Tuesday, July 26, 2011

Perempuan vs lelaki part II


Perempuan ni kan memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan? Korang sokong tak dengan kenyataan aku ni. Senang-senang je nak dapat dosa. Tapi amat senang untuk masuk Syurga. Kalau kena dengan gayanya. Tapi amat susahlah untuk menjadi sepertimana Siti Khadijah. Sanggup berkorban apa saja.

Lelaki memang sempoi.



Tapi kalau perempuan, MasyaAllah. Ini belum start berchit chat lagi ni. Kalau dah start chit chat macam-macam gossip yang akan keluar. Tapi korang tak macam ni kan?


Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi ni, marilah kita wahai kaum-kaum hawa sekelian memuhasibah diri kita. Cuba-cubalah tutup hati kita dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Jadilah wanita yang solehah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang apa yang kita lihat yang ada pada orang lain bukannya bagus sangat pun. Itu semua adalah hawa nafsu semata-mata.

`HAWA NAFSU AKAN TERUS MENUNTUT BILA ENGKAU MEMANJAKANNYA. TETAPI JIKA ENGKAU PAKSAKAN IA PADA APA ADANYA, NESCAYA IA MAHU MENURUTI KEHENDAKMU'
 

Makan, makan, makan

Bosan weh, asyik makan aje ni. Bila nak kurus macam ni. Tapi kalau tak pergi bila orang jemput, tak baik pulak. Nak jaga hati kawan-kawan kenalah pergi jugak. Itu adalah alasan-alasan yang biasa kita pakai, atau kata orang alasan yang lapuk. Kalau dah nak makan tu, makan aje lah. Dan kalau dah nak gemuk tu, gemuk aje lah. Yang sebetulnya memang ko yang malas nak exercise. Dah tahu makan banyak, pergilah exercise. Pergilah berlari keliling rumah ke, buat sit up ke (yang paling aku malas) dan macam-macam lagi lah.

Tapi itulah sebenarnya hakikat kehidupan. Tanya diri kita sendiri, adakah kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Kalau tak makan pun tak bolehlah jugak. Orang-orang kat Somalia bukan main tak cukup makan. Kita kat Malaysia ni bukan main banyak makan. Apa nak jadi? Tak reti-reti nak bersyukur.

Minggu lepas baru je balik kursus diet & management. Bukan main berkobar-kobar lagi bila cakap pasal kalori ni. Tapi minggu ni, kalori ke mana, exercise ke mana. Yang ingat nak isi perut je. Kalau mengikut sunah, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Tapi kita memang kena tunggu perut lapar baru makan. Tang berhenti sebelum kenyang tu rasa-rasanya boleh je diamalkan.

Ni bulan posa dah dekat. Orang lain duk sibut berposa sunat untuk ajar perut berposa sebulan nanti. Aku duk sibuk makan, makan, makan…..

Macam mana ni?

Tuesday, July 12, 2011

Bacaan Yassin

9/7/2011 @ 3.00 pm.

Hari sabtu lepas genaplah 7 hari pemergian arwah (ibu mertuaku). Sebenarnya rancangan untuk mengadakan bacaan yassin ini dah dirancang awal-awal oleh arwah. Bertujuan untuk mengadakan kenduri doa selamat diatas kesihatan beliau dan sekali gus untuk cucu-cucu arwah yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini (termasuk AK). 3 minggu sebelum arwah meninggal, arwah ada datang rumah aku nak discuss pada majlis ini. Kami adalah berbincang menu apa nak buat, nak panggil sapa dan lain-lain lagi. Arwah bercadang nak buat nasi hijau (nasi pandan katanya). Memandangkan arwah adalah seorang tukang masak, selalu gak ambil tempahan sekiranya ada jamuan. Macam-macam jenis nasi dan lauk-pauk yang selalu direka cipta. Sayangnya menantu dia tak pulak pandai masak macam dia kan?.

Jadi, kami adik beradik bersepakat untuk meneruskan aje majlis ni memandangkan door gift pun dah arwah tempah awal-awal dari kedai souvenir. Rasa sedih pulak masa kedai tu call suruh amik tuala yang dah siap. Kami adik beradik pakat-pakatlah memasak. Tak ada ambil tukang masak pun, memandangkan along dan angah ada bakat memasak seperti arwah maknya juga. Even adik-adik ipar aku juga pandai masak dan buat kuih. Tak terkecuali En Hasben. Malu jugak kadang-kadang tu bila berada kat dapur bersama-sama dia orang. Bila masing-masing duk cakap pasal masak memasak ni. 

Cuma menu kami tukar. Masak nasi minyak je. Dan sudah semestinyalah rasanya pun lain kan? 

Antara menu hari tu :-


Ayam masak merah sudah semestinya

Acar nenas masak dan sambal belacan yang terangkat lidah2 bila dimakan (special dari angah)

Labu masak lemak untuk dimakan dengan nasi putih

Goreng ikan tongkol (aya), kat Terengganu ikan aya mesti tak tinggal
Alamak, gulai daging lupa pulak nak snap.

Salah satu kuih kegemaran keluarga kami adalah kuih takung. Setiap kali jamuan mesti tak tinggal kuih ni. Dan yang paling expert buih kuih ni adalah adik ipar aku Fida. Hari tu kami menyediakan sebanyak 100 lebih jugaklah kuih takung ni. Daun pandan tak menjadi masalah, kat rumah aku berlambak daun ni. Iyalah, aku bukan masak pun. Sekali sekala je itupun kalau buat nasi lemak pada hari minggu. Kalau tak, kekeringan macam tu je ler.


Sebelum diletak lapisan kedua (putih)


Aku yang begitu gigih membantu menuang lapisan terakhir. Hahaha... nak gelak weh... lenguh tangan-tangan duk kena control. Iyalah, takut terlebih sudah menuang. Lebih putih pulak dari hijau. Macam lebih sudu dari kuah. erm.. boleh ke pakai pepatah ni...layan ajeler..

Dan inilah hasilnya. Sedap weh.... slurpppppppp...menjilat jari....lebih sedap kalau diletak dalam peti ais dulu.. makan masa sejuk-sejuk..rasa sejuk je tekak bila duk menelan kuih ni. Tak payah kunyah-kunyah, tolan ajo.


Setiap tetamu diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih kami kerana sudi datang. Dibekalkan sekali air yassin untuk tetamu bawa pulang. Dan limau sebagai mencuci perut sebab dah makan banyak lemak kat rumah kita orang. hihihi... 
Door gift


Antara tetamu-tetamu yang hadir

Ramai gak tetamu yang hadir yang kebanyakannya ialah kawan-kawan seperngajian arwah. Disamping saudara mara. Adalah dalam 70 orang.  


Majlis petang itu diketuai oleh Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah ni ialah pesara guru besar di Sekolah Kebangsaan Sri Gelugur Kertih. Memang beliau dah ada group untuk bacaan yassin ni. Setiap kali nak buat bacaan yassin just inform dia je. Dia akan bawa anak-anak buah dia. Tapi kali ni tak nampak pulak pakai baju seragam, biasanya baju sama je. 

Ini adalah para usherer pada petang tu termasuk aku. Along, Angah dan Fida. Masing-masing dah bersiap untuk menyambut ketibaan. Semua dah transform daripada tukang masak kepada para jelitawan belaka.



Wah, adik manis ni juga sebagai penyambut tetamu....color mesti nak pink

Monday, July 11, 2011

Alangkah bagusnya kalau.......

Salah satu cara bila aku tengah stress dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernah nak habis-habis ni (iyalah, kalau habis mesti aku dah tak kerja kat sini lagi kan?) ialah dengan menjenguk gambar-gambar lucu kat Fropki.com ni. Boleh release tension sikit bila boleh gelak-gelak kan?.

Bestkan kalau........


Ni bila time nak guna dengan Nokia N8 aku. Memandangkan aku tak ada blackberry atau yang seangkatan dengannya, terpaksalah nak mengceduk wifi orang lain...hihihi


Benci habuk. Bila time kemas rumah (terutama sekarang ni semua kerja rumah dah kena buat sendiri). asyik bersin tak henti-henti. Sampai ke mata dah merah-merah.


Terutama handphone. Bila asyik main game je. Mulalah bateri semacam je...Kita nak call mana-mana dah gelap gambor. 


Memang makanan ringan sekarang ni ciput je isinya. Harga tetap sama, malahan ada yang dah naik harganya. Tapi isi kat dalam, hampeh....Bukan kata nak share, nak makan sorang pun just lekat celah gigi jer....


Yang ni memang suka sangat. Terutama tiba-tiba kalau rasa nak terberak kat dalam kereta. Mulalah rasa nak pergi tekan je suis lampu traffic tu supaya bertukar ke hijau. Boleh macam tu?


Benci betul bila time nak beli kasut terutama ada sale. Setiap kasut yang aku berkenan, selalu je tak ada saiznya. Tak tahulah kenapa...tak ada ong betul lah aku kalau bab membeli kasut ni. Kesudahannya balik Kertih beli je kasut ke Mesra Mall.


Hihihi... yang ni tak dapat komen apa-apa. Layan je lagu tu. Merah pun merah lah punch card. Ada ke orang macam aku ni?


pic. credit to Fropki.com

Sunday, July 10, 2011

Kritikan Membina Masa Hadapan


1st. time aku dapat komen daripada anonymous. Tak apalah awak tak nak memperkenalkan nama pun. Terima kasih jugaklah kepada awak. Disebabkan komen awak ni, bolehlah saya buat cerita.

Suka gak dapat komen macam ni. Bolehlah kita membaiki apa-apa yang patut kat diri kita kan?. Tapi kalau dah melampau ada pulak yang beremosi. Tapi aku, rilex je. Tak terhantuk sangat pun. Cuma rasa bangga kejap sebab ada orang luar yang sudi baca blog aku ni. Tengok dia sudi komen, maknanya dia baca lah tu. Aku ingat selama ni geng-geng seangkatan je yang baca blog aku ni. Tapi orang luar pun ada....wah kembang hidung aku ni.

Tapi tak best kan. Lempar batu sembunyi tangan. Macam mana kita nak berkenalan? Kan best awak cakap awak siapa, tak adanya kita nak marah. Rilexlah, komen macam tu tak adalah tajam mana pun laser nya. Sipi-sipi je kata orang. Tapi, itu kan pandangan saya je. Kalau tak suka tak apalah...

Yang penting, ada aku kisah?

Saturday, July 09, 2011

Terima Kasih Wendy

Entry ini ditujukan khas buat maid aku, Wendy yang baru je menamatkan perkhidmatannya bersama kami.

Dah hampir 3 minggu aku dah tak ada pembantu rumah. Korang bayangkanlah, selama lebih kurang 6 tahun aku ada pembantu rumah. Sekarang ni dah tak ada. Mahunya nak patah pinggang aku ni duk buat kerja rumah. Aku sekarang dah jadi Supermark. Rutin kerja yang tak pernah habis-habis. Bermula dari bangun tidur sampai lah nak tidur. Penat weh.....Sebab itulah blog aku ni dah kurang kencang update nya.

Sebenarnya Wendy ni adalah pembantu rumah aku yang ke 3. Dah 2 tahun dia bersama kami. Kontrak dia tamat pada 16 Jun baru-baru ini. Kami mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil pembantu rumah, memandangkan anak-anak dah besar. Nak ajar mereka semua berdikari sikit. Belajar basuh kasut sendiri. Seronok tengok first time AK & Danny duk basuh kasut. Sarah pun excited jugak nak basuh kasuh sekolah, tapi tak bolehlah kakak, awak tu baru darjah satu, nanti tak cuci bersih kasut awak tu.

Lagi satu, nak dapatkan pembantu rumah baru agak susah juga sekarang ni. Dah lah tu mahal pulak. Jadi kami pun masing-masing mulalah membahagi kerja-kerja rumah. Walaupun ada yang asyik tarik muncung mulut je bila kena buang sampah, tapi terpaksalah kan. Tugas-tugas didapur diserahkan kepada En Hasben. Dia kan suka masak. Ringanlah sikit kerja aku. Aku pulak hari-hari, basuh kain, angkat kain, lipat kain, gosok kain, malam pula buka kain... ops....18sx..hihihi..

Itu hanya sebahagian kerja rumah, sebenarnya banyak lagi kerja-kerja rumah yang lain. Korang tahu-tahu ajeler. Tak payah tulis kat sini lah.

Hari Rabu 15 Jun tu, kami siap ambil cuti. Tolong Wendy kemas barang-barang yang dia nak bawa balik. Settlekan gaji dia via western union dan banyak hal lagi lah. Sebenarnya kami hantarnya cuma ke Airport  di Kuala Terengganu, pagi esoknya barulah dia balik ke Indonesia (penerbangan terus ke Bali - paling dekat dengan Lombok). Kiranya malam tu dia tidur di LCCT lah. Tapi rasanya tak adalah bimbang sangat. Biasanya ramai orang kat LCCT tu. Oh ya, Wendy ni asalnya dari Lombok. Pembantu rumah aku yang dulu, 2, 2 nya dari Jawa Tengah dan Jawa Timur. Bila tengok dalam resume Wendy, asal Lombok, takut gak. Sebab banyak cerita kan pasal orang dari Lombok ni. Tapi Alhamdulilah, selama 2 tahun bekerja bersama kami tak adalah masalah besar. Yang kecil-kecil salah faham tu biasalah. Misscommunication je tu.


Wendy ni agak pandai melayan karenah kanak-kanak. Kiranya amat ngam dengan kakak dan adik. Suka benor menyanyi. Memang ngam sangat dengan Sarah. Any lagu baru je, dia dan Sarah siap dah hafal lirik. Kadang-kadang aku pun hairan macam mana Sarah boleh tahu banyak lagu-lagu baru. Kadang-kadang lagu yang dia nyanyi, aku sendiri pun tak pernah dengar. Itu belum lagi lagu-lagu indon. 


Dengan adik pun si Wendy ni rapat jugak. Suka layan adik main. Adik kan suka main masak-masak. Dia layan aje. Kadang-kadang main hantu. Si Wendy nilah yang kena jadi hantu. Siap main kejar-kejar lagi. Even anak-anak jiran pun join sekali. Tapi sekarang ni aku dah tak bagi budak-budak tu main kat luar. Tak ada orang nak jaga. Tak berani nak lepas main kat luar tanpa pengawasan kita. Kalau si Danny main sama,  baru lah bagi join sekali. Kesian jugak. Tapi masa tak berapa mengizinkan. Main dalam kawasan pagar rumah ajelah jawabnya.

Cenderamata raket badminton untuk anak tersayang....
macam lah kat Indon tak ada ya....
Adik selepas 2 minggu Wendy balik, terus demam. Dekat seminggu jugak dia demam. Agaknya demam rindu. Jenuh aku bergilir cuti dengan En Hasben. Tapi bila tanya adik, rindu kat bibik ke? Dia menafikan. Tapi aku tahu dia rindu. Kadang-kadang ada jugak dia tersebut nama bibik. Tak dapat aku lupa, ada satu hari tu, adik pakai baju yang kebetulan bibik Wendy pun ada jugak baju yang sama dengan adik (aku beli semasa bercuti ke Cameron Highland). Adik duk tanya aku, bibik buat balik tak baju strawbery ni? Siap suruh aku cari dalam almari, kot-kot bibik tertinggal baju tu. Kesian bibik katanya.....

Lambaian terakhir Wendy

Kini dah hampir 3 minggu. Dia orang semua dah hampir melupakan bibik kesayangan dia orang. Oh ya! korang jangan terkejut pulak bila baca nama pembantu rumah aku ni Wendy. Bukan agama kristian tau. Wendy ni Islam. Alim jugak lah. Tudung tak pernah tanggal dari kepala. Boleh jugaklah mengajar al-quran kat budak-budak ni. Biasalah orang Indonesia ni, namanya pelik-pelik.

Tapi satu nasihat aku untuk orang di luar sana yang ingin mengambil pembantu rumah Indonesia. Kalau nak ambil tu, carilah orang Jawa. Orang Jawa ni rajin buat kerja rumah. Orang Lombok ni kurang sikit. Bukan tak buat, tapi buat yang rutin-rutin je. Yang lain tu, kena suruh dulu baru dibuat. Tak berani katanya. Even Wendy sendiri mengaku, orang Lombok tak suka buat kerja rumah. Macam mana tu? Tapi aku tak adalah nak kisah sangat pasal kerja rumah. Asalkan dia jaga anak-anak kita dengan baik, itu dah kira Alhamdulilah. Jangan di apa-apakan anak kita sudah. Nauzubillah. 

Apa-apa pun Wendy, terima kasih atas jasa kamu menjaga anak kami dan menjaga harta benda kami semasa kami tiada. Jasa kamu tetap kami kenang.

Thursday, July 07, 2011

Al-Fatihah



Tanggal 2 Julai 2011 @ 4.58 am telah pergi seorang lagi insan yang bernama ibu dalam hidup ku. Walaupun hanya ibu mertua, tetapi arwah tetap ku anggap seperti ibu sendiri. Memandangkan ibu sendiri telah 3 tahun meninggalkan aku. Tiada lagi tempat untuk aku bercerita masalah anak-anak, apatah lagi masalah suami (anaknya sendiri).

Minggu lepas arwah demam. Memang semenjak keluar dari hospital lebih kurang 8 bulan yang lepas, arwah sentiasa sahaja kurang sihat. Kejap-kejap demam, kejap-kejap kurang gula dalam darah. Pernah jugak dimasukkan ke Hospital Kemaman dalam 2 -3 hari kerana kurang gula dalam darah. Tetapi kemasukan ke Hospital Jumaat lepas, adalah yang terakhir. 

Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik disebabkan batu karang adalah penyebab kematian arwah. Demam tu pun adalah disebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang. Memandangkan buah pinggang sudah tidak boleh berfungsi dengan baik, kuman-kuman terus merebak ke dalam darah, paru-paru hinggalah ke jantung.

Kemuncak demam arwah adalah pada malam Jumaat @ 1/7/2011. Pukul 12 malam arwah dihantar ke hospital kerana demam yang keterlaluan sampai menggigil. Aku & En Hasben pulak memang mengantuk gila malam tu. Sampaikan hp terlupa nak letak kat tepi katil (kebiasaannya hp kami letak diatas side table). Tapi malam tu sampai tak terambil hp dalam almari, mengantuk punya pasal. Telefon rumah pulak aku cabut cable sebab malam semalam hujan ribut turun. So, better cabut awal-awal, kalau ribut tak adalah aku nak bangun tengah-tengah malam untuk cabut cable telefon tu.

Bangun tidur pada pagi Jumaat tu terkejut bila tengok miss call begitu banyak kat hp. Terus call Fida (adik ipar), dan baru dapat tahu yang mereka telah menghantar arwah ke Pusat kesihatan Kertih dan terus refer ke Hospital Kemaman. So, kami decided lepas sembahyang Jumaat akan terus ke Kemaman. Dalam tengahari ayah mertua telefon bagitahu yang arwah telah dimasukkan ke ICU. Katanya paru-paru dijangkiti kuman. Oleh kerana waktu sembahyang Jumaat telah hampir, maka kami cadang lepas Jumaat jugaklah baru pergi ke Kemaman.

Dalam pukul 3.00 ptg kami bertolak ke Kemaman tanpa Ak. Ak ada perkhemahan 1 Malaysia kat Sekolah. Sampai aje kat Hospital, kena tunggu pulak waktu melawat. Maknanya kena tunggu sejam lagilah. (Padahal boleh je masuk, tapi kena tekan loceng, tapi kami tak tahu pasal tu). 

Rasa sedih bila tengok keadaan arwah. Macam-macam wayar ada kat badan. Masa tu arwah boleh bercakap-cakap lagi walaupun dengan topeng oksigen dimulut. Cakap pun tak berapa clear. Tiba-tiba Dr. datang dan panggil kami dalam 2 - 3 orang masuk bilik. Aku, En Hasben (the only anak lelaki) dan Along masuk berjumpa Dr. Apabila Dr cakap yang arwah dah kritikal. Organ-organ penting dah tak berfungsi akibat jangkitan kuman. Even air kencing pun dah tak keluar. Oleh sebab itulah, kuman lagi cepat merebak ke dalam badan. Arwah akan tidak sedarkan diri bila-bila masa je. Dr pun dah cakap suruh bagitahu kat semua anak-anak yang duk jauh-jauh supaya dapat balik. Bila Dr cakap macam tu kami semua jadi tak terkata. Ingat jangkitan paru-paru biasa je.

Bila tengok monitor kat sebelah katil, rasa takut sangat-sangat. Semua bacaan semakin menurun. Kami adik beradik gilir-gilir masuk ke wad. Duduk sebelah arwah dan baca ayat apa-apa yang terlintas difikiran. Nak baca Yassin aku bercuti hari tu. Tak henti-henti membisikan kalimah syahadah ditelinga arwah. Hari semakin gelap. Dalam pukul 10.00 malam kami mengambil keputusan untuk balik dan hanya tinggal Fida bersama Kak Teh (anak saudara) tinggal untuk menjaga arwah.

Malam tu, on the way balik rumah jemput AK kat sekolah. Terkejut dia bila dapat tahu berita sedih ni. AK agak rapat dengan arwah Wan. 'Tak sempat Ak nak join larian 1 Malaysia katanya dalam gurauan'. Aku tahu dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Ah! anak bujang ku yang manja ni, tahu sangat aku perangai dia. Dia ajak abah dia pergi terus ke Hospital malam tu. Tapi oleh kerana kepenatan kami ambil keputusan pagi esok aje kita jenguk arwah kat Hospital. Dalam pukul 3.00 pagi Fida called cakap arwah dah tenat. En Hasben dan Ak terus bergegas ke Kemaman. Aku tak turut serta memandangkan adik demam. Memang adik dah demam sejak 3 hari yang lepas. Masih ingat gurauan arwah, adik sama dengan wan asyik demam je. Rupa-rupanya itulah gurauan terkakhir beliau bersama kami.

Tepat pukul 4.58 am arwah telah menghembuskan nafas terakhir. Hanya Fida yang berada disebelah dia. Tapi memang keadaannya tak sedarkan diri. Pukul 7.00 pagi jenazah selamat sampai di rumah. Dalam sekitar pukul 10.30 pagi jenazah selamat dikuburkan. Selesailah segala urusan dunia yang tinggal seterusnya ialah urusan dialam kubur. Adakah kita sudah bersedia untuk itu?

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna dan doa anak – anak yang soleh”

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada ibuku Fatihah Bt Baharu. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.  Amin.

Kenangan di pagi raya bersama arwah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...