Thursday, February 17, 2011

Beli satu percuma satu

Pic. google
Jangan tertipulah apabila ada banner `beli satu percuma satu'. Mana ada orang nak bagi menda free kan?. Samada dia dah mark up harga untuk barangan pertama ataupun barang yang free tu memang dah expired atau memang tak berguna langsung (dengan kata kasarnya).

Inilah yang terjadi kat aku weh. Rasa hampeh betullah kat budak sales tu. Mula-mula memang dah cuak dengan attitude dia. Memang kurang asam betullah. Memang tak rasa nak beli pun (lagipun kalau boleh nak kurangkan makanan-makanan yang segera ni, ingat tak entry aku yang pasal pemakanan ari tu? Pilihan makanan terburuk untuk anak-anak, Alih, alih entah macam mana si Hasben termakan jugak dengan cakap budak tu (katanya kesian kat budak tu, yalah tu..... nasib budak tu lelaki, kalau perempuan?)

Alkisahnya, kita orang pergi ke TMC semalam, nak beli  barang sikit. Bila tiba kat bahagian sejuk beku tu, adalah seorang mamat ni datang kat kita orang. Offer nugget, beli satu percuma satu. Aku tanyalah, kenapa nak bagi free, mesti nugget yang free tu nak expired ataupun tak laku. Dengan selamba budak tu cakap, kalau tak nak sudahlah. Ok fine, aku pun terus blah. Tinggalah en Hasben duk melayan budak tu. Aku terdengarlah jugak percakapan diaorang. Dia cakap kat en Hasben, nugget yang dia nak jual ni, jenis yang McD jual tu. Boleh caya ke? Dan yang dia nak bagi free ni ialah nugget ikan, keluaran baru. Ala-ala macam nak perkenalkan produk baru gitu. Kenapa tak cakap siang-siang. 

Last-last en Hasben aku yang baik hati ni pun belilah jugak. Beli atas dasar kesian katanya. Balik rumah trylah goreng nugget ikan tu. Uwek...langsung tak sedap. Bau ikan yang hanyir amat kuat. Tak tahulah kalau korang suka rasa macam tu. Nak kata rasa macam Fish n Chip, tak kot. Memang tak sedaplah. Budak-budak kat rumah pun tak nak makan. Patutlah nak bagi free, rupa-rupanya tak sedap. Dah agak dah, memang tak laku pun, sebab tu nak bagi free. 

Moral of the story : Jangan cepat terpedaya dengan barang-barang free ni. Mesti ada udang disebalik mee.

4 comments:

adenium said...

nih mesti TMC mesra mall kan... nak try gi gak.. tapi tak terpergi pon... :(

Juli said...

tu laa..mana la ada salesman nk ngaku barang die tak laku kann..

ayushida said...

hmmm, barang free memang banyak yg perlu diragukan..... leih baik bayar lebih asalkan tak datangkan rugi, bahaya aau marah....!

Achiq said...

adenium : A'ha.. TMC Mesra Mall.Satu-satunya shopping mall kat Kertih ni..

Juli & ayushida: Betul, betul, betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...