Sunday, December 19, 2010

Anti Sosial

Ada orang cakap aku ni anti sosial.  Hahahaha.....


Anti sosial ke aku ni?

Ok, ok... maybe dia orang selalu nampak aku jarang makan tengahari.. kalau makan pun tapau, jarang makan kat kantin. 

Apa yang dia orang tak tahu, yang aku sedang diet, lunch aku tak ambik.  Lagi pun aku suka layan citer korea masa lunch ataupun tidur.. hahahahha.

Tapi, tak adanya lah aku tak nak berkawan dengan korang-korang semer.  Lagipun malas lah nak dengar gossip-gossip terkini bila dah ramai-ramai ni.  Memanglah best woh, sambil makan sambil ngata orang.. kiranya macam makan nasi cicah budu gitu....

Jadinya, lagi baik duk sorang-sorang dari duk join `mengumpat' dan lagi satu kalau tersalah keluar perkataan dari mulut kita, dijaja pulak cerita kata kita yang mengata itu dan ini.. 

Eeeee... malaslah teman.... tak gemor sangat lah.... baik update blog, lagi baik....

Lagi satu, aku kena terima hakikatlah, kalau office besar macam PMO ni, macam nilah....compare dengan tempat kerja aku terdahulu....
Apa-apapun... 

- Apa yang kau rasa, tidak akan sama dengan apa yang aku rasa
- Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata'

- What others think of me is none of my business'.



Saturday, December 18, 2010

Streamyx atau celcom broadband

Bengkek betul dengan itenet ni.. Dulu pakai Streamyx, pah tu tukar ke Celcom.  Bajet kalau nak gi mana-mana senang boleh angkut je broadband ni.  Tapi, hampeh jugak.  Dah elok-elok pakai streamyx gatal tangan gi tukar pulak.  Walau pun kadang-kadang wifi slow, at least tak adalah aku duduk depan PC ni selama 2 jam just nak post 1 entry.  Hampeh betul weh..... rasa nak ketuk2 je PC ni....


Tu belum guna dalam bilik lagi tu... kalau dalam bilik langsung tak dapat.  Tak tahulah samada memang kawasan rumah aku ni pendalaman sikit kot.. maklumlah masih lagi ada kehijauan bukit bukau, semak samun... tapi sini kawasan bandar baru Kertih lah.. tak kan tak dapat kot...... mencik oooooooooooiiiii

Rasa-rasa nak tukar balik ke streamyx jer... agak-agak En akauntan marah tak? Sebab hari itu dia suruh try dulu, jangan terminate lagi streamxy.. biasalah aku kan... mana nak dengar kata.. melawan ada ler...


Friday, December 17, 2010

Malang Tak Berbau

Malang tak berbau.  Iyalah kalau dah berbau, mesti kita tak gi dekat kan?

Aku tumpang simpati kepada semua mangsa-mangsa letupan di Bekok C ni.  Lagilah terasa apabila salah seorang yang kena tu adalah kawan kita dan isterinya pulak adalah office mate merangkap bf kita pulak.

Bagaimana boleh berlaku? apa puncanya? masih lagi dalam siasatan.. Biarlah orang-orang atasan yang berkenaan teruskan dengan siasatan mereka.  Tapi kita sebagai kawan-kawan sama-samalah mendoakan agar Ariff dan mangsa-mangsa lain-lain cepat sembuh dan juga semoga Cunna tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

`Sesungguhnya kamu beruntung apabila Allah memilih kamu untuk diuji akan keimanan kamu.  Kerana semakin banyak ujian yang mendatang, maka, semakin dekat kita denganNYA'

Harian Metro - 15 Dec 2010


6 dibaham bebola api

Oleh Nazdy Harun

MANGSA LETUPAN...(atas dari kiri) Mohd Hamzah, Alias, Mohd Fauzi dan Zamri manakala (bawah) Mohd Rishauddin dan Mohd Arif dirawat di HSNZ.

KUALA TERENGGANU: “Saya nampak satu bebola api menuju ke arah kami ketika saya dan rakan dalam proses menamatkan syif di pelantar minyak Bekok C.

“Saya dan lima rakan lain terkena bebola itu menyebabkan kami mengalami lecur di beberapa anggota badan termasuk di muka,” kata Alias Abdullah, 52, seorang daripada enam pekerja yang terbabit dalam kebakaran pelantar minyak milik Petronas, kira-kira 200 kilometer dari perairan Terengganu.

Dia yang mengalami lecur kecil di muka menceritakan kejadian itu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam. 



Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, seramai 108 pekerja berada di pelantar itu, tetapi hanya enam pekerja mengalami kecederaan. Kebakaran dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor.

Menurut Alias, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia bersama rakan tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat bebola itu meluru laju ke arah mereka.




“Kami diberikan rawatan awal di pelantar minyak sebelum diterbangkan dengan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke hospital ini untuk rawatan lanjut. 

“Saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak begitu parah dan hanya mengalami lecur akibat disambar api pada muka,” katanya. 

Selain Alias, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Rishauddin Ismail, 37, Mohd Hamzah Abdullah, 32, Mohd Fauzi Ibrahim, 37, Mohd Arif Farimi, 28, dan Zamri Wagiman, 32. 

Mohd Hamzah ketika menceritakan kejadian itu kepada Ahmad Said pula berkata, api menyambar mereka pada hujung waktu bertugas di pelantar itu. 

“Ketika itu kami sibuk menyiapkan tugasan dan saya tidak tahu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku,” katanya. 

Sementara itu, Petronas Carigali Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar berkata, kejadian berlaku di pelantar Bekok C yang berkedudukan 200 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia sejurus selepas tengah malam dan api berjaya dikawal pasukan tindakan kecemasan pelantar terbabit. 

“Terdapat 108 pekerja di pelantar itu ketika kejadian dan enam daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan. Baki 102 pekerja lagi dipindahkan ke pelantar berhampiran,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, aktiviti di Bekok C dihentikan sementara dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. 

Ahmad Said yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa. 

“Mujur pelantar tidak meletup akibat kejadian itu kerana bilangan pekerja ketika kejadian ramai,” katanya.



Thursday, December 16, 2010

Yahoo!!!! Malaysia menang


Walaupun kita menang 2 - 0 malam tadi, tapi kita masih ada 90 minit lagi perlawanan sabtu nanti.  So, tak leh lah nak happy-happy sangat.  Bukan apa, takut nanti kempunan pulak.

Thumbs up especially to keeper (Fahmi).  Memang hensem giler cara tangkap bola.  Tak kasi chance langsung bola Vietnam masuk ke dalam jaring Malaysia.  Juga kepada Safee Sali yang telah menjaringkan 2 gol semalam.  Gol pertama memang terbaik lah... Straight jerrrrrr.   Hampir melompat aku dibuatnya.  Walaupun sebelum tu baru ajer berdrama dengan sibibik kat rumah ni... ishhhhhhh... sakit hati betul..Tak apa, lupakan kisah sibibik tu, malas nak cerita....

Yang penting peluang untuk kita ke final nampak cerah sikit lah... suka, suka, sukaaaaaaa

Jom terjah ke dapur mama


Hai, nama saya Marissa.  Saya anak bongsu dalam keluarga ni.  Hari ini saya nak bawak kawan-kawan mama semua ke dapur mama saya...

Saya suka tangkap gambar.  Kalau jumpa handphone atau kamera mama / abah saya, pasti saya akan tangkap segala macam gambar yang menarik.  Kadang-kadang mama saya bising-bising membebal kat saya, sebab dalam handphone dia penuh dengan gambar-gambar yang ntah apa-apa.  Itulah hasil kerja saya.

Mungkin bila besar nanti, saya akan jadi seorang tukang ambik gambar.  
Abah dah janji bila dia beli kamera baru, kamera buruk dia nanti dia akan bagi kat saya. (walaupun saya tahu, kamera tu dah rosak).. 
Saya juga ada kamera barbie & princess.  Tapi kamera tu semer tak leh amik gambar betul-betul. 

Inilah barang-barang yang ada kat dapur mama saya...


1) Itu adalah kuali & periuk kesayangan mama saya
2) Nampak tak tangan mama saya yg besar tuuuu?
 

Wednesday, December 15, 2010

Make up

Saya sangat rajin hari ini.  Pagi-pagi lagi saya dah buka blog saya dan terus saya make up-make up sikit blog saya ni.  Macam-macam color saya guna.  Akhirnya beginilah rupa baru blog saya yang telah siap dimake up oleh saya yang tak pandai nak bermake up ni. (boleh faham ke statement ni?)... Eye shadow, blusher, lipstick semua kita apply..... apa lagi yang kurang ya?

Perasan tak banyak pulak color ala-ala pink gitu.  Tak faham gak lah, lately minat pulak kat warna ala-ala pink ni.  Dulu suka warna garang-garang.  Mungkin minat bertukar apabila umur dah bertambah. ahak...tertelan air liur...

Tuesday, December 14, 2010

Lost in the 80's part I

Kebiasaannya, setiap pagi on the way pergi kerja, my favourite siaran radio ialah breakfast show at Redfm.  Memandangkan jarak tempat kerja dari rumah aku tak jauh sangat, kiranya sempatlah dengar dalam 5 – 10 minit jer.  Itulah jarak perjalanan ke tempat kerja ku, dekat kan?  Syok oooo… 7.50 am sempat lagi nak gi kerja.  Tapi biasanya 7.30 am aku dah bertolak, aku kan pekerja mithali, ahak.. rasa nak muntah weh…..

Selain dari quiz-quiz, salah satu slot yang best ialah Lost in the 80’s.  Kebanyakkan lagu-lagu yang diperdengarkan memang lagu-lagu favourite aku masa zaman sekolah menengah dulu.  Jadi setiap kali dengar lagu-lagu tersebut, memang melayang-layanglah sekejap. Hihihi.. bahaya oooo…. Tengah memandu tuuuu, tapi kalau En akauntan ngantor kita ke opis, tak ada harapanlah.  Mesti kena dengar berita di radio Terengganu FM.

Baru-baru ni diaorang ada mainkan lagu Especially for you duet oleh Jason Donovan & Kylie Minogue tu.. alaaa yang kita ada post video dia baru-baru ini tu .  Sapa-sapa yang tak tahu Jason tu sapa, nah kita bagi tengok gambar dia masa muda-muda dulu.  Hensem siok beb……..



Ini gambar Jason terkini, apa dia buat sekarang ya?

Selain Jason, aku jugak memang minat giler kat kumpulan Duran-duran ni.  Especially singer dia tu.. Simon Le Bon.  My BF (Suriati) minat giler kat pemain keyboard, Nick Rhodes.  Kita orang siap tampal poster, siap buat cover buku teks lagi.  Ada ke patut? Patutlah ilmu tak berapa nak masuk dalam dada ni... siap pakai nama-nama samaran yang digabung dengan nama artist yang kita orang minat lagi. 


Tapi kita orang tak adalah sampai pergi tengok konsert2 bagai.  Sebab dulu-dulu mana ada artist-artist barat datang buat konsert kat Malaysia ni. 

Kalau nak dibandingkan lagu-lagu zaman sekarang dengan lagu-lagu 80an.  Aku rasa lagu-lagu 80an lagi best looo… lagu sekarang, lirik ntah apa-apa …. Merapu jer lebih….


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...