Hari ini mood happy walaupun kat luar hujan tak berhenti-henti dari pagi tadi. Dengar citer kat Rantau Bukit dah naik air dah. Kesian orang-orang Rantau Bukit… Jangan-jangan aku pun tak boleh balik rumah hari ini sebab air dah naik…
Tak apa, kita tak nak cerita pasal hujan atau banjir, kita nak meraikan kemenangan pasukan Malaysia yang telah berjaya ke final. So, sapa-sapa yang nak tempah tike penerbangan ke Jakarta tu silalah berbuat demikian.
Tahniah juga kepada pemenang program mari menari yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Ramalan ku benar belaka (fuh, macam tajuk lagu je). Sorry, Sarah……….
Pic. FB Mari Menari |
Pemenang telah berjaya memenangi sebuah kondo mewah tajaan The Haven di Ipoh yang bernilai RM350,000.00 (fuh, mahal tu – kalah harga rumah aku beb), sebuah trofi dan tiket penerbangan ke Bali lagi tu..untuk acara trek celebriti. Boleh lah dia orang pergi honeymoon buat kali kedua, memandangkan dia orang baru je 6 bulan kahwin. Manalah tahu, kot-kot dimurahkan rezeki dapatlah anak pulok.. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment