Thursday, August 11, 2011

E-card for Eid Mubarak

Bila sebut pasal raya tak sah kalau tak ada kad raya kan? Kalau dulu-dulu zaman remaja belia, 10 hari puasa dah sibuk dengan kad raya. Biasanya petang-petang hari minggu dah berpakat dengan kawan-kawan nak ke kedai buku beli kad raya. Tapi sekarang bukan hanya di kedai buku, tapi bersepah kat gerai-gerai biasa pun ada. Dulu-dulu tak mainlah gambar2 kartun. Gambar bunga, masjid dan yang femes mestilah gambar pemandangan.

Kad dulu-dulu murah oooo... 10sen sekeping pun ada. Sekarang hinggit2 semuanya. Kalau kanak-kanak mestilah beli yang jenis kartun-kartun. Part yang paling seronok membeli kad raya ialah masa duk baca ayat-ayat pendek kat dalam kad. Yang jenis jiwang, memang meremang habis lah. Tapi yang paling femes dan paling simple ` Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'. 

Ada kad khas untuk ibu bapa, kawan2, cikgu, kekasih2 dan untuk tunang tersayang pun ada sekarang ni. Jangan tak tahu. Tunggu lah lain kali mesti ada kad untuk adik/kakak ipar, abang/kakak angkat. Kalau zaman sekolah mesti beli kad raya untuk cikgu. Kalau untuk kawan pulak, kawan2 baik je kita bagi dengan harapan dia mesti balas kad kita tu. Padahal hari-hari jumpa dalam kelas.

Lepas tu kan, kad-kad yang kita dapat, kita lekatkan pulak kat dinding atau kakak aku suka sangat gantung kad-kad tersebut kat ranting2 pokok. Lepas tu letak kat ruang tamu. Yang paling best, siap berlawan sesama adik beradik, siapa yang paling banyak dapat kad raya.

Dan yang paling banyak kerja dimusim perayaan, mestilah abang posmen kita. Memang bertambah kerja betullah dia orang ni. Jangan dibuang dalam semak dah kad-kad raya tersebut. Macam pernah terjadi dulu-dulu tu. Kepada abang posmen yang menjalankan kerja dengan ikhlas dan jujur, terima kasih abang posmen..we salute u.....

Tapi sekarang, orang dah tak berapa nak main dah kad-kad raya ni. Ucap selamat hari raya dengan sms je. Yang paling canggih sikit hantar lah e-card. Tapi yang tak ada PC, internet..nasib badanlah...
ketinggalan zaman lah nampaknya.

Dan seperti biasa lah, company2 yang ada bajet lebih mesti menyediakan kad-kad raya untuk diagihkan kepada kakitangan. Tak terkecuali company aku. Pernah sekali (tahun berapa aku lupa) dapat 10 keping sorang. Time tu kita dah dewasa, memang malas sikitlah nak hantar kad-kad raya ni. Biasanya aku just bagi kat anak-anak aku. Tapi dia orang sekarang ni pun dah tak main dah kad-kad raya ni.

Tapi tahun ni, sedikit kelainan yang dibuat oleh company aku ni. Dah tak main dah kad-kad raya. bajet ciput agaknya tahun ni...hihihi....hai!..tutup kedailah kedai-kedai printing...  

Hanya dapat ini jerrr...melalui email. hihihihi.....Disuruhnya kita orang hantar eecard ni je kat kawan2 even bussiness partnet.

Jadi dikesempatan ni, aku pun nak lah letak e-card untuk diberikan kepada pembaca2 setia kat blog. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya yang serba kekurangan ni. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada terkasar bahasa semasa menulis. Kadang-kadang tak sedar apa yang kita tulis, dek kerana seronok menaip, main belasah je kan. 

Walaupun masih terlalu awal untuk meminta maaf, tapi tak salah kan? Biar terawal jangan terlambat. Kalau boleh hari-hari nak minta maaf.....

Share the joy of Eid Mubarak with all your business associates, friends and family worldwide by forwarding this e-card to them.





- SELAMAT BERBUKA PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...