Tuesday, February 08, 2011

Al-Fatihah


Hari ni genaplah 4 tahun ayahanda tercinta meninggalkan kami dimuka bumi ini. Rasanya masih terngiang-ngiang lagi tawa gurau senda bersamanya. Arwah ayah memang kuat mengusik dan melawak. Suka bebenor dengan kartun Donald Duck. Tapi kadang-kadang boleh jadi serius dan garang jugak. Apatah lagi kalau tidak ikut cakap dia. Tapi seingat-ingat aku, walaupun dalam keadaan marah macam mana pun, arwah tak pernah meletakkan jari dibadan kami. Dengan erti kata lain tak pernah memukul kami jangankan dengan rotan, cubit pun tak pernah. Cukuplah hanya sekadar suara ataupun jelingan dah pun kami faham.

Aku masih ingat masa zaman remaja belia, aku memang kaki TV dengan kakak aku (Ateh). Suka benor tengok TV sampai larut malam. Pernah kadang-kadang kita orang pura-pura masuk tidur dan tutup lampu bila arwah ayah suruh masuk tidur. Bila dah pastikan arwah dah tidur, kita orang keluar dari bilik dan terus buka TV dengan diperlahankan suara TV takut ayah dengar. Bila dia sedar kita orang tengok TV, apalagi terus kita orang berdesup masuk bilik. Kadang-kadang bila kita terlelap depan TV, ayah akan dukung kita orang masuk bilik. Terutama aku, suka bebenor pura-pura tidur supaya ayah dapat dukung aku masuk bilik. Bila teringat balik kisah ni, aku teringat kat Sarah. Selalu pura-pura tidur atas katil ku sedangkan matanya terkedip2 dalam pejam.

Arwah ayah jugalah menjadi tempat rujukan kami adik beradik dalam segala hal. Terutama bab-bab agama. Arwah ayah dulu adalah AJK Masjid Paka. Tapi apabila surau depan rumah siap, arwah telah memberikan 100% tumpuan kepada surau Kg Kolam (sekarang dah panggil nama lain dah). Apabila surau dekat rumah siap, ayah sempat menjadi iman untuk sembahyang raya, walaupun keadaannya dimasa tu memang dah teruk. Untuk pengetahuan, arwah mengidap sakit barah muka. Keadaannya bertambah teruk sekitar Jan 2007, sehingga sebelah mukanya memang dah lain dari muka asal.

Arwah ayah juga memang pembersih orangnya. Tiap-tiap petang beliau dengan sebatang besi yang tajam (ditempah khas dengan GIAT MARA) akan ronda-ronda sekeliling rumah sambil menyucuk-nyucuk daun-daun kering yang jatuh ketanah. Kalau kita makan gula-gula, lepas tu tersalah buang plastik pembalut gula-gula ke tanah, memang nak kenalah.

Arwah ayah dulu pernah kerja kat kilang kayu (sawmill). Pergi kerja dengan berbasikal sahaja. Kehidupan kita orang dulu agak sederhana tapi bahagia. Beli motor pun semasa beliau berkerja sebagai askar. Aku masih ingat, masa tu aku disekolah rendah lagi. Untuk sampai ke kampung ku, ada sebuah jambatan kayu yang menghubungkan Kg Darat Kolam dengan Kg Limbong. Kebanyakan kedai, sekolah semua berada di Kg Limbong. Untuk pergi ke Kg sebelah kita orang terpaksa melalui satu kolam kecik. Sebab itulah kg. tu dinamakan Kg Kolam Limbong. Ada satu lagi kolam yang agak besar (dulu-dulu tempat kita orang mandi manda - sekarang kotor). Masa tu musim tengkujuh, apabila hujan turun tak henti-henti air akan naik kadang-kadang akan menengelamkan jambatan kayu. Waktu tu dah petang, tapi arwah ayah masih belum pulang dari kerja, hujan tak henti-henti dari malam tadi. Arwah Cik sudah mulai bimbang. Kami adik beradik tunggu ayah depan rumah jiran kami Mak Cik Yah. Dalam kesejukan, tiba-tiba ternampak kelibat ayah memakai baju hujan yang jenis plastik jarang tu, sambil mengheret basikal tuanya meredah jambatan yang dah dinaiki air Apa lagi, semua bersorak nampak ayah.

Apabila keadaan arwah dah semakin kritikal, beliau hanya mampu menulis dalam tulisan jawi apabila ingin memberitahu sesuatu. Beliau sempat lagi mengajar 2 orang anak lelaki beliau (adik beradik aku terdiri daripada 6 perempuan dan 2 lelaki) cara-cara sembahyang mayat. Kata beliau kalau dia mati dia nak anak-anaknya sembahyangkannya. Arwah ayah selalu berpesan jaga tali persaudaraan. Adik beradik jangan bergaduh. Malahan sempat menulis pesanan ataupun boleh dikatakan wasiat agar kami adik beradik saling sayang menyayangi dan jangan bergaduh. Selalulah tolong menolong sesama adik beradik. Selepas seminggu arwah ayah pergi, nota itulah yang selalu kami baca sambil menangis. Aku pasti Alang masih menyimpannya.

Tanggal 8 Jan 2007, dalam pukul 10 pagi arwah ayah telah menghembuskan nafas terakhir disamping isteri dan anak-anak. Semua sempat berada disamping beliau kecuali adik lelaki ku yang berada di Kuantan. Aku ingin sangat meletakkan gambar arwah disini, tapi orang kata tak baik kan. Kami redha dengan pemergiannya. Cuma aku hanya menceritakan apa yang aku rasa cucu-cucunya tidak tahu pasal arwah.

Alfatihah buat ayahanda tercinta semoga damailah kau disana.


8 comments:

Juli said...

best baca citer kakzai..teringat kat msa kecik2 kite jugak, dan mak aboh =)

Suja said...

nota arwah ayah tu ada kat suja.. last ayah tulis,,, 10 minit sebelum dia meninggal.. perkata 'M.AT.I'.. AL-FATIHAH UNTUK AYAH..

mrs redzuan said...

AlFatihah. Semoga roh arwah ditempatkan dlm golongan mereka yang beriman. Aminn.

Amri Abd Rani said...

sama...
abah tersayang pun dah lama pergi,
tinggal kan diri ini,
namun tabah memikul diri,
menuju Firdausi...

InsyaAllah...amin

nia said...

rndu tokki.cdeh. . =[

ateh said...

...Berbuat baik dengan orang, orang akan berbuat baik dengan kita, dan banyakkan bersedekah. quran jangan lupa baca selepas solat dengan cara membuka kitab alquran, bacalah walaupun hanya sebaris... itulah pesan allahyarham ayahanda yang ateh ingat dan ikut sampai sekarang, and that's what I teach my childre, insyallah.

setiap kali melalui kawasan perkuburan, bacalah surah Al-Ikhlas 11 kali dan sedekahlah untuk semua ahli kubur, selalunya ateh niat terutamanya untuk kaum keluargaku dan semua ahli kubur. nescaya si pembaca juga akan mendapat pahala dari semua ahli kubur...Allahuallam bi sawab.

malam tu allahyarhamah bonda muncul dalam mimpi, tengok jer ke ateh without words, miss her so much:(

Al Fatihah....

ateh said...

suja, forward ke ateh deh, ateh nak scan.... tru my email address lah cam biasa. tq sis.

btw, where is my minyak gamat?

fadillah said...

sedeyh sgt2 bace post kak zai ni ;(

rase cam nk balik skg je jumpe maa abah sy..huhu~

sy harap sy dpt berbakti kt diorg selagi hayat dikandung badan..doakan sy jgk ye k.zai :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...