pasti, adik siap suruh aku ambil gambar kain rentang yang ada kat depan sekolah dia. Cepat-cepat tarik tangan aku nak tunjuk yang mana satu tangan dia. Dia nak tunjuk kat abah dan kakak. Aku tanya dia, kenapa adik guna warna kuning untuk tangan adik? Sebab warna kuning warna kasih sayang, cikgu dia cakap. Ya ke? Warna hijau aman damai..Ya lah kot..Malas nak soal banyak-banyak, nantikan ada yang merajuk pulak apabila cakap dia kita tak percaya. Kenalah jugak percaya.

Nampak tak bulatan merah - tangan yang warna kuning tu? Hah, itulah tangan Shaida Marissa
Aku rasa bagus jugak Tadika AnNur mengadakan kempen-kempen sebegini. Membuka minda budak-budak ni dengan keadaan hal ehwal semasa. Aku pun tak berapa pasti, apa aktiviti yang Tadika AnNur telah adakan sempena minggu Palestin ni. Tapi adik ada bercerita, dia tengok video pasal anak-anak kat Palestin yang mak dan ayah mereka mati kena tembak oleh orang kafir. 


Kalau nak cakap pasal isu Palestin ni, aku pasti semua orang dah tahu. Nak kupas satu persatu pun, dah tak larat dah. Hanya doa je yang mampu kita berikan berserta menderma apa-apa yang patut. Tapi, kadang-kadang rasa musykil juga, apakah barang-barang derma kita selama ni sampai kepada diaorang?. Kalau nak selidik satu persatu, memang tak terdaya. Yang pasti tujuan ikhlas kita dah tercapai. Yang lain hanya berserah kepada yang Maha Kuasa. 


Selain berdoa, kita juga boleh membantu mereka dengan memboikot barangan-barangan keluaran Israel. Korang semua mesti dah tahu kan pasal barangan-barangan keluaran Israel ni. Kalau tak tahu jugak, silalah google ya...

Sunday, February 13, 2011

Hari tanpa plastik bag. Berjaya ke?

Adakah kempen ini berjaya? Aku rasa tidak berapa berjaya. Kenapa aku kata begitu. Sebabnya semalam, aku pergi ke TMC, cari barang-barang dapur. Kita bukan main bawa beg recycle, 3 beg sekali bawa. Iyalah, nak beli banyak barang kan. Tapi apa yang aku perhatikan, kebanyakan pembeli-pembeli sanggup membayar 20 sen untuk setiap beg plastik. Bukan masalah 20 sen yang jadi isunya. Tapi, masalah kesedaran dikalangan masyarakat kita. Mereka macam tak kisah membayar 20 sen. (iyalah 20 sen aje kan). Selamba jer, bila letak barang kat kaunter, cashier tanya nak beg, terus jawab mestilah nak. Nak bawa barang macam mana kalau tak ada beg plastik. Itulah jawapan yang aku dengar daripada salah seorang pembeli yang berada didepan aku.

Bila aku soal siasat cashier kat situ (ala-ala CSI gitu), dia kata, memang selalu macam tu kak. Dia orang macam tak kisah pun, hari tanpa plastik ke, ada plastic ke tak ada plastic ke, mereka main bayar je. Inilah masyarakat kita. Bila cakap pasal global warming, bukan main bersemangat lagi. Kalau borak-borak kat kedai kopi,  isu global warming ni memang menjadi salah satu topik hangat. Pasal Antartika salji dah cair lah, semua mereka tahu. Tapi, bab-bab support, habuk pun tarak.

Dia orang ni tak tahu ke?  mengelakkan penggunaan plastik pun adalah salah satu cara memelihara bumi kita juga. Plastik ni kalau duk dalam pasir tu, memang tak kan hancur untuk beratus-ratus tahun lamanya. Bayangkanlah dunia kita akan datang, penuh dengan timbunan plastik-plastik ni. Oh tidah!..Sedikit emosi disini ya… Sila abaikan ya….

So sekarang ni, kerajaan akan menjalankan kempen hari tanpa plastik di pasar-pasar tani pulak. Mudah-mudahan makcik-makcik kat pasar tani sama-sama menjayakan kempen ni. Jangan buat untung sudah, dijualnya plastik dengan harga yang lebih tinggi. Maklum sajalah, kalau pasar tani kat Kertih ini, segala barang mahal, yang pasti harga sayur memang lebih mahal daripada Lmart ataupun TMC.

Tapi, tak semua orang seperti apa yang aku ceritakan diatas. Ada jugak aku perasan, walaupun tak bawa beg sendiri, mereka cuma letak barang-barang yang mereka beli didalam trolley dan terus masukkan kedalam kereta. Dalam 10 orang adalah sorang yang buat macam ni.

Sepatutnya setiap hari sabtu, (ataupun hari-hari lagi bagus), kedai-kedai runcit tidak menyediakan langsung beg plastik ni. Trial period dah kita bagi sebulan, so, inilah masa untuk kita mempraktikkannya.

What say U? 




Wednesday, January 05, 2011

Dera

Setelah membaca satu artikel di sisipan akhbar Berita Harian yang bertajuk `Membisu biarkan kekejaman' pagi tadi, rasa nak mengomel pulak pasal isu ni. Rasa beremosi sangat-sangat. Tak habis-habis dengan isu penderaan kanak-kanak. Yang paling sedihnya yang menderanya ialah ibu bapa mereka sendiri.  Sedangkan binatang pun sayangkan anak.  Inilah kalau otak letak kat kepala lutut.  Binatang yang tak ada otak tu pun boleh berfikir untuk sayangkan anak-anak. Masalahnya manusia berfikir ikut nafsu.  

Bila marah menguasai diri, anaklah yang jadi mangsa.  Nabi pernah bersabda `Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan marah'.  Marah itu api, api itu syaitan.  Jadi, sapa-sapa yang suka marah-marah tu memang ikut bisikan syaitan.  Ada petua untuk menahan marah ni.  Bila perasaan marah datang, cuba senyap untuk beberapa minit, kerana beberapa minit yang pertama itu adalah bukan kita.



Rasa nak menangis apabila membaca kisahnya. Sampai dah jadi koma dan lumpuh seluruh badan (cacat seumur hidup) disebabkan oleh perbuatan ibu bapa mereka.  Ibu menderanya sebab tension dengan perangai suami yang kaki pukul dan pemabuk dan si ayah pulak menderanya sebab merasakan kehidupan ini tidak pernah adil akibat kesempatan wang dan gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dimiliki. Tapi kenapa anak yang jadi mangsa untuk meluahkan kemarahan?  Sia-sia duk bawa perut yang berat selama 9 bulan.  Bila hasil dah keluar di sia-siakan hasil tersebut.  Dimanakah nilai-nilai keperimanusian?

Puncak penderaan apabila si ayah membanting anaknya ke dinding, terus koma dan cacat seumur hidup selepas mengalami gegeran otak serta patah tulang belakang.  Apabila dah jadi macam ni, barulah jiran-jiran bersuara (ini kes langsung tak nak jaga tepi kain orang lain kononnya) apabila disoal siasat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malahan mereka memang tahu pasal budak tu yang selalu kena dera, tapi tak berani nak report takut kat ayahnya yang panas baran.  Yang paling sedihnya anak malang itu mula didera sebaik sahaja dia mula pandai berjalan.  Dia pernah ditumbuk hingga hidungnya berdarah, pernah dibelasah dengan kepala tali pinggang hingga kulitnya tersiat, pernah dibiarkan berlapar hingga menyelongkar tong sampah untuk mencari makan dan pernah dibiarkan tidur di luar rumah berembun hanya kerana merengek kelaparan.  Ya Allah, tergamak mereka melakukan ini semua kepada anugerah yang tuhan berikan kepada kita.  Nampak sangat kita tidak pandai menjaga amanah yang tuhan berikan.  



Nasi dah jadi bubur, anak malang ini sekarang dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia tidak akan merengak lagi, jauh sekali untuk bercakap atau berjalan dan meminta apa-apa lagi.

Teringat kisah arwah Nur Amelina yang didera oleh kekasih si ibu, orang Afrika pulak tu. Ini adalah salah satu kisah penderaan kanak-kanak kat Malaysia ni yang kita rasa memang tidak dapat dimaafkan.  Banyak lagilah kes-kes penderaan kanak-kanak kalau nak disebutkan disini.





Oleh itu kesedaran masyarakat setempat amatlah diperlukan. Kadang-kadang kita sebagai jiran tetangga ni kena lah jugak jaga tepi kain orang.  Bukan bermaksud untuk busy body ke apa? Kadang-kadang kalau kita ternampak atau terdengar anak-anak jiran menangis, menjerit atau suara jiran kita yang bingit memarahi anak masing-masing (yang lain dari biasalah),  tidak salah rasanya kalau kita sekadar menjenguk ke rumah jiran untuk melihat apa yang berlaku.  Walaupun kita tahu mereka sedang `mendidik' anak.  Tetapi apakah mungkin kanak-kanak itu bukan sekadar di `ajar' tetapi sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka.

Disinilah peranan kita sebagai jiran amat diperlukan untuk melapurkan kepada pihak berwajib atau menghubungi Talian Nur yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya penderaan benar-benar terjadi.  Jangan bimbang untuk mengadu, kerana identiti pengadu akan dirahsiakan.  

Oleh itu wahai kawan-kawan sekalian marilah kita sama-sama membuang mentaliti yang dibelenggu oleh sikap `tidak apa', `tidak kisah', `tidak ambil tahu' dan `tidak peduli' ini.


Talian Nur Kasih : 15999

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...