Showing posts with label TV show. Show all posts
Showing posts with label TV show. Show all posts

Friday, December 02, 2011

MERLIN SEASON 4


Merlin season 4 episode 9 : Lancelot Du Lac

Aku baru je habis tengok episode 9. Sedih pulak episode kali ini. Kesian Gwen, kena halau. Gwen ni sebenarnya adalah dayang kat istana ni. Adakah akhirnya mereka akan bersama as a King & Queen. King Arthur (Oh ya, dalam season 4 ni dia dah jadi raja) yang semakin hensem. Dan sudah semestinya dibantu oleh young warlock (Merlin).


Memang layan citer ni dari season 1 lagi. Dulu-dulu pernah gak ditayangkan kat TV3. Sampai season 2 je. Kat Astro (CH 702) baru je abis tayang season 3 (bulan posa ari tu). Sekarang ni duk ulang tayang balik season 1. Merlin ni adalah salah satu rancangan favourite tv show aku & Danny. 

Apa pulak citer favourite (TV show) korang?


 

Sunday, May 29, 2011

Apa yang tak kena dengan ko ni Hazama?

Frust betullah semalam. Frust bila Terengganu kalah dengan Kedah. 1 - 0. Habis ranap rekod Terengganu yang tak pernah kalah main ditempat sendiri. Dileburkan oleh Kedah. Memang badi kalah dengan Kedah tak pernah hilang kat pasukan Terengganu ni. Berapa kali Ashaari duk try shoot bola ke jaring, asyik dapat tangkap je keeper Kedah ni. Tendangan percuma pun tak dapat nak nolong Terengganu. Sekarang Kelantan dah naik tangga atas balik. Macam mana tu? Dah lari dari tajuk dah ni. Frust punya pasal...


Si Hazama ni pun satu. Nyanyi lagu si Mus tu macam tak nak lepas habis jer. Macam orang tahan kentut jer. Muka dah bagus ala-ala My Chemical Romance pun ado aku nengok eh. Tapi tak rock mana lah brader. Kenapa tak tarik habis-habis masa kat chorus tu? Dah lah tu, siap tukar melodi pulak. Potong stim betul lah.

Aku dah siap bertukar channel cuma nak tengok ko sorang je menyanyi. Alih-alih ko pulak nyanyi macam tu. Macam mana tu? Memang patutlah abang Hattan pun rasa frust. Aku peminat setia ko ni pun frust, tahu tak? Walaupun aku tak ngundi ko (tak ada duitlah nak antor sms, kalau ko xpax jimatlah sikit kredit aku). 

Lagu tu memang lagu berhantu, sepatutnya ko pukul habis semalam. Lepas je suara sepenuh jiwa raga ko. Masa menjerit tu ko jerit lah kasi akak Ogy takut sikit. Barulah ala-ala Mus. Walaupun tak 100% macam Mus. 

Apa-apa pun minggu depan ko buat betul-betul lah. Tak kiralah dapat lagu rock lagi sekali ke, lagu balada ke yang penting all out ok.

Kalaulah Hazama terbaca blog aku ni best gak. Agak-agak ada masa ke dia nak baca blog-blog ni? Agak-agak dia ada blog tak?

Sunday, March 20, 2011

Juara Raja Lawak Musim Ke5


Walaupun dah agak basi, tapi aku nak umumkan jugak juara raja lawak musim ke 5 disini. Keputusan ditangan pengundi, jadi kepada sesiapa yang tak mengundi tu, senyap aje lah ya.

Sebenarnya aku agak terkilan jugak, iyalah umum semua dah tahu aku peminat kumpulan R2. Jadi bila Man disebut sebut pemenang, rasa hampeh jugaklah. Disebabkan itulah hari ini baru aku buat entry pasal keputusan raja lawak ni. Walaupun tangan aku agak gatak-gatal untuk mengulas dengan lebih lanjut pasal ni. 



Tak adalah aku nak mengatakan yang si Man tu tak kelakor. Kelakor tu tetap kelakor. Cuma lawak dia pada malam tu dah biasa diguna pakai olehnya pada sebelum ni. Ala, yang lawak ala-ala along, mafia bagai tu.

R2 tetap the best. Lawak mereka memang fresh. Pasal orang gila tu memang kelakar. Cuma masa tak cukup sedangkan pengisiannya banyak yang nak dishare.

Balas hancus lah malam tu. Dahlah selalu sangat karakter jejai tu dibawa. Macam nak sambung yang minggu lepas je (lawak mereka dengan kumin tu).

Apa-apapun tahniah kepada Man dan juga kepada para pengundi Man (tak sia-sia korang mengundi). RM100,000.00... fuh... pak cik kayo.... Bangga kejap warga-warga kerja Pos Malaysia. Ada jugak orang Pos Malaysia yang kelakor ya....Biasanya abang-abang posmen serius giler je kerjanya. Tiba-tiba teringat kat abang-abang posmen. Lama betul tak berjumpa dengan abang-abang posmen. Balik je dari kerja just check sahaja surat dekat peti surat. Zaman dulu (kanak-kanak) suka benor bila dengor posmen bunyikan hon motorsikal. Berebut berlari keluar rumah nak gi ambik surat dari posmen. Sekarang, siapa posmen kat kawasan rumah kita pun tidaklah kita ketahui..

Apa pulak aku merepek dari raja lawak ke posmen ni.... hahahaha

Wednesday, March 16, 2011

So You Think You Can Dance 7


Salah satu program TV kegemaran aku ialah program-program yang berbentuk tarian. Kenapa aku suka sangat tengok program-program sebegini, sebab aku memang suka menari. Walaupun bukanlah seorang penari professional. Cuma kadang-kadang ada jugaklah mengadakan persembahan untuk event kecil-kecilan. ahaks.. promo tu beb...

Tak nak ceritalah pasal aku, nanti lari dari tajuk pula. Lagipun entry ni bukan pasal aku pun. Dilain masa aku cerita pasal aku punya show pulak wokey...

Kepada sesiapa yang mengikuti So You Think You Can Dance ini dari season 1 sampai sekarang, mesti setuju bila aku cakap yang peserta-peserta program ini semakin lama semakin mantap. Semua berebut nak masuk program ini. Ala, kalau kat Malaysia ala-ala program Mari Menari. Tapi kat Malaysia standard menari diaorang mestilah tak sama dengan mat-mat salleh ni.


Penyingkiran semalam memang dah dijangka. Apabila nama Alex Wong diumumkan. Kesian kat mamak cina Amerika ni. Dari last year lagi duk try nak masuk program ni. Last year tersangkut dengan kontrak akademi balletnya. Tahun ni dah dapat masuk, injured pulak pada episod ke 3. Injured masa buat latihan untuk tarian bollywood. Terus tali tendon apantah terkeluar dari tulang. Setelah dilakukan pembedahan, kena rehat 3 bulan. Meloponglah jawapannya... Dia adalah salah seorang favourite judges. Tarian dia memang class giler beb. Iyalah, dia memang dah pandai menari pun, skill tu memang dah ada.

Aku punya favourite ialah Billy. Hensem nak mampus budak ni. Geram betul aku tengok mata. Rasa nak cungkil je biji mata dia (bahaya oooo..kalau en hasben baca mampus aku nih) Sorry bang, abang pun saya geram gak.. yang ni geram kat TV aje.. tak ada maknanya.. hihihi


Tetapi bengkek betullah.. Billy ni dah 2 minggu berturut-turut asyik duk bottom 3 aje. Kenapalah orang-orang Amerika idoknyer mengundi si Billy ni. Dia memang terror habislah menari ni.


Korang boleh buat ke kaki macam ni? Sumpah aku pun tak boleh buat...Nanti ada yang terkoyak rabak pulak kan.... hahahaha

Tuesday, March 15, 2011

Nazmi Terkeluar?


Kepada peminat rancangan Raja Lawak mesti kenal si Nazmi. Agak terkejut juga bila nama Nazmi diumumkan terkeluar malam sabtu baru-baru ini. Aku hanya sempat menonton siaran ulangan kerana berada di KL pada hari Jumaat dan kat hotel (for sure) tak adanya astro Prima ni. Itupun sempat tengok yang kat hujung-hujung rancangan aje. Ingatkan si Man yang terkeluar, tapi bila disebut nama Nazmi, aku agak terkejut dan tak terkata-kata. Memang minat kat Nazmi ni. Lawak dia kira menjadi jugak walaupun kadang-kadang terover dengan volume suara yang agak kuat.

Aku hanya sempat tengok segmen kedua apabila Nazmi berlawak dengan pelawak jemputan (Farouk). Tapi memang nampak jelas Nazmi macam tak bagi chance langsung kat Farouk buat joke. Macam takut sangat Farouk overshadow. Kesian Farouk, baru je nak cakap terus dipintas oleh Nazmi. Tak bagus kan. 

Tahniah kepada 3 peserta yang berjaya melangkah ke final. 2 peserta berkumpulan yang layak iaitu kumpulan Balas (Undian tertinggi setakat ini), kumpulan R2 (my favourite jugak) dan peserta solo Man. Yang layak ke final semunya best-best. R2 dengan lawak selambanya. Man yang pakar meniru lagak orang lain dan Balas yang melawak sedikit lucah (hihihi).

Peserta Final Raja Lawak Musim ke5 - kecuali yang hujung sebelah kanan....
Tak sabar nak tahu siapa pemenang Raja Lawak musim ke 5. Man, R2 atau Balas. Harap-harap R2 yang menang. R2, R2, R2.....  

Friday, February 11, 2011

Wajah baru, semangat pun baru

Wah, tahap kerajinan aku amat tinggi hari ni. Selepas ubah suai dan susun atur semula perabut-perabut di ruang tamu. Ubah suai pulak blog template ni. Kali ini dengan tema unggu. Kenapa unggu? Entah, tiba-tiba minat pulak kat unggu ni. Tapi jangan salah faham, ini tiada kaitan dengan kumpulan unggu tau? Haram tak minat kumpulan unggu tu. 

Tapi, semalam tengok cerita Unggu Cinta (kalau tak salah tajuk). Seronok jugak layan drama melayu sekali sekala. Tapi tak sempat habis tengok sebab kena tukar channel 391 (channel wajib dari kul 10.15 - 11.15). Kepada pengemar cerita korea mesti tahu pasal channel ni. Baru saja 8 episod. Kalau sapa-sapa yang tak sempat tengok dari awal tu, boleh lagi catch up. Nak tahu cerita apa? tengok sendiri lah. 


Lagi satu, jangan lupa malam ini Raja Lawak 5. Aku rasa masing-masing dah ada favourite peserta kan? Aku? Nazmi kot, tapi kumpulan adik beradik R2 tu pun boleh tahan gak. Abang dia memang kelakar giler lah. Jangan lupa tonton jangan tak tonton. 

Ada sapa-sapa pernah tengok ular berak?

Dashyat!!!!!!!!!!

Friday, January 14, 2011

Astro First



Semua dah tahu pasal astro first ni kan? Kalau sapa-sapa tak tahu, meh sini aku nak cerita sikit.

Bermula 13hb. Jan 2011, Astro telah dengan bermurah hatinya (murah ke?) membawa cerita-cerita di pawagam terus ke rumah anda. Dengan bayaran sebanyak RM15.00 untuk satu cerita selama 2 hari (jangan lupa tambah 90 sen untuk govt. tax). Dari channel 481 - 485. Aku kira berbaloi jugaklah. Kalau di congak-congak, lebih jimat dari tengok wayang. Iyalah, kalau sekali tengok wayang (kalau pergi satu keluarga) untuk tiket sahaja dalam RM30.00 lebih jugak (itu kalau pergi hari Rabu). Itu tak termasuk popcorn lagi tu. Iyalah, bukannya nak mengira, tapi kalau dah ada kemudahan macam ni, kenapa nak dilepaskan begitu sahaja kan? Kecualilah kalau kita ni pasangan kekasih yang nak pergi dating bagai tu..(sambil menyelam minum air kata orang). Yang bestnya, siap boleh baring-baring dan yang paling penting boleh tengok cerita tu banyak-banyak kali. Adalah dinasihatkan supaya melanggan cerita-cerita yang ditawarkan pada hari minggu ya.


Oleh kerana kita orang tak tengok pun lagi cerita Ngankung, jadi kita orang pun langganlah cerita ni (just nak try dulu). Dalam masa tak sampai 5 minit selepas sms untuk melanggan dihantar, terus dapat tengok cerita tu. Apa lagi budak-budak tu, enjoy sakan. Dengan LCD 44', siap tutup lampu lagi, lagho lah dia orang. Tengok cerita seram yang tak berapa seram di malam Jumaat. Ada juga suara-suara sumbang berbunyi `kalau ada popcorn best gak ni'. 


Proses untuk melanggan/membeli cerita ni senang sangat. Cuma hantar sms dan tunggu sms kita direply dan ikutlah arahan yang diberikan. Mula-mula tengok cara proses yang senang macam ni, bimbang juga takut sapa-sapa saje boleh melanggan. Terutama kanak-kanak. Tapi jangan bimbang, Astro ada cara untuk mengunci siaran ni (Parental guide). Nak tahu macam mana caranya, korang pergilah ke website Astro.

SO, HAPPY SCREENING......


Monday, January 10, 2011

AJL 25



Masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang AJL25 yang telah berlangsung malam semalam.

  1. Persembahan Terbaik - Faizal Tahir - Hanyut
  2. Vokal Terbaik - Hafiz
  3. Tempat Pertama - Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku
  4. Tempat ke - 2 - Meet Uncle Hussein & Black - Drama King
  5. Tempat ke - 3 - Hafiz - Noktah Cinta

Secara keseluruhannya AJL pada tahun ini memang ada peningkatan dari segi stage dan penataan muzik. 

Tapi malangnya, aku tertidur semasa Stacy, Faizal Tahir (hanyut) membuat persembahan.  Inilah bahananya kalau tengok TV sambil baring didalam bilik tidur. Hahahaha...

Sedar tak sedar, Dato' Syarifah Aini tengah duk nyanyi lagu Kau Tinggi Di Awan Biru.  Semakin sihat aku tengok Dato' kita ni.   Suka tengok persembahan Dato Siti Nurhaliza.  Performance mengalahkan perserta AJL.  Bagus apa? Dato' Siti memang sentiasa memberikan persembahan terbaik tak kira dimana saja. Tabik spring kat Dato' Siti. 

Secara jujurnya, aku tak tengok pun lagi macam mana persembahan Faizal Tahir yang dikatakan very d boom tu. Youtube kat rumah aku pulak amatlah slow macam kura-kura dalam perahu. Sila salahkan Celcom kerana perkhidmatan broadband yang hampeh ni. 




Ramai yang tak puas hati apabila Ana Rafalli ni menang. Mungkin lagunya tak sefamous mana kot (kata akulah). Aku sendiripun baru je 2 kali dengar lagu ni. Pertama kali dengar semasa AJL25 peringkat separuh akhir dan malam tadi adalah kali yang ke 2. Bukan salah syarikat rakamannya atau marketing ya!. Tapi, memang aku jarang dengar radio pun. Masuk kereta, CD / MP3 atau kadang-kadang pasang cerita (apabila bersama anak-anak). Tapi bagi aku, kalau dah juri pilih tu maknanya sedap lah tu. Nak, nak yang jadi juri semua best-best. Bukan calang-calang orang, semua berpengalaman dalam industri muzik. Ketua juri pulak sifu M Nasir. Berani ke korang nak cakap juri pilih bulu.  Atau hanya si Ana Rafalli tu seorang perempuan yang cantik. Tak patut, tak patut. Sesiapa yang ada pendapat macam tu, patut ditukar je skru dalam kepala tu. huhuhuhu

Tapi, dalam ramai-ramai peserta AJL25 ni Shahir lah yang paling kesian. Dahlah tak menang apa-apa, siap kena penampar lagi. hahahahaha....




Shahir tanpa gigi besi, nampak tak hensem lah pulak. Tiba-tiba teringat kat kawan kita si wiwi. Macam manalah rupanya tanpa gigi besi?


Tuesday, December 21, 2010

Kalaulah.....


Korang pernah tak terfikir kalaulah kita diberi superpower seperti geng-geng Heroes ni?  Apa akan jadi kat Dunia ni?  Aku kalau tengok cerita ni mesti berangan-angan nak jadi macam Hiro Nakamura... hahaha..(boleh blah).

Boleh stop kan masa, lepas tu boleh balik ke zaman lampau...best kan? kita boleh pergi perbetulkan balik apa kesalahan yang telah kita lakukan.  Aci ke? kalau macam tu dah tak adalah istilah dosa dan pahala kot.. sebab semua orang buat menda yang baik-baik ajer. Tentu dunia aman sentiasa... aman ke?  Tapi manusia, ah! mana pernah puas dengan apa yang dia ada....

Macam Syler, dia boleh serap segala macam power yang orang ada.  Asal orang ada power yang lain dari dia, dia pun nak jugak... tamak tu weh.....

Aku memang minat giler kat cerita ni.. Siap download lagi semua episod.  Dari season 1 - 4.  Oleh kerana memang sifat aku yang tak sabar-sabar nak tengok ending cerita ni, maka, dengan pantas aku terus mendownload.  Kalau tunggu 1 minggu 1 episod, pah ceroh lah.... (ayat Terengganu tu weh)....

Satu je yang aku tak faham, kenapalah orang jahat selalu jer hensem... ni yang buat aku rasa macam nak bagi juga muka kasihan aku kat dia ni.

Dah habis cerita Heroes, timbul pulak cerita baru `No Ordinary Family'.  Baru je 3 minggu bersiaran kat TV3. Ala-ala Heroes jugak lah.... Semua ahli family ada superpower.  Kalau keluarga kita macam tu macam mana ya?  

Bayangkanlah, kalau nak gi mana-mana tak payah naik kereta, terus jalan dengan laju, sampai tempat yang dituju.  Jimat tu...Apatah lagi kalau dapat dengar dalam fikiran orang lain.  Langsung tak boleh dah nak rahsia-rahsia. Sebab semua menda dia tahu.  Bayangkanlah kalau emak kita macam tu.. takut weh....

Setiap Isnin, 9.00 mlm di TV3

X Men lwn Heroes
Apa-apapun, itu cerita khayalan semata-mata.  Mana mungkin ada orang terbang dan juga mana mungkin orang boleh stopkan masa, kerana semua yang berjalan diatas muka bumi ni berada di landasan masing-masing.  Semua ini adalah Kekuasaan NYA.  Malam datang siang pergi, adalah atas kehendakNYA.  

Ucaplah Subhanalah.....

Sunday, December 19, 2010

Tahniah Uolsssss


Hari ini mood happy walaupun kat luar hujan tak berhenti-henti dari pagi tadi.  Dengar citer kat Rantau Bukit dah naik air dah.  Kesian orang-orang Rantau Bukit… Jangan-jangan aku pun tak boleh balik rumah hari ini sebab air dah naik…

Tak apa, kita tak nak cerita pasal hujan atau banjir, kita nak meraikan kemenangan pasukan Malaysia yang telah berjaya ke final.  So, sapa-sapa yang nak tempah tike penerbangan ke Jakarta tu silalah berbuat demikian.

Tahniah juga kepada pemenang program mari menari  yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.  Ramalan ku benar belaka (fuh, macam tajuk lagu je).  Sorry, Sarah……….

Pic. FB Mari Menari
Pemenang telah berjaya memenangi sebuah kondo mewah tajaan The Haven di Ipoh yang bernilai RM350,000.00 (fuh, mahal tu – kalah harga rumah aku beb), sebuah trofi dan tiket penerbangan ke Bali lagi tu..untuk acara trek celebriti.  Boleh lah dia orang pergi honeymoon buat kali kedua, memandangkan dia orang  baru je 6 bulan kahwin.  Manalah tahu, kot-kot dimurahkan rezeki dapatlah anak pulok.. InsyaAllah.

Monday, December 13, 2010

Banyak tak bagus dari bagus...


Di suatu petang semasa menonton sinetron kegemarannya, tiba-tiba terpacul soalan darinya.
  • Sarah : Mama, kenapa Riana ada baby? Dia kan tak kahwin lagi dengan Galang?
  • Aku : Memanglah dia tak kahwin lagi, tapi em, em, em…
  • Sarah : Kalau tak kahwin kenapa boleh ada anak?
  • Aku : Sebab dia telah berzina.
  • Sarah : Zina tu apa?
  • Aku : ?????
Sarah, Sarah.. macam-macam soalan yang kadang-kadang tak terjawab oleh kita.  Kalau nak cerita kat sini soalan-soalan cepu emasnya, memang letihlah jari ku menaipnya.  Mungkin lain hari kita cerita soalan-soalan cepu emas dari Sarah.

Kesimpulannya, sinetron Cinta Kirana bukanlah satu sinetron yang boleh diambil banyak iktibar darinya.   Kalau dekat Indonesia mungkin biasa agaknya mabuk-mabuk lepas tu tertidur dengan isteri kawan baik (dah jadi ala-ala cerita baratlah pulak).  Adegan-adegan begitu kemungkinan biasa bagi mereka di Indonesia, tapi di Malaysia memang kena tapis dulu dan memang akan kena gunting atau paling teruk kena gam terus citer-citer macam tu.  Apatahlagi kalau tayangannya diwaktu perdana.  Lainlah kalau tayangannya pada selepas pukul 10 malam dan dilabel 13PG.  

Berbanding cerita-cerita sinetron Malaysia, mesti banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita-cerita tersebut. Tapi aku hairan, kenapa kita masih membeli cerita-cerita dari Indonesia sedangkan jalan ceritanya bukan bagus sangat. 

Apakah kita masih lagi kekurangan karya-karya bermutu untuk diketengahkan?  Cewah.. bajet serius giler aku ni… apahal? Tapi, nasib baik si Randi Pangalila tu hensem dan baru je dapat tahu yang dia 
juga adalah penyanyi… terus download lagu Lewat Semesta...

Finalist Mari Menari

Pasangan Ariz

Pasangan Razif

Pasangan Zul
Pasangan Fahmi
Tersenarai diatas adalah finalist-finalist Mari Menari 2010.  Kalau ikutkan diawal-awal episod, cuma 3 pasangan akan tersenarai ke final.  Last2 semalam Astro buat kejutan (kalau tak ada kezutan-kezutan ni bukan Astro lah) 4 pasangan yang layak ke final.

Layakke pasangan Zul ke final?  Adilkah hanya undian SMS akan dikira semasa final nanti?

Entahlah belalang.... aku tak amik pot pun... yang penting tengok ajer, kepada sesiapa yang nak tengok.. kalau tak sila tukar channel RTM2 - rancangan pilih kasih pun on air pada hari yang sama jugak.   Baru je start minggu ni... tapi malaslah nak ikut rancangan ni.  Bosannnnnnnnnnnnnnnnnn............

 

Monday, December 06, 2010

Mari Menari

Semalam 2 pasangan telah disingkirkan.  Hanya tinggal 5 pasangan lagi yang akan meneruskan cabaran.



Pasangan Rosdi aku rasa patut tersingkirlah.  Sebab dia orang tu keras semacam lah.  



Pasangan Zarin pulak, husband dia tu nampak macam keras sangatlah.  Zarin dengan cerita bekas penari.  Kira ada asas dalam tarian jugak lah.  Lagi satu, dengan cerita si Zarin ni anak kepada bekas Technician kat PMO ni (Offshore).  



Peserta pilihan aku ialah Razif.  Kedua-dua pandai menari.  Nampak banyak sangat improvement dia orang.  Yang isteri daripada tidak berapa pandai, kini macam dah professional dancer.  Suka sangat bila dia orang dapat menari lagu I like it move it, move it.... comel sangat....




Pasangan pilihan Sarah ialah Ariz.  Sebab si Ariz ni hensem dari kaca mata Sarah lah... ada pulak pilih macam tu, layan ajer lah Sarah ooiii.


Peserta pilihan Danny, pasangan Zul.  Sebab si Zul ni ala2 korea.  Kalau nak tahu si Danny ni apa2 ajer yang berkaitan dengan Korea dia mesti minat. Sampaikan rambut dia pun nak tiru korean artist.  Tapi yang sebenornya, pengaruh Ummi aje tu....Ummi, kalau berkenaan dengan Sepet2 ni mesti minat.  Apatah lagi blog Sepet88 ... sudah lari dari tajuk ni...


Pasangan Nita ni pulak, langsung tak nampah keserasian.  Ini masalahnya kalau adik-beradik.  Nak pegang lebih-lebih rasa geli.. ada pulak macam tu... dah awak nak masuk pertandingan mari menari, mesti dah tahu akan adanya tarian yang memerlukan pegang-pegang ni.  Itu belum lagi bab angkat mengangkat, bab berlakon macam kekasih (macam hari sabtu baru ni).. aksi mereka hambar sangat.  Eye contact langsung tak ada.  Ini kritikan dari juri yang tak bertauliah (akak lah ni).  Kita yang juri tak professional ni pun nampak macam tu, apatah lagi Mr Joseph.  Malam tadi buat pertama kali dia orang duduk kat bottom 3.  Mesti dah tak senang duduk tu.   Kalau next week tak buat all out.  Nasiblah.  Pssssss... aku tak ngundi pun... 


Apa-apapun, kita tunggu saja malam final nanti.


Thursday, November 25, 2010

The Amazing Race Asia - Season 4

Seperti mana yang dibagitahu semalam, aku sekarang berada di bumi Kelantan. Baru je sampai pagi tadi.  Bertolak dari Kertih pukul 3.30 pagi. (fuh, awal giler). Bukan apa, nak jimat masa, sekurang2nya hari ini dah boleh pergi jalan-jalan.
Eh, dah lari dari tajuk.  Pasal bercuti kat Kelantan ni, lain kali kita cerita.
Yang sebenornya, nak cerita pasal TARA musim ke 4 ni.  Frustlah, sebab pasangan Malaysia semua sudah terkeluar.  Kita memang sokong pasukan kedua Malaysia ini. Of courselah, kita mestilah sokong Malaysian kan? apa raaa aku ni?  
(Pasukan pertama dah terkeluar - ala, pasangan bini dia yang mengada2 tu...nak masuk TARA tapi takut nak bungee jump... awak dah tahukan, dalam TARA ni mestilah ada macam2.  So, kena cukup fit dan tak takut untuk menyertai apa jua cabaran.  Ini bungee jump pun takut.  Kesian, suami dia.  Cool lah husband dia tu, jarang je nak marah2.  Tapi wife dia tu, asyik marah2 jer)
Khairie & Ethan ni memang bestlah.  Si Khairie ni sikit punya cool.  Langsung tak gelabah.  Berbeza dengan Ethan.  Tapi nak buat macam mana, nasib tak menyebelahi mereka.  Disebabkan tersalah pilih tugasan.  Kalau ikutkan, dia orang memang dah first, tapi buang masa lama sangat kat kubur cina tu.....
Sedikit frustlah sebab kondo yang aku sewa ni tak ada Astro. Ini bermakna no Amazing Race lah malam ni... 
Kiranya bolehlah aku bagi alasan kat diri ku ni, tak apalah tak tengok pun sebab pasangan Malaysia dak tak ada.. (alasan boleh blah...)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...