Monday, December 20, 2010

Banjir

Hari yang gelap, kini sudah terang,

Rangkap kedua tidak berkaitan langsung dengan tajuk, kita lupakan saja ya…

Ingatkan betul-betul dah nak banjir ni, rupanya semalam jer banjir… itu dikira sebagai banjir kilat ya… Ala, kalau kat KL mesti dah biasa sangat dengan banjir-banjir kilat ni kan?  Kalau kat Kertih ni, akhir-akhir tahun je, jadilah banjir kilat.  Bila hujan dah berhenti, sekejap je air dah kering. Tapi aku rasa kalau 3 hari tak berhenti, maunya banjir besar ni…..

Kawasan yang biasanya selalu cepat naik air adalah kawasan perumahan Rantau Bukit, laluan ke opis aku ni hah dan juga depan L Mart.

Laluan masuk ke opis PMO

Laluan utama balik rumah 

Depan Uncle Mart....

Ingat petang semalam nak aerobic, last-last En Akauntan telefon suruh balik aje, dia takut bini dia tak leh balik rumah, sangkut dalam air banjir… sayang jugak awak kat saya ya… hohoho.. sapa tak sayang bini weh…(ok, ok, ok,, tak yah over-over, nanti ada orang nak muntah membacanya weh).

Keluar dari opis je tengok-tengok,

Guruh pun berdentum
Hujan mula turun
Sejam selepas
Dia meninggalkanku

Pandanganku kabur
Nyaris ku tersungkur
Di tepi jalan
Yang asing nan terasing

Adam apakah ini
Benakku tak mengerti
Tiba-tiba perasaan menyelubungi
Seram bukannya demam
Gigil bukannya geram
Jantan meninggalkan yang menyambutnya bukan

Oh, tidak ini lirik lagu Nikki - Hawa.. hihihi…

Tapi, memang hujan lebat dengan kilat sabung menyabung.. tak tipu weh… seram sejuk aku

Terus buat turn ke Mesra Mall.  Lepas je traffic light ke KGRP, air dah melimpah naik ke jalan…. Semua kereta meredah air.. Ya Allah, janganlah kereta aku mati tengah-tengah jalan ni…..

Alhamdulilah, dalam masa setengah  jam, akhirnya berjaya jugak aku sampai kerumah dengan selamat. 

Ucaplah Alhamdulilah
Syukur kita kepada Tuhan
Selawat ke atas nabi ya Rasulluloh…….

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...