Sunday, May 29, 2011

Apa yang tak kena dengan ko ni Hazama?

Frust betullah semalam. Frust bila Terengganu kalah dengan Kedah. 1 - 0. Habis ranap rekod Terengganu yang tak pernah kalah main ditempat sendiri. Dileburkan oleh Kedah. Memang badi kalah dengan Kedah tak pernah hilang kat pasukan Terengganu ni. Berapa kali Ashaari duk try shoot bola ke jaring, asyik dapat tangkap je keeper Kedah ni. Tendangan percuma pun tak dapat nak nolong Terengganu. Sekarang Kelantan dah naik tangga atas balik. Macam mana tu? Dah lari dari tajuk dah ni. Frust punya pasal...


Si Hazama ni pun satu. Nyanyi lagu si Mus tu macam tak nak lepas habis jer. Macam orang tahan kentut jer. Muka dah bagus ala-ala My Chemical Romance pun ado aku nengok eh. Tapi tak rock mana lah brader. Kenapa tak tarik habis-habis masa kat chorus tu? Dah lah tu, siap tukar melodi pulak. Potong stim betul lah.

Aku dah siap bertukar channel cuma nak tengok ko sorang je menyanyi. Alih-alih ko pulak nyanyi macam tu. Macam mana tu? Memang patutlah abang Hattan pun rasa frust. Aku peminat setia ko ni pun frust, tahu tak? Walaupun aku tak ngundi ko (tak ada duitlah nak antor sms, kalau ko xpax jimatlah sikit kredit aku). 

Lagu tu memang lagu berhantu, sepatutnya ko pukul habis semalam. Lepas je suara sepenuh jiwa raga ko. Masa menjerit tu ko jerit lah kasi akak Ogy takut sikit. Barulah ala-ala Mus. Walaupun tak 100% macam Mus. 

Apa-apa pun minggu depan ko buat betul-betul lah. Tak kiralah dapat lagu rock lagi sekali ke, lagu balada ke yang penting all out ok.

Kalaulah Hazama terbaca blog aku ni best gak. Agak-agak ada masa ke dia nak baca blog-blog ni? Agak-agak dia ada blog tak?

Pulanglah....

Pulanglah....Awi Rafael

Tiba-tiba je suka pulak dengar lagu ni. Ini semua gara-gara si Kay (AF9). Ingat tak minggu yang ke berapa ntah, aku pun lupa dia duk nyanyi lagu ni. Tapi rasa-rasanya minggu tu dia tak disingkirkan lagi. Dan sudah semestinya lagu ni selalu je dinyanyikan oleh Sarah, sampaikan aku pun terikut-ikut minat pulak dengan lagu ni. 

Jom layan....


Oh ya! kalau tak silap Awi ni penyanyi Singapura.

Friday, May 27, 2011

Oh My Laling Streamyx.....

Hai, hai, hai......Welcome back my laling streamyx. Akhirnya aku berpatah balik kepada streamyx. Awal-awal dah cantik-cantik pakai streamyx, tapi gatal tangan beralih arah kepada Celcom broadband. Last-last aku juga yang asyik naik hangin kat Celcom broadband ni. Dahlah macam kura-kura signal. Lately langsung tak boleh nak masuk internet. Langsung tak ada signal. Apa ke biol punya signal. Aku tak adalah nak salahkan kat Celcom 100%, iyalah mungkin kawasan area rumah aku ni yang tak berapa ok kot, dilindungi oleh bukit-bukit dan gunung ganang. (Macam duduk dalam hutan lah pulak).

Dari dulu lagi en hasben dah nasihat, fikir betul-betul sebelum nak pakai broadband. Tapi aku degil. Siap suruh terminate lagi line streamyx dengan alasan tak yah lah bayar bil banyak-banyak. Dan oleh kerana kedegilan ku yang selalu je tak nak dengar cakap suami, akhirnya aku mengalah. Dan sudah semestinyalah aku terpaksa menahan telinga apabila dipulangkan balik kata-kata yang agak berbisa untuk aku dengari. waduhhh...dushhhhh

Tapi akhirnya dia layan jugak aku punya perangai. Pergi daftar balik streamyx. Ala bukan susah pun, isi borang je dan kena lah bayar balik segala macam pendaftaran. Part bayar-bayar ni yang tak berapa gemar ni. Apa-apa pun kena tunggu next bill.

Rasa bersemangat pulak nak update blog ni. Kalau boleh hari-hari nak update. Laju je itenet ni. (Lagak aku ni macam kera dapat bunga je aku rasa......hihihi). Macam ni baru bersemangat nak ber BW. Bolehlah selalu jenguk you all blog. Suka, suka sangat....

Thursday, May 26, 2011

Drama Realiti Kehidupan @ Dua Alam versi Mohd Ashraf

Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ingatkan dalam filem je ada cerita-cerita macam ni. Rupanya kat dunia realiti ni begitu terang-terangan mereka berani menonjolkan siapa mereka. Bukan nak menghina golongan-golongan mereka, tetapi sudah-sudahlah tu. Bawa mengucap dan beristigfarlah banyak-banyak. Menda macam ni bukan boleh dibuat main-main. Apatah lagi yang melibatkan ciptaan Azali. Kita dengan senang-senang je nak ubah. 

Tiba-tiba teringat cerita Dua Alam Dr Romzy tu. Aku rasa budak Ashfar (nama bukan main cantik dah tu, nak tukar Aleesha pulak) patut tengok cerita tu berkali-kali. Biar datang keinsafan sikit. Susahnya bila mati, dari urusan mandi mayat sampailah nak bawak ke kubur. Tapi, urusan kematian ni hanya tuhan yang tahu, bukan urusan kita. Kita sendiri pun tak tahu lagi macam mana kita akan mati kan. Tapi, bila tengok cerita Dua Alam tu memang akan menginsafkan kepada sesiapa saja yang menengoknya. Sedap apa cerita tu, banyak iktibar yang kita dapat dalam cerita tu. Jangan ingat kita ni tak mati, asyik menongkah dunia sahaja. 


Hasrat lelaki tukar nama ditunda - petikan dari Berita Harian



KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan. 

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.



Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.


Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama. 

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand. 

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan. 

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. 

“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya. 


Testing, testing...1,2,3

Ini sesi testing menggunakan new baby. Semua org dah bertukar ke iphone dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku tetap setia dgn nokia. I lap u nokia.
Sent from my Nokia phone

Wednesday, May 18, 2011

Ikan Bakar Petai Part II

Ingat tak hari tu aku pernah cakap nak pergi makan ikan bakar petai kat Kuantan? Punyalah lama cerita makan ikan bakar petai ni nak keluar. Sila salahkan editor blog ni ya (aku lah tu)..Bukan apa, tersangkut kat bahagian penyuntingan. Almaklumlah, gaji ciput, nak tunggu duit nuffnang, berjanggutlah jawabnya...

Ini kira sambungan dari cerita ikan bakar petai hari tu ya. Sapa-sapa nak tahu cerita dari awal, klik sini ya. 

Selesai je urusan di Kuantan, dalam kul 5 petang gitu terus je menuju ke Tanjung Lumpur. Bawa kereta slow-slow je sebab nak pilih kedai makan yang mana jadi pilihan. Kat depan setiap kedai makan memang dah ada pekerja-pekerja dia orang duk memanggil-manggil pelanggan supaya berhenti kat kedai dia orang.

Last-last berhenti kat kedai makan Kak Long ni jugak (seperti yang direkemenkan oleh Yatie). Kita orang memang sengaja tak makan yang berat-berat untuk lunch sebab nak qadha makan tengahari dengan makan malam sekali. (yg sebenornya nak melantak banyak-banyak kat sini). Sebab biasanya kita orang kalau dah makan lunch yang berat-berat (nasi atau seumpamanya), nanti kalau dinner memang dah tak larat nak makan nasi. 


Sampai-sampai je, terus pilih ikan. Kita orang pilih ikan Siakap Putih. Kalau masak stim best gak ni... Tapi oleh kerana kat sini yang namanya kedai ikan bakar, sudah semestinya dibakarlah ikan tu. 


Tak lupa juga, lala dimasak serai. Masakan yang simple tapi sedap... ratah je, tak yah makan dengan nasi pun best.


Adik sorang diri pun boleh makan kesemua lala tu...


Sayur campur sudah semestinya. Baru complete pyramid makanan.. hihihi


Wah, kolestrol bertambah lagi dengan adanya sotong celup tepung. Ranggupnya masih terasa. Tapi sos tak berapa ngam lah...ada kureng sikit.. 


Dan inilah rupanya ikan bakar petai tu. Nampak tak petai yang bertaburan tu. Aku yang banyak sekali duk kutip petai tu. Budak-budak tu bukannya makan pun petai tu. Apabila aroma petai bercampur dengan rempah ikan bakar, maka keajaiban pun berlaku lah. Sodap sehingga menjilat jari. Kata orang, mak mertua lalu pun tak sedar ni...

Burrr.... Alhamdulilah, kenyang sangat-sangat. Nanti nak trylah buat kat rumah. Bakar ikan bersama petai. Rasa-rasa jadi tak? Belum cuba, belum tahu... alamak, nanti Kak Long ikan bakar tak boleh cari makan lah macam ni....

Saturday, May 14, 2011

Mee Kg Pek

Kebetulan semasa melawat Ayah De (bapa saudara) dan Cik De (arwah) di Kota Bharu, Kelantan, kami sempat singgah ke salah satu restoran yang femes di sekitar Kubang Kerian ni. Itupun setelah direkemenkan oleh kawan Ateh.

Lepas je waktu melawat kira-kira pukul 7.00 petang dan selepas menunaikan solat maghrib kat Hospital, kami apalagi terus bergegas ke restoran Mee Kg. Pek. Tak pasti restoran tu dinamakan sempena nama kampung kat situ atau pun nama orang. Lupa pulak nak tanya tokey kedai. Yang penting makan aje, sebab perut memang dah mula berbunyi setelah 5 jam mengharungi perjalanan dari Kertih ke Kota Bharu. 


Dah nama restoran pun Mee Kg Pek. Mestilah menu utamanya adalah mi. Tapi jangan bimbang, kepada sesiapa yang bukan pengemar mi, boleh juga mengorder makanan lain. Kalau tak silap masakan panas berasaskan nasi pun ada. Tapi rugilah kalau tak rasa mi basah lencun iaitu salah satu makanan yg femes kat sini.


Muka-muka kepenatan sambil menunggu makanan sampai. Angah dan Ateh sempat bergossip lagi tu. Bukan bergossip yang tak baik punya, sekadar mengimbas kembali kejadian yang tak diingini yang telah berlaku keatas bapa saudara kita orang. 


En hasben nak try mi bandung. Inilah mi bandung hasil tangan restoran ni. Apasal warna mi bandung ni tak warna merah / oren ya. Ala-ala pink gitu. Sila jangan salahkan kamera handphone aku tau.. memang color mi bandung dia orang macam tu. Macam tak lalu nak makan je... tapi, en hasben relax je... habis licin dia makan, sehingga menjilat sudu.. hihihi...


Ini pulak mi goreng basah aku. Seakan-akan sama dengan mi bandung en hasben. Bezanya tak ada telur. Udang adalah dalam 5 - 6 ekor. Semua udang disapu oleh Sarah & Marissa... biasalah tu.

Rasa mi goreng udang ni oklah. Nak kata tak sedap tak lah jugak. Sedap sehingga menjilat jari tu tak adalah sangat. Bolehlah sekadar mengisi perut yang lapar. Ala-ala mi rebus pun ada. Korang nak tahu rasa macam mana, nanti kalau ke Kelantan, silalah singgah ya... Janganlah malu, malu..


Ini pulak portion mi goreng udang untuk 5 orang. Dibahagi sama rata ya. Dalam gambar nampak mangkuk mi tu macam kecil je kan. Tapi sebenarnya mangkuk mi tu besar. Ala-ala mangkuk nasi tambah gitu.


Wah, semua duk asyik masyhuk makan. Oleh kerana tempat makan ni Ateh yang rekemenkan, maka kami dengan sebulat suarat bersetuju supaya makan malam kita orang disponsor oleh Ateh. Biasalah tokey gas kan...Ateh yang bertudung hitam tu. Terima kasih daun keladi.. lain kali jangan serik-serik cari tempat makan lagi...


Dalam orang duk mengorder  mi-mi bagai, Naquib pula nak nasi + telur goreng mata kerbau + kicap. Hahahaha... tak boleh tahan rasanya. Orang semua duk makan mi, hanya dia je yang nak makan nasi. Mi tak sedap katanya...budak-budak, layan ajer ler...


Part ni yang paling kelakar. Selepas habis makan, tengah duk menunggu bil sampai tiba-tiba kedai ni blackout. Menjerit semua orang dibuatnya. Apatah lagi kanak-kanak. Nasib baiklah dah habis makan. Nak kira duit untuk bayar bil pun kena pakai cahaya handphone. Dalam tengah-tengah duk kepenatan dan kesedihan ada gak part yang kelakar. Hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...