Sunday, January 02, 2011

Terkenang Semasa Dulu

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara...........
Sambung, sambung............


Dah hampir seminggu hujan tak berhenti-henti di Pantai Timur ni.  Dengar ceritanya, kawasan Paka, Pendalaman Kemaman dah banjir.  Siap ada yang dah kena pindah.  Alhamdulilah, hari ini dah berhenti, walau hanya sekejap.  Petang sambung balik hujan.  

Bila cuaca sejuk macam ni, rasa nak berselimut memanjang.  Rasa macam ala-ala duduk kat oversea pun ada.. Hahaha..  

Anak-anak kat rumah macam dah habis semua siaran TV dia duk tengok.  Tapi part yang paling penat duk asyik mereka makanan.  Tahu-tahu ajeler.. bila dah sejuk perut asyik lapor ajer...

Teringat masa aku kecik-kecik.  Kalau time hujan-hujan macam ni, aktiviti luar tetap diteruskan.  Mandi hujan sampai terkacip-kacip gigi kesejukan.  Siap main kejar-kejar.  Oleh kerana masa kecik-kecik (sekolah rendah), aku duduk dengan arwah nenek aku kat kampung.  Kat kampung, kawan-kawan memang ramai lah.. jenis pulak yang tak makan saman.  Tiap-tiap hari mesti ada aktiviti-aktiviti yang nak dibuat.  Tak kira hujan ke tak.  Kalau hujan kira bonus lah tu.  Walaupun nenek aku pening kepala (aku rasa lah), sebab kain baju dah lah tak kering, ditambah lagi dengan baju basah aku ni hah....  Kalau dah main tu, memang dah tak ingat dunia... 

Aku ingat lagi, kat rumah nenek aku tu ada sebiji tempayan besar (yang ada gambar naga kat luar tu, sekarang memang mahal harganya), dulu-dulu nenek aku just letak kat luar rumah macam tu aje.. tak ada harganya.... sekarang ni, mahunya tak hilang kalau duk luar rumah macam tu.   Ok, berbalik pasal cerita tempayan tu, kita orang akan berebut-rebut nak masuk dalam tempayan tu... Air dalam tempayan tu memang double sejuk lah... terbaik wok...

Lepas masing-masing kesejukan, baru balik rumah... Masa nilah, arwah nenek aku akan masakkan air panas (pakai kendi je, masa tu mana ada water heater lagi.. orang kampung kan).  Dalam duk berleter kat aku, dimasaknya jugak air panas untuk aku mandi.  Dan kalau esok hujan, kita orang akan mandi lagi.. dan begitulah hari-hari yang kita orang lalui kalau duduk kat kampung.  Memang tak boring lah...

Tapi sekarang anak-anak memang tak kasi chance punya mandi hujan.  Takut demam.  Al maklumlah sajalah, air hujan zaman sekarang dah bercampur dengan chemical.  Almaklumlah, lebih-lebih lagi kalau yang duk dekat Perindustrian Kertih ni... 

Semalam, aku telah bermurah hati dengan membenarkan anak-anak aku mandi hujan.  Seboleh-bolehnya aku nak juga anak aku merasai pengalaman bagaimana perasaan kanak-kanak semasa mandi hujan. Mula-mula terkejut jugaklah mereka, siap tanya., betul ke ni? saja nak uji mereka ke? hari isnin dah nak sekolah, nanti  demam.....macam jual mahal pulak budak-budak ni....

Ahirnya, semua berdesup berlari keriangan didalam hujan.  Adik siap nak pakai baju mandi... hahahaha..(part ni yang paling kelakar)

Tapi sayang, oleh kerana seronok sangat duk memerhati dia orang berlari dalam hujan, sampai terlupa nak amik gambar....

Oleh kerana lupa nak amik gambar semalam, pakai gambar uncle google aje lah... aci tak?
Tiba-tiba teringat kat kawan-kawan lama, kat mana mereka sekarang..................
Azhar, Sidah, Hussain, Miza, Ayu, Apek (Rosli), Rosdi, Jiran, Lilah, Zurina, Abg Sidah (macam mana aku lupa namanya.. sedangkan dia yang paling suka menyakat aku)... dan ramai lagi yang aku ingat-ingat lupa.....

Saturday, January 01, 2011

Happy New Year - 2011


Wah,,, pejam celik, pejam celik.. dah masuk tahun 2011.  Dan bila sebut tahun baru, tak sahlah kalau tak sebut pasal azam kan?

Seperti tahun-tahun lepas jugak, azam aku tetap sama.. tak best kan? Habis nak buat macam  mana memang tak tercapai pun azam ni... ni yang mama rasa nak hot ni.. habis salah siapa akak oiii?

Inilah azam kita yang tak kesampaian lagi ni?

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Nak slim macam dia ni hah!!!!!!......



Friday, December 31, 2010

Back to School

Sedar tak sedar dah sebulan lebih budak-budak kat rumah tu bercuti.  Hari Ahad ni dah nak sekolah balik (untuk pantai timur saja ya!)  Sekarang ni semua orang tengah duk sibuk membuat preparation untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah.  

Aku memang dari awal-awal lagi dah beli apa-apa yang patut. Bukannya apa, takut jadi macam last year, seminggu sekolah nak buka, baru turun Kuantan nak cari pakaian sekolah dan sebagainya.  Terus sentap sebab kebanyakan saiz yang kita nak, tak ada.  Lagi satu, tahun ni punya excited lebih sikit, sebab si Sarah dah nak masuk tahun 1.  Si adik Marissa pulak dah nak masuk Tadika.  Mahunya tak excited kan?  Siap apply cuti lagi (si mama & papanya lah). Oleh kerana hari Ahad dah dapat cuti gantian bagi hari Jumaat (sebab menang bola), jadinya aku hanya apply 1 hari sajalah.  Jimat cuti aku, kalau tak 2 hari tu…..

Oleh kerana semua orang dah buat check list, maka aku pun nak buat check list jugak lah.. bukan apa, takut ada lagi yang tertinggal…
  • Bag Sekolah        -              Done (Dah beli awal-awal masa gi Kelantan ari tu)
  • Kasut Sekolah     -              Done
  • Pencil box           -              Done
  • Baju  Sekolah      -              Done
  • Stationery            -              Tak lagi… nak kena shopping sekali lagi, this time kat Mesra Mall dah..

Dan yang paling penting, request by Sarah.. Pencil Color yang paling besar sekali, jangan dilupa…hihihi…

Bila dihitung congak balik, perbelanjaan untuk preparation nak masuk sekolah macam nak sama dengan perbelanjaan  hari raya.  Jangan ingat yang di atas saja yang wajib beli, itu tak termasuk buku2 sekolah, buku2 latihan, buku2 tulis, lencana, necktie dan jangan lupa yuran.  Setakat ni, yuran tadikalah yang paling mahal.  Ratus-ratus maaaaa….. Itu semua nak kena beli hari sabtu nanti, semasa pendaftaran.

Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana kalau ada ramai anak?  Mahunya pening + menggaru kepala gak kan?  Tapi segalanya untuk mu, anak-anak.. kami sebagai ibubapa sanggup berkorban apa saja.  Masa ni lah baru tahu betapa peningnya parents kita dulu apabila sekolah dah nak start. 

Thursday, December 30, 2010

Yahoo!!!! We're the Champion


Tak tahu macam mana nak tulis ni, sebab bercampur baur perasaan ni... Yang pasti perasaan gembira mengatasi segalanya.   

Yang pastinya gembira sebab Malaysia memang dengan aggregat 4 - 2 (Technicalnya 5 lah kot).  Gembira sebab besok diistiharkan Public Holiday.  Terima kasih our beloved PM.  Ni baru piala Suzuki, kalau menang World Cup.. fuh.. mahunya 4 hari dapat cuti tu.. iyalah World Cup kan 4 tahun sekali... (Agak-agaklah Achiq hoi)....

Lupakan pasal cuti, oleh kerana semua orang duk bercakap pasal kemenangan ni dari pagi sampai sekarang, maka aku pun nak gak buat posting pasal kemenangan ni.  BTW, aku memang cuti semalam, bukannya nak gi Jakarta ya, just nak menghabiskan cuti tahunan aku yang banyak ni.. jgn jeles uols.

Apa-apapun tabik spring kat Goalkeeper kita Khairul Fahmi yang cun melecun habis malam tadi.  Gaya selepas menyambut bola memang class.  Ala-ala ulat gonggok pun ada.  Dia dah ada GF ke? Tiba-tiba minat pulak kat dia ni..of course lah.. sepet kan....


Kepada peminat-peminat si Khairul ni, tak payah nak berangan lah sebab memang dah sah-sah dia dah ada si jejariruncing dia ni.....  Meroyan kejap aku... tak adalah... ada akak kisah ke dia ada gf ke tak? Kita minat dia punya stail semasa tangkap bola aje lah.  Teringat masa zaman muda-muda, semasa En Akauntan kita jadi goalkeeper untuk PETRONAS team.  Jangan tak tahu, sebab tu lah kita kalau tengok bolasepak, mesti nak tengok goalkeeper dia dulu.. ahaksss... boleh ke macam tu weh....

Eh, eh.. melalut pulak lah aku ni... almaklumlah dah 2- 3 hari tak mengupdate blog ni, terus jadi biol kejap.. tengok, tulis pun merapu-rapu gitu.. sila abaikan atas kemerapuan ku ya....

Berbalik kepada cerita bola malam tadi, setelah 14 tahun menunggu (14 tahun, lama tu dah sama usia dengan anak bujang aku si Ak)...dah nak masuk usia remaja belia dah tu...akhirnya berjaya jugak kita membawa pulang piala Suzuki ni (formerly known as Tiger Cup).  Aku rasa Indonesia lagilah tertekan apabila sepakan penalti pun tak masuk (sekali lagi tabik spring kat Fahmi ni).  Banyak jugaklah asakan demi asakan yang berjaya dipatahkan oleh si Fahmi.  

Ada pulak yang cakap jersey baru (biru) ni bawa ong maa... sejak pakai jersey biru ni tak pernah kalah lagi.. ooo.. tak baik oooo.. 


Ada gak yang cakap baju putih yang selalu K. Rajagopal pakai tu bawa ong.. pulak dah, tak baik dowh.. caya pada baju.. boleh jadi khurafat nanti...Tapi, perasan tak, setiap kali ada perlawanan, K. Rajagopal mesti pakai baju putih kan? ala.. kebetulan aje tu...


Tapi, malam tadi jugak membuktikan yang Malaysia memang kebal, kalau setakat di pointkan laser, no hal lah.. mata si Fahmi sepet, sekadar laser2 gitu.. tak menjadi masalah...entah2 dia tak nampak pun laser tu.. hahaha... 

Tak bolehlah kita asyik cerita pasal si Fahmi ni aje kan.. Tahniah juga kepada si Safee Sali kerana telah berjaya dinobatkan penjaring terbanyak.  


Cuma malangya, pemain terbaik dapat kepada pemain Indonesia.  Kalau si Fahmi dapat, lagi bagus.. eik.. tak habis-habis lagi dengan si Fahmi ni.. sudah-sudahlah tu Achiq ooiii...

Tapi kalau dah tertulis dari azali lagi yang Malaysia menang, maka menanglah kita.  


Sunday, December 26, 2010

The Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader



Hari rabu lepas, sempatlah aku menonton The Chronicles of Narnia - The Voyage of the Dawn Treader di TGV mesra Mall.  Dating with my sons.  Umi belanja, seperti orang mengantuk disorongkan bantal lah dia orang.  Pop Corn Zani belanja.. hahahaha.... sempat lagi kenakan si Zani (OKB - Orang Kaya Baru)....

Pengembaraan kali ini Peter dan Susan tidak turut serta.  Cuma Edmund, Lucy dan juga sepupu mereka, si Eustace yang kuat merungut. Eustace juga  telah bertukar menjadi naga apabila rambang mata melihat harta karun. Tetapi akhirnya dia telah menjadi hero penyelamat apabila telah berjaya menyatukan pedang terakhir di atas meja Aslam.  Kesemua 7 bilah pedang mesti disatukan untuk menyahkan sihir dari kerajaan Narnia.

Maknanya ada 4 lagi The Chronicles of Narnia yang tinggal.  Kalau sesiapa yang memang mengikuti cerita ini dari awal, anda pasti setuju jika saya katakan filem ini tidaklah menghampakan sangat.  Kalau nak dibandingkan dengan 2 filem yang lepas, aku rasa rasa The Lion, The Witch and The Wardrobe lagi best.  Sebab segala bentuk binatang yang pelik-pelik ada. 

Apa-apa pun 4 bintang untuk filem ni.  Tak sabar nak tunggu The Chronicle of Narnia - The Silver Chair pulak.... tungguuuuuuuuuuuu


    Saturday, December 25, 2010

    Kecik-kecik dah sakit gigi... alahaiiii....


    Kesian Marissa.  Hari Isnin lepas, bibik call cakap adik nangis-nangis sakit gigi.  Petang balik rumah, terkejut tengok pipi dia dah bengkak, suruh buka mulut nak check gusi dia.. tak nak pulak...

    Itulah,  suka sangat makan gula-gula.  Dalam ramai-ramai anak aku, dia sorang je hantu gula-gula.  Kalau dapat gula-gula 1 tabung, kalau boleh dia nak perabiskan 1 tabung gula-gula tu hari tu jugak.  Tu sebab, kalau beli gula-gula mesti kena sembunyikan.  

    Sebenarnya dia sakit gigi ni dari bulan lepas lagi.  Hari tu dah bawa pergi klinik gigi, tapi doktor tak leh buat apa-apa.  Memanglah gigi geraham dia dah berlubang, tapi nak tampal tak boleh.  Tak faham gak aku dengan Dr ni.  Tak kan lah tak boleh buat apa-apa kan?.  Selain dari ubat tahan sakit, ubat antibiotik pun dia bagi.  Lagi satu, Dr cakap dia kecik lagi, nak bagi suntikan untuk ubat bius pun tak boleh, sebab jarum besar.  Kalau nak cabut gigi, kena tunggu umur dia dalam 7 - 8 tahun.  Apa, tak ada jarum untuk kanak-kanak ke? Orang cakap Klinik Pergigian Hailani ni tak bagus, mungkin betul jugak kot.  

    Petang tu bawa jugaklah adik ke Klinik Zakaria,  Dr Zakaria suruh bawa jumpa pakar gigi.  Kalau pakar mesti dia boleh buat something.  Ingat lepas balik dari Melaka ni, nak kena bawa jugaklah si Marissa ni jumpa pakar gigi.  

    Friday, December 24, 2010

    Dunia akhir zaman


    Apa nak jadi dengan dunia hari ini. Pengakuan berani, tak hingat dunia ni....
    Mana perginya tatasulila kita? Mana perginya agama? Kalau ko bukan Islam, tak kisahlah beb... dah terang-terang jadi kayu api neraka.  Tapi, chup, chup, dia ni Islam ke?  Kalau tengok kan nama, Azwan Ismail, macam nama orang islam kan?.

    Memanglah, kena berani untuk menegakkan kebenaran tu.  Tapi, kena tengok jugaklah, jenis kebenaran apa yang nak ditegakkan tu. 

    Sendiri kena ingatlah.. bila Allah menurunkan bala, bukan atas dia sorang je, semua yang akan kena...
    Setiap perbuatan yang Allah haramkan tu, ada hikmahnya...

    Sama-samalah kita renung-renungkan dan fikirkanlah,  Allah telah mengurniakan kita dengan akal fikiran, gunalah ia sebaik mungkin.  Semoga menjadi iktibar kepada kita.  


    Allah SWT berfirman:


    "Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)

    "Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. " (QS. Hud: 82-83)


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...