Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-quran


Hari ini cuti kat Terengganu bersempena dengan Nuzul Al-Quran. Kalau tak silap aku negeri-negeri yang turut cuti pada hari ini ialah Kelantan (sudah semestinya), Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Semua cuti kerana nak menghormati hari Al-quran diturunkan iaitu pada 17 Ramadhan. 

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

96. Al-’Alaq

[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12]
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!




Dan pasti semua dah tahu ayat yang pertama diturunkan ialah Iqra (bacalah). Walaupun nabi Muhammad SAW tidak tahu membaca tetapi itulah mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah kepada nabi junjungan kita.


Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan dibulan baik ini terutama banyakkanlah membaca al-quran. Selalulah memperdengarkan bacaan al-quran dirumah dan didalam kereta kita. Jangan asyik duk pasang lagu-lagu hip hop aje. Peringatan ini ditujukan kepada aku juga yang selalu je alpa.

Wednesday, April 20, 2011

Telur Oh! Telur

pic. google
Aku pasti semua dah tahu pasal kehadiran telur tanpa diundang ni dipasaran. Mungkin kat Malaysia ni tak adalah secara meluas sangat dengan erti kata lain, kat supermarket kat kampung aku ni memang tak ada lagilah kes-kes menjual telur yang tak ori ni.

Dan aku juga pasti, dah ramai orang duk bercerita pasal bagaimana telur-telur tak ori ni dibuat. Dari kulit telur sampailah ke isi telur. Ada jugalah aku duk menerima email-email dari kawan-kawan dan siap ada gambar lagi bagaimana proses pembuatan telur ni. 

Aku cuma nak share dengan kawan-kawan semua bagaimana nak mengenal pasti telur tak ori ni. In case kita tersalah beli.... Maklumat ini aku cedok dari Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP).

Telur tak ori ni apabila dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tak ori agak berkilat berbanding telur ori, tetapi tidak begitu ketara. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur ori.

Apabila telur tak ori digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur ori agak berbau seperti daging mentah. Ketuk-ketul sedikit telur itu. Telur ori berbunyi lebih rapuh berbanding telur tak ori. (bagaimana bunyi rapuh tu agak-agak macam korang makan kerepek yang rapuh-rapuh tu).

Selepas memecahkan telur tak ori, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ketika menggoreng telur tak ori, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

So, korang semer silalah berhati-hati kerana kemungkinan telur tak ori ini juga mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. 

Sharing is caring....

Love u all

Tuesday, April 12, 2011

Aurat bukan Urat....

Jom kita baca pantun seloka dibawah. Dah baca tu renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah....

SELOKA AURAT

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkup,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah mekap.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walupun ketat,
Walaupun cantik tetap singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Lagilah aneh bila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada, iman terjungkir,
Kain terbelah paha terukir.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Kesana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Ditambah pula jika bertudung,
Supaya syaitan susah nak bertarung.





Nukilan :
Siti Aishah Mustafa,
Tampin, Negeri Sembilan
(Keluarga - March 2011)          

Thursday, March 31, 2011

Syaitan, dimana-mana sahaja


Just nak share semoga dapat dijadikan panduan. Info ni pun my sister yang bagi thru email.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu. Bismillah Hirrahmaan Nirrahiim. Ya Allah, berkatilah kami semua. Ya Allah, Ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dan mereka sebagaimana engkau memelihara kekasihMu, junjungan kami Baginda Muhammad s.a.w.
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt: 

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً 
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, 
maka anggaplah ia musuh mu, (6 : 35 al-Fatir) 

Semua manusia mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.   



SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG  

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه  

“Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air
dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA  

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: 


ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه  

“Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” 
Hadis sahih Bukhari dan Muslim 

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP  

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل  

“Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya.
Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” 
Hadis sahih Muslim 


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ 
SEMASA MENGUAP  

Nabi saw bersabda:  

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه  

“Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap.
Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA  

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: 

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان  

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. 
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” 
Hadis sahih Bukhari

Moral: Janganlah kita terus memaki pada orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, chatbox dapat dielakkan. (ingat tu uolsss)




SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH 

Nabi saw bersabda:  

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة   

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur.
Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” 
Hadis sahih Muslim 


Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.




SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN
BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH  

إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء 

“Apabila seorang lelaki memasuki rumah dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Tetapi sekiranya dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.”  Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan, syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” 
Hadis sahih Muslim (2018)



MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN  

إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعهاللشيطان 
“Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu ke lantai, hendaklah kamu membuang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan kerana ia akan dimakan oleh syaitan.” 
Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT 

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw: 
“Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.” Rasulullah saw pun menjawab:  


ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفلعلى يسارك ثلاثا 
“Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah
engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.” 
Amru berkata: “Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan,
lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” 
Hadis sahih Muslim
 



MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN 

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: 
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?” 
Dia menjawab “Tidak” 


Nabi saw bersabda:  

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان 
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” 
Hadis Ahmad –sahih 


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
 


Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:  

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثلالبيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب 
“Janganlah kamu berkata “Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu,
syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku”
tapi hendaklah kamu berkata “Dengan nama Allah”.
Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” 
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih 

 

Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya.  







Thursday, February 24, 2011

Singkatnya hidup ni.......

Sesunggunya kehidupan kita amatlah singkat. Kita lahir dengan azan dan iqimah. 


Dan akhirnya kehidupan sebelum dimasukkan kedalam tanah, kita akan disembahyangkan. 


Berapa lamakah jarak antara AZAN, IQIMAH DAN SOLAT? 



Sangat PENDEK. 

Begitulah kehidupan kita, amat singkat sebenarnya. Bahkan setiap hari kita berhijrah ke arah kematian.


Sunday, February 20, 2011

Apakah yang paling dekat dengan kita?

PESANAN DARI IMAN AL GHAZALI BUAT PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA. 

1. Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat 


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2. Imam Ghazali:
Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Imam Ghazali:
Apa yang paling BESAR didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi 

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4. IMAM GHAZALI
Apa yang paling BERAT didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

5. Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun


Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

6. Imam Ghazali:
Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...