Friday, December 24, 2010

Away from Kertih


Melaka.............Here we come...
Kita orang dah bertolak ke Melaka pukul 7.00 pagi tadi.  Mengikuti POD Mystery Drive dari 24 - 26 Dec. 2010.  

Harap-harap this time no. 1 dalam tangan... hihihihi...

Wish me luck..

Thursday, December 23, 2010

Family gathering - penutup tahun 2010


Semalam anak-anak dan cucu-cicit (ops.. cucu sahaja, cicit tak ada lagi), telah berpakat untuk mengadakan family gathering bagi penutup tahun 2010.Kiranya macam nak tutup buku gitu dan untuk merasmikan penutupan rumah pusaka ni.  Memandangkan Su Ja akan balik ke Johor pada hari jumaat ni, so, kita orang adik-beradik berpakat untuk mengadakan family gathering buat kali terakhir untuk tahun ni.  So, lepas ni rumah pusaka ni akan kosong balik lah.  sedihhhhhh.....

Seperti biasa, sebelum acara makan-makan (acara wajib), games untuk kanak-kanak diadakan, cuma tahun ini hadiah tak sempat nak beli.. last minute punya plan. Sorry kids....

Ayah Su dgn gigihnya melukis ntah apa-apa ntah.... sah-sah subject lukisan fail ni...
Oh! ya, game malam tu kita orang main ala-ala win, lose & draw.  For starting, ayah su menvolunteerkan dirinya untuk melukis dan the kids meneka.  Last-last, baru group masing2 melukis.  Girls vs boys.  The winner : Girls of course.

Tak sabar-sabar budak2 ni meneka..., mak-mak sila kebelakang sikit ya!

Boys, masih blur apa yg dilukis oleh Ayah Su, Gegirls... senyap ok!
Selesai acara memerah minda, makan timeeeeeeeee.....
Menu :
BBQ :-
Ayam
Udang
Sosej
Kek (yang tak habis bday petang tadi)
Mi Sup
Puding (tajaan oleh tokey kambing - tapi kambing tak disponsor barang seekor dua, kalau tak bolehlah kita mengrill itu kambing.. fuh,,,,)
Jajan (tajaan orng Kuantan)

Ayam - byk yg hangus gara-gara pembakar yang amateur
+ hujan turun dengan lebat semasa sesi membakar ayam


Nak juga masuk gelang emas (tangan sapa tu hoi)

Semua dah berebut-rebut, kelaparan...
Gedik-gedik time oleh anak-anak dara yang HP always di tangan....tak faham aku...kejap2 berbunyi, kejap2 berbunyi... mengalahkan businesswoman...


Yg tudung kelabu tu baru lepas SPM, bajet nak meraikan dia sekali lah tu...
Fuh lega, baru boleh bernafas dengan nyaman

Dan ini adalah kakak aku yang ke 3.  Tukang masak dalam family kita orang. Pengganti arwah mak, dalam bab masak-memasak ni.  Kiranya orang kuat dalam sesuatu majlislah ni.  Thanks Ma,,, I Love U.

Angah : Ada lagi ke makanan untuk Ma ni?
So lepas ni, jumpa tak jumpa kena tunggu cuti sekolah tahun depan (Mac).  Itu pun kalau Su Ja balik ke Paka, memandangkan dua-dua cikgu, lagi satu family pak su kat Klang. Seorang lagi adik ipar aku pun cikgu mengajar di Kuantan.  Hanya waktu-waktu cuti begini je boleh jumpa semua ahli keluarga.  

Sedih lah pulak.. sentimentol sekejap..... sentap wehhhh....

Lelaki lebih ramai dari wanita

MALAYSIAN POPULATION EXCEEDS 27 MILLION WITH MALES OUTNUMBERING FEMALES


PUTRAJAYA, Dec 22 (Bernama)-- The preliminary report of Census 2010 shows that Malaysia now has a population of 27,565,821 with a male-female ratio of 105 to 100. The male population totalled 14,112,667 and the female 13,453,154, Minister in the Prime Minister''s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said today.
The average annual growth rate from 2000 to 2010 was 2.17 per cent, a drop from the 2.60 per cent for 1991 to 2000, he told a press conference here, which was also attended by the Director-General of the Statistics Department, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
The census carried out from last July 6 to Aug 22 found 6,396,174 households and 7,380,865 housing units in the country, Nor Mohamed said.
Census 2010 is the fifth in Malaysia. Previous censuses were conducted in 1970, 1980, 1991 and 2000.
-- MORE
NSS NZM

Petikan dari Bernama. Patutlah huru hara je dunia.. hihihi... tak baik oooo...


Tapi aku rasa macam tak betul je statistik ni.  Sebab, tanda-tanda akhir zaman, perempuan lebih ramai dari lelaki....


Renung-renungkan dan selamat beramal - Prof. Izi..

Tuesday, December 21, 2010

Kalaulah.....


Korang pernah tak terfikir kalaulah kita diberi superpower seperti geng-geng Heroes ni?  Apa akan jadi kat Dunia ni?  Aku kalau tengok cerita ni mesti berangan-angan nak jadi macam Hiro Nakamura... hahaha..(boleh blah).

Boleh stop kan masa, lepas tu boleh balik ke zaman lampau...best kan? kita boleh pergi perbetulkan balik apa kesalahan yang telah kita lakukan.  Aci ke? kalau macam tu dah tak adalah istilah dosa dan pahala kot.. sebab semua orang buat menda yang baik-baik ajer. Tentu dunia aman sentiasa... aman ke?  Tapi manusia, ah! mana pernah puas dengan apa yang dia ada....

Macam Syler, dia boleh serap segala macam power yang orang ada.  Asal orang ada power yang lain dari dia, dia pun nak jugak... tamak tu weh.....

Aku memang minat giler kat cerita ni.. Siap download lagi semua episod.  Dari season 1 - 4.  Oleh kerana memang sifat aku yang tak sabar-sabar nak tengok ending cerita ni, maka, dengan pantas aku terus mendownload.  Kalau tunggu 1 minggu 1 episod, pah ceroh lah.... (ayat Terengganu tu weh)....

Satu je yang aku tak faham, kenapalah orang jahat selalu jer hensem... ni yang buat aku rasa macam nak bagi juga muka kasihan aku kat dia ni.

Dah habis cerita Heroes, timbul pulak cerita baru `No Ordinary Family'.  Baru je 3 minggu bersiaran kat TV3. Ala-ala Heroes jugak lah.... Semua ahli family ada superpower.  Kalau keluarga kita macam tu macam mana ya?  

Bayangkanlah, kalau nak gi mana-mana tak payah naik kereta, terus jalan dengan laju, sampai tempat yang dituju.  Jimat tu...Apatah lagi kalau dapat dengar dalam fikiran orang lain.  Langsung tak boleh dah nak rahsia-rahsia. Sebab semua menda dia tahu.  Bayangkanlah kalau emak kita macam tu.. takut weh....

Setiap Isnin, 9.00 mlm di TV3

X Men lwn Heroes
Apa-apapun, itu cerita khayalan semata-mata.  Mana mungkin ada orang terbang dan juga mana mungkin orang boleh stopkan masa, kerana semua yang berjalan diatas muka bumi ni berada di landasan masing-masing.  Semua ini adalah Kekuasaan NYA.  Malam datang siang pergi, adalah atas kehendakNYA.  

Ucaplah Subhanalah.....

My Korean Artist - II

Petang semalam kita orang dinner kat KFC Kijal.  Actually nak meraikan orang yang baru nak masuk kefasa alam remaja.  Ingat nak gi makan ikan bakar, tapi almaklum sajalah,  time hujan-hujan macam ni, ikan amatlah maherrrrr….dan kalau ada pun, tidaklah seberapa freshnya.  Oleh kerana restoran segera ini adalah salah satu restoran favourite dia, maka kita pun terpaksalah mengikut selera orang yang nak diraikan tu..

Walaupun aku ni dah kenyang sangat (akibat terlalu makan banyak satar kat opis – terima kasih Dilla, kerana belanja satar) tetapi untuk tidak menghampakan permintaan semua anak-anak, maka Umi pun makan jugaklah barang seketul dua.. fuh…nak pening rasa kepala aku ni… makan kolestrol banyak sangat….sila salahkan nafsu aku ni hah, kerana suka benor menternak lemak dibadan ni….

Sehingga menjilat jari
  
Banyak untung betul orang yang bersunat ni, rezeki murah kata orang…siap beli handphone baru.  



Fesyen rambut pun dah berubah.  Nampak ala-ala Chinese look lah pulak.  Sepet tetap sepet….


Monday, December 20, 2010

Banjir

Hari yang gelap, kini sudah terang,

Rangkap kedua tidak berkaitan langsung dengan tajuk, kita lupakan saja ya…

Ingatkan betul-betul dah nak banjir ni, rupanya semalam jer banjir… itu dikira sebagai banjir kilat ya… Ala, kalau kat KL mesti dah biasa sangat dengan banjir-banjir kilat ni kan?  Kalau kat Kertih ni, akhir-akhir tahun je, jadilah banjir kilat.  Bila hujan dah berhenti, sekejap je air dah kering. Tapi aku rasa kalau 3 hari tak berhenti, maunya banjir besar ni…..

Kawasan yang biasanya selalu cepat naik air adalah kawasan perumahan Rantau Bukit, laluan ke opis aku ni hah dan juga depan L Mart.

Laluan masuk ke opis PMO

Laluan utama balik rumah 

Depan Uncle Mart....

Ingat petang semalam nak aerobic, last-last En Akauntan telefon suruh balik aje, dia takut bini dia tak leh balik rumah, sangkut dalam air banjir… sayang jugak awak kat saya ya… hohoho.. sapa tak sayang bini weh…(ok, ok, ok,, tak yah over-over, nanti ada orang nak muntah membacanya weh).

Keluar dari opis je tengok-tengok,

Guruh pun berdentum
Hujan mula turun
Sejam selepas
Dia meninggalkanku

Pandanganku kabur
Nyaris ku tersungkur
Di tepi jalan
Yang asing nan terasing

Adam apakah ini
Benakku tak mengerti
Tiba-tiba perasaan menyelubungi
Seram bukannya demam
Gigil bukannya geram
Jantan meninggalkan yang menyambutnya bukan

Oh, tidak ini lirik lagu Nikki - Hawa.. hihihi…

Tapi, memang hujan lebat dengan kilat sabung menyabung.. tak tipu weh… seram sejuk aku

Terus buat turn ke Mesra Mall.  Lepas je traffic light ke KGRP, air dah melimpah naik ke jalan…. Semua kereta meredah air.. Ya Allah, janganlah kereta aku mati tengah-tengah jalan ni…..

Alhamdulilah, dalam masa setengah  jam, akhirnya berjaya jugak aku sampai kerumah dengan selamat. 

Ucaplah Alhamdulilah
Syukur kita kepada Tuhan
Selawat ke atas nabi ya Rasulluloh…….

Sunday, December 19, 2010

Tahniah Uolsssss


Hari ini mood happy walaupun kat luar hujan tak berhenti-henti dari pagi tadi.  Dengar citer kat Rantau Bukit dah naik air dah.  Kesian orang-orang Rantau Bukit… Jangan-jangan aku pun tak boleh balik rumah hari ini sebab air dah naik…

Tak apa, kita tak nak cerita pasal hujan atau banjir, kita nak meraikan kemenangan pasukan Malaysia yang telah berjaya ke final.  So, sapa-sapa yang nak tempah tike penerbangan ke Jakarta tu silalah berbuat demikian.

Tahniah juga kepada pemenang program mari menari  yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.  Ramalan ku benar belaka (fuh, macam tajuk lagu je).  Sorry, Sarah……….

Pic. FB Mari Menari
Pemenang telah berjaya memenangi sebuah kondo mewah tajaan The Haven di Ipoh yang bernilai RM350,000.00 (fuh, mahal tu – kalah harga rumah aku beb), sebuah trofi dan tiket penerbangan ke Bali lagi tu..untuk acara trek celebriti.  Boleh lah dia orang pergi honeymoon buat kali kedua, memandangkan dia orang  baru je 6 bulan kahwin.  Manalah tahu, kot-kot dimurahkan rezeki dapatlah anak pulok.. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...