Kesian Marissa. Hari Isnin lepas, bibik call cakap adik nangis-nangis sakit gigi. Petang balik rumah, terkejut tengok pipi dia dah bengkak, suruh buka mulut nak check gusi dia.. tak nak pulak...
Itulah, suka sangat makan gula-gula. Dalam ramai-ramai anak aku, dia sorang je hantu gula-gula. Kalau dapat gula-gula 1 tabung, kalau boleh dia nak perabiskan 1 tabung gula-gula tu hari tu jugak. Tu sebab, kalau beli gula-gula mesti kena sembunyikan.
Sebenarnya dia sakit gigi ni dari bulan lepas lagi. Hari tu dah bawa pergi klinik gigi, tapi doktor tak leh buat apa-apa. Memanglah gigi geraham dia dah berlubang, tapi nak tampal tak boleh. Tak faham gak aku dengan Dr ni. Tak kan lah tak boleh buat apa-apa kan?. Selain dari ubat tahan sakit, ubat antibiotik pun dia bagi. Lagi satu, Dr cakap dia kecik lagi, nak bagi suntikan untuk ubat bius pun tak boleh, sebab jarum besar. Kalau nak cabut gigi, kena tunggu umur dia dalam 7 - 8 tahun. Apa, tak ada jarum untuk kanak-kanak ke? Orang cakap Klinik Pergigian Hailani ni tak bagus, mungkin betul jugak kot.
Petang tu bawa jugaklah adik ke Klinik Zakaria, Dr Zakaria suruh bawa jumpa pakar gigi. Kalau pakar mesti dia boleh buat something. Ingat lepas balik dari Melaka ni, nak kena bawa jugaklah si Marissa ni jumpa pakar gigi.
No comments:
Post a Comment