Wednesday, February 16, 2011

Menjana pendapatan

Fuh, baca tajuk memang gempak beb. Saja jer. Kasi tuan punya gambar kat bawah ni glamer sikit. 

Cer cerita sikit. Hari sabtu 2 minggu yang lepas, kita orang pergilah ke Kemaman, untuk membeli mesin rumput ni. Bukannya nak eksen ke apa, cuma nak bagitahu, dah lama aku duk membebel pasal rumput ni. Biasanya si Wendy tu yang duk potong dengan gunting yang besar tu. Iyalah, tuan rumah malas + bizi (bizi sokmo). Nasiblah ada bibik yang rajin potong rumput.

Beli mesin ni pun yang buatan Cina je, kiranya yang murah sekali lah. Macam tak ikhlas je beli. Kalau tengok gambar kat bawah, memang nampak muka kena paksa kan?



Tapi tak baik tau, buruk sangka. Memang minat memotong rumput ni tiba-tiba je datang. Sekarang ni dah complete PPE untuk memotong rumput. Siap potong rumput sampai diluar kawasan rumah. Kalau boleh kawasan jiran pun nak dipotongnya. Wah, memang bagus dan bersemangat betullah En Hasben aku ni.

Anak abah, mana-mana pergi mesti ada...
Tapi, kalau difikir-fikirkan dan dikaitkan dengan tajuk memang betul apa, pekerjaan memotong rumput ni boleh dijadikan pendapatan sampingan. Iyalah, kalau untuk kawasan rumah aku yang rumput hanya seciput tu boleh dikenakan RM30. Kalau 1 hari 3 buah rumah, dah boleh dapat RM90. Buat je waktu weekend. Aci tak? Ala, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

Agak-agak, En Hasben setuju ke kalau usul ni dibentangkan malam ni? 

2 comments:

HaNTwO said...

saya suka mesin rumput heheheh..

Juli said...

sayang pnyer pasl, abg ok kan sajer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...