Friday, February 04, 2011

Tragedi 27 Jan 2011

Hari Khamis 27hb. Jan lepas, aku memang tidak berapa sihat. Demam & selsema. Badan dah seram sejuk. Hati rasa macam tak sedap je. Ini mesti sebab demam kot. Pukul 12 tengahari aku dah tak tahan, bagitahu kat Mas dan Hazren aku nak balik. Kiranya macam nak half day lah (mana ada istilah half day kat opis aku ni). Tapi, tak apalah, kalau bos tanya aku kira macam nak MC ajelah. Sebelum balik rumah, singgah Klinik Rantau PETRONAS. Sampai rumah, adik dah balik dari Tadika. Siap pesan kat adik & Wendy, jangan kacau Umi nak tidur, umi tak sihat.

Dalam setengah jam jugak aku rasa aku tidur, tiba-tiba Amirul a.k.a Syazani (mulai sekarang dia ingin dikenali sebagai Amirul - layan ajele). Cakap Abang Ak panggil. Aku ingat biasalahlah dia orang ni, bila balik je mesti panggil kita kan. Aku endah tak endah aje ler. Cakap kat Amirul, OK, suruh abang AK naik, umi demam ni. Selang beberapa minit, Amirul datang balik, cakap abang AK eksiden. Terperanjat aku, terus bingkas bangun dan berlari keluar rumah.

Tengok-tengok kat luar rumah orang dah ramai. Ada 2-3 orang kawan dia dengan Pak cik kantin Sekolah Kg, Baru dan isterinya. Aku hanya berT-shirt dgn kain batik, tergamam seketika. Citer punya citer, rupa-rupanya AK terbabas masuk semak ketika balik dari sekolah. Kita orang memang benarkan AK bawa motor ke sekolah, memandangkan sekolah dengan rumah kita orang dekat jer. Lagipun cuma lalu jalan kampung sahaja. Walaupun tahu kiranya salah membawa motor tanpa lesen, tapi ingatkan kesian dia balik jalan kaki dari sekolah ke rumah. Kita orang pun benarkanlah dia bawa motor ke sekolah. Tapi jangan salah faham, hanya ke sekolah sahaja tau. Setakat ni yang paling jauh sikit dia bawa motor tu, ke Masjid semasa solat Jumaat semasa Abah dia outstation hari tu. 

Oleh kerana aku masih lagi dalam terkejut tapi aku masih sempat salam akak-akak kantin tu. Pak cik kantin offer nak hantar AK ke Klinik. Baik betul Pak cik Kantin tu. Rupanya dia yang membawa motor yang rosak tu balik ke rumah aku (dengan jalan kaki - kiranya macam mengheretlah kot). AK membonceng dengan kawan.


Informed my hubby. Terkejut dia dan suruh aku siap apa-apa yang patut. Aku dah rasa semacam apabila AK dah mula cakap macam orang dah tak ingat. Dia siap tanya hari ini hari apa, dia balik dengan siapa. Takut jugak aku. Dalam 10 minit jugaklah dia dalam keadaan begitu, barulah sedar balik. Dr kata dia cuma terperanjat.

Sampai aje my hubby kat rumah kita orang terus ke Klinik Rantau. X-ray bagai, tulang pergelangan tangan ada sedikit terkehel. Memandangkan Klinik Rantau tak boleh buat simen dia refer kita orang ke Hospital Kemaman. Dalam pukul 4 bertolak pulak ke Hospital Kemaman. Selepas register tunggu dalam 15 - 20 minit baru boleh jumpa MO.(memandangkan office hour dah tamat). MO cakap kena tarik sikit untuk masukkan balik tulang yang terkeluar. Oleh kerana orang yang sepatutnya melakukan prosedur tersebut dah balik, maka kami terpaksalah menunggu dalam 1/2 jam lebih jugaklah. Masa tu Kak Long sekeluarga, Wan sekeluraga dah datang nak nengok keadaan cucu dia. Bila orang yang ditunggu-tunggu tiba, terus masuk bilik rawatan untuk ditarik tangannya. Kami tak dibenarkan masuk, tunggu ajelah diluar.

Tak sampai 1/2 jam siap, X-ray sekali lagi dan ditahan diwad Hospital Kemaman. Memandangkan AK boleh bangun dan nampak ok keadaannya, kita orang pun tak lah tunggu dia kat wad. Lagi satu, persiapan untuk masuk ke wad kita orang tak sedia pun. Iyalah, kalau tengok keadaan dia, macam taklah teruk sangat. Ingat Simen sikit jer lepas tu boleh balik. Sama kes macam adik dia dulu, si Amirul pernah tulang tersepih kerana jatuh masa umur dia 6 tahun. Tangan bersimen je. 

Hari ke 2 di Hospital Kemaman (Jumaat)

Pagi-pagi lagi kita orang dah bertolak ke Kemaman. Bawa baju dan sebagainya. Dr datang dalam pukul 10 pagi, bagitahu kat kita orang, hari ini terpaksa ditarik lagi tangan, kerana semalam punya tarik tu tak berjaya masuk dengan sempurna. Terperanjat kita orang. Tapi nak buat macam mana ni? Ok ajelah kot. Memandangkan Dr India tu sangat baik dan cara dia explain kat kita orang pun clear dan lembut sangat. Lepas ditarik tangan tangan AK, di X-ray lagi sekali. Aku stay dengan dia sampai ke malam. Suasana kat wad lelaki tingkat 3 Hospital Kemaman ni, memanglah tidak selesa. Sepatutnya row AK ni cuma 4 katil je, tapi disumbat lagi satu katil menjadi 5 katil. Sungguh sempit cuma muat 1 kerusi je. Aku nak bergerak2 kat tengah2 tu bukan main tak selesa. Bau tak payah cakaplah. Malam baru aku balik. Rasa macam penat sangat badan, sampai rumah terus tidur dengan lena.

Hari ke 2 di Hospital Kemaman (Sabtu)

Kesian AK. Dia cakap tak boleh tidur malam-malam. Apabila nak buat dressing kat pesakit kipas terpaksa ditutup. Kena pulak abang kat sebelah katil dia tu berdengkur kuat pulak tu. (abang tu accident patah kaki dan tangan). Kalau duk kat hospital ni, macam-macam sakit kita boleh tengok. Yang hujung sebelah kanan abang tu sakit kencing manis kena potong kaki. Berak, kencing semua kat situ je. Dressing pun kat situ jugak. Oh ya, Dr datang dan bagitahu tarik untuk kali ke2 tu macam tak berapa berjaya jugak. Aku dah semacam ni, kenapa sampai jadi macam ni? Aku request nak jumpa dr. pakar. Dr pakar pulak hari ahad baru ada. Frust sangat. Tapi nasib aku baik, sebab petang tu dr. Pakar, Dr Wan datang ada emergency katanya. Dr India yang baik hati bawa Dr Wan tu jumpa aku. Masa tu, hubby aku balik ambil anak-anak. Aku pun tanyalah Dr Wan tu, kenapa dan mengapa dan ada lah lagi soalan2 yang kita tanya untuk bagi kita betul-betul faham. Aku betul-betul bengkek dengan Dr Wan. Dia punya cakap, sombong sangat lepas tu cakap kat aku, kita orang tahulah apa kita orang buat. Besok pagi kita tarik sekali lagi. Malam ni Syakir kamu kena posa. Aku tergaman tak terkata. Tiba-tiba je datang satu perasaan yang entah tak tahu nak cakap macam mana. Rasa sebak. Tiba-tiba aku menangis teresak-esak. Aku yang kuat macam ni boleh nangis. AK try hiburkan aku, cakap dia tak apa-apa, cuma tangan je, bukannya kena potong pun. Bukannya dia nak mati dah. Aku lagilah sedih. Aku sedih sebab bengang dengan Dr yang sombong tu, aku sedih sebab kesian kat AK, main tarik, lepas tu tarik tangan dia. Ingat tangan anak patung ke? Rasa sedia juga sebab sepatutnya aku terus je hari Khamis tu ke KMC. Ya, aku terus ambil keputusan untuk ke KMC. Call my hubby bagitahu dia keputusan aku. Bagi tahu Nurse saya nak discharge hari ni sebab nak ke KMC. Boleh pulak nurse tu cakap suruh tunggu esok sebab kaunter pembayaran tutup hari ini. Sabar aje ler.

Hari ke 3 di Kuantan Medical Centre- KMC (Ahad)

Pagi tu dalam pukul 11 Dr Wan datang cakap nak buat operation untuk tarik2 tu petang pulak. Memandangkan aku dah bagitahu Sister yang aku nak discharge hari ni. terus Sister tu bagi tahu dr Wan tu. Ok, ok tak apa dia cakap. Tapi kalau ada apa2 kita tak akan bertanggung jawab. Ada ke seorang dr boleh cakap macam tu? Aku tak peduli aku nak pergi KMC jugak. Aku dah tak tahan duk menunggu kat sini.

Nak keluar dari hospital ni pun berjam-jam menunggu memo dan bil2 disiapkan. Dalam pukul 2 baru boleh discharge. Kita orang terus ke KMC. Dalam pukul 4 lebih sampai kat KMC. Registered jumpa MO dulu (ahad dr tak kerja) X-ray dan dinasihatkan stay 1 malam kat sini. Malam Dr Mohd Noor datang terus cakap nak buat minor operation untuk masukkan wayar untuk support tulang supaya tidak lari. Dia akan tarik juga, tapi dia ada cakap tulang tu macam dah serpih. Iyalah, asyik duk tarik-tarik je. Dalam 3 minggu wayar tu akan dibuang. Kalau buka balutan tangan Ak, memang boleh nampaklah wayar macam bentul L terkeluar dari pergelangan tangan dia tu.

Malam tu barulah boleh AK tidur lena sikit. Iyalah bilik RM150/malam. Mahunya tak lena, dengan TV - HBO, bawa laptop complete dgn broadband. Mahunya tak suka dia. 


Hari ke 4 di Kuantan Medical Centre- KMC (Isnin)

Dalam pukul 3 baru operation dibuat. Memandangkan Dr ada kes emergency. Sabar ajelah menunggu giliran.

Semua ponteng sekolah nak tengok abang AK


Akhirnya, Alhamdulilah operation berjaya dijalankan. Lama jugak operation tu, adalah dalam 2 jam. Dalam pukul 6 lebih baru AK betul- betul sedar. Terus cakap dia lapar memadangkan dia terpaksa berpuasa dari pagi lagi. 

Hari ke 5 di Kuantan Medical Centre- KMC (Selasa)

Pagi-pagi lagi dr datang, check apa-apa yang patut. Lepas tu cakap dah boleh balik hari ini. Syukur. My hubby dah masuk kerja hari ini. Iyalah, dia kalau awal-awal bulan banyak menda nak kena buat. Report tu, report ni. Tinggalah aku dengan Ak je bermalam di KMC ni. Lepas lunch dia baru boleh bertolak dari Kertih. Dalam pukul 5 jugak barulah kita orang baru boleh bertolak balik ke rumah.

Tapi yang buatkan kita orang terkejut bil kat Hospital Kemaman = RM21 untuk 3 malam.
Bil kat KMC = RM6,192.15 untuk 2 malam. Fuhh!!!!! Nasib baiklah insuran tanggung, kalau tak menggaru kepala jugaklah. Walaupun kami terpaksa bayar dahulu claim kemudian. Tapi untuk kesihatan, kesejahteraan anak-anak, itu semua ditolak ketepi. Yang penting anak-anak sihat. Duit boleh dicari kegembiraan anak-anak?

4 comments:

MammaSun said...

alhamdulillah dah boleh balik....sabar je lah dengan doktor wan tu....sampai berjaya membuatkan kak zai menangis....isk isk

Juli.Zakaria said...

alhamdulillah semua dah kembali cam bese..semoga dapat tgk kakzai kembali bergelekek.hihi

velvet pillow cases said...

Tengok-tengok kat luar rumah orang dah ramai. Ada 2-3 orang kawan dia dengan Pak cik kantin Sekolah Kg, Baru dan isterinya. Aku hanya berT-shirt dgn kain batik, tergamam seketika. Citer punya citer, rupa-rupanya AK terbabas masuk semak ketika balik dari sekolah.
stitching factory in lahore
shirt stitching factory

Anonymous said...

supreme clothing
jordan outlet
supreme clothing
golden goose cyber monday
fear of god essentials hoodie
off white shoes
air jordan travis scott
jordan shoes
off white
golden goose superstar sale

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...