Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Gelak pagi Jumaat


Macam-macam kuih ado......
  • Kuih paling gangster = Lompat Tikam,
  • Kuih paling seksi = Puteri Mandi,
  • Kuih paling keji = Taik Itik,
  • Kuih bajet cute = Cek Mek Molek,
  • Kuih untuk awet muda = Seri Muka,
  • Kuih paling alim = Kuih Ketayap,
  • Kuih penyakit kronik lelaki = Batang Buruk,
  • Kuih suka pukul = Kuih Lompang,
  • Kuih paling berat = Badak Berendam,
  • Kuih xreti make up = Tepung Gomak,
  • Kuih lambat sampai = Kuih Perahu,
  • Kuih cepat sampai = Kuih Kapalterbang,
  • Kuih cepat bankrap = Kuih Gulung,
  • Kuih tak boleh makan= Kuih Chengker,
  • Kuih untuk Saman Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt,
  • Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit,
  • Kuih org x mandi = Kuih Bau-Lu,
  • Kuih paling tenteram = Kuih Makmur,
  • Kuih paling lembap = Kuih Siput,
  • Kuih paling senang = Kuih Kacang,
  • Kuih paling malas = Kuih Lenggang,
  • Kuih paling bahaya = Kuih Bom,
  • Kuih banyak duit = Kuih Pau,
  • Kuih pandai menari = Kuih Lopez
  • kuih asyik kena maki hamun = Kuih Putu Bambu
  • kuih yang ada kerjaya = Kuih Keria
  • kuih accident = Kuih Apam Gula Hangus
  • kuih yang tak pernah dibersihkan = Kuih Abuk-abuk
  • kuih masa black-out = Tepung Pelita.




Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-quran


Hari ini cuti kat Terengganu bersempena dengan Nuzul Al-Quran. Kalau tak silap aku negeri-negeri yang turut cuti pada hari ini ialah Kelantan (sudah semestinya), Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Semua cuti kerana nak menghormati hari Al-quran diturunkan iaitu pada 17 Ramadhan. 

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

96. Al-’Alaq

[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12]
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!




Dan pasti semua dah tahu ayat yang pertama diturunkan ialah Iqra (bacalah). Walaupun nabi Muhammad SAW tidak tahu membaca tetapi itulah mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah kepada nabi junjungan kita.


Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan dibulan baik ini terutama banyakkanlah membaca al-quran. Selalulah memperdengarkan bacaan al-quran dirumah dan didalam kereta kita. Jangan asyik duk pasang lagu-lagu hip hop aje. Peringatan ini ditujukan kepada aku juga yang selalu je alpa.

Thursday, August 11, 2011

E-card for Eid Mubarak

Bila sebut pasal raya tak sah kalau tak ada kad raya kan? Kalau dulu-dulu zaman remaja belia, 10 hari puasa dah sibuk dengan kad raya. Biasanya petang-petang hari minggu dah berpakat dengan kawan-kawan nak ke kedai buku beli kad raya. Tapi sekarang bukan hanya di kedai buku, tapi bersepah kat gerai-gerai biasa pun ada. Dulu-dulu tak mainlah gambar2 kartun. Gambar bunga, masjid dan yang femes mestilah gambar pemandangan.

Kad dulu-dulu murah oooo... 10sen sekeping pun ada. Sekarang hinggit2 semuanya. Kalau kanak-kanak mestilah beli yang jenis kartun-kartun. Part yang paling seronok membeli kad raya ialah masa duk baca ayat-ayat pendek kat dalam kad. Yang jenis jiwang, memang meremang habis lah. Tapi yang paling femes dan paling simple ` Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'. 

Ada kad khas untuk ibu bapa, kawan2, cikgu, kekasih2 dan untuk tunang tersayang pun ada sekarang ni. Jangan tak tahu. Tunggu lah lain kali mesti ada kad untuk adik/kakak ipar, abang/kakak angkat. Kalau zaman sekolah mesti beli kad raya untuk cikgu. Kalau untuk kawan pulak, kawan2 baik je kita bagi dengan harapan dia mesti balas kad kita tu. Padahal hari-hari jumpa dalam kelas.

Lepas tu kan, kad-kad yang kita dapat, kita lekatkan pulak kat dinding atau kakak aku suka sangat gantung kad-kad tersebut kat ranting2 pokok. Lepas tu letak kat ruang tamu. Yang paling best, siap berlawan sesama adik beradik, siapa yang paling banyak dapat kad raya.

Dan yang paling banyak kerja dimusim perayaan, mestilah abang posmen kita. Memang bertambah kerja betullah dia orang ni. Jangan dibuang dalam semak dah kad-kad raya tersebut. Macam pernah terjadi dulu-dulu tu. Kepada abang posmen yang menjalankan kerja dengan ikhlas dan jujur, terima kasih abang posmen..we salute u.....

Tapi sekarang, orang dah tak berapa nak main dah kad-kad raya ni. Ucap selamat hari raya dengan sms je. Yang paling canggih sikit hantar lah e-card. Tapi yang tak ada PC, internet..nasib badanlah...
ketinggalan zaman lah nampaknya.

Dan seperti biasa lah, company2 yang ada bajet lebih mesti menyediakan kad-kad raya untuk diagihkan kepada kakitangan. Tak terkecuali company aku. Pernah sekali (tahun berapa aku lupa) dapat 10 keping sorang. Time tu kita dah dewasa, memang malas sikitlah nak hantar kad-kad raya ni. Biasanya aku just bagi kat anak-anak aku. Tapi dia orang sekarang ni pun dah tak main dah kad-kad raya ni.

Tapi tahun ni, sedikit kelainan yang dibuat oleh company aku ni. Dah tak main dah kad-kad raya. bajet ciput agaknya tahun ni...hihihi....hai!..tutup kedailah kedai-kedai printing...  

Hanya dapat ini jerrr...melalui email. hihihihi.....Disuruhnya kita orang hantar eecard ni je kat kawan2 even bussiness partnet.

Jadi dikesempatan ni, aku pun nak lah letak e-card untuk diberikan kepada pembaca2 setia kat blog. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya yang serba kekurangan ni. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada terkasar bahasa semasa menulis. Kadang-kadang tak sedar apa yang kita tulis, dek kerana seronok menaip, main belasah je kan. 

Walaupun masih terlalu awal untuk meminta maaf, tapi tak salah kan? Biar terawal jangan terlambat. Kalau boleh hari-hari nak minta maaf.....

Share the joy of Eid Mubarak with all your business associates, friends and family worldwide by forwarding this e-card to them.





- SELAMAT BERBUKA PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA -

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!

 
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, 
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

                              Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, 

Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, 


Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina


Seribu senyuman belum tentu menawan hati,
Satu jelingan suduh cukup menimbulkan rasa benci,

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan yang
 menyinggung perasaan saudara saudari,
dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMUM, AAMIN.


Tuesday, July 26, 2011

Perempuan vs lelaki part II


Perempuan ni kan memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan? Korang sokong tak dengan kenyataan aku ni. Senang-senang je nak dapat dosa. Tapi amat senang untuk masuk Syurga. Kalau kena dengan gayanya. Tapi amat susahlah untuk menjadi sepertimana Siti Khadijah. Sanggup berkorban apa saja.

Lelaki memang sempoi.



Tapi kalau perempuan, MasyaAllah. Ini belum start berchit chat lagi ni. Kalau dah start chit chat macam-macam gossip yang akan keluar. Tapi korang tak macam ni kan?


Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi ni, marilah kita wahai kaum-kaum hawa sekelian memuhasibah diri kita. Cuba-cubalah tutup hati kita dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Jadilah wanita yang solehah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang apa yang kita lihat yang ada pada orang lain bukannya bagus sangat pun. Itu semua adalah hawa nafsu semata-mata.

`HAWA NAFSU AKAN TERUS MENUNTUT BILA ENGKAU MEMANJAKANNYA. TETAPI JIKA ENGKAU PAKSAKAN IA PADA APA ADANYA, NESCAYA IA MAHU MENURUTI KEHENDAKMU'
 

Monday, July 11, 2011

Alangkah bagusnya kalau.......

Salah satu cara bila aku tengah stress dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernah nak habis-habis ni (iyalah, kalau habis mesti aku dah tak kerja kat sini lagi kan?) ialah dengan menjenguk gambar-gambar lucu kat Fropki.com ni. Boleh release tension sikit bila boleh gelak-gelak kan?.

Bestkan kalau........


Ni bila time nak guna dengan Nokia N8 aku. Memandangkan aku tak ada blackberry atau yang seangkatan dengannya, terpaksalah nak mengceduk wifi orang lain...hihihi


Benci habuk. Bila time kemas rumah (terutama sekarang ni semua kerja rumah dah kena buat sendiri). asyik bersin tak henti-henti. Sampai ke mata dah merah-merah.


Terutama handphone. Bila asyik main game je. Mulalah bateri semacam je...Kita nak call mana-mana dah gelap gambor. 


Memang makanan ringan sekarang ni ciput je isinya. Harga tetap sama, malahan ada yang dah naik harganya. Tapi isi kat dalam, hampeh....Bukan kata nak share, nak makan sorang pun just lekat celah gigi jer....


Yang ni memang suka sangat. Terutama tiba-tiba kalau rasa nak terberak kat dalam kereta. Mulalah rasa nak pergi tekan je suis lampu traffic tu supaya bertukar ke hijau. Boleh macam tu?


Benci betul bila time nak beli kasut terutama ada sale. Setiap kasut yang aku berkenan, selalu je tak ada saiznya. Tak tahulah kenapa...tak ada ong betul lah aku kalau bab membeli kasut ni. Kesudahannya balik Kertih beli je kasut ke Mesra Mall.


Hihihi... yang ni tak dapat komen apa-apa. Layan je lagu tu. Merah pun merah lah punch card. Ada ke orang macam aku ni?


pic. credit to Fropki.com

Wednesday, April 20, 2011

Telur Oh! Telur

pic. google
Aku pasti semua dah tahu pasal kehadiran telur tanpa diundang ni dipasaran. Mungkin kat Malaysia ni tak adalah secara meluas sangat dengan erti kata lain, kat supermarket kat kampung aku ni memang tak ada lagilah kes-kes menjual telur yang tak ori ni.

Dan aku juga pasti, dah ramai orang duk bercerita pasal bagaimana telur-telur tak ori ni dibuat. Dari kulit telur sampailah ke isi telur. Ada jugalah aku duk menerima email-email dari kawan-kawan dan siap ada gambar lagi bagaimana proses pembuatan telur ni. 

Aku cuma nak share dengan kawan-kawan semua bagaimana nak mengenal pasti telur tak ori ni. In case kita tersalah beli.... Maklumat ini aku cedok dari Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP).

Telur tak ori ni apabila dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tak ori agak berkilat berbanding telur ori, tetapi tidak begitu ketara. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur ori.

Apabila telur tak ori digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur ori agak berbau seperti daging mentah. Ketuk-ketul sedikit telur itu. Telur ori berbunyi lebih rapuh berbanding telur tak ori. (bagaimana bunyi rapuh tu agak-agak macam korang makan kerepek yang rapuh-rapuh tu).

Selepas memecahkan telur tak ori, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ketika menggoreng telur tak ori, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

So, korang semer silalah berhati-hati kerana kemungkinan telur tak ori ini juga mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. 

Sharing is caring....

Love u all

Monday, April 18, 2011

Kau Lelaki, Aku Wanita




Tuesday, April 12, 2011

Aurat bukan Urat....

Jom kita baca pantun seloka dibawah. Dah baca tu renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah....

SELOKA AURAT

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkup,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah mekap.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walupun ketat,
Walaupun cantik tetap singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Lagilah aneh bila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada, iman terjungkir,
Kain terbelah paha terukir.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Kesana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Ditambah pula jika bertudung,
Supaya syaitan susah nak bertarung.





Nukilan :
Siti Aishah Mustafa,
Tampin, Negeri Sembilan
(Keluarga - March 2011)          

Friday, April 08, 2011

Agungnya CiptaanMu


Ketika Allah menciptakan insan bergelar wanita , Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "

Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini ? Lihat...Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik. Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan. Mampu menjaga banyak anak bersamanya. Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini. "

Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari"

" Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada malaikat-Nya.

Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita. Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "

Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .

" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.

Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa"

Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .

" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya. "

Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya. "

Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "

" Air mata adalah satu cara untuk diamenyuarakan perasaanya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ", sambung Allah.

Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".

Allah menjawab, " Ya mesti...

Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki. Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri. Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air matadi saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan. Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya. Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan. Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya. Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.

Cintanya tanpa bersyarat !

Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya.
Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.
Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.

Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.

Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan ? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".

Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".

Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ? "

"Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya." , jawab Allah.

Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi...


Thursday, April 07, 2011

Jackie Chan meninggal dunia?

Petang semalam riuh kat opis aku ni duk bercerita pasal Jackie Chan dah mati. Walaupun cerita ni macam dah basi, entah macam mana ada sorang kakak yang selalu kepoh kat dept. kita orang ni datang bawa cerita. Aku dengan pantas terus menanya kat pakcik google. Aku dah suspect memang itu adalah rumours semata-mata... 

Rasa nak tergelak pun ada kat diorang semer ni. Dah tak ada kerja lain agaknya orang yang membawa berita-berita palsu ni. Teringat ada satu game yang pernah kita orang main semasa team building kat PD dulu-dulu. Monkey do Monkey don't kalau tak silap nama game tu. Nak cerita serba sedikit cara permainannya. Kita orang kena berbaris dalam satu barisan. Orang pertama dapatlah satu cerita yang dibaca, kemudian kena cerita kat orang seterusnya sampailah kepada orang yang terakhir. Orang terakhir akan menceritakan balik apa yang didengar kepada cikgu. Memang sah-sah dah jadi lain cerita tu. 

Kesimpulannya, jangan terlalu percaya kepada orang membawa berita-berita hangit seperti ini. Kerana kadang-kadang ceritanya dah jadi lain bila dah banyak sangat cerita dibawa dari mulut ke mulut.

Ni aku copy petikan dari The Press Ass. (google). Kesian kat Jackie Chan. Member entah-entah tengah duk bersenang lenang sekarang ni kat kampung halaman. Sedap mulut je kita duk cakap dia dah mati.



Jackie Chan death rumours denied
Jackie Chan has reassured fans he is alive and well after rumours of his death began to circulate on the internet.
The Rush Hour star was rumoured to have died of a heart attack aged 56 after pranksters began to report the hoax on social networking sites and 'RIP Jackie Chan' was soon trending on Twitter.
A statement on Jackie's official Facebook page said: "Jackie is alive and well. He did not suffer a heart attack and die, as was reported on many social networking sites and in online news reports.
"Jackie is fine and is busy preparing for the filming of his next movie."
The Karate Kid star also posted a picture on his official website jackiechan.com showing him meeting with Yuji Kumamaru, Consul-General of Japan, in Hong Kong on Tuesday to discuss a charity benefit for the victims of the earthquake and tsunami in Japan.
Jackie is helping organise the Love Without Borders 3/11 Candelight Gala on April 1 at Victoria Park in Hong Kong.
Jackie Chan has been in Hong Kong discussing
a charity benefit for the people of Japan
Copyright © 2011 The Press Association. All rights reserved.



Tuesday, April 05, 2011

Happy Anniversary


Hari ini genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16. Dah 16 tahun aku berkongsi hidup dengan seorang yang bernama lelaki. Berkat perkongsian hidup selama 16 tahun ni jugak, Alhamdulilah kami telah dianugerahkan dengan 2 orang putera yang ganteng2 dan 2 orang puteri yang comel lote gitu.

Alhamdulilah syukur kami kehadrat Ilahi kerana sepanjang 16 tahun berkongsi hidup bersama, kami telah berjaya mengharungi segala badai dan onak dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi hidup dalam berumahtangga. Tetapi itu semua tidak pernah melunturkan kasih sayang dan keharmonian rumahtangga kami. Malahan semakin menambahkan lagi keyakinan terhadap pasangan masing-masing. 

Tidak ada apa-apa lagi yang aku inginkan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ini. Cukuplah sekadar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. 

Sekadar ingin berkongsi pengalaman setelah melayari 16 tahun bahtera perkahwinan.

1.  Belajarlah menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing. 

2.  Kita perempuan jangan terlalu banyak pot-pet2. 

3.  Jika kita ingin pasangan kita melayan kita sepertimana yang kita inginkan, maka kita kena buat dulu apa yang kita nak tu kepada pasangan kita (faham tak ayat aku nih).. nanti akan datang keajaibannya...

4.  Komunikasi amat-amatlah penting. Jangan berdiam diri sekiranya tak suka dan sebaliknya...berterus terang lagi baik dari simpan dalam hati. Kerana semakin lama kita simpan lama-lama dia akan meletup dan habislah bila dah meletup...

5.  Masalah hari ini, hari ini juga settlekan...paling lama malam karang sila settlekan ya...faham2 aje ler

6.  Kita perempuan jangan terlalu banyak meminta. Kalau dia bagi ambik ajer...hihihi

7.  Sekali sekala tu keluar-keluarlah dating bersama. Keluar dinner ke tengok wayang ke..

8.  Dalam perbualan harian kenalah buat joke2 sikit. Jangan terlalu serius jer 24 jam

9.  Jangan malu-malu tunjuk kasih sayang kita depan anak-anak. Tak adalah bukan maksud aku cium bagai, cukuplah sekadar pegang-pegang tangan ke, cium2 pipi isteri/suami ke...alah yang lain2 tu korang fikirlah     sendiri..

10.  Jangan malu-malu mengucapkan I Love U kat pasangan kita. Walaupun dah 16 tahun kahwin, kami still       lagi I lov u, u love me...jiwang wehhhhhhhh

11.  Lagi satu yang paling penting sekali, selalu-selalulah tanya wife/hasben kita.. dah makan ke? makan apa       hari ni?... aku rasa bila hasben aku tanya menda2 simple macam ni.. rasa dia amik berat sangat pasal        kita. Walaupun dah 16 tahun kahwin, perangai tetap sama dari dulu lagi semasa bercinta hinggalah       sekarang, pagi2 sampai je kerja mesti call nak tanya dah sampai opis ke? makan apa pagi ni? .. 

Aku je yang kadang-kadang terlupa nak tanya menda2 gitu semua. Mungkin aku ni pengasar sikit kot. Walaupun sesetengah orang duk fikir apalah, macam orang bercinta je, semua nak tahu. Laaaa.. kalau dah kahwinlah patut kena tahu semua. Terutama kalau nak keluar makan bersama kawan-kawan. Dah jadi tabiat aku mesti nak bagitahu kemana saja aku pergi. 

Walaupun kami ni tak adalah seromantik seperti pasangan-pasangan lain. Tapi mungkin dengan cara mengambil tahu berkenaan pasangan masing-masing tu lebih romantik bagi aku dari memberi sejambak bunga atau sekotak coklat..eeeeeeiiii.. goli den.....coklat hari-hari boleh je beli kat LMart..



“ Ya Allah,
sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Saturday, April 02, 2011

Sayangilah jantung kita


Terkejut ke bila tengok gambar diatas? Rasa-rasanya tak adalah terkejut sangat. Sebab sekarang ni situasi sebegini sudah jadi perkara biasa. Cuma yang mungkin akan membuatkan kita terkejut apabila kita mengenali mangsa-mangsa. 

Kesnya sama macam arwah Shamrin. Kejadian berlaku dipadang bola jugak. Cuma, Alhamdulilah, umur Malek Noor masih panjang apabila mendapat rawatan dengan cepat. Dia sendiri pun tak sangka kena serangan jantung. Dia ingatkan hanya angin biasa aje, sementelahan sebelum turun ke pandang beliau telah makan durian kampung. So, ingatkan durian penyebabnya.

Itulah yang selalu terjadi kepada kita. Jangan disangka yang tidak disangka-sangka itu akan terjadi kepada kita. Oleh kerana itu, amatlah disarankan sekiranya sesiapa yang berumur 35 tahun keatas, dinasihatkan menjalani medical check up secara terperinci. Terutamanya jantung. Tapi bukan hanya medical check up saja yang patut dibuat, senaman kardio juga patut diamalkan selalu. Semua dah tahu yang penyakit jantung adalah pembunuh no. 1 sekarang ni.

Kita akan mula sedar dan insaf (macam buat jahat aje kan) apabila seseorang yang rapat / kenalan kita yang terkena serangan sakit jantung ni. Macam aku sendiri. My ex boss kat KPSB dulu terkena serangan sakit jantung apabila beliau menghadiri kursus yang ala-ala team building di Cameron Highlands. Rasa terkejut dan tak berapa percaya apabila isteri beliau menghubungi aku untuk memberitahu perkara tersebut. Dalam 3 bulan jugak aku tak ada bos. Nasib baik serangan tu tak berapa kuat dan sempat diberi rawatan. Setelah menjalani pembedahan demi pembedahan akhirnya Alhamdulilah beliau kini telah pulih. Tanda-tanda serangan pulak bukan kat jantung cuma sakit perut je. Tapi tak hilang-hilang jugak walaupun dah makan ubat. Keputusan cepat beliau untuk ke Hospital Pakar di Ipoh amatlah tepat. Sebab bila ke klinik biasa, hanya ubat sakit perut biasa je yang doktor bagi. Mungkin sebab rasa tidak sedap hati, beliau meminta pihak penganjur kursus menghantarnya ke Hospital Pakar. Yang pasti lepas je dapat tahu sakit jantung, rokok 100% dah tak boleh hisap. Iyalah dia tu kaki hisap rokok. Memang perokok tegar lah.

Arwah bonda aku pun mati mengejut juga. Tengah-tengah malam sesak nafas. Tak sampai sejam je, meninggal. Doktor klasifikasikan sebagai serangan sakit jantung. Memang sedih. Walaupun kak long aku seorang jururawat, tapi bila keadaan macam ni. jadi macam tak tahu nak buat apa-apa. Tak sempat pun nak bawa ke Klinik berhampiran. Bila ajal dan sampai, kita sebagai manusia dan beragama Islam, kenalah redha dengan ketentuanNya.

Jadi wahai kawan-kawan ku semua, sayangilah jantung kita. Jom kita berexercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau tak ada masa nak berjogging atau beraerobik, cukuplah sekadar pasang lagu (rancak punya) dan menari bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya 20 minit non stop. Just nak bagi jantung kita pumping dengan kadar laju sekali sekala. Kadang-kadang kita kenalah bagi jantung kita exercise sikit. 

Nampaknya cuaca hari ini sangat baik. Apa kata kita lakukan aktiviti luar hari ini. Rasa-rasanya nak main bola keranjang dengan anak bujang kitalah petang ni. Nak join?



Thursday, March 31, 2011

Syaitan, dimana-mana sahaja


Just nak share semoga dapat dijadikan panduan. Info ni pun my sister yang bagi thru email.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu. Bismillah Hirrahmaan Nirrahiim. Ya Allah, berkatilah kami semua. Ya Allah, Ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dan mereka sebagaimana engkau memelihara kekasihMu, junjungan kami Baginda Muhammad s.a.w.
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt: 

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً 
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, 
maka anggaplah ia musuh mu, (6 : 35 al-Fatir) 

Semua manusia mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.   



SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG  

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه  

“Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air
dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA  

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: 


ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه  

“Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” 
Hadis sahih Bukhari dan Muslim 

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP  

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل  

“Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya.
Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” 
Hadis sahih Muslim 


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ 
SEMASA MENGUAP  

Nabi saw bersabda:  

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه  

“Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap.
Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA  

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: 

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان  

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. 
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” 
Hadis sahih Bukhari

Moral: Janganlah kita terus memaki pada orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, chatbox dapat dielakkan. (ingat tu uolsss)




SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH 

Nabi saw bersabda:  

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة   

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur.
Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” 
Hadis sahih Muslim 


Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.




SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN
BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH  

إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء 

“Apabila seorang lelaki memasuki rumah dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Tetapi sekiranya dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.”  Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan, syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” 
Hadis sahih Muslim (2018)



MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN  

إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعهاللشيطان 
“Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu ke lantai, hendaklah kamu membuang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan kerana ia akan dimakan oleh syaitan.” 
Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT 

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw: 
“Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.” Rasulullah saw pun menjawab:  


ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفلعلى يسارك ثلاثا 
“Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah
engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.” 
Amru berkata: “Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan,
lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” 
Hadis sahih Muslim
 



MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN 

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: 
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?” 
Dia menjawab “Tidak” 


Nabi saw bersabda:  

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان 
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” 
Hadis Ahmad –sahih 


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
 


Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:  

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثلالبيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب 
“Janganlah kamu berkata “Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu,
syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku”
tapi hendaklah kamu berkata “Dengan nama Allah”.
Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” 
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih 

 

Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya.  







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...