Monday, February 07, 2011

Ahli keluarga baru?????

Petang raya cina baru ni, kita orang dapat ahli keluarga baru. Hasil tangkapan Danny opss!.. Amirul. Hobi baru dia sekarang ni ialah memancing. Kebetulan belakang rumah jiran kita orang ada alur sungai (mungkin longkang kot, tak pastilah) yang pasti selalu nampak ramai orang memancing kat situ. So, si Amirul dengan 3 orang lagi kawan telah pergi memancing kat situ dengan keizinan bapanya. Setelah digeledah stor akhirnya berjumpa jugaklah alat pancing yang lama dah tak pakai. 

 Dan inilah hasilnya. Ikan Sepet. opss! Sepat.


Oleh kerana sebelum ini kita orang memang tak pernah bela ikan pun, jadi akuarium memang tak adalah. Untuk penempatan sementara kita letakkan ia didalam balang biskut Love Letter Julie (perasa Strawberry).





Wah, pemancing dan hasil tangkapan dengan aksi yang berlagak sikit. Dia rasa dialah juara, sebab kawan-kawan dia tak dapat pun ikan.


Soalannya sekarang, nak bagi ikan ni makan apa? Mana nak nak cari makanan ikan malam-malam hari ni? Akhirnya adik dapat satu idea. Apa kata kita bagi makan kacang adik. Semua orang.. HAH?????? Akhirnya kita just bagi roti & nasi untuk malam tu. Habis dimakannya roti dan nasi tu, memang lapar bebenor ikan ni.  Nanti besok nak kena gi Dungun nak cari akuarium & sebagainya. Tapi persoalannya, raya-raya cina ni kedai buka ke? Itulah masalahnya kalau kebanyakan kedai-kedai yang menjual Pet ni hanya dikuasai oleh orang Cina.



Cuba tengok betul-betul ada tak tulisan apa-apa kat badan ikan ni? Mana lah tahu kot ada nama sapa-sapa kat badannya. Bolehlah aku masuk TV.

Mengikut kepercayaan orang cina, kalau kita bela ikan sepat didalam rumah kita dapat menghindari daripada kena pukau. Tapi dengan syarat, kena bela ikan tu dalam bilangan yang ganjil. Habis macam tu kalau seekor je kira aci tak? Betul ke tak, Allahuwalam.

3 comments:

Juli said...

ikan sepat ker?? rasa2 macam penah dengar ikan kelisa..ke ikn sepat pon keturunan kelisa? hmm hmm

MammaSun said...

tak tahan...nak kena mention gak balang tu perasa strawberi...uhuk

Achiq said...

Juli : Yg pasti Sepat & Kelisa bukan adik beradik lah

Cun : Mention jgn tak mention.. kalau tak orng tak tahu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...