Thursday, August 09, 2012

Mimpi Rosak.....

Adik sekarang ni memang suka bercerita. Cerita rekaan, cerita dongeng, cerita binatang dan macam-macam cerita lagi lah. Dulu-dulu Umi je pendengar yang setia. Tak kira dimana saja, kalau dia rasa nak bercerita, kita mesti kena dengar. Kalau tak muncunglah mulut sambil mata duk terbeliak-beliak menjeling kita.

 

Sekarang ni, abis semua orang kena dengar bila idea nak bercerita datang. Dari abah sampailah ke abang Danny. Sekarang ni suka benar cerita pasal mimpi dia. Tiap-tiap hari mesti ada cerita pasal mimpi dia malam tadi. Betul ke tak sendiri mahu fikirlah. Kalau dah cerita sampai A – Z tu..Wallahualam aje lah.. Layan ajelah. Mimpi jadi princess lah, mimpi makan lah, siap detail apa yang dia nampak dalam mimpi tu…Itu yang tak tahan. Bila kita tanya  macam mana adik boleh ingat mimpi adik satu persatu. Cepatnya je dia jawab. Dia kan otak cerdas, ingatan kuat lah…macam-macam alasanlah yang dia bagi. Walaupun kita tahu, kadang-kadang cerita tu amatlah tidak logik diterima akal. Tapi kami tetap sedia mendengar dan melayan. Walaupun cuma sekadar emm, atau iya ke dan angguk-angguk je kepala.

 

2- 3 hari yang lepas, dia tak nak bercerita dah. Kita orang naik hairan. Aik, adik…dah tak mimpi ke semalam. Tiba-tiba dia jawap…semalam dah tak mimpi, sebab PETI MIMPI ROSAK. Hah?....tak ok lagi..tak tahulah bila boleh ok semula mimpi ni. Apa dia ingat, mimpi tu macam TV ke apa.  Apa lagi ketawalah si abang-abang ni..termasuk lah aku…Abah siap tanya mimpi adik tu LCD ke LDD…hahahaha… lawak betul lah adik ni….

 

“Bermimpilah kamu setinggi langit kerana andainya kamu terjatuh, maka kamu akan terjatuh diantara bintang-bintang.”

 

Achiq

Wednesday, August 08, 2012

Kecundang Lagi....

Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan rakyat Malaysia kala ini.  Tak kala China masih lagi meraikan kemenangan hero pujaan mereka Li Dan, kita rakyat Malaysia diselubungi duka. Tapi tak perlulah kita meratapi akan nasib Dato’ Lee Chong Wei. Kalau sudah ditakdirkan kekalahan dipihak kita, terpaksalah kita akur dan menerimanya dengan terbuka walaupun dalam hati amat terluka.

Tapi alangkah baiknya kalau Lee Chong Wei tidak banyak melakukan kesalahan semasa perlawanan tersebut. Alangkah baiknya kalau Li Dan yang banyak melakukan kesilapan. Tapi kita manusia biasa, sudah semestinya kesilapan tidak dapat dielakkan.  Yang pasti Lee Chong Wei sudah melakukan yang terbaik.

Sejarah Olimpik 2008 di Beijing berulang lagi. Cuma Olimpik 2012 di London mereka berdua sudah berada pada tahap yang sama. Dari segi skill, kemampuan dan tenaga. Cuma rezeki/nasib menyebelahi Li Dan.

Aku tak mampu nak tengok kesedihan Lee Chong Wei selepas perlawanan. Habis je game terus tukar channel lain. Tak sampai hati + nak memujuk hati sebenarnya.

Apa-apapun, Syabas Dato Lee Chong Wei. Cuba lagi 4 tahun akan datang (itu pun kalau umur panjang)…

 

Achiq

 

Tuesday, July 31, 2012

Berinai


Entah mimpi apa adik kemarin tiba-tiba lepas kita orang berbuka puasa, dia merengek-rengek nak pakai inai.
Tak tahan dengar suara dia yang asyik duk sebut nak pakai inai, nak pakai inai. Lepas je solat mahghrib aku pakaikan inai kat jari dia. Nasib baik ada inai yang tube tu. Pemberian arwah mak mertua semasa balik dari Mekah. Memang dah lama sangat dah. Dah 3 tahun dah kalau tak silap. Tapi okeylah. Tak keras/rosak lagi inai tu.
Tak sempat 10 minit, dah sibuk nak basuh. Dah agak dah, bukannya boleh tahan lama tak pun tunggulah inai tu kering sikit.
Dan hasilnya adalah seperti gambar diatas. Nampak jugaklah colornya. Walaupun tak merah sangat.
Dan pagi ini asyik duk tilik tangan dia je. Sempat pulak suruh kita amik gambar dia.
Oh ya, kita cuti hari ini. Dan sekarang ni tengah berada di sini.


Nanti kita cerita lain entry.
Selamat berbuka puasa. Makan jangan banyak-banyak tau!

Achiq



Thursday, July 19, 2012

Selamat berpuasa



AchiqAlhamdulilah syukur kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kerana dengan keizinannya aku bakal bersua lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita semakin dekat padanya dan semoga amalan-amalan kita akan diterima olehNya. Amin.

Sunday, July 15, 2012

Buah Hati Baru Keluarga Kami

Jangan terkejut bila baca tajuk di atas. Bukan dapat ahli keluarga baru (sebab kita dah pencen dalam bab pengeluaran ni)..hihihi

Hah, inilah buah hati baru keluarga kami.

 

Memang dah lama idamkan tablet-tablet ni. Dalam hati dah lama berkenan kat Ipad (Apple) tu. Tapi memandangkan kita kan dah pakai iPhone (Apple jugak tu). So, apa salahnya tablet kita guna jenama Samsung pulak. Tak gitu…barulah adil.  Nanti senang cakap, semua jenama kita ada. Dari Nokia sampailah ke Samsung.

Kebetulan pulak tu ada PC Fair kat Kuantan (Megamall). Bila dok sembang-sembang dengan jurujual tu, terus berkenan (of courselah mesti padan dengan harga). Memandangkan Galaxy Tab 2 ni baru je berada dipasaran (2 – 3 minggu mengikut kata jurujual). Kiranya macam bersemangat pulak aku nak beli.

Kiranya lepas ni senanglah nak beritenet 24 jam. Tapi yang pasti budak kecik yang duk mengintai tu dah book awal-awal. Dah siap cakap yang tab ni dia punya. Oh No!....tak adalah peluang lah orang lain nak pegang menda ni….

 

 

Achiq

Wednesday, July 04, 2012

Pirah a.k.a kutu babi


Kesian budak kecik yang manja ni. Masa nak mandi pagi tadi tak kasi cuci muka. Puas pujuk. Sampai menangis.
Masa ambik adik kat tadika cikgu cakap ada kutu babi kat kelopak mata. Tak kasi cikgu buang. Oh ya, kat sini kita panggil pirah. Patutlah pagi tadi buat perangai. Macam manalah aku tak perasan.
Lepas maghrib gerak gempur dijalankan. Ak pegang tangan, kakak pegang kaki. Barulah dapat buang binatang ni. Dah cuba pujuk lembut-lembut, tapi tak makan dek pujuk budak kenit ni. Itu aje caranya. Kalau abahnya ada kan senang. Oh ya, en hasben outstation lagi.

Inilah dia binatang kecik yang melekat kat kelopak mata adik. Kerjanya menghisap darah. Dari mana datangnya tidaklah diketahui. Nak kata dari kucing, rumah kita orang tak bela kucing. 


Akibatnya lepas buang pirah tu kelopak mata pun bengkak. Cepat-cepat bagi ubat demam/tahan sakit. Mintak-mintak janganlah demam. Biasanya bila kena gigit dek pirah ni akan disusuli dengan demam. Nak letak minyak ubat pulak susahlah sikit. Dekat kelopak mata. Kalau kat tempat lain tu lain lah citernya. 


Teringat zaman kanak-kanak dulu. Kena gigit pirah ni biasa ah. Kita orang suka main kat semak-semak. Tapi yang paling sakit bila binatang tu masuk dalam telinga. Memang susah giler nak buang. Sebab tak nampak kan. Tapi arwah nenek aku ada caranya. Iaitu dengan menitikkan air tembakau. Zaman tu arwah atuk hisap rokok daun. So senanglah nak cari tembakau tu. Biasanya kalau dititik malam hari, keesokkan pagi keluarlah binatang tu. mungkin sebab mabuk atau kepanasan dengan air tembakau tu. Kalau tak ada tembakau jangan risau, boleh gak letak minyak angin.
So, kalau nampak anak-anak kita asyik buat perangai je. Emm, mesti ada sesuatu yang tak kena. Cuba tengok kot-kot pirah datang melawat.

Achiq

EXPRO - Team Petanque 2012

Hello, hello….nak update pasal sukan sikit ni… kiranya pengulas sukan yang tak bertauliah gitu..
Seperti biasa setiap tahun,  PETRONAS setiap cawangan akan mengadakan sukan diantara anak-anak syarikat. Kebiasaanya selepas habis sukan disetiap cawangan akan disusuli pulak dengan sukan PETRONAS yang besar-besaran tu. Biasanya lokasi berkumpul semua para atlit PETRONAS ialah di Bangi. Tapi semenjak 2 tahun lepas hanya sukan di peringkat cawangan sahaja yang berlangsung. Dah tak adalah sukan KKKP yang biasalah kakitangan duk tunggu-tunggu. Entah tak tahu kenapa… Allahuwalam….Nak komen lebih-lebih tak berani takut kena saman…
Dan seperti 2 tahun lepas jugak, semenjak join PCSB ni hanya acara petanque je yang aku join. Sukan-sukan lain tak berminat (sebenarnya tak terpilih..kureng pandai lah tu..hihihi).
Adalah jugak 3 – 4 orang muka baru yang join game ni. Termasuklah partner baru aku yang menggantikan partner lama yang tengah berpantang. Walaupun kami kecundang tahun ni, tetap happy kerana kami main dalam semangat kesukanan dan juga just wanna have fun.
Jangan terkejut kalau Nampak ada ahli yang dah agak veteran gitu…. Ini adalah kerana memang ada kategori veteran. Maka wajiblah pemain berumur 45 ke atas. Macam Hj Latif kita.  Walaupun dah berumur 50++ tapi masih bersemangat untuk mewakili pasukan EXPRO. Dengar cerita pengalaman beliau bermain petanque ni bukan calang-calang. Dah berbelas-belas tahun dah siap wakil PETRONAS lagi tu…Pernah ke Filipina, Thailand bagai…fuh! Cerah masa depan….
Petanque – Gegirl
Walaupun kalah dalam permainan, tapi bab pakaian mesti tak kalah punya… Memang team EXPRO selalu gah dalam bab pakaian di mata pasukan lawan. Boleh dikatakan dalam semua acara, baju-baju pasukan kami semuanya cantik-cantik. Cantik kan skirt Gegirl……Idea saranan oleh saya lah…..Cuma tudung tak sempat nak beli color sama…
Tapi puas hati main tahun ni, sebab aku telah berjaya mengalah pasukan Petchem. Tahun lepas kalah di tangan dia orang, tahun ni menang beb..walaupun killer dia power gila….tapi berkat sabar dan relax je main….terus menang. Walaupun overall team kalah…at least kategori ladies menang..yeahhhhh!!!!!
Oh ya, Manager pasukan kami telah diganti dengan En Azmi (3 tahun asyik En Musa – Bos PSM). Yang juga merangkap bos baru aku yang baru je transfer dari Iraq. Sangat supportive (puji sikitlah bos kita kan)…Dari hari pertama dia datang tengok kita orang main. Lepas tu siap belanja lunch lagi… Hari kedua – final dia datang juga..belanja makan lagi..Iyalah just belanja makan apalah sangat,,,kan Bos? So, aku main kenalah sungguh-sungguh sebab bos dah datang tengok ditambah lagi siap dia cakap tak sia-sia bagi kelonggaran untuk keluar awal dari opis hanya untuk training. Wah berbunga-bunga hati dok dengar bos puji weh… . Hari ke dua semua game aku menang, hari kedua,,, hampeh….
Diantara faktor kekalahan kami yang dapat aku simpulkan disini ialah kurangnya semangat nak training. Time training berapa kerat je turun. Ada yang tu hari lawan baru nampak muka…macam mana tu? Satu lagi over confident pun ada kot…Especially bila lawan pasukan yang kita tak pernah kalah dengan dia orang.  Last-last boleh kalah…malu weh…..lawan dengan newbie pulak tu…..Jangan sekali-kali `underestimate’ lawan kita….
So, kalau umur panjang jumpa lagi geng…Berkumpul macam ni sekali-sekala mengeratkan ukhwah dan yang paling penting …. Enjoy!!!!

Achiq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...