Aku terbaca dalam majalah Keluarga keluaran November 2010 kat library PMO tadi. Rasa bersalah pulak apabila baca senarai makanan yang ditulis semua ada dalam peti sejuk aku. Tapi rasa-rasanya masih belum terlambat untuk kita mengubah tabiat makanan anak kita. Cuma kena rajin sikit lah. Tapi bagi ibu-ibu yang bekerja, untuk memastikan anak-anak tidak memakan makanan-makanan seperti dibawah aku kira susah sikit. Sebab dimana-mana sahaja makanan-makanan seperti ini ada dijual. Terutama dikantin sekolah.
Senarai makanan yang tidak menyihatkan buat anak-anak kita :-
Nugget
Makanan segera ini begitu tinggi kandungan lemaknya. Apatah lagi digoreng pasti bertambah-tambah lagilah kandungan kalorinya.
Makanan ringan
Tidak salah aku rasa jika sekali sekala bagi anak-anak kita makanan ringan seperti snek / biskut. Tapi jangan keterlaluan lah. Kebanyakan makanan ringan mengandungi lemak, sodium dan tiada kandungan kalori.
Semua kanak-kanak sukakan donat ni, terutama apabila ditambah coklat atau yang manis-manis diatasnya. Tahukan anda, setiap ketul donat bukan sahaja mengandungi hampir 200 - 300 kalori, malah ia juga mengandungi lemak tepu serta asid lemak yang sangat tinggi dan yang pasti tidak baik untuk tubuh kita.
Kentang goreng
Kalau pergi ke restoran makanan segera, makanan ini mesti wajib dalam setiap hidangan.
Sosej
Salah satu makanan kegemaran anak-anak ku. Memanglah ianya enak dan mudah disediakan. Malahan orang-orang dewasa pun menggemarinya. Tetapi awas, kebanyakan sosej mengandungi lemak serta sodium yang tinggi.
Minuman berkarbonat
Yang ini rasanya bolehlah dikategorikan boleh dielakkan terus. Setiap tin minuman berkarbonat yang terdapat dipasaran mengandungi hampir sepuluh sudu teh gula didalamnya. (Banyak tuuuuu). Bayangkanlah kalau anak kita meminumnya setiap hari. Ni memang sah-sah berpotensi tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Nasib baik kita orang memang kurang membeli dan juga kurang mengemari air berkarbonat. Kiranya selamatlah untuk dirumah, sebab dalam peti ais memang tak adanya air-air gas ni.
2 comments:
info yg sgt bagus...tp yg nk dielakkan yg tu la paling kanak2 gemari...jgn kta knk2 dewasa pun sama je kan...
zzzzz2018.7.27
yeezy boost 350 v2
nike factory outlet
moncler outlet
pandora jewelry
ugg boots
reebok
canada goose
hermes belt
coach factory outlet
pandora charms outlet
Post a Comment