Adakah kempen ini berjaya? Aku rasa tidak berapa berjaya. Kenapa aku kata begitu. Sebabnya semalam, aku pergi ke TMC, cari barang-barang dapur. Kita bukan main bawa beg recycle, 3 beg sekali bawa. Iyalah, nak beli banyak barang kan. Tapi apa yang aku perhatikan, kebanyakan pembeli-pembeli sanggup membayar 20 sen untuk setiap beg plastik. Bukan masalah 20 sen yang jadi isunya. Tapi, masalah kesedaran dikalangan masyarakat kita. Mereka macam tak kisah membayar 20 sen. (iyalah 20 sen aje kan). Selamba jer, bila letak barang kat kaunter, cashier tanya nak beg, terus jawab mestilah nak. Nak bawa barang macam mana kalau tak ada beg plastik. Itulah jawapan yang aku dengar daripada salah seorang pembeli yang berada didepan aku.
Bila aku soal siasat cashier kat situ (ala-ala CSI gitu), dia kata, memang selalu macam tu kak. Dia orang macam tak kisah pun, hari tanpa plastik ke, ada plastic ke tak ada plastic ke, mereka main bayar je. Inilah masyarakat kita. Bila cakap pasal global warming, bukan main bersemangat lagi. Kalau borak-borak kat kedai kopi, isu global warming ni memang menjadi salah satu topik hangat. Pasal Antartika salji dah cair lah, semua mereka tahu. Tapi, bab-bab support, habuk pun tarak.
Dia orang ni tak tahu ke? mengelakkan penggunaan plastik pun adalah salah satu cara memelihara bumi kita juga. Plastik ni kalau duk dalam pasir tu, memang tak kan hancur untuk beratus-ratus tahun lamanya. Bayangkanlah dunia kita akan datang, penuh dengan timbunan plastik-plastik ni. Oh tidah!..Sedikit emosi disini ya… Sila abaikan ya….
So sekarang ni, kerajaan akan menjalankan kempen hari tanpa plastik di pasar-pasar tani pulak. Mudah-mudahan makcik-makcik kat pasar tani sama-sama menjayakan kempen ni. Jangan buat untung sudah, dijualnya plastik dengan harga yang lebih tinggi. Maklum sajalah, kalau pasar tani kat Kertih ini, segala barang mahal, yang pasti harga sayur memang lebih mahal daripada Lmart ataupun TMC.
Tapi, tak semua orang seperti apa yang aku ceritakan diatas. Ada jugak aku perasan, walaupun tak bawa beg sendiri, mereka cuma letak barang-barang yang mereka beli didalam trolley dan terus masukkan kedalam kereta. Dalam 10 orang adalah sorang yang buat macam ni.
Sepatutnya setiap hari sabtu, (ataupun hari-hari lagi bagus), kedai-kedai runcit tidak menyediakan langsung beg plastik ni. Trial period dah kita bagi sebulan, so, inilah masa untuk kita mempraktikkannya.
What say U?
7 comments:
bersemangat btol prasaan saya baca entry ini!! very true achiq... org kita mmg ske buang air kat toilet public x flush, buang sampah mrata2 - mcm mana nk membangun klo mentaliti masih cetek! I salute u!
kalo tak bagi plastik, mungkin menyusahkan org ramai yg mungkin sangt memerlukan plastik. tp rasanyer promotion tak hebat sangt di media massa. asik citer pasl pilihanraya Tenang jer, isu sejagat dalam negara diabaikan..huhu,,so org ramai jadik lupa ari sabtu, hari tade plastik
Itulah gunanya para blogger macam kita. Untuk menolong kerajaan bagi menyemarakkan lagi setiap kempen yang diorang anjurkan. Tugas kita para blogger untuk mendeliberatekan sesuatu isu itu.
Apa mcam? ok tak penjelasan Achiq ni.. wah, wah, wah... rasa mcm ahli parlimen pulak..
klau nk buat kena stndization utk suma Xkira tmpat atupun cari alternatif lain ..baru bleh success..wetmarket,pasar mlm,bazar..msih lagi guna bg plastik...
masalah nya bukan x nak sahut seruan KERAjaan tu, tp selalu lupa, bila sampai kat kedai baru teringat ke hari tanpa plstik tuuu
akhirnye komen aku berjaya keluar kat blog nkau...hahahahahah
zzzzz2018.7.27
pandora jewelry outlet
christian louboutin sale
ralph lauren uk
ugg boots clearance
nike blazer pas cher
off white clothing
uggs outlet
Post a Comment