Hari jumaat 2 minggu lepas terima panggilan dari Telekom. Anda adalah pelanggan bertuah. Kami berbesar hati ingin mengajak anda menghadiri pratonton movie Brave 3D di TGV, Mesra Mall. Masa tu aku baru je nak lelap tengahari. Biasalah hari minggu aktiviti utama lepas sembahyang jumaat adalah melelapkan mata. Mengkada mana-mana tidur yang tak cukup minggu sebelumnya. Orang lain duk sibuk mengkada sembahyang. Nak buat macam mana tu?
So, dalam mamai tu aku iya ajelah apa yang dikata. Surat dari Telekom akan menyusul sedikit masa nanti. Tunggu punya tunggu sampailah hari rabu minggu lepas, tak sampai-sampai pun surat dari Telekom ni. Memang dah rasa cuak dah ni. Kena tipu jugak aku ni. Nasib baik tak bagitahu lagi kat budak-budak ni. Kalau tak, memang nak kenalah Umi ni…hihihi
Hari Khamis Ezani call ada surat pos laju dari Telekom. Dah sah-sahlah kan, itu surat yang ditunggu. Baru boleh announce kat budak-budak ni. Sapa-sapa nak ikut Umi tengok wayang wajiblah berperangai baik serta rajin. Semua dah jadi rajin hari Jumaat tu. Siap bersih longkang lagi…..Saja je gertak sikit…budak-budak zaman sekarang, kalau nak suruh buat apa-apa, mesti nak upah…..emmmmm
Pagi Sabtu terus pergi ke Mesra Mall, sebab dalam surat tu tulis collect tiket pukul 10.00 pagi dan show start pukul 11.00 pagi. Kita orang adalah orang yang ke tiga kalau tak silap muncul kat kaunter tu. Mula-mula bagi 4 tiket lepas tu try minta extra..dapatlah lagi 1 tiket. Yahoo! Semua boleh masuk termasuk adik manja ni….
Oleh kerana awal lagi, so macam biasalah, lepak-lepak dululah kat Mesra Mall ni…Pukul 10.45 bergerak ke TGV, tengok punyalah ramai orang. Rupa-rupanya 30 keluarga telah terpilih untuk event ni. Mana-mana keluarga yang berada disekitar Kertih dan Kemasik. Jumpa jugaklah muka-muka yang aku kenal. Tunggu punya tunggu, pukul 11.15 barulah boleh masuk. Ingatkan orang besar Telekom nak bagi sepatah dua kata. Rupanya tidak, Cuma dia orang pun nak join gak tengok citer ni.
Overall, best lah citer ni.. Sangat bersemangat. Ditambah lagi dengan 3D nya…memang real lah… moral of the story, walaupun marah macam mana pun kat mak kita, akhirnya family kita jugak yang kita cari. So, on the way balik rumah adalah sessi penerangan sambil ambil pengajaran. Entah anak-anak aku ni, masuk dalam kepala dia orang ke tak?
Oh ya, adik 1st. time tengok filem 3D. Bising sekali duk cakap, wow dekatnya Umi… Jap- jap bunyi suara dia jer duk gelak lah, duk menjerit lah. Tapi bukan dia je yang bising, ramai gak family yang bawa anak-anak sebaya macam adik kan? So, kiranya sama jugaklah di orang..pot pet, pot pet…. Layan ajelah…dah free kan….Keluar je dari panggung, adik sempat lagi cakap `Umi nanti download citer ni ya!...ops!...tak sabar, sabar,,,, kot ya pun, biarlah sampai kat rumah dulu adik hoi,,,,,
Anyway, Terima Kasih Telekom Malaysia Bhd kerana telah berbaik hati untuk mengajak kami sekeluarga menonton cerita ini secara percuma. Dapat 2 set pop corn + coke lagi…sapa nak bagi. Kami janji akan tetap setia kepada Telekom. Walaupun ada je produk-produk baru datang, Telekom tetap dihati…(mesti puji weh!!!)..namanya hadiah ni `loyalty gift’ maka haruslah loyal sampai mati…
Achiq
2 comments:
zzzzz2018.7.27
nike outlet
pandora outlet
ralph lauren outlet
air jordan 4
moncler outlet
moncler online
red bottom shoes
off-white clothing
dsquared
red bottom shoes
I have read a few good stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting. I wonder how much effort you put to make such a fantastic informative site. Find out today's Celebrity birthdays and discover who shares your birthday. We make it simple and entertaining to learn about celebrities.
Post a Comment